Pages

Sunday, December 25, 2011

whateva

This isn't something that I want. But I have to say this!


I HATE YOU.

Tiba di KL

Selamat Hari Natal untuk semua kenalan penganut agama Kristian. Semoga perayaan anda diselubungi dengan kebahagiaan. :)

Alhamdulillah, beberapa jam yang lepas saya selamat mendarat di KLIA-LCCT.Cuaca kurang memuaskan sepanjang perjalanan tadi. Saya berasa sedikit cemas, bimbang jika perkara yang tidak diingini berlaku. Syukur. Walaubagaimanapun penerbangan kali ini tidaklah begitu mendebarkan berbanding dengan penerbangan saya ke Bintulu dua tahun lepas. Pengalaman melihat mak cik yang duduk bersebelahan saya sudah menangis sedu sedan, anak-anak kecil menangis ketakutan memang sukar dilupakan. Bayangkan, kapal terbang memang seperti diluar kawalan. Anak-anak kapal yang bertugas seperti sudah panik. Penumpang pula semua boleh merasakan gegaran yang sangat kuat menempuh awan tebal. Belum pernah lagi saya rasakan gegaran sekuat itu sehingga ke hari ini. Kemudian pesawat terasa seperti sudah hampir menjunam ke bumi. Namun, syukurlah kerana juruterbang yang bertugas telah diberikan kekuatan dan kecekapan oleh Allah SWT untuk terus mengendalikan pesawat sebaik mungkin. :)

Wednesday, December 14, 2011

Super Situation

International departure at LCCT is super-sejuk. I cannot stand it but, I love it. I slept for more than an hour (according to Zai). I guess it must be an hour-a minute slept. HAHA. But he better be thankful la because now he sleep soundly next to me at a meja makan. I only sit on a trolley to sleep just now.

Oh ya, we've already checked in in Shah Alam. For both of our flights. KL-KUCH and KUCH-KL. Just want to make sure that everything is going smoothly. Don't want to rush, do things last minute. Huh. lots of thing to be done huh? Not really. Eh, what am I writing? I told you this is super sejuk. Even me cannot stand this cold. Feel like in a freezer.

I'm getting excited to be back to hometown. Yeah. I miss my family a lot. Miss my parents, kakak and of course my darling Intan. Oh, cutie. Makteh will be seeing you soon. Happy belated birthday sayang. Huaaa, I love you. May Allah blessed you honey. Oh, super excited! And my darling Zai will be home too soon. He will be having his family trip to errr... I don't know. But, yeah! Excited for him too. I never seen him this super-passionate. How he loves travel and his mama. Oh, honey...you are the most-sweetest-guy-I-ever-met-on-earth when you cried over missing your mama. Zai, I love you. :)

Few hours left to meet my family. Father said he would wait us at the airport. Can't wait! :D

 

Well, thinking about cheering up my blog with some gambar. Nice right? :)

Monday, December 12, 2011

Seksaan Ulser

Gigi belakang tumbuh. Kat atas. Sakit. Nak makan, nak kunyah payah. Air liur banyak. Masa tidur, bangun tidur. lagilahhh.. Nasib baik bantal washable. Tapi penat nak basuh. :'(

I told Mak that my gigi belakang tumbuh. Respon mak simple je, menggelikan hati sebab mak kata, Intan pon tengah tumbuh gigi. Oh, Intan makteh rindu kamu.

OK, disaat gigi ni tumbuh, saat ni jugalah saya ada ulser dalam mulut. Dekat area tekak, hmmm specifically, kat area gigi tumbuh tu. Ya Allah sengsaranya aku dengan seksa dunia ini. Tapi, for good I guess. Tak apa lah. Aku redha.

Sudah 2 hari payah benar nak buka mulut. So, nak makan roti bakar untuk breakfast pon abang yang buat roti tu jadi kecik. My bite size. Err. Kesian. Milo panas segelas pon tak mampu habiskan. Biasanya aku sorang bedal. Siap mintak cukai sikit teh tarik abang. Huish. Payah benar nak menelan. Melahap apatah lagi.

Satu lagi melemparkan senyuman pon sakit. Huish. Tolong. Aku hanya mampu tersenyum secara simbolik. Begini ha (^_^)

Kalau nak cakap bilangan untuk ulser tu apa eh? Jumlah ke saiz? Whateverlah, janji anda semua faham. Ulser saya banyak. Kat kawasan gigi tu banyak. Tapi hari ini getting better. InsyaAllah. Saya berdisiplin sebab saya sematkan dalam hati nak makan dengan selesa. OK, nak dijadikan lebih sadis. I noticed another ulser kat bawah lidah, kat area belakang tu. Astaghfirullah.. Sakit, perit rasa nak nangis. Makan pon tak lalu sebab tak larat. So, aku hanya mampu menelan ini. Aku tak suka makan ni. Ini bukan feveret, namun harus menelan ini.

large whipped potato


Dah banyak info dah aku google pasal ulser. They said, kalau berlarutan after 3 weeks, mungkin symptom kanser mulut. Uih 3 minggu. Aku baru 3 hari. Sudah terseksa. Sudahlah merungut makcik. Seksa kubur lagi sakit. T___T

Another info yang aku dapat adalah, elakkan tekanan perasaan. Tapi nak buat macam mana, perasaan dah tertekan.

Oh ya. Malam ni nak try kumur guna Bactidol. Hari tu beli untuk sore throat. Cuba. Malam tadi asyik berpandangan dengan Bactidol. Jeling menjeling. Tapi tak jadi apa pon. Heh.

Bye. Abang Zai ajak beli jeans baru. Mari menjadi peserta YES 2011!

Yes! bye!


Which path to choose?

Job hunting is very stressful. Rasa macam kenak bulak jak. Ari ya beriya-iya mengatakan kompom dapat. T_T (mena2 nangis)

Try to do something better. Hmm, kali dikpun yang sik bagus. So sekda sapa mok ambik ko kerja. Maybe resume ku sik menarik. Ya kali.

But then, I just can't forget their voices. I put too much hopes on that job maybe. Well, apakah kesilapan aku ari ya? Aku mena2 frust sebab, a single reply pun sekda. They said within 2 weeks AKAN ADA reply. But, dah masok 3 bulan tiada balasan. Oih, pedihnya pedihnya pedihnya. :'(

I need to move on but I just can't quit this job macam ya ajak. Looks like irresponsible person jak. I need to help this kakak with her business first. And whatever it is. Aku dah sekda semangat gik mok kerja ngan kakak tok. Why? Gaji dikira part time, bila sik bekerja I earn nothing. NOTHING! Kerja sehari pun sikit sik berbaloi dengan jam bekerja 13 hours sehari. Sakit la jiwa macam tok. But what can I do? I am totally stuck coz, di Kuching aku cacat mun gik harap kerja-kerja jaga kedai. No, I can't. Tapi diam sitok pun earn RM3000 per month apa ko pike cukup? Nope~ Kirim salam jak ngan gaji RM3000 di KL. Mun Kuching boleh gik. Adoiyai. Tok namanya ngerepak.

I have a lot of dreams. Hmm, if you want to talk about dreams. Everybody have dreams but they strive for that. Adakah aku kurang struggle untuk mengejar dreams aku? OK, ini salah aku. Sekian. Aku. Confuse.

stress

Business is about making profit. A business person should ask to himself how to get profit? OK, to make profit, we have to do a good job on sales (achieve target sales). From this we know how important are sales in our business.

Yeah, its undeniable that SALES is somehow the most important thing in business. However, to get to the perfect sales (goal) everyday there are lots of things that we need to do/ to have. It is not simple as we say kacang.

But you have to remember about one thing. Its your main power/your asset/your key person.





Wednesday, December 7, 2011

Saja nak update

Selamat berbulan Disember. Baru tujuh haribulan. Takde lah lambat sangat nak wish kan? 

Waahhh. Putih suci blog aku. Oh, tak apa. Malas nak fikir sebab tak ada masa nak fikir. Ini pon update sebab kesian kat blog and alang-alang menyeluk perkasam biar aku update sekali blog aku.

Haish. Busy nya aku tak terhingga. Rasa macam nak mengalirkan air mata tapi tak mengalir dah. Kau tahu kenapa? Terseksa nya aku terasa sebab nak kejar duit. Duit punya pasa boleh buat kita jadi pelik sebab kita sanggup buat benda pelik-pelik. Walaupun apa yang aku buat ni takda la pelik bagi aku, tapi my surrounding keep saying that aku ni pelik. Aku pun pelik kenapa diorang cakap aku pelik. Whateverlah. Aku tak pelik (I'm denying the fact). Sudahlah, mari cerita perkara yang lebih berfaedah.

Perkara berfaedah 1#
 
Sudah habis duit dalam jumlah yang banyak untuk membeli tiket pulang ke tanah air. Pergi balik 2 orang Kuching-Kuala Lumpur = RM1000. Mata ku hampir juling (walaupun sejumlah sahaja aku contribute). Itu tidak mengapa. Sebabnya, memandangkan Encik Abang balik untuk berjumpa keluarga dan memfollow trip percutian keluarga, Encik Abang juga turut urge saya balik untuk langsaikan janji kami pada diri sendiri untuk balik cium tangan ibubapa pada bulan Disember. Alhamdulillah, Allah perkenankan, bajet untuk balik mencukupi. Jadi, tarikh 14 Disember adalah tarikh bertuah. Kami fly balik ke Kuching awal pagi. Tak sabar rasanya nak balik jumpa ibubapa. Lagi pun selepas mak disah kan menghidap kanser...aku belum jumpa mak.. :'(

Perkara berfaedah 2#

Sekarang ni tengah berusaha keras untuk mencari hadiah yang sesuai untuk keluarga di kampung. Tak tahu nak beli apa untuk diorang. Yang pasti untuk Mak, Kakak dan si kecik tu aku belikan tudung~ seronok tengok si kecik tu pakai tudung. comel! :)



Sungguh comel budak ini. Dah setahun dah umur dia. Anyway, Happy belated birthday, sayang. Makteh loves you so much. Muah, muah! 

Perkara berfaedah 3#

Tadi baru lepas tengok spec. Nak renew spec setelah 2 tahun lebih tak tukar. Cis. Sapa kata saya banyak belanja? Tak. Kalau kamu tengok macam mana saya hidup...malasnaksambung. Tapi, saya tetap bersyukur sebab still makan nasi setiap hari. Kalau tak makan pon bukan sebab tak ada duit sebab tak ada masa. Huhu~

OK. Berbalik kepada spec. Tadi dah tengok spec. Berkenan. Seperti yang orang kata, tangan aku memang golden touch. Sebab yang aku pegang tu semuanya harga mahal. Hari tu pegang PRADA. Harga ribu riban. OK, tolak tepi. Downgrade sikit, aku sentuh Levi's. Affordable. Tapi masa tu tak ada bajet untuk spec. Kemudian, balik rumah fikir, buat kia-kira kewangan, propose kat Abang Zai...spec Levi's tu lulus. Oh yeah!! Rasa nak pergi beli tapi masa tak ada. Aku menangis lagi. OK, tak apa. Hari ini, aku jumpa satu lagi spec. Its a GUESS. And I dream about it for so long. Well, takde la long sangat pon. Few months back laaa, lepas raya puasa hari tu. Harga dia OK la. Tak sampai ribu-ribuan. Tapi lebur duit blackberry aku. Hmm. Tengah nak decide. Spec ke handphone baru. Sebab, both of them need to be replaced. Ye la, hp dah nazak. Spec di hujung nyawa. Haiyya. Mana satu lebih penting? I guess, mesti spec kan? :)

Perkara berfaedah 4#

Aku nak sambung kerja.
Bye! 

(^___^)v


Saturday, December 3, 2011

Are you ready

I am still thinking about my sister's suggestion/offer about living with her in Sabah and baby sit Intan for few months. I don't know what to be considered. Her offer doesn't entertain me that well. But when I'm thinking about Intan and kakak... hmm... well, I need to ask myself if I'm ready to be unemployed. Sacrificing my job hunt for few months. 

Am I ready to be unemployed?

Well, the answer is not now.




Tuesday, November 22, 2011

Tembam

Sudah hampir 5 tahun saya tak ada gambar pipi setembam ini.



Faktor wajah tembam dalam foto ini. 
  • Muka pagi
  • Lepas breakfast
  • Hati girang
 (^_^)

Monday, November 21, 2011

Homesick

Saya homesick.

Erk. Kawan-kawan saya mesti pelik sebab Aini Afini Mohamad homesick. urghhhh. T___T

Saya ada 5 reasons kenapa saya nak balik.
  1. Nak jenguk mak. Sejak mak disah kan kanser, saya belum jenguk mak lagi. 
  2. Ayat-ayat mak yang sangat persuasive tu dapat influence saya untuk menjadi homesick. Jangan kata saya anak derhaka kepada orang tua sebab jarang homesick. Saya cuma kental. (Ceh, bajet hebat)
  3. Kakak and Intan bercuti di tanah air, so...semangat mahu pulang juga membara.
  4. Rindu bapak, nak pau bapak sebijik jer blackberry. (doakan saya ada kekuatan meminta sebab selalunya tak sampai hati mintak kat orang tua)
  5. Saya nak lempang adik saya.
Buat masani itu je reason saya nak balik. Sekian. 

Saturday, November 12, 2011

Ukur baju di badan sendiri. Boleh?

Dalam berbelanja memang banyak cabaran terutamanya bab mengawal diri sendiri daripada membeli benda-benda yang tak patut. Kalau kita banyak duit tak apa la kalau nak melaram macam mana pon. Tak kisah. Itu duit kamu. Saya tahu. Tapi kalau sudah melibatkan orang dalam banyak hal, memang saya nak cakap, berbelanjalah ikut kemampuan kamu. 

Bekerja dalam bidang jualan ni memang mencabar, tambahan pula memang banyak perkara baru yang menjadikan saya lebih tahu dan lebih pandai dalam membuat keputusan dalam perbelanjaan saya. Lagi satu, sudah mula menyimpan untuk beli barang-barang idaman saya. Oh ya, untuk lebih jelas saya bekerja sebagai Sales Assistant / Promoter / Sales Girl atau apa sahaja yang anda mahu label yang penting saya bukan seorang executive atau orang yang bekerja layak dengan kelulusan yang ada. Sejujurnya, mula-mula saya benci pekerjaan ini. Gaji memang sedikit sahaja. Kalau nak diturutkan, memang tak cukup untuk duduk di bandaraya macam Shah Alam ni. Tapi kenalah pandai-pandai menyimpan. Orang sekeliling pula sudah banyak yang buat bunyi yang kurang sedap di dengar. Katanya, saya sudah ada Ijazah, tapi kerja jadi promoter je. Saya memang terkilan, tapi nak buat macam mana,belum ada rezeki. Bukan nya saya tak ada berusaha cari kerja yang boleh dapat gaji lebih dari RM3k sebulan. Lagi pon, saya seronok buat kerja sales ni. Mencabar, menguji kesabaran, saya tahu macam mana nak berniaga, buat kawan, buat bisnes, tambah pengalaman dan banyak lagi. Ragam orang pun dah macam-macam saya jumpa.

Pagi tadi saya geram tengok seorang customer ni. Dia ni seorang Mak Cik la, saya rasa umur dia dalam 50-an, cara dia berpakaian pon tak nampak macam orang kaya. Saya geram bukan sebab tak hormat pada orang tua. Mak saya selalu pesan, hormat dengan orang tua. Tapi Mak Cik ni sangat la melampau. Dia ambil je tudung-tudung cantik yang dia berkenan lepas tu dia suruh saya letak swarovski pada tudung-tudung yang dia berkenan tu. Faham-faham je la, kristal-kristal tu bukannya murah. Saya dah ingatkan dia pasal harga-harga tudung, takut kalau nanti dia tak mampu nak beli. Kebimbangan saya dia tak mampu nak bayar tu memang betul sebab masa nak bayar tu (setelah 1 jam setengah saya serve dia) dia buat muka tak mampu nak bayar and terkejut dengan jumlah yang dia beli RM200. Dia nak minta saya kurang kan lagi sampai RM150. Gila ke apa? RM 50 maksudnya sehelai tudung yang dia ambil tu dia dapat free. Eeee... sakitnya hati saya. Padahal saya dari bagi kurang sampai RM190. Itu tak apa lagi, tapi sampai dia cakap 'Dik, makcik dah tak ada duit makan lagi dah'. Dia cakap macam tu saya sangat geram. Masa dia ambil tudung tu, dia main ambil je, yang berkenan semua dia nak. Lepas tu bayar macam tak nak. Orang jenis apa pon saya tak paham. Kalau dah tahu tak mampu tak payah beli. Kita tak paksa pon dia nak beli tudung-tudung tu. Sedih tengok orang yang dah banyak makan garam macam tu. Betul lah apa yang Zai cakap, tua umur tak semestinya bijak urus duit.

Haish, apa lah nak jadi. Semoga makcik tu berubah suatu hari nanti, dan semoga kita semua mengamalkan sikap berpada-pada berbelanja. Peristiwa tu memang saya tak boleh lupa. Sampai saya buat entri lagi.

Kakak saya selalu ingatkan, berbelanja tu ikut kemampuan sendiri. Kakak selalu pesan juga, bersabar, nanti apa yang kita nak kita dapat juga. Lebih nikmat kalau dapat dengan usaha kita sendiri. Contohnya, kakak dah beli kereta idaman dia sejak study lagi after beberapa TAHUN dia bekerja dengan duit sendiri. Tak payah mintak sponsor sesiapa pon, tak payah godek-godek duit savings orang lain. Huhu, best nya... Nak jugak. HAHA. Well, Alhamdulillah, kakak saya sekarang jadi tempat reference saya untuk berbelanja. Walaupun dia tak setuju saya beli blackberry. Ceh. Penat-penat kumpul duit. Saya tak peduli saya nak beli juga. HAHAHAHAHA. Hmmmm,bercakap pasal blackberry...saya dah survey banyak tempat dengan banyak orang. Saya tak nak beli Bold sebab tak best. Tak minat. Kih kih kih. Nanti sampailah Mr and Mrs Curve kami. Muah muah muah....

p/s: Bapak tanya, nak bapak belikan awak blackberry ke? Saya kata, boleh juga. Tapi lepas tu dia tanya lagi. Kenapa tak nak iphone?  !@#%&^&*( 

Saya nak jawab tak minat iPhone. Saya nak beli iPad. Boleh?

Thursday, November 10, 2011

Makcik bebel

penat nye. rasa macam nak bukak bisnes sendiri. boleh? darah muda ni memang tak penyabar. hmmm. nak buat macam mana, memang dah tak boleh. saya nak buat side income. sekarang dah ada cert kalo boleh memang nak sangat buat something yang worth my cert and earn yang sangat berbaloi. rasa macam nak balik je sebab living cost disini sangat tinggi. ok, makan of course la makan kat luar and that one cost me a lot. bukan nak berkira sangat pasal makan. but if i have enough TIME and ENERGY untuk masak sendiri makanan setiap hari at least once a day, either dinner/lunch..i would probably dah boleh buat saving sikit. Ini tak, sudah lah masa tak ada, income pun cukup-cukup makan. Kita kerja nak menyimpan juga kan? Saya rasa saya ni bekerja hanya cukup untuk makan sehari. Nak makan macam zaman belajar memang dah tak boleh sebab masa belajar tak packed sangat macam ni and I need more energy to work. Tak boleh gedik manja macam dulu. Masa study kalau sakit sebab tak makan boleh ambil ubat kat klinik for free. Sekarang kalau sakit? Sudahla tak dapat gaji sebab MC, kena bayar pulak kalau ke klinik. Hmm, I need to force myself, physically and mentally untuk kerja for 13 hours per day without cuti walaupun sehari. Sebab kalau cuti. I wont have anything to earn. Oh god. What is this?  Kalau anda semua tahu saya ni macam mana. I'm too kind to think about my job every ticks of the day. Sebelum tidur pun fikir pasal kerja. saya memang ada ciri-ciri business woman yang berjaya. itu saya tahu.

semoga segala penat lelah ini punya hikmah yang berharga.

Monday, November 7, 2011

Reading And Me

well maybe i didn't read a lot lately.i think I'm stuck in my own world. what a shame. i always being scolded for my ignorance to the world news, current issues - since I was a girl. It's not that I don't like reading but  I just don't like newspapers, surfing the online news. I love reading novels, short stories, gossips and those stuffs. Heeeee. Lame me, sorry. But yeah, my brain need a lots of training before I go to the industry of my dream. I need to read a lot, widen my knowledge, enhance my communication skills. I think I'm loosing it now. I always dream about working in that corporate gigantic company. Representing them in my own ways, building up their image and reputation and and doing all the knowledge that I've gained in class. I'm just ready but maybe this is only a dream that won't come true. I'm disappointed. I thought that was my golden opportunity to start my career. But, Allah SWT knows better. He gave me up on that job for giving me another opportunity that was meant to be the best for me. I mean who knows right? Allah knows His creature and what's best for them. I accept the reality and now I'm done frustrating on that matter.

Read honey read. In the Holy Quran, Al-Alaq, the first verse from Allah to Muhammad His messenger said READ. That's how you gain knowledge, enhance So, I need to read. I mean, NEWSPAPERS not novels and unneeded stuff. T____T

How I wish I'm not working in front of MPH Bookstore. 

But, I wonder how I managed to read about politics, religious, historical writings and some other heavy reading during my studies. (+_+)'


Monday, October 31, 2011

Dah grad!

Alhamdulillah. Saya sudah selesai konvo last week. Fun tapi, macam tak complete. Oh, tak apa lah. Yang penting sudah grad.:')

Suasana konvo tak seperti yang saya imagine.Padahal memang tak imagine apa-apa pon berlaku. Tapi alhamdulillah. Saya dapat 2 bouquet hari tu and presents. Terima kasih semua. Saya happy!

Zai kata saya nampak kecil sangat atas stage dan masa saya ambil skrol, cameraman zoom muka saya. HAHA. Itu yang nak buat saya nak beli DVD graduan tu. Saya fikir berbaloi, nak bagi mak bapak tengok.HAHA. Memanglah  nampak kecil sebab saya memang kecil. Tidak cukup ketinggian untuk jadi model. Tapi masuk uji bakat pencarian gadis jelita. HAHA. mampu? 

Pagi-pagi lagi saya dah siap-siap pakai baju kurung biru dengan tudung Amani Thai Silk yang boss sponsor. Terima kasih Kak Wan. Make up pon sekadar di pinggiran sebab make up sendiri! Saya bukan orang yang pandai make up. Cukup sekadar tak nampak pucat. Tapi, nampak pucat juga naik stage kan? hahahahahamekaphahahhamurahhahhahahajehahahaha. 

Haha, banyak bergambar. Tapi semua kamera orang sebab tu lambat nak upload. :) 

Saya ada satu gambar je nak share! tengoklah... :p


itu sahaja dari saya. babai! (^_________^)

Tuesday, October 25, 2011

Dearest Family

Salam,

To all my family members, I miss you. All of you. Every single of you. Including my cutie Intan. 

Mak, bapak, along, kakak, abang and asnin,

Its the 25th day of October 2011, and today is my graduation day.  I wish that we can have our family portrait on my special day. But we couldn't make it.

Its 2.41 am in the morning but I just can't close my eyes so I decided to write a new entry for my special day. 

Dearest family,
Today is going to be my big day.The day that I've waited for 3 years. The day that I've planned for you guys to celebrate with me here, sharing our joy tears and laugh. 

Dearest Mak, be strong for your next chemotherapy session. You have all my prayers here. 
Dearest Bapak, take care of yourself and Mak. Please pray for my safety here...
Dearest Along, I'm still waiting for you call/sms to congratulate me...
Dearest Kakak, I just don't want to fight with you. So, I'm in silence, but..still waiting for you call or even a text message that say. Congratulations Afini..
Dearest Abang, please let my phone ring and let me see your name appear on the screen.
Dearest Asnin, give me  a call, let me dry my tears...

Call me, please...

I gotta get up in the morning without my lovely faces beside me,
I gotta take my bath without listening to Mak yelling at me and without Bapak jokes...
I gotta go to the hall without the smiling faces of my brothers.
and sadly, I got to put on my make up without my Kakak with me telling that the color isn't nice,
your shoes isn't match with your baju kurung.

I have to wake up tomorrow alone,
Putting on my make up alone,
Wondering if my baju kurung is nice,
Smiling to the mirror and give her big hug, wide smile and say... Afini, Congratulations dear then smile and walk to the hall with family's pride.
Dearest family, I'm still having my cough and flu and a little feverish feeling. Well, today is my big day, celebrating my first degree without all of you beside me. I miss you so much.

I love you all~

Sincerely,
Dearest Afini.

Friday, October 21, 2011

Rimas, lemas

Jujurnya saya rimas dengan orang yang suka buat kesimpulan sendiri tanpa usul periksa. Lainlah kalau awak memang rapat dengan saya dan tahu gerak geri saya buat apa. Ini tidak, terus mahu marah ataupun buat kesimpulan. Pandai-pandai je. Nanti, orang lain akan fikir buruk pasal saya. Rimas, sungguh rimas. Satu lagi, dengan membaca status facebook/twitter tak semestinya kena dengan tafsiran kita. Kadang-kadang kita juga tersalah tafsir apa yang orang tu maksudkan. Rimas betul. Kalau awak kenal saya tak apa awak nak mengadili saya. Ini sudahlah baru kenal / jarang benar berjumpa. Maklumat pula bukan boleh percaya. Ringan pula nak bercerita tentang saya atau orang terdekat saya. Memang sakit hati. Maaflah sebab buat entri yang macam ni. Saya tak mahu ada orang yang salah faham.

Kepada anda yang sibuk membuat tafsiran tentang hidup saya atau nak buat trace and track pasal hidup saya, baca blog saya. Awak boleh tahu apa saya buat.

Kepada sesiapa yang suka cakap pasal saya, cakaplah. Saya tak kisah. Moga-moga suatu hari nanti saya boleh jadi inspirasi dan pembakar semangat hidup awak. Mana tahu saya jadi role model awak sebab dah suka sangat bercerita pasal saya kan? :)

Apa-apa pun, yang paling penting. Emak saya tahu apa yang saya buat. Emak saya faham tingkah laku saya. Emak saya faham apa yang saya lalui. Saya sayang emak saya. Sekian terima kasih.

Btw, Emak saya seorang yang baik hati, menyayangi anak dan tak pernah kongkong kami adik beradik. Kami dah besar dah tahu buat keputusan sendiri. Terima kasih Mak sebab besarkan anak-anak Mak dengan cara begini. Mak bagi kami kebebasan untuk buat keputusan. Kami sayang Mak.

Friday, October 14, 2011

Dilema konvo

Ahad ni cuti sebab rehearse untuk konvokesyen. Hmm, bukan nak cakap apa, memang mood nak konvo tu dah takde. Plan semua tak menjadi. Tapi takpa, manusia merancang tuhan tentukan. Therefore, I think its better not to buy myself a new outfit for this convocation. Pakai baju kurung royal blue tu pon sudah cukup nampak meriah. Alhamdulillah, dalam kesedihan begini, Zai memang pandai pampered kan hati saya. He let me buy a new shawl for my special day. Thanks dear. :)

Nanti, nak hantar nama untuk tetamu khas masuk dalam dewan, mak suruh saya letak nama Zai. Ada satu lagi seat kosong. Ingat nak sponsor salah seorang my siblings untuk datang hari tu nanti. Sebab semalam usha tiket macam affordable. Tapi, takde sorang pon macam convenient nak datang. Along dan Adik takde cuti, kakak dah ada anak dan suami, leceh pulak nak datang. Dah la konvo tu falls on weekdays. Memang haruuu.Tinggal sorang je yang saya congak macam boleh datang. Abang~ Pengharapan terakhir. Tapi, itu lah, dia pon dah kerja, ada isteri, ada commitment lain, tak boleh nak paksa dia datang. Kalau paksa kang, lain pulak jadinya. Tapi kalau dia nak, saya nak je sponsor dia datang. Nanti takde la sunyi sangat. At least ada la wakil keluarga datang tengok saya salam dengan Yang di-Pertuan Agong nanti. But it's ok Eynee. That's only your first degree. It's ok, it's ok~ *tears*

Sekali lagi, Zai memang pandai pampered hati saya. InsyaAllah, nanti ada rezeki lebih bolehlah beli camera baru. Alhamdulillah, rezeki berkat bersabar semakin melimpah ruah. Boleh lah menyimpan sikit-sikit. :)

Tutup cerita konvo. Kita buka cerita bisnes. Minggu lepas takde lah melenggang kangkung macam minggu ni (walaupun tidak boleh melenggang juga sebab kerja). Khamis hingga Sabtu lepas, usaha sama Encik Zai, Encik Ikram dan Cik Eynee buat bisnes dimsum menjadi dan untung sangat menggalakkan kami buat bisnes lagi. Alhamdulillah, rezeki. Saya gembira sebab sekarang buah hati saya dah pandai buat bisnes tambahan pula dia memang seorang yang rajin lagi berpegang pada komitmen, dia dah ada pakej untuk jadi usahawan yang berjaya. InsyaAllah, cerah masa depan.  :')

Ini dimsum nya~ (credit to Achiek Thumbelina for this photo)      
















Thursday, October 13, 2011

Cough and Flu

I haven't done fighting with this serious cough and flu. Haish. What a nuisance... I went to the doctor for the past few days and the doctor gave me antibiotic which was I've finished them already and the expectorant cough syrup and I have another about one quarter left  and the hell medicine is not working. and then, I cried. It's suffocating me. 

T___________________T



Wednesday, October 5, 2011

Mak...

Mak, saya bersedih. Fikiran juga bercelaru. Maafkan saya sebab bersedih. Disebabkan  pelbagai perkara saya bersedih. Kesihatan ahli kelurga yang sering di uji sekarang buat saya sangan bersedih hati. Bila fikirkan mak dan bapak, hati memang sedih. Harap-harap emak hari ini kuat lepas buat kimoterapi. Semoga Allah beri kekuatan pada mak. Tapi saya tahu, mak memang tabah. Mak memang manusia yang paling kuat. Walau saya tahu dia emak saya yang paling sensitif. Saya tahu, air mata nya pasti mengalir sebelum tidur memikirkan ujian yang diberi Allah. Saya juga tahu, emak pasti rindu pada saya dan kakak yang jauh di mata. Wahai emak, mak tahukan anak perempuan mak kuat? Harap mak bersabar, nanti anak-anak perempuan mak pulang juga jenguk mak. 

Mak, hati saya ni sangat hiba, terlampau sebak bila tengok gambar mak. Abang upload gambar mak kat facebook, saya tak tertahan. Rasa mahu menangis tapi mak ajar saya jadi kuat. Mak tahu, biasanya saya telefon mak hari-hari mengadu itu ini. Sekarang dah tak lagi sebab saya nak mak tahu hidup saya senang, hati saya senang. Mak, kalau mak tahu apa yang saya sedang lalui, mak pasti sedih. Saya tak nak mak tahu. Mak, saya tak mahu kehilangan mak. Saya kat sini cari duit banyak-banyak, beli ubat mak. Tolong ringankan bahu kakak, abang dan adik. Mak, saya rindu mak. Dulu bolehlah nak mengadu macam-macam. Sekarang, saya betul-betul tak nak mak bersedih. Mungkin ini cara Allah tunjuk jalan untuk saya berubah untuk jadi lebih kuat. Mak jaga diri elok-elok. Semangat harus kuat.

Tadi bapak sms saya mak dah selesai buat kimoterapi, saya tak sempat nak call dulu sebab saya tengah sakit, sedang menangis. Saya tak nak mak tahu saya sakit. Saya risau saya pun dapat kanser macam mak. Esok saya mahu ke klinik awal-awal pagi. Nekad, sebab sudah 2 minggu lebih saya tangguh.. Harap-harap, Iman boleh tolong bawa saya ke klinik esok. Mak, malam tadi tak boleh tidur sebab sakit sangat. Mak, saya rindu mak.

Wednesday, September 28, 2011

Update hari ini

Saya nombor yang ke 798 masa hari penyerahan skrol Ijazah pertama saya nanti. Alhamdulillah, saya tak ada sebarang saman atau denda daripada pihak universiti. Takut juga masa nak check saman hari tu sebab takut tak bayar denda library. Tapi, hehe..ternyata saya clean!

Jujur saya katakan, saya risau dan bimbang tunggu hari konvokesyen sebab persiapan banyak lagi tak buat. Bila dah kerja ni memang masa banyak sangat untuk bekerja. Tapi tak apalah, punca rezeki nak merungut lebih-lebih tak elok, tak berkat. Untuk konvokesyen, banyak benda saya nak beli. Hehe..takda lah banyak sa ngat just nak beli baju baru, kasut baru and tudung baru kalau ada rezeki lah. Bajet tu memang saya tengah usaha kan. Saya berangan nak pakai baju warna soft pink. Tak tau lagi kain apa nak pakai. Ingat nak pakai chiffon.. tapi nak upah buat baju kain macam tu memang membuatkan aku sembelit nak cari duit. Ok, akhirnya saya macam dah ada keputusan nak pakai kain cotton je..Ok tak? Nak buat baju kurung moden. I think it would be nice, modest and sweet. Boleh tak nak nampak sweet on that day? ;)

On the other hand, saya rasa sedih takut and all negative feelings ada dalam hati dan fikiran. Rancangan nak bawa parents pada hari penyampaian skrol saya tak kesampaian sebab mak saya dah disah kan menghidap kanser. So, saya fikir saya adil bawa mak pergi sebab kesihatan mak tak berapa nak mengizinkan. Mak, jadi kuat mak sebab nanti saya dah banyak duit saya nak bawa mak pergi jalan-jalan. Sabar mak. Yang penting sekarang mak kena sihat. InsyaAllah... I love you mak~ :'(

Dan satu lagi. Sekarang tengah takda bajet banyak untuk berbelanja dan berfoya-foya. Kena tunggu lagi 2 minggu baru dapat gaji. Haiyyaa. 

Ok la~ itu je nak update macam ada orang nak baca. Bai!

Tuesday, September 20, 2011

Warkah untuk blog

Salam,

Kehadapan blog yang di rindui,

Aku menulis ni sebenarnya nak memohon maaf sempena bulan syawal yang mulia ni...Maaflah sebab selama beberapa bulan ni takde idea nak update ko. Aku busy...ada kerja sikit. Sekurang-kurang tak ada lah buang masa macam yang sebelum ni kan blog kan? :')

Well, aku sebenarnya memang mahu menghiasi dirimu wahai blog, mentukarkan warna dirimu ini yang dengan warna yang lebih menceriakan dan juga lebih remaja sikit. Bukan nak kata warna macam ni warna orang tua.Tapi~ entahlah...aku pon tak tahu man mendefinisikan warna ni warna golongan apa sebab tua muda miskin kaya boleh je pakai warna ni.

Blog, ko tau la keberadaan aku ni macam mana, aku ni takdo duet ha nak bayar broadband. Nanti la yo, dah ado pendapatan ni, tunggu la hujung bulan.Hmm, nasib badan...

Ko ni kan blog, panyabar sangat sebab repekan aku semua ko layan. Terima kasih la...sebab kesedihan kegembiraan aku semua aku bagitau ko. Sejak kebelakangan ni, aku dilanda kesedihan...Ye la, aku tak bekerja. Terasa hina diri sendiri pulak... Tapi sekarang dah kerja walaupun bukan eksekutif kat companny besar atau kerja kerajaan sekurang-kurang nya bekerja ye dok?

Tak apa~ Rezeki ada di hadapan. InsyaAllah

Ok lah..nanti kita bersua lagi. Aku nak makan dulu. Babai.

Ikhlas, 
Cik Eynee.

Tuesday, August 23, 2011

Home for Raya

Alhamdulillah. I'll be home for Aidilfitri. After 3 years, we could finally celebrate this Aidilfitri with my beloved sister and our adorable niece.  :)

No baju baru for raya, no baking kek lapis and kueh raya also and no mega shopping. But its ok because I'll be celebrating this raya with all my family members. Welcoming my comel-rasa-macam-nak-geget niece new sister in-law into our family, I become prouder and excited for having such huge family. Lets pray for another in-law for my siblings~ lalala...gedik. LOL.

Well peeps, Miss Eynee wishes you a very happy raya day this year. May the almighty Allah bless all of you this becoming Raya.

Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri. :)

Sunday, August 21, 2011

My first trip to JB

 Hai! Kali nak cerita pasal trip pertama saya ke Johor Bahru. HAHA. Excited nak cerita. Best memang best sebab pengalaman pertama kali tu penting, kalau boleh saya boleh ingat sampai bila-bila. Walaupun di sebalik tabir di JB penuh dugaan dan cabaran tapi tak apa lah, kerja punya pasal...redah je... Meh, teruskan senyuman. :)

My team and I bergerak dari Shah Alam pukul 4 petang, plan gerak pukul 1 lepas lunch, tapi biasalah...janji orang-orang kita! Tapi agak-agak la...3 jam delay kot, kalau flight delay MAS bagi voucher makan. delay yang macam ni...sapa nak bagi voucher kat aku? Maaf ye, makcik dah mula nak bebel. ;p

Dalam perjalan ke JB tu, saya tak boleh lupa satu peristiwa... Walaupun saya tak saksikan dengan mata saya sendiri kejadian ni, saya dengar cerita diorang ni pon dah tergelak. Cerita pasal penjual satay yang lemah gemalai. Kesian cik abang saya terkena dengan si pondan tu! Sapa boleh tolong cerita kan kejadian ni? 

Sebelum ke JB kitaorang singgah dulu kat Kluang (rumah nenek si Daus). Rumah nenek dia best sebab ada pokok rambutan besar boleh makan sesuka hati lepas tu, ada mi goreng dengan teh o. Terima Kasih nenek Daus!

Well, seriously saya ingat kami semua tidur kat Kluang malam tu, tapi tak...kami straight ke JB~ 

Kat JB, kitaorang sambut birthday Daus dengan telur dan tepung...HAHA. Padan muka kau wahai Daus! Ikram, Zai dan saya punyalah susah payah cari telur dan tepung tu sampai dekat nak masuk Singapore dah. HAHA. Ini semua idea jahat budak2 ni. Btw, thanks Abg Nik for the ride. Kitorang enjoy naik kereta abg!

 Ini Daus, birthday boy yang kena celebrate birthday dengan telur dan tepung
 Ini geng pencari telur dan tepung. Eh, mana Abg Nik?!
 Zoom Network without Fendy our photographer :)
 Zoom Network with Fendy. Yang mana satu Fendy? Yang takde kat atas.
 Gadis-gadis Zoom Network dengan Abe2 from Big Fablous
JB Siang!
 JB Pagi?
 JB dah nak malam?
 JB Senja?

Well, JB is a very nice place. Nanti kalau ada peluang nak g lagi la~ Friends kat JB ramai! Tapi hari tu tak sempat nak jumpa. Pergi pon kejap je. Lepas tu tak publicize pulak nak g JB. So, low profile lah engkau di site ye, takde sapa tahu! HAHA. 

Bye for now~ Nanti update blog lagi! 

Selamat Berpuasa Semua!

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan


Assalamualaikum semua. 

Saya nak ucapkan salam ramadhan buat semua ahli keluarga dan kawan-kawan. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan kita semua dapat pengalaman baru yang bmematangkan diri. 

InsyaAllah. :)



Salam Ramadhan,

Eynee Zakrin 2011

Monday, July 25, 2011

JB Part 1

Sekarang ni dekat JB. JB memang best, seronok. Tapi macam rugi juga sebab tak dapat join others yang dekat Kluang. Aku rasa diorang lagi gempak kot. Ceh. Aku nak buat kerja bukan jalan-jalan. Tak best ah macam ni.

Tapi takpe lah. Bukan rezeki. Aku nak buat betul-betul benda ni. Walaupun aku terasa benda yang fishy sikit... Tapi takpelah. Abaikan. Positifkan je lah diri ini. Ya Allah, hanya Kau yang tahu apa yang aku rasa. KAdang-kadang tak terhan juga dengan segala cabaran kiri kanan depan belakang. Sedih. Tapi nak buat macam mana. Nak diluah mati mak, telan mati bapak. Serba salah. :'(

Aku anggap ni semua dugaan semata-mata... Yelah, nama pon nak berjaya kan? Sudah-sudahlah merasa sesak ni.

Orait! Nanti story pasal JB lagi.

Bye! :)

Sunday, July 17, 2011

None

Penat. Bersabarlah...

Monday, July 11, 2011

Rezeki

Alhamdulillah, minggu ni macam banyak rezeki je. I'm happy. 

Jumaat lepas, Smart Events call...tapi tak jawab pulak. Tapi takpe, sekurang-kurangnya, resume aku telah selamat sampai! Last friday jugak, Fammy dan aku pergi interview untuk buat part time dekat kedai comel Anakku kat SACC mall. Alhamdulillah... Minggu depan start training. Minggu ni pulak, boss Daus bagi job. Aminn~ Boss, aku doakan kau dapat job tu. Alhamdulillah, murah rezeki kebelakangan ni. Happy sangat. Boleh lah buat makan berdua dengan kekasih hati. Kalau boleh, sudah-sudahlah kakak bagi duit. Tapi, itulah...dapat kakak yang baik hati sangat, selalu bagi. Tak mintak pon dia bagi. Oh, kakak...murah rezeki engkau! :)

Itulah, bersihkanlah  hati dari perasaan buruk sangka dan benci. kalau kita banyak berusaha, berdoa dan bersabar...banyak rezeki kita. Kadang kita dibawah dan kadang kita diatas. Ini kata-kata favourite Mak.

Monday, July 4, 2011

Susah senang hidup buat saya appreciate orang disekeliling. Alhamdulillah, Allah Maha Adil. Mari maju selangkah.

Mak,
restu mak dah buat saya jadi yakin dan tahu mana arah tuju hidup,
restu mak buat saya jadi lebih kuat dalam menghadapi liku hidup,
restu mak juga buat saya bersyukur saya punyai emak yang sangat memahami,
sekarang doa mak selalu ingatkan saya supaya jadi lebih tabah dan rajin,
saya percaya juga doa mak juga buat rezeki saya melimpah ruah, 
rezeki tu tak pernah putus kan mak? InsyaAllah, rezeki ada dimana-mana kata mak.

Aku disini bukan untuk sesiapa, bukan juga untuk kepentingan diri. 
Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua. 
Yang penting, redha Allah apabila redha ibubapa ada bersama...

Ya Allah,
hindarilah aku dari bersikap derhaka pada ibubapa ku. 
peliharalah kami bersaudara dari derhaka pada keduanya.
lindungilah mereka dari segala marabahaya. 
ya Allah, jika masa diantara kami telah tiba untu berjumpa denganMu, 
aku minta supaya kami dimatikan dengan iman didada.
ya Allah, aku minta kebahagiaan dunia dan akhirat buat keluargaku.
ya Allah, satukanlah kami dalam setiap hembusan nafas kami. 

Ya Rabbi,
semoga perjalananku kali ini membuka jalan buat kami sekeluarga. 

Amin~

*credit untuk blogger http://yannyannyann.blogspot.com. thanks for the photo. Gambar latest kami sekeluarga, June 2011.






Saturday, May 21, 2011

Happy Birthday, Love

Salam, guys! Today is my birthday. Like a fairytale, its a happy ending of 21st May 2011. 

Goodbye blueberry cakes.
Goodbye blackberry phones.
Goodbye langkawiberry trip.
Goodbye gentingberry trip.
Goodbye studentberry life.
Dreams ended. Reality comes up.
Welcome new Enny.
Welcome interviews.
Welcome energetic career woman.
Welcome dream car.
Welcome shopisticated gadgets.
Welcome money maker.
Welcome professional.
Welcome shopaholic.
Welcome karaoke set. wtf?

See that? I can list out more Welcoming items than Goodbye stuffs. So, there's nothing to worry about. I have finished the life of 22years old and I'm just satisfy with mine. Got it? :)

But, few things remain the same. I still have same lovely mom, same incrdible daddy, same idiot and stupid but helpful not selfish siblings, same awesome friends and most precious, same Zaifadziman and plus, Intan Nur Farhana. LOL.

copied from google image

Well, its really a fairytale, kan?!

Thanks to mom for being patient on everything.
Thanks to dad for the prayers.
Thanks for siblings for telling me idiot things and backing me up since the past 23 years.
Thanks to Mr Zakrin for today and for the huggy-purply. Love that, and the black suede too.
Thanks to all friends for the wishes, kindness and cheering me up today.
Thanks to all for the non-stop wishes on my facebook wall.
Thanks to all for the wicked sick tone of my phone.

Special thanks to Jackie, hero of the day. I'm gonna miss you as soon as I got Mickie.

For those who are in my 8pax lists, your phone is gonna have the non-stop ringing and beautiful name appears on your screen.

I wish a happy birthday to everyone that were born on this most awesome date, 21st of May. You all, have  a blast day and the rest of the year until you meet next incredible 21st May. Guys, we are MAY-ians, and MAY-ians are just great! HAHA HAHA HAHA!

Ok, guys. End of great entry by the greatest person for the greatest person. 

p/s: LOL = Lots of Love. (only can be used once)
      *expired*

Thursday, May 19, 2011

Memilih / Choosing

Dalam hidup kita kena memilih. Dalam menentukan masa depan yang saya nak, saya kena fikir, buat pilihan dan tekad dengan keputusan saya. Dan tentang sesuatu ni, saya sudah banyak kali berfikir. Saya akan teruskan juga walaupun hati saya tak rela. Iya lah. Perasaan tidak rela untuk benda yang tak sepatutnya itu lebih banyak mengundang perkara-perkara yang tak masuk akal dan juga membuatkan diri kita nampak tak matang. 

Semasa blogging, saya pasti akan baca dua blog ni (blog dirahsiakan sebab saya silent reader mereka) walau sesibuk mana pun saya minggu tu. Saya sibuk, lagi pun jarang pula nak update blog sebab saya lebih santai kat facebook sebab saya boleh main It Girl. HAHAHA. Both of these bloggers inspired me quite a lot. Sorang ni, saya hanya kenal di alam maya. Yang sorang lagi ni, saya memang kenal, pernah bersua muka, beliau pun kenal saya.

Blogger yang saya kenal di alam maya ni saya suka baca cerita beliau sebab best sehingga beliau mampu membuatkan saya pun nak jadi macam beliau. Saya rasa she has the perfect life of being a wife and mother. Kehidupan beliau yang diceritakan di dalam blog memang sangat best, tak terhingga. Ramai yang kenal blogger ni, blog ni glamour kot. Kalau saya bagitau, most of blogger pasti kenal beliau dan mungkin juga pengikut setia blog beliau. Saya teringin nak jadi macam beliau, ramai pembaca dan orang tertarik dengan penulisan beliau. Seronok tau kalau ada orang baca blog kita. HAHA. Saya ni dalam blogging tidaklah sehebat mana pun walaupun sudah sejak 2008 main-main blog ni, tapi...masih juga tak berapa nak menjadi. Maklumlah, saya ni blogger yang baru nak main blog. Bukankah begitu kalau anda semua nak label saya? HAHA. Btw, Tahniah kepada blogger ni. Hebat.

Blogger yang sorang ni pula, saya kenal beliau. I admire her in so many ways. Mula-mula tu pelik juga tengok beliau blogging. Kenapa nak blogging? Nampak macam main-main je. Tak ada sangat orang nak baca. Tapi, bila saya dah tengok blog beliau secara holistic, saya boleh tahu that she has that incredible confidence that every woman in their life. I envy herfor good more that the first blogger that I described above, HAHA. She enjoyed being herself and I really need that quality in myself too. And sis, if you read this and you think you are this person, please pm (not bbm) me. HAHA. Teach me how to have confidence like yours. I admire that a lot. Guide me on how be grateful like you and be a good woman like you. Well, I like you a lot. ;p

Well, I just need to choose what to be in future. Conclusion?  I choose to be myself and do a lot of things that can improve myself in many ways. Life is about doing mistakes and learn. And for that, let just be grateful on whatever happen to you. Thanks to both blogger and few sisters that have taught and shown me examples and stories that may I  use as a guideline in life. HAHA. Guideline?  :)

Dammit right? HAHA. And teach me how to not write in English. Because it seems unbalance lately. I just can't finish my line in BM. I need BM novel. I need to read BM again. Huhu~

p/s: it took me about 15 minutes to start this entry in Malay. Urghhhhhh!!! (~___~)

Saturday, May 14, 2011

Slurpee Hunting

Petang tadi cari slurpee sampai 5 buah 7-Eleven, pusing-pusing Shah Alam. Terima kasih sayang sebab Slurpee tu. Tapi, yang paling saya terharu sangat, effort dia nak granted my wish tu yang sangat mengharukan. Aaaaa~ sayang awak.

Mula-mula kat 7-Eleven seksyen 7, mesin rosak. Lepas tu, pecut ke 7-Eleven kat seksyen 3, rosak juga. Saya dah give up dan rasa macam tak apa, it's OK. Tak sangka pula dia pusing balik pergi 7-Eleven kat seksyen 2 pulak...and rosak juga. 7-Eleven ni kan...grrr. Ok, saya tak sangka lagi boyfriend terus pergi seksyen 13, masih mencari. Mesin slurpee kat 7-Eleven kat situ pon rosak juga. Masa tu, saya memang betul-betul tak kisah dah slurpee tu. Sebab penat dan fed-up. Boyfriend pula teruskan perjalanan ke suatu tempat yang saya tak berapa nak familiar. HEHE. Ingatkan dia nak bawa pergi McD kat Batu Tiga yang dia cerita hari tu. Agak excited juga lah perasaan bila memikirkan McD. Tapi tak logik juga kalau nak pergi McD. Heh, apakah? Itu OK lagi, saya dah tak ingat dah pasal slurpee sebab saya asyik fikir kemanakah encik abang saya ni nak bawa saya. Korang semua nak tahu kat mana? OK, dia bawa saya pergi ke 7-Eleven  kat U2. Erk, jauh gila. Semata-mata nak cari slurpee. Akhirnya, saya dapat juga slurpee. Tersenyum lebar sampai telinga. Terima kasih sayang. :) 

SLURPEE BERTUAH~


 Maaflah sebab cerita tak tersusun. Hehe~

note: Congrats sayang result cantik. :)

Wednesday, May 11, 2011

Doing something for your loved one

I always deny that I'm gonna do what people expect from me. I just refuse.What I think as best for me was always this: 'You want me to do that, I need something in return'.  I can do what you want. I can be a loser for you. I can, but I don't want because I'm gonna be awful after that.

But I'm doing this for you. Not for myself. You,  I've experienced something that would be something that horrible. And I'm not gonna tell anybody about this. This is secret. I should do that. But not for myself and not sincere. Its because of you asking that thing for me.

And maybe people should forget about me.

I'm tired.
Good night.

stupid feeling ever

Guys, life has been pretty tough lately. Going through big changes in my life now seems to be quite surprising when a lot of thing that i have planned and predicted is pretty much like tornado. Oh my god. Life is this difficult. I think that would be OK for me. As usual, I can take all of this down by myself. While studying, career, confidence, love life, financial matters are just nice to be hold - family matters has stunned me in so many ways. In fact, this has been happening for generations. Arguing with your siblings about certain things. Yeah. That's seem normal but things aren't gonna be normal when they found their spouses. I should stop here so that I can save this little broken pieces of my broken heart on my own. I'll keep it to myself. I know I don't make things any better but at least I stop and things are not getting worse.

Good luck bro. I don't know if I can be with you there on your big day, I'm working something for you here. You are the best bro I ever had in this world. We've grown up together, in fact we're the most close among others. Whatever it is. I just don't wanna be fake like the person who claimed herself not a fake but she's totally fake... You know me well. I don't have to explain this any further.

Sunday, May 8, 2011

Panas

Hari ini, cuaca sangat panas di Shah Alam. Angin malam tak sedingin macam selalu, apatah lagi siang. Bahangnya Ya Allah~ susah nak cakap. Tidur pun berpeluh-peluh. Tadi saya basuh baju dalam pukul 5.30petang. Sekarang dah kering. Panas kan?

Esok nak pergi pasar karat lagi. Adik mintak tolong saya belikan barang. Seronoknya beli barang. :)

ini entranc, MBSA ada buat mobil sikap (kalau tak silap) untuk tangkap orang yang tak ada kesedaran sivik. :)

Bahagian Baju


Bahagian Baju II.



HAHA ada tiga je gambar. Sebenarnya, tak banyak ambil gambar pun sebab excited tengok barang. Best, murah dan pasar ni besar dan dekat dengan tempat tinggal. Warga Shah Alam mesti dah biasa dan tak jakun macam saya kan?  Walaupun panas, ramai yang datang mostly sebab mestilah nak beli barang kan? First time pergi pasar karat ni minggu lepas. Dah lama nak pergi tapi banyak kali tak kesampaian. Memang rezeki nak pergi minggu lepas la tu :)

Minggu ni nak pergi lagi, kali ni lebih banyak barang nak beli.

p/s: Isi entri tak selaras dengan tajuk, apa daaaa....

Thursday, May 5, 2011

Sorry from a recluse

Life are fated. I try my hardest to make myself believe in destiny. And plans are such annoying thing when it didn't goes well like what we have planned. My mother said these earlier today when she called me for something that I don't really love to listen about. Since the matter was kinda important, so I listened even when it don't really please me.

That's why maybe she's the most flexible and adorable person whenever problems arise. I know, she managed to get over the problems. I believe in her. Gonna put my trust in her anyway. And maybe why Allah fated her to be a mother for 5 stubborn and high-tempered but cute and smart children. I just love you Mom. Your patience are fantastic. You got the title. 

Back to life are fated. Life are fated and destiny really exist. I always yell and be ungrateful about what I have now. I maybe thin but I'm getting my way to the normal body mass index. I maybe short but I can play DotA. I am girl but I don't drive because I'm afraid of the big truck overtaking me. What's that?? But I really blind when I couldn't see that, people are being kind to me. I am the most fortunate people in the world. I have everything including I'm not the lamest person that would say, I'm not perfect. Oh~ I just hate that words. Really annoyed me in so may ways. HAHA.

What's with all of these? I just miss you, my boyfriend. T___T

100 things about me

1-100.  Fantastic


HAHAHAHA.

Wednesday, May 4, 2011

Seven Days Milestone

The Internet is freaking slow now. It's getting so damn annoying now.But, whatever. Writing is much more passionate to care about. Right? ^^

Oh my god. I just can't believe that I've finished my study here. I've gone through 3 marvelous years without realizing that was among amazing years I've been in my life... I'm no longer a university student now even my student ID is still valid now until my graduation day this November. I still can use all of facilities here until this November - for free. That's great.. :)

I'm happy to live my life. people would say this, I'm imperfect but I love being myself. Tettt. That's just not me. Well, I'm perfect, my life seems pretty perfect, I have a happy family, a boyfriend,insufficient money that urge me to strive for some and of course I'm waiting for my degree. I think that would be best describe as a perfect 23years old Eynee. Yeah, that's perfect me for now. Thank God, I'm so grateful. 

Last 7 days was great moment form my boyfriend and me. Nice Monday with my preparation for my final presentation. On Tuesday, he was not a P license holder anymore. The next day, I present my practical training report which that was the last final presentation. Thursday, it was raining heavily here in Shah Alam and we still have our lunch together. I appreciate it a lot. We're having so much fun on our unplanned Friday. We went to Reptiles Discovery that cost us only RM5 per entry (we were being rational at that time for not entering the snow walk which will cost us RM 25).

I got a story here. When we were in the reptiles room, there were many kind of snakes, turtles, tarantula and even spider - that look beautiful but scary. But it was more frightening when we saw a bleeding snake. Its wound looks hurt because it seems moving here and there in the glass and its thrown up. Poor snake and we have decided to inform to tell the organizer about that. Eventually, we did not tell them and we don't know why. I think we are pathetic couple who don't apply civic in real life. I started to become a more civic-person since then. Guilty for the snake.

And enough with that we have wonderful Saturday because we have decided on 1 big thing in our life. I'm happy for that and I know, mistakes comes to teach us. Just not over do them, they will definitely brings us to a better life. And Sunday...Sunday morning and no rain is falling we went to Sunday market and we bought Char Kuey Teow for lunch, Limau Ais for RM 0.50 each and 9 red apples for RM 5. Perfect Sunday means we need to buy fruits from the market. So, we got a perfect Sunday! But, we left our apples at the food court and we lost them. So girls, don't talk about DotA while having lunch with your boyfriend because both you both will be getting emotional and finally forget about your apples.  

Peeps, just be happy with your days. Just happy with people around you and learn to appreciate them. Even when you're not showing them that you are actually precious them so much, it is always satisfying when we feel that we appreciate the people that we love and you will find that, your sincerity will leads you to be best appreciation by your spontaneous action.

And for Darling Zakrin, I love you so much. I was a perfect girl when we started dating 4 years ago. Thank you so much for that. And this one goes for you! :)




Thursday, April 28, 2011

Menyesal (immature entry)

Terasa macam menyesal sebab dulu tak mingle with others. Seriously. Dulu, jadi sangat reserve just untuk jaga hati orang. Bercinta memang buat kita jadi buta. Terasa sangat penyesalan sebab dulu tak kawan sangat dengan classmate, jadi tak ada la rasa zaman stydu group dengan classmate. Lepas tu, I didn't go out with them. Aku buat diri sendiri nampak macam sombong. Kalau dulu kawan dengan diorang I would definitely dah rasa hang out dengan kawan-kawan and my life must have been fun. I lost my teenage life just like that. I was an idiot. Maaflah, saya bukan saya yang dulu lagi. Saya nak kembali jadi diri saya sendiri. I just love attention and mingle with others. Saya nak sambung study and join program Graduate Training Program tu. I need to make more friends and find new faces. Beware, I'm back!

p/s: banyak benda nak update tapi sikit masa juga nak update. dalam beberapa hari kebelakangan ni, banyak benda dah mengubah aku.

Thursday, April 21, 2011

Gembira dengan kehidupan sendiri adalah polisi yang seronok

Minggu depan dah nak kena present. So I decide nak jumpa lecturer on Monday untuk buat report, check balik so that I can do some correction If I need to. Kadang-kadang tu terasa juga kesengalan bila presentation ni ditangguhkan. Iyalah, masa praktikal dulu aku dah start buat report. Ingatkan semangat masa praktikal tu aku bawa ke sesi pembentangan tu tapi sekarang semangat telah berterbangan seperti masa. Adoyai. Takpelah. Sila happy juga.

Sekarang ni, aku jadi manusia yang semakin produktif. Kamu tahu kenapa? Walaupun aku tidak bekerja sambilan, tiada final exams yang mendesak aku untuk mentelaah nota dan buku, malah melihat report juga sudah tak lalu. Haish. Maka aku sangat produktif dalam bidang berfoya-foya. HAHA. Sekarang aku adalah:

  1. Facebooker tegar. Sehinggakan kalau ditinggalkan 2 jam facebook, sudah ada berpuluh-puluh notfications. Oleh yang demikian~ sangat tegar. Ada sahaja yang aku nak comment, menyibuk. 
  1. Berusaha untuk menjadi orang yang main DotA. Makanya, apabila orang-orang pro sudah labelkan aku sebagai OK LA SAMBIL SENYUM-SENYUM tu aku memang dah terasa appreciated. Rasa macam mahu main lagi, rasa mahu pergi tournament sekarang juga. Hyperbola.
  1. Girlfriend sepenuh masa. Apa korang ingat ada surirumah sepenuh masa sahaja? Tidak. Girlfriend sepenuh masa adalah kerjaya aku masa ini. So, boyfriend akan merasa gelombang turun naik secara mendadak sebab, girlfriend ada banyak masa untuk fikirkan boyfriend. PMS atau tidak, it's unpredictable. Beware!  Dulu, ada alasan. '' Sorry, tak boleh nak jawab call saya kat office''. Sekarang ni sentiasa ada masa nak jawab call. Ceh.
  1. Menjadi pembonceng setia Jackie. Saya sayang Jackie sepenuh hati. Tapi, Jackie ada jerawat dah sekarang. :'(
  1. Sawan bila diajak main DotA. Malam tadi aku try pakai Axe. Aku tahu aku noob. Tapi aku nak cuba guna hero strength. Setakat ini, menggunakan ES adalah sangat memberansangkan jiwa.Mari menjadi ganas! Saya ada cita-cita mahu pwn boyfriend saya 50 kali. 
  1. Menjadi sekakan-akan sawan bila bercerita tentang kisah lalu zaman 14tahun yang baru nak manis dengan kakak roommate. :))
  1. Since aku kan Astro, ada siaran ulangan, maka aku tengok balik How I Met Your Mother from season first sampai sixth. Makanya, aku ulang ayat diorang dan gelak-gelak sakan pun berulang-ulang kali. HAHA. Teringat dekat abang sulung aku yang menjebakkan aku ke dalam kancah menonton cerita begini. 
  1. Jadi perindu yang tabah. Mana tak tabahnya, Saban hari melihat wajah-wajah keluarga dan anak buah yang comel terasa mahu saja mengalirkan air mata mengalir membasahi pipi Namun aku tidak menangis. Mahu jadi mak orang kena tabah. Bukankah begitu? Sebab tu lah, aku main DotA secara habis-habisan untuk menjadi tabah. Nampak tak? 
Ok, di Shah Alam. Cuaca panas terik sehinggakan menghasilkan keringat seperti orang yang membajak di sawah padi. Mandi berkali-kali adalah amat digalakkan. Minum plain water banyak-banyak adalah wajib. Sekarang ni nak prevent bibir merekah. Saya nak sejukkan badan. Babai peeps :)

Tuesday, April 19, 2011

Rindu

Tiba-tiba terasa nak update blog. Saya happy sebab log in blog dan seterusnya update blog. Saya ni bukan lah blogger tegar. Tak ada banyak masa untuk blogging walaupun sebenarnya saya memang suka blogging. :)

Well guys, saya sekarang sedang berada di Shah Alam, bandaraya tempat saya menuntut ilmu, memperjuang azam dan semangat saya tiga tahun lepas. Tekad nak datang sini memang menakjubkan. Bila saya imbas balik semuanya, barulah saya sedar saya datang sini bukan senang. Dulu, saya tak fikir susah. Saya fikir senang je. Saya fikir yang baik-baik saja. Tanpa saya sedari, rupa-rupanya saya hidup susah. Alhamdulillah, saya bersyukur.

Masa mula-mula dulu, saya datang dengan duit yang tak berapa nak cukup untuk datang. Datang seorang diri tanpa ahli keluarga disisi. Register masuk universiti semua sendiri. Sudahlah tidak pernah jejak kaki ke Shah Alam, memang bila ingat balik masa tu, memang penat, memang sedih. Tapi, saya tak pernah nangis sebab semua benda ni. Saya tahu, ini yang saya nak...jadi kena bersabar. Ini pilihan saya, maknanya saya sanggup lakukan apa sahaja. Saya nak saya maju, saya nak saya jadi orang yang intelek. Sebab tu la semuanya saya kena explore sendiri. Kehidupan memang totally different. Iyalah, slang nak cakap pun berbeza. Saya kena sesuaikan diri. Saya kena pandai cari kawan, cakap dengan orang. Saya kena buat sendiri, berdikari.
 
Saya bersyukur saya tak dapat scholarship. Saya rasa hidup susah. Saya pernah rasa makan nasi putih, telur mata satu dengan sup kosong je untuk makan. Itu pun share dengan roommate. Kos makan RM1.50 je sehari punyalah nak jimat masa tu. Makan tu untuk satu hari. Makan time petang lah. Kalau tengahari malam karang lapar pulak. Itu kenangan pahit yang sebenarnya manis bagi saya. Teringat kata kakak kat office masa praktikal, Nanti kau akan wonder macam mana boleh hidup dengan duit yang banyak tu je. Hehe~ That's true. :)

Saya tak dapat scholarship sebab saya tak dapat result yang gempak masa kat sekolah. Saya sedih bila fikir macam tu, kalau dulu study tahap dewa memang boleh dapat scholarship macam orang pandai-pandai yang lain. Tapi bila fikir balik tak ada maknanya nak bersedih dan yang paling best saya tak pernah salahkan diri saya...HAHA. Sebabnya, everything happen for a reason. Saya ni kuat semangat orangnya. Saya tabahkan diri, ingatkan diri tujuan datang sini. Alhamdulillah, sikap degil dan pemaksa saya ni saya gunakan sehabis baik untuk assert myself.. Kalau saya nak benda tu, memang saya akan strive untuk dapatkan. Saya lawan apa saja masalah yang mendatang.

Shah Alam memang manis bagi saya. Kadang-kadang saya lebih selesa berada disini walaupun Kuching memang sentiasa dihati.Saya boleh jamin, saya jarang homesick. Jarang sangat. Sebab bagi saya rindu itu indah...Sekarang ni tengah rindu Kuching, rindu ibubapa, rindu adik beradik, rindu pada kekasih hati, rindu kawan-kawan, rindu semuanya. Saya rindu masa praktikal. Pendek kata, rindulah. Memang rindu sangat-sangat. 

Ya Allah~ 
aku rindu pada semua. 
Aku bersyukur dengan apa yang telah engkau berikan. 
Kau jadikan aku sempurna fizikal, tiada cacat celanya
Kau ciptakan aku sebagai wanita
Kau berikan aku segala yang seorang manusia perlukan
Kau berikan aku kasih dan sayangMu padaku
Kau berikan aku orang disekelilingku untuk aku kena erti cinta, 

Ya Allah~
Kau berkatilah hidup kami
Alhamdulillah.

Tuesday, April 12, 2011

Mi Sapi Haji Salleh

Seminggu sebelum terbang ke Kuala Lumpur, abang kandung aku telah menunaikan hasrat dalam my WISHES. Kami makan mi sapi haji salleh kat satok. Fuhh~ sedappp. memang tiada tandingan. Itu namanya favorite. Ayahanda memang suka makan kat sini. So, saya telah pun di latih untuk makan mi sapi kat satok ni sedari kecil lagi. :) 
  
Dalam entri ku yang lepas yang bertajuk Bila ada rasa nak makan mee kolok, aku telah menceritakan tentang keinginan untuk makan mee kolok. Hari tu nak bubuh gambar, tapi macam takde gambar yang memuaskan hati kat google, semuanya macam aku tak nak...

Ini gambar mi sapi yang telah habis ku makan, lalu buat hati ku senang. tapi cili tu memang pedas. Aku amik sikit je sebab, tak lengkap tak makan dengan cili tu. :D


Ini set lengkap mi sapi, nak makan ni kena ada semua ni. I tell you, mi sapi ni sangat amazing. Sebab, walaupun aku tak suka makan makanan yang pedas-pedas, tapi ada pengecualian untuk mi sapi. Biar pun tak tahan pedas, berpeluh, bibir dah rasa tebal...nak jugak proceed makan. Kalau boleh, dua mangkuk aku bedal. Kesedapannya memang tak terkata. tak boleh nak describe lagi macam mana. Korang kena datang sini makan kat sini juga.
Mi sapi ni aku tak faham. Persoalan yang dari dulu lagi aku tak pernah dapat jawapan~ Apa beza Mi sapi dengan Mi kolok? Ada sesiapa yang boleh tolong explainkan untuk aku? Aku tak faham. Dari dulu sampai sekarang... So, rakan-rakan orang semenanjung malaysia, jangan tanya aku. aku tak tau... ( ^_^)''

Yang aku tau, aku boleh sebut satu-satu ingredient yang tersurat dalam mangkuk mi ni.

  1. Mi macam mi kolok yang aku tak tau mana nak beli
  2. Hirisan daging yang telah di sup
  3. Tauge
  4. Camcai (sejenis makanan yang masin rasanya)
  5. Cili padi yang sedap walaupun pedas ku tahan jua
  6. Sup yang sedap lama direneh
Cara-cara memasak tu, sumpah memang tak reti masak benda ni. Tak pernah buat, tak pernah tengok orang buat pun. Macam mana nak pandai? 

Gambar ini bukan gambar hiasan, tapi memang sengaja nak upload. sangat excited bila dapat makan mi Sapi kat sini. Lain kali, kalau datang Sarawak singgah sini ye kawan-kawan... Kalau korang tanya pun akan ku rekomen dekat sini. Best sangat, walaupun mahal sikit tapi worth memakannya. Korang akan merasa happy. satu lagi, aku nak belajar masak benda ni one day. Dengar-dengar payah sikit...tapi tak apa. Aku cuba, :)