Pages

Thursday, December 30, 2010

Loser?

Adakah anda seorang loser kalau tak update blog?

Jawapannya adalah, kadang-kadang YA dan kadang-kadang TIDAK.

HAHA.

Bye for now. Blogger ni busy.

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha tahun ini...

Saya rindu tempat ni. Dulu, kalau pergi sini, hati duka jadi suka, hati suka bertambah suka. Sekarang, saya tengah berduka, cepat je kaki nak melangkah ke sini... Saya harap, tempat ni serba sedikit bakal dapat hilangkan duka di hati saya ni. Saya nampak '16' kat sini. Yeah, when I was sixteen, seventeen...saya sangat suka kalau dapat sampai sini. Hati suka. Hati suka bila jalan-jalan dengan kawan-kawan. Dulu, kalau mak ayah abang kakak bawa jalan-jalan kat sini senyum tak henti. Entahlah, saya rasa sangat gembira. Tempat ni memang banyak kenangan manis buat saya. Tambahan lagi, sini lah tempat pertama buat saya dan boyfriend tersayang dating dan outing. Oh, banyaknya kenangan manis!

But now, I am terribly sad :'(

I am sad sebab Aidiladha kali ni tak macam tahun-tahun yang lepas. Walaupun tahun-tahun lepas pon orang berkorban sembelih lembu,kerbau...saya rasa setakat ni saya dah berkorban dengan banyak sekali. Bukan dari segi wang ringgit tapi dari segi perasaan saya.

Kamu tahu, Aidiladha kali ni, saya belajar bagaimana nak berkorban untuk adik-beradik,untuk ibubapa,untuk pasangan yang saya kasihi. Pengorbanan memang pahit, tapi saya tahu saya harus belajar untuk semua itu. Aidiladha kali ni, mak ayah beraya dengan kakak dan bang ipar di Sabah. Saya yang beriya-iya balik awal untuk semester ini sebab nak tolong mak buat kerja itu ini jadi hancur musnah. Memang saya tak puas hati dengan kakak sebab tiba-tiba nak awalkan flight mak ke sana. Tapi, bila difikirkan balik, ini ketentuan Allah, pasti Allah tahu, kakak sebenarnya lebih memerlukan mak kat sana, apa-apa pon saya sentiasa doakan kakak, semoga beliau bersalin dengan selamat sejahtera.

Yang tinggal di rumah hanya ada Along dan isteri, abang dan adik. Semalam, huru-hara jadinya sebab saya rebel. Perasaan saya masa tu memang sangat sakit hati, saya tak tahu macam mana nak control kesedihan ni. Saya rindu mak ayah, saya rindu boyfriend.

Sekarang, sumpah saya rasa bersalah sebab buat kakak ipar terhiris hatinya dengan perangai saya yang macam budak-budak, saya buat Along rasa bengang sebab ada adik macam saya, saya bakal buat abang marah bila abang balik rumah dan dapat tahu saya tak ada kat rumah sekarang ni, saya rasa nak nangis bila tengok adik saya sebenarnya lebih matang dari saya.

Ya Allah, aku benar-benar tidak tahu bagaimana lagi nak kawal perasaan ni.

Saya sunyi. Itu yang saya rasa... Kalau along ada isterinya, kalau kakak ada suaminya, kalau abang ada tunangnya, kalau adik ada girlfriendnya. Kalau saya? ada boyfriend saya tapi... entahlah susah nak cakap. Biasanya, kalau time raya macam ni, saya memang kat bawah ketiak emak lah. Tapi, emak tak ada disisi...

Saya sungguh rindukan boyfriend. Dia selalu ada bila saya susah, sunyi. Tapi sekarang? Dia dengan family dia lah. Saya wajib akur. Itu tak mengapa. Saya masih ada adik beradik yang lain. Tapi, kadang-kadang saya rasa kekok sebab, mereka tak macam dulu, masing-masing ada komitmen sendiri. Tak macam dulu lagi dah. Saya seolah-olah kena hidup sendiri. Yang lebih teruk, saya tak tahu macam mana nak berdikari sebab, I have nothing. I don't have anything. Kalau nak ke sana kemari, susah. Malas nak explain panjang.

Saya sunyi kat rumah. Saya serba salah. Nak cakap saya suka rumah saya tapi saya tak suka, kalau nak cakap tak suka pulak nanti saya ni di cop tak tahu bersyukur. Entahlah labuuu...

Bilakah saya nak menjalani hidup di jalan sendiri macam adik beradik saya yang lain? Bilakah saya ada duit sendiri dan kumpul harta sendiri dan membelanjakannya dengan kehendak sendiri?Saya nak lepas dari semua cengkaman ini. Saya dah tak rela hidup begini. Hidup makan, minum dengan duit orang? Saya nak ada rumah sendiri, satu sen pon saya tak nak minta dengan sesiapa. Saya nak ada bilik sendiri, di mana saya bebas nak buat apa pon. Saya nak beli katil dan tilam yang empuk dan saya nak tidur lena kat situ. Saya nak beli almari sendiri dan saya boleh letak baju-baju saya dalam tu.

Saya nak balas dendam saya terhadap diri sendiri.

Persoalan sebenar dalam diri ni sebenarnya...bila saya nak kahwin ni? Macam orang kemaruk nak kahwin dah kan...haha. Bila entah saya pon tak tahu. Saya tak berharap nak kahwin setahun dua ni. Boyfriend saya muda lagi...

Sekarang ni, saya nak lepaskan perasaan sunyi saya, perangai budak-budak saya. Saya korbankan. Saya dah banyak menyusahkan orang lain. Lebih baik saya diam saja.

Maaflah, kalau saya merepek di hari raya ni buat kamu tak senang hati.


SALAM AIDILADHA, MAAF ZAHIR BATIN

~ eynee ~

p/s: saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladaha buat mak ayah di Sabah dan juga seluruh keluarga boyfriend. Saya tak berani nak call. Saya tahu, nanti saya pula yang sedih, niat nak bermesra di salah erti. :'(


Tuesday, November 9, 2010

I.M.Y EMAK

Sepatutnya,jadual penerbangan emak dan bapak berlepas ke kota kinabalu lepas raya haji nanti. sepatutnya lah... Tujuan mereka ke sana ialah untuk 'look after' kakak yang nak bersalin awal disember ni. Kiranya, emak lah yang uruskan kakak sebelum bersalin dan juga masa berpantang nanti.

Tapi, nak dijadikan cerita, sabtu lepas yakni bersamaan 6/11 pada waktu tengah malam, husband kakak call sebab kakak dah kat hospital sebab sakit perut sangat, nak bersalin katanya. demi kecemasan yang berlaku, abang ipar suruh aku awalkan flight emak ke sana esok hari juga. Flight tak boleh nak awalkan, jadi kena la book tiket flight yang baru...

Jadinya, aku dan boyfriend terus online walaupun line kesengalan malam tu, kami cari juga. sudahlah tengah malam, mata kami dah mengantuk, tinggal mata emak je yang tak mengantuk sebab risau la kan.. Godek punya godek si airasia dan si MAS, ada tinggal 2 penerbangan sahaja ke kota kinabalu itu pun Airasia sahaja, satu flight pukul 6pm satu lagi 11pm. Jadi, kami pilih lah flight yang malam tu supaya tak ada lah kelam kabut mahupun lintang pukang serta cakar ayam...errr, keserabutan semuanya.

rombongan menghantar emak

abang dan boyfriend tengah brief emak :)

Kami risau bila emak naik plane sorang-sorang. tak pernah tahu, tak pernah, jadi sebelum berangkat, mak kena taklimat panjang. HAHA. emak comel~

Sebelum emak terbang, emak dah berpesan kepada aku untuk settle semua kerja rumah, bukan homework ye kawan-kawan, tapi chores. Kalau homework, aku boleh buat walau aku harus meghadap laptop twentyfourseven. Oh my, aku pon menjadi gabra sebentar dan juga perasaan nya rasa nak menggelupur kepanasan tapi cramped. T_T

Terasa macam dugaan pula yang menimpa. Mana tak nya, aku ni kan adik, makanya sudah biasa house chore emak yang buat, kalau ada kakak, kakak itu lah assistant nya. Apatah lagi aku mempunyai emak yang super hebat. Jadi bapak aku dah biasa dengan keadaan yang perfect. Tapi sekarang dia orang berpakat jauh dari ku. Meninggalkan aku seorang disini dengan house chores yang seram ni. Contoh tugasan ialah seperti memasak, membasuh baju, mensidai pakaian yang telah dibasuh tadi, lipat baju, kemas rumah, mensapu sampah sarap serta habuk, bayar bill dan sewaktu dengannya, surirumah pasti tahu apa tugasan-tugasan tersebut. Aku gerun.

emak dan boyfriend, lights of my life...love~

Sudah 2 hari emak di kota kinabalu, kakak merasa kebahagiaan, sedang aku? oh emak! Semalam, ok lagi sebab ada abang dan boyfriend kat rumah. Tak la sunyi sangat. Semalam, aku masak biasa-biasa sahaja untuk lunch. Malam lagi lah biasa. Ya Allah, harap-harap bapak aku boleh bersabar dengan masakan aku, almaklum la... bapak kan dah biasa makan masakan emak yang superb, lima bintang. tiba-tiba tinggal dengan aku yang masakan satu bintang pun tak ada. kesian bapak aku. :'(

kesian bapak aku................

gambar favorite, insyaAllah...nanti aku nak tengok gambar empat orang ni atas pelamin aku nanti :D

Monday, November 1, 2010

Apakah yang aku update ni, menarik ke?

Saya rasa macam ada mood nak blogging tapi kerja banyak. Terasa macam pelik tak update blog.

Bila tengok balik, draft memang betul2 dan melimpah ruah banyaknya...

Hu, tunggulah.

Paper dah settle

Tinggal tunggu nak settlekan academic writing ni je ha. Dugaan tol la~

Sabar...sabar...sabar...


Hehe, tak menarik pon sebenarnya....

Saturday, October 23, 2010

Jiwa runsing

Macam tak kena je dengan tajuk entri. :p

Huhu. Sedapnya dalam bilik berhawa dingin ni. :)

Alhamdulillah. Nikmatnya, terasa bahagia sangat. Setelah penat seharian kat kat luar dengan traffic jam, memang nikmat betul bila dah kat bilik, on laptop and update blog. Rasanya semua baik-baik sahaja. Misi menjemput ibu saudara di LCCT dah berjaya, misi melepasi jalan sesak di Kuala Lumpur ni juga dah berjaya.

Semalam, hati saya ni sangat sakit sebab satu tragedi. Malam tadi juga, mata anugerah Allah ni bengkak sebab menangis. Kejadian tu memang saya tak boleh nak lupa. Tapi, aku tetap redha sebab itu pilihan aku.

Antara sahabat dan cinta, mana kamu pilih? Its sound so damn typical la kan...tapi that's what happened to me. Saya memang dah lama dah mengalami dilema ni. Sejak saya mula bercinta dengan boyfriend saya pon. Hubungan kami dah hampir 4 tahun. Sepanjang tu la saya dilema. Memanglah saya tahu, kawan-kawan saya memang tak suka boyfriend saya sebab apa saya pon tak tahu.

Tapi, lama kelamaan, kawan kawan yang lain tu pon dapat terima. Tinggal yang sorang ni, yang paling rapat dengan saya dia tak dapat terima kehadiran boyfriend saya dalam hidup saya. Kalau boleh biarlah saya ni couple dengan lelaki lain. Saya tanya kenapa, dia tak nak jawab. Saya bersabar. Beberapa ketika kemudian, hubungan saya dan boyfriend saya jadi makin serius, dia masih lagi cakap benda yang sama. Bila saya tanya kenapa, dia kata biarlah nanti kalau saya ni tak jadi kahwin dengan boyfriend saya, nanti dia bagitahu. Masa tu, sumpah, saya geram sangat. Nampak sangat dia tak suka saya dengan boyfriend saya.

Tapi hubungan saya dengan kawan saya ni ok je, saya buat bodoh dan buat-buat tak faham je. Kalau difikirkan boleh jadi gila agaknya. Ye la, apa yang dia tahu pasal boyfriend saya? Saya pon nak tahu. Apa salahnya kalau saya nak tahu. Kalau dia tahu boyfriend saya ni jahat, bagitahulah. Saya boleh je putuskan hubungan saya. Peduli apa kan? Dah lelaki jahat, takkan nak stay lagi. Tapi, sepanjang perhubungan saya dan boyfriend, Alhamdulillah, baik. Emak ayah saya pon berkenan.

Malam tadi, berlaku lah satu perkara yang tak tertahan sangat dah perasaan ni. Cara dia memang mencurigakan. Dia tu, suka boyfriend saya ke? Walaupun sebenarnya, saya rasa sangat bersalah dengan dia, tapi dah jadi macam ni, memang hati ni sakit sangat. Boyfriend saya pon dah tak tertahan lagi sehinggakan dia sendiri yang masuk campur hal ni. Ok, that's the climax tau. Bila boyfriend saya call kawan saya tu, dan cakap apa yang dia nak cakap selama ni.

Sekarang, kawan tu, hantar message kat inbox saya kat facebook. She said, dah lah. Tak nak dah kawan dengan saya lagi sebab hal ni. Perkara ni dah kerap berlaku. Saya pon macam malas dah nak fikir.

Sekarang, saya ikut sahaja nasihat emak.

Emak kata, dah la. Jangan kawan lagi dengan budak tu. Mak pon tak suka dia. Biarlah. Kawan boleh cari ramai lagi kat luar. Sahabat tu, susah nak cari. Sekarang, kalau nak cari sahabat, bersahabatlah dengan emak ni. Oh~ terima kasih emak.

Pasal boyfriend saya pula, mak saya kata, bersahabatlah dengan dia juga. Jaga hati dia, jaga diri kamu berdua. Nanti, bila dah kahwin dia juga yang jadi sahabat engkau, emak katalah... Dunia akhirat, dia lah syurga engkau.

Wahai emak, kata-katamu memang menenangkan, membahagiakan.

Emak kata lagi, insyaAllah, kalau dah jodoh tak ke mana, emak restu hubungan kau dengan dia selagi kau pandai jaga diri.

Sekarang, keputudan dah ada. Aku dengar nasihat emak.

Geram

Rasanya geram ni dah sampai tahap maksimum. Tapi just tak nak bagitahu sesiapa pon.

Huh.

Geramnya.

Tuesday, October 19, 2010

Wajah baru

Sekarang merasa bangga sekali apabila header blog sudah siap. Hampir setengah hari nak buat. Kepada sesiapa yang sudah arif dalam bidang photoshop ni, kau orang akan kata:

"HAHA. Gila senang.Budak Eynee ni memang NOOB ambil masa sampai setengah hari"

mungkin juga

"Eh, aku tahu ni mesti pakwe dia yang buat, bila pulak dia pandai photoshop nih"

atau barangkali

"Wahh, hebatnya! Cantik, cantik! Kagumnya, sungguh kagum. Hidup Eynee"

HAHA. Yang last sekali tu aku terima. Yang dua kat atas tu, suka hati aku lah pon. Nama tajuk blog pon dah tukar jadi Wilayah Eynee. Aku ada wilayah sendiri, kau ada? Sekali lagi, kau ada??

Eh, betul ni. Aku gembira sebab header ni dah siap. Penat lah pulak tengok blog tidak ada header. Terasa macam... kepala tanpa tudung waktu jalan-jalan kat shopping mall. Kalau aku lah, kalau yang free hair, mungkin perasaan tu macam jalan-jalan kat shopping mall dengan rambut serabai. Ha, macam tu lah agaknya.

Sudah jauh akak ni merepek. (dalam hati korang kan? tak baik cakap aku akak. ceh.)

Adakah anda gembira melihat hasil header blog yang sudah bertukar? Sangat refreshing. HAHA. Eh, adakah kau sedang puji barangan sendiri? itukan angkat bakul namanya?
Ho, tak kisahlah. Itu yakin diri namanya. HAHAHAHA~

header blog zaman dulu kala

header blog zaman kini kala
Tema kali ini adalah bahasa jiwa bangsa. Tema wajib aku adalah warna pelangi. Buih-buihan pula digunakan untuk bahan hiasan. Kalau header yang lepas adalah rama-rama, kali ni tak nak guna rama-rama dah. Kali ni guna buih pulak. Ngee~

Header lepas ada tulis 'JANGAN TIRU BLOG AKU'. Kini tak bermakna kau orang boleh menciplak dengan hati senang hati bak kata pepatah kenyang perut senang hati. Nanti perut kembung sampai pecah baru padan muka. Muahahaha!

Ha, satu lagi! Aku dah buat logo untuk blog sendiri. Ceh, dulu kan aku merana sebab nak letak copyright gambar-gambar sendiri kena letak dalam paint. Sadis jugaklah, walaupun pada masa itu sebenarnya hati aku ni meronta tapi buat-buat comel. Tengok kat sebelah kiri header baru ada letak logo ni. Cantik kan? hahahakusuka. Next time, nak buat tema cendawan hijau. Jangan ambik idea ni!

logo aku tu


Hati sangat senang. Sekarang ada semangat nak aktif blogging. Rasa ceria tengok blog sendiri ...T_T apakah?

Niat di hati nak buat blog comel. Nanti lah cuba. Nak letak gambar sana sini kat blog ni. siti situ sana sini pon boleh. Oh, yeay! Sukanya! Hebatnya <--- tetiba puji diri hebat. Pelik-pelik pulak cara aku menulis. Teruja sangat lah katakan. Haha, kalau kau orang tak puas hati, boleh tukar tajuk entri jadi entri angkat bakul laundry mak aku. heh. Merepek. Dah, dah.

Entri tamat. Bimbang nanti kemerepekan berlanjutan.
Sekian, terima kasih.

p/s: aku ada header baru, kau ada? hahaha

Friday, October 15, 2010

Hari Yang Cerah

Hari ni, bermula dengan mendung lepas tu cerah, lepas cerah mendung nak ribut, kemudian cerah lagi lepas tu malam.

mula-mula mendung lepas tu cerah:

Pagi ni, bangun lambat sebab tidur lambat. malam tadi ribut taufan, lepas tu tidur tak sedar apa jadi dah.. Bangun pagi 8:30am. Pagi tadi ada kelas Special Topics in Public Relations and aku ada presentation T_T. Mak aii~ takot wei... Aku sampai kelas 9:20am... Almost sejam aku lambat. Sedih gila. Time macam ni tak boleh nak cepat. Fasalnya, aku mandi secara tak normal, kena cuci luka secara mandiri dan balut dengan kemas. Yang paling sadis, aku kena panjat tangga biru, tangga kejayaan itu dan berjalan secara lambat. Usually aku boleh sampai fakulti dalam 6-8minit sahaja dengan speed yang habis meter laa... tapi ini meter 40km/j memang haru...

ini tangga biru tangga kejayaan bukan usaha tangga kejayaan

Dah sampai kelas dah, tiba-tiba terkejut tengok groupmate tengah present secara solo. Oh, mana perginya yang lain? Sunggu menggeramkan. Tak apa, aku terus join groupmate aku present di depan. Setelah present, diberi briefing untuk final exam unuk paper ni 25th October ni. Our first and second last paper untuk semester ini. Rasa gembira. Nampak tak, hari makin cerah?

Cerah-cerah tadi tambah lagi cerah bila my classmate kata kami dapat balik duit untuk event lepas (Pulau Perhentian). Duit tu tak termasuk duit event bulan puasa yang lepas. Maknanya, jumlahnya semakin banyak! Oh yeay! Kami bayar RM 100 lalu mendapat keuntungan RM 23. Untung bukan? Yeay! Dapat duit~ lalala...Hari Isnin nanti aku claim kat treasurer comel kami. Harap-harap duit event bulan puasa boleh dapat juga Isnin nanti :')

Oh cerahnya langit!

Terus telefon kakak, bagitahu kakak aku tak dapat duit tu hari ni. Aku cakap kat kakak bahawasanya hari ini tak ada duit. Kena tunggu Isnin depan. Tapi kakak kata beliau dah bank in RM 10 dalam akaun. Aku pon berterima kasih. Beliau kata lagi duit tu ganda 10x...Oh yeay! dapat duit lagi.

Lalu telefon boyfriend ajak beliau makan, aku belanja. Beliau datang makan sebelum ke masjid dan tolong betulkan laptop aku yang tiba-tiba tak boleh on. Dengan sentuhan beliau, laptop boleh on balik. Oh my oh my, he's my computer genius. Terharu dengan kebolehan beliau. Apabila laptop ku rosak, beliau bagi sentuhan, bila spec aku terkopek...beliau betulkan balik. Oh saya sayang awak.

tolong jangan cakap aku couple dengan Cina.
Nama beliau Zai bukan Nicholas. Sekian.

lepas cerah mendung nak ribut:

Boyfriend datang balik lepas solat Jumaat. Cerah la time kami makan tengahari. Makanan murah hari ni sehinggakan bukan aku yang belanja macam yang aku niatkan. Boyfriend belanja.

Menu:

Nasi putih banyak - RM1 x 1 = RM1
Tempe - RM 1 x 1 = RM 1
Sayur - RM 0.50 x 1 = RM 0.50
Air Mineral - RM 1 x 2 = RM 2

Jumlah adalah = RM 4.50

Heh, murah. Makanan murah boleh dapat kalau hari-hari menu begini. Selepas makan, oleh kerana cuaca terlampau cerah a.k.a bahang, boyfriend pon mengajak aku makan ABC. Tapi tak jadi. Itu sebab jadi mendung lalu hampir ribut. Tak jumpa kedai best.

Kemudian terus ke Maybank Shah Alam untuk menjadi pelabur. Labur duit di ASB. Kemudian pergi membayar bil Internet kat DiGi SACC. lalu terpikat untuk membeli iPhone 4. Nak menangis aku tahu. Teruja nak beli iPhone 4 yang hebat pada masa ini. T_T

Tapi, apabila dicongak dibahagi, boleh memiliki Blackberry sahaja. Itu pon Bleckberry Curve. Namun, kalau nak beli Blackberry tu, rasa macam tak berbaloi sangat. Handphone aku lebih kurang canggih berbanding Blackberry Curve tu. Malah aku rasa handphone Sony Ericsson Hazel ni lagi best. Jadi, tak jadi nak buat pengiraan seterusnya untuk memiliki Blackberry Curve. Aku tetap tunggu masa beli iPhone 4. Tapi DiGi Smart Plan memang best. Aku nak sign up nanti walau bukan dengan iPhone 4. :')

Lalu, kami ke McD untuk buat kerja. Cerah sampai sekarang walau langit dah gelap. Harap-harap esok cerah lagi.

Ok, dah nak balik UiTM dan makan malam.

*tak sabar nak tahu kat mana aku internship Disember nanti*

bilik itu untuk privacy

Aku rasa macam my feeling sangat tak best sekarang neh.

Sangat tak best.

Aku tak selesa di dalam bilik sendiri. Sungguh tak best. Rasa macam, apa kau buat semua macam tak best. Rasa sengal. I think aku patut duduk single room.

Sorang - sorang - sorang -sorang.

Kalau kolej ni ada bilik untuk sorang-sorang, dah lama aku sewa kat situ. Aku sungguh tak setuju dengan sistem sekarang. Tak boleh nak pilih roomate. Pastu your roomate is your classmate/course mate. Its like, damn hell. Boleh tak aku nak membuat variasi pada pandangan aku. Manusia tak sama jenis. Ada yang study macam nak mampus, ada yang study macam nak mampus ke kau tak study esok nak exam? Aku adalah manusia jenis,study macam nak mampus ke kau tak study esok nak exam? [eynee,2010]. Bukanlah tak study, cuma aku tak suka study orang nampak aku T_T

Macam dah jauh je melangkah. Ok, balik kepada asal.

Ye lah. Ok kalau tak sorang tapi dengan orang yang kepala dia sebati dengan aku.

Contoh satu kepala dengan aku ialah:

*polisi apabila berada di dalam bilik adalah untuk berehat dan PRIVACY*. Clearer view, bilik adalah tempat peribadi dan sangat private bagi aku.

Sudah lama simpan perasaan ini.

Sekarang aku rasa bilik aku sekarang tak ada privacy.

Aku ni adalah jenis:

  • bilik aku adalah privacy
  • study sorang atau berdua lebih elok daripada study 7-8 orang
  • kalau buat assignment, aku prefer tak ada orang nampak
  • kalau dalam bilik, aku nak privacy where kalau aku nak tukar baju, seluar sangat selesa. Tak nak ada orang lain kat bilik. Kalau roomate aku tak kisah. Aku tak selesa nak gerak ke sana ke sini walau saiz bilik ni tidaklah besar mana
  • aku nak wat keje aku wei T_T
  • aku kalau nak tido aku nak relax la maksudnya tapi dalam keadaan macam ni walau jam dah pukul 2.40pagi, macam mana aku nak tido? tolong bagitahu.
  • esok ada kelas pukul 8.30 pagi. ada presentation pulak. aku tak reti nak cakap macam mana dah.
I hate this feeling. Rasa sakit hati.

&*%!"£$%^&*

Friday, October 8, 2010

Ini Pasti Sebab Stress

OK. Hari ni mood blogging datang balik. Sebab tu update. Jangan kutuk sebab, ye lah nak update blog pon kena ada mood. Kalau tak ada mood kang tak pasal-pasal saya merepek je disini. Eh, bukan aku itu memang saya? Merepek sahaja. Hari ini, saya datang dengan tidak merepek. Hari ni saya update blog dengan isi-isi penting.

Nak tahu apakah isi-isi penting yang saya maksudkan? Sila se-ke-rol lagi kebawah.

Isnin, Oktober 11

8.30 am - assignment CSR kena submit
- presentation pasal crisis Toyota

2.00 pm -FINAL TEST EDITORIAL PAGE
-submit article Freedom of Expression & compliment untuk UiTM

7.00pm -presentation DiGi subjek Financial PR
- submit assignment Dutch Lady Milk Industries

*HARI INI HARUS CARI MASA UNTUK JUMPA PUAN ADVISOR*
*HARI INI JUGA HARUS CARI MASA UNTUK HANTAR SURAT PRAKTIKAL*


Selasa, Oktober 12

8.30am -Presentation DiGi untuk subjek Communication Planning


Rabu, Oktober 13

2.00 pm - Reading test French

6.00 pm - Presentation Website (oh no!)


Khamis, October 14

2.00pm - tak ada apa. HAHA. Khamis kan tak ada kelas :D



Jumaat, Oktober 15


8.30 am - Gerak gempur Special Topics in Public Relations
- Presentation Samsung


Dah nampak isi-isi penting yang saya dah tunjuk kat situ? Penting ke? Ya, memang penting, kalau tak lepas ni macam mana nak grad? Saya rasa penat dan letih namun harus menceriakan diri sendiri. Oh, banyaknya assignment.

Dalam keadaan yang kurang sihat sebegini memang banyak dugaan dan cabarannya. Antaranya, sakit gastrik saya ni menjadi-jadi. Punca utamanya, stress dan juga tak jaga waktu makan. Kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak. Penat sampai tak larat nak makan. Akhirnya, perutku ini terasa macam digigit-gigit lalu terasa sakit. Penyakit memang datang memanjang. Saya rasa saya tahu kenapa. Saya tahu. Ini pasti sebab stress. INI PASTI SEBAB STRESS.

Saya dah tak nak stress. Nak cari masa untuk relax. Tenangkan hati dan fikiran. Saya tahu saya perlu pergi bercuti, bersantai dan memanjakan diri. Tapi, bila dicongak segala benda, keadaan kewangan pula tak mengizinkan. See?? stress lagi pasal kewangan. Ya Allah, bantu aku.

Ok, cari cara lain berhibur dengan rakan-rakan pula. Saya terjah semua kawan, mereka pon sama lah seperti saya, semuanya pon busy~ Ok, aku faham.

Lastly, kembali kepada boyfriend dan bertanya pada beliau mahukah beliau keluar berjalan-jalan serta bersiaa-siar dengaku. Beliau cuma kata, kan abang tengah final, abang nak study, awak pon buatlah kerja.Kerja awak banyak. Abang tahu. Oh,ok. Dengan wajah yang heartless gila, aku pon sambung segala kerja yang harus dilakukan. Sambung punya sambung aku makin stress sebab perasaan sedang tak redha untuk membuat assignment. Lalu, dengan rela hati, aku menghibur diri dengan mengupdate blog dan mencurah segala rasa isi hati ini.

OK lah, dah puas. Lega sikit. Boleh sambung kerja.

(^_____________^)



Wednesday, September 22, 2010

Penat

Salam semua. Sekarang mengantuk sangat. Rasa macam nak tidur, tapi kalau tidur nanti perasaan bila dah bangun tu mesti jadi tak best. Kalau layan ni memang lambat ke kelas nanti. Maunya terlajak tidur...Jadi, baik update blog yang dah lama tak di update ni. Ada juga kerja nak elak daripada tidur kan?

Penat. Semalaman tak tidur. Buat website untuk group. Tapi asyik tak menjadi. Huh, tak apa. Nasib baik content dah ada. Senang hati sikit. Nanti bolehlah mintak tolong yang lain uploadkan. Terima Kasih buah hati saya sebab sudi tolong buatkan logo. :D

Apa kah yang nak di update? Pasal Raya? OK. Nanti update yang tu...InsyaAllah. Draft memang dah banyak. Tapi nak siapkan tu yang amik masa. Jadi, biar je lah dulu. Lain kali saya update juga..

OK lah~ sampai disini sahaja perjumpaan kali ini

TATA :)

Monday, September 20, 2010

Butterfly


for those who are not sure that he/she is the one

Mariah Carey: Butterfly



When you love someone so deeply
They become your life
It's easy to succumb to overwhelming fears inside
Blindly I imagined I could
Keep you under glass
Now I understand to hold you
I must open up my hands
And watch you rise

Spread your wings and prepare to fly
For you have become a butterfly
Fly abandonedly into the sun
If you should return to me
We truly were meant to be
So spread your wings and fly
Butterfly

I have learned that beauty
Has to flourish in the light
Wild horses run unbridled or their spirit dies
You have given me the courage
To be all that I can
And I truly feel your heart will lead you back to me when you're
Ready to land

Spread your wings and prepare to fly
For you have become a butterfly
Fly abandonedly into the sun
If you should return to me
We truly were meant to be
So spread your wings and fly
Butterfly

I can't pretend these tears
Aren't over flowing steadily
I can't prevent this hurt from
Almost overtaking me
But I will stand and say goodbye
For you'll never be mine
Until you know the way
it feels to fly

Spread your wings and prepare to fly
For you have become a butterfly
Fly abandonedly into the sun
If you should return to me
We truly were meant to be
So spread your wings and fly
Butterfly

Spread your wings and prepare to fly
For you have become a butterfly
Fly abandonedly into the sun
If you should return to me
We truly were meant to be
So spread your wings and fly
Butterfly
So flutter through the sky
BUTTERFLY

Friday, September 3, 2010

Kami Ngegeh

Mari Melihat Gambar :D

my girl is on the right!

the girls~ the cousin is on the left :)

Off to Taman Sahabat

She needs make up before the photo shoot session...lol

me too~ meh main make up. bukan selalu pon. hik hik... gedik.
Laksamana Cheng Ho dan Syue...

bergambar di hadapan base tugu tersebut

Pemandangan Cantik di Taman Sahabat, Kuching.

Anak Dara Cantik jalan-jalan kat Taman Sahabat, Kuching. Akibat terlalu cantik, ada sekumpulan budak sekolah rendah mengorat mereka.KAH KAH KAH~

Ini Syifa Zafirah *beliau cousin saya merangkap girlfriend saya juga*


Ini Saya~ Pose tak menjadi. Saya memang tak reti nak bergambar. Tolong ajar...T_T



Kami Memang Ngegeh



Adila, Syuhadah, Eynee

Kami dah nak balik...




Nanti Kami datang lagi OK....:D

Thursday, September 2, 2010

Senyum pastu nangis, gila agaknya.

Saya tak jadi beli camera dalam masa yang terdekat ni. Tengok lah nanti. Tunggu masa yang lebih sesuai. Tapi, Alhamdulillah dapat apa yang saya tak pernah mimpi, tak pernah sangka pon. Tersenyum sorang saya dibuatnya. Sekarang rasa macam lebih best pula kehidupan ini. Nanti lah saya umumkan kat blog tentang kegembiraan ini. Nak share kat korang semua tentang kegembiraan saya ni. OK? Saya janji, tapi nanti lah... :D

Baju raya saya tak beli lagi pon. Korang dah? Tak ada masa nak beli walau dah banyak kali pergi survey baju. Ada yang mahal sangat, macam tak berbaloi nak beli. Sangat la tak berbaloi bila dah mencecah angka ratusan. Rasanya, dah habis dah satu Shah Alam ni saya pusing, tak jumpa lagi pon yang berkenan di hati... Orang sekeliling pon dah naik bosan dah sebab asyik tak berkenan. Memang aku ni cerewet dalam bab-bab membeli. Lagipon, sedih sikit sebab, tahun ni nak beli sedondon dengan buah hati. Hmm, macam tak tercapai je hasrat itu. Tak nak ar cakap pasal ni. Nanti nangis lagi. Ingatkan dulu dapat beli baju sama-sama. Akhirnya, tak dapat juga. Memang selalu macam tu. Sangat sedih.

Saya sangat bersedih dua tiga hari kebelakangan ni. Dua hari lepas menagis teruk. Hari ni, lagi lah~ Beru lepas nangis. Bengkak lagi mata ni. Sedih tau bila mengenangkan kau macam tak diterima je dalam keluarga itu. OK. Saya redha. Ni bukan nak announce ke, nak malukan sapa-sapa tapi ni nak malukan diri sendiri. Dengan sapa lagi saya nak mengadu. Saya dah letih macam ni selama ni. Tapi, biarkan saja keletihan. Saya positifkan diri. Tapi sungguh saya rasa tak istimewa langsung. Tak adakah orang yang nak anggap saya ni istimewa? Huhu, mungkin sebab saya bukan golongan istimewa. Alhamdulillah~ saya masih sempurna. Yelah, pahit tau tak rasanya bila you want to be special in front of them tapi tak dipandang special pon. Maaf, saya tau saya ni bukan orang berada, tak mampu beli itu ini untuk dia, malah menyusahkan orang ada lah. Mungkin sebab saya ni hanya study kat UiTM bukan overseas lalu tak dipandang apa-apa pon. Sedih, pedih. Kamu tau tak perasaan itu? Nak mangadu dengan sapa lagi? Dah cuba dah mengadu dengan orang lain, tapi balik-balik kena marah. Saya kena marah sebab kesedihan ni tak relevan. Saya pula dituduh tak appreciate keluarga itu. Apa lagi yang saya mampu buat sedangkan orang yang disisi pon tak ambil kisah? Saya penat, saya dah letih orang buat macam ni. Apa salah saya? Kenapa tak terima saya? Awak tau tak saya impikan untuk beraya bersama keluarga awak nanti? Itu impian saya...Tak apa lah. Cakap banyak pon tak guna. Awak bukan baca blog saya pon. Sebab tu saya ada blog, saya nak awak tau semua yang saya buat selama ni untuk awak dan keluarga awak. Dah namanya cinta kan. Tak tahulah apa lagi cabaran dan dugaan selepas ni. Kadang-kadang terasa benci dengan kesetiaan yang ada ni. Sudahlah, makin banyak cakap makin teruk jadinya. Kali ni saya berdiam lagi, bersabar lagi, pendamkan lagi sekali dan berulang kali. Saya ni dah bunyi macam orang yang tak tau bersyukur dah. Ya Allah, tabahkan hati ku.

Wednesday, September 1, 2010

blogwalking award

Mendapat Award Blogwalking pula kali ni daripada Cik Arianna. :D

Terima Kasih diucapkan kepada beliau.




Prosedur biasa, apabila sudah di anugerahkan dengan award, haruslah saya ini membuat satu entri khas untuk mengumumkan saya dapat award dan memberi award ini kepada orang lain pula. Suka tau blogging, boleh dapat award macam-macam. HEHE.

Kali ini, tak macam award yang dua sebelum ni, yang ni kena jawab soalan pula.Makanya, dengan ikhlas saya menjawab soalan yang telah diberikan.Award ini mengharuskan saya menjawab tujuh soalan.OK, saya akan jawab seikhlas dan setulusnya. Sila baca betul-betul. BACA TAU!

soalan SATU:

APA PERKARA YANG BERMAIN DI FIKIRAN SEKARANG NI?

hari ni bakal sibuk lagi. huh.



soalan DUA:

APAKAN NAMA SAMARAN KAMU?

eynee



soalan TIGA:

3 ORANG YANG ANDA SAYANG

ibubapa

adikberadik

temanlelaki

(kira betul-betul,sebenarnya lebih dari 3 orang....kah kah kah)



soalan EMPAT:

PANGGILAN UNTUK SI DIA

Si Kontot? Hehehehehe............

Sorry sayang.

(jawapan highlighted OK :D )



soalan LIMA:

HADIAH YANG YOU ALL IMPIKAN DARIPADA SESEORANG YANG ISTIMEWA

tak nak ar senaraikan, nanti beliau tahu...tak best la~

(senaraikan bukan nyatakan. keh keh~)



soalan ENAM:

BLOG YANG ANDA SUKA VISIT

blog best, kelakar




soalan TUJUH:

TAG 15 BLOGGER

syahira
yann
masz
monalea
wan hazel
eem
asy
miss nury
baby khue
nyna
ayub
fiefiey
nurul
paradokshati
Da Lovac

OK, done. kepada mereka yang telah di tag. Tahniah saya ucapkan.

[Chow]

(^,^)

Monday, August 30, 2010

untitled

YA ALLAH,



SEMOGA SEGALANYA SELAMAT HARI INI.



AKU MOHON.


T___T

Sunday, August 29, 2010

Entri untuk Kakak, Maaf lambat

Maaf, ini post tertangguh specially khas untuk my sis. Her birthday 27th August, Jumaat lepas...memang nak buat entri special untuk beliau tapi memandangkan masalah connection internet disini, ada masalah nak sign in apalagi nak sign in facebook kan... Oleh itu kakak, maafkan aku.

She's my sister, yang sangat rapat dengan saya. Yalah, kami berdua sahaja perempuan dalam lima beradik. Of course lah kan? Saya boleh nobatkan beliau sebagai bestfriend. In fact, she is my best girlfriend ever in the world. Apa-apa masalah pon saya boleh rujuk dengan beliau tanpa segan silu, malu dan sebagainya. Masalah wanita, remaja, pelajar tahun akhir....semua pon boleh. She's been there before. Beliau nasihati saya berdasarkan pengalaman beliau. And now, she is expecting ... Masuk 7 bulan kot. Dalam kiraan saya lah....hehe..... Nanti bila tiba time saya pula expecting (hoh...malu! malu!) boleh minta nasihat beliau juga. InsyaAllah bakal melahirkan dalam bulan November nanti. Doakan segalanya selamat. Nanti waktu tu, saya mungkin ke Kota Kinabalu...saya pon dah cuti semester kan waktu tu. Hehe... tapi adakah beliau expecting aku ke sana? =_=

In conclusion, saya cinta kakak saya. Tapi saya straight...HAHA HArap maklum.


Kakak dan suami duduk di pelamin orang bersama pengapit-pengapit yang cool :D

Okey, aku tahu kakak ku lebih cerah. Tapayah buat banding beza disini ya. Sudah muak dengan perbezaan ini sejak kecil. sobs sobsssss T_T

Ini betul-betul time kakak kahwin dan aku wedding planner. Nampak tak keserabaian aku?



Masa Along kahwin pon aku jadi wedding planner. Bekerja di samping kakak. Tapi yang best pelamin aku sendiri yang buat. JIMAT. Sentuhan best. HAHA. Lain kali upload gambar pelamin Along yang aku design itu dan buat. :)


Smile a lot.
Saya Sayang Kakak Saya.

i love you sis and its forever. walaupon kita selalu gaduh dan kau macam makin sensitif kebelakangan ini. You're not like this before.

HAPPY BIRTHDAY


p/s: i love you my new bebeh too :DD

Monday, August 23, 2010

Dapat Award & Tag Orang Lain

setelah tak update blog beberapa hari lamanya...saya nak update blog sekarang dalam condition saya yang kenyang lepas makan bubur lambuk free dari kolej, minum horlick panas, jus oren fruit tree yang segar, air mineral dan paling penting buah kurma yang wajib ada. Kurma itu favorite. Kalau tak ada selera nak sahur atau tak ada makanan sangat nak bersahur, kurma pon dah cukup sedap dan cukup membekalkan tenaga sepanjang hari.

minggu lepas saya dapat award. memang membanggakan. saya telah di tag oleh seorang blogger cun yang bernama YANN. she is so pretty dan sudah bertunang. hehe. :)

terima kasih cik yann sebab mengetag saya. yang best nya, padahal aku sorang yang rasa benda ni best, sebab cik yann telah mengetag saya sebagai nama pertama dalam list beliau. Hoh, tetiba mendapat award sebegini. Hehe, maaf...teruja sebab ini award kedua yang saya dapat.

Nak tengok award tu? Ni ha, kat bawah.... :D


Oleh kerana sudah di tag, saya pula harus mengetag another 10 bloggers. So, nak tahu saya dah tag 10 orang blogger kat bawah ni. :D

OK. dah selesai tag orang. Kepada orang yang di tag, sila tag 10 orang lain lagi OK? Anyway, rasa appreciated bila dapat award blogger cun...hehe...tidak cun pada hakikatnya. (^_^)'

tapi bak kata pepatah, tuah ayam nampak di taji kan? itu tuah ayam. macam mana pula nak nampak tuah manusia? sila cari, ini extra work untuk anda.

OK lah,lain masa nak update lagi blog. Draft banyak, nak habiskan dan publish tu yang payah nya. Masa selalu tak ada nak buat semua benda nih...

selamat berpuasa semua! :D

Friday, August 20, 2010

Happy Birthday

Hello peeps.

Minggu ni busy. Bukan busy apa pon. Sebab kerja semua nak tangguh-tangguh. Memang laa. Hoh, padan muka diri sendiri. Padan muka sangat. Jam dah pukul 3 pagi. Tak tidur lagi sebab tak mengantuk.. Siang tadi asyik tertidur bukan dalam kelas tapi dalam bilik. Padahal, hari Khamis kott..mana ada kelas. Tak paham. Macam mana la aku boleh terjebak dalam kegiatan yang kurang sihat ni? Biasanya aku online siang-siang hari . Tapi, siang tadi? Memang tak tahan. Bangun solat, lepas tu tidur balik. grrrrr......geramnya. Boleh pulak tertidur tak ada nota kat tangan. Tidur dengan tenang pulak tu, siap selimut lagi. Aku rasa itu bukan kategori tertidur... Padahal room mate yang jga merangkap classmate aku gigih gila baca nota dan sebagainya. Tolongggggg. Symptom pemalas dah datang. T_T

Esok pagi, kurang 6 jam dari sekarang aku ada midterm test yang aku tak baca satu hapa pon lagi. YaALLAH, berilah kebijaksanaan serta merta aku esok hari. Semoga dapat jawab soalan dengan baca nota secara sepintas lalu. Takut nih...takut nih. Ceh, kalau takut p baca nota sekarang. Tak nak, nak update blog dulu... ngeeeeeee :D

Dan esok, aku baru teringat yang esok kena hantar resume kat ketua program..............Ohhh. Nasib baik dah lama siap. tinggal nak semak balik. Aku rasa aku hantar lepas solat jumaat kot. Oh, delay lagi. Tak sukanya. Sebab, Ketua program nak 2 muka surat, aku terlebih isi sampai 4. Tak cut lagi apa-apa yang aku patut cut. Oh, sungguh menyakitkan hati. Padahal dah tau salah sendiri. Eh, maknanya tak siap lagi lah kan? Tambah lagi satu masalah.

Gila, esok kelas 8.30 pagi! Nasib baik dah iron baju kurung dan tudung. Esok jumaat, student UiTM pakai baju kurung, aku pakai baju kurung hijau. Eh, tak. Itu biru kott. Eh, tak tahu lah hijau atau biru. Apa-apalah, yang penting...tudung baru...ngeeeee lagi :B

ni gambar lama. gambar masa kakak bertunang. Dari kiri: Kawan, Aku, Kakak, Kawan Kakak, Adik Kawam Kakak. Hoh, Motif gambar di atas bukan nak cerita pasal kakak aku bertunang. Kakak dah kahwin dah pon. Dah nak beranak dah pon. Motifnya, aku pakai baju tu esok. Oh ye, baju tu dah lama. Saja nak pakai. Sebab best. I loike... :) Sekarang dah boleh bantu aku decide baju tu kaler apa?

Hari ni 20 Ogos kan. Hooraayyy! Birthday adik aku hari ni. Oh, adik Selamat Hari Jadi ke 19! Eh, adik ku dah besar. Tiba-tiba terasa eh, besarnya adik aku. Dah pandai bercinta. Semoga kau cepat kaya. Boleh aku mintak duit selalu. HAHA. :)

Nak tengok muka adik aku? Hehe, tak handsome pon :D

Yang paling muka tu adik aku, Mak and Along yang nampak muka. Pandailah pilih mana satu mak mana satu Along ye. Takkan Mak yang tak pakai tudung.


Ada lagi Mak, Along dan bini Along. Adik aku? Hoh, serious cakap. Tak handsome. Nak tengok jugak ke? Tak handsome.....percaya lahhh...



Kan dah cakappp. Tak handsome. HAHA. Matilah kalau adik aku baca, tak mati pon. Tak takut.... OK. Handsome lah sikit..... Tapi, adik haku gelap gelita sebab dia tak reti nak duduk rumah. Suka jalan-jalan. Aku suka adik aku sebab, dia sorang je adik aku. Lagi pon, nak suruh adik memang senang.Cakap je macam ni.... Asnin! Tolong aku.... atau pon kalau dia tak nak atau melawan, ugut je. Contohnya, ugut bagitahu rahsia dia kat mak, atau pon ugut cakap tak nak bayar hutang dia atau ugut ar tak nak belanja dia. Mudah bukan? Dia selalu kena ngan aku. Aku suka. HAHA.

OK adik. Aku rindu kau.


OK lah. Mari baca nota, trim balik resume dan bersahur dan juga mengkejut kan orang supaya bangun sahur. :DDD

Entri ni macam buang masa je sebab nak wish happy birthday kat adik. aku rupanya. Cisss, tak guna betul.

Bye, Kakak Jahat. :B

Wednesday, August 18, 2010

6 alasan kenapa Perempuan suka shopping

Hai semua.

Sejujurnya, saya tak dapat tidur. Esok ada 2 kuiz...bukan Pop Kuiz. Kalau Pop Kuiz, saya tak perlu study sebab kalau pasal info lagu, artis, movie dan gossip rasanya dah cukup untuk jadi pemenang Pop Kuiz. HAHA tak lawak pon.

Oh ya, bercakap pasal movie (padahal tak cakap pon sebut je), saya baru sahaja habis menonton movie tempatan. LOS dan FAUN. Boleh tahan best juga lah. Tidak mengecewakan sebab saya tak expect apa-apa pon movie tu. Just nak tengok. Nak hilangkan sakit hati dan sedih sebab camera rosak. T_T Cukup.

Ini bukan nak buat movie review tau. Saya tak cerita banyak pasal movie tu. Buat entri yang lain. Jangan risau. Kali ni, nak cerita dan luahkan sedikit apa yang bermain dalam fikiran saya ni sebelum, semasa dan selepas baca entri seorang rakan blogger yang bertajuk Kenapa lelaki tidak gemar mengikut perempuan kuar shopping.

Haiyya. Sedang bersiar-siar dalam google reader, saya terus baca entri ni. Tajuk nya sangat menyengat hati. Sesungguhnya. Memang saya selalu bengang kenapa lelaki tak suka ikut saya, mak saya, kakak saya kuar shopping. tettt! Padahal, kita memang sungguh-sungguh ajak shopping. Walaupun sebenarnya saya tahu lelaki memang tak suka ikut shopping, kadang-kadang saya still rasa alasan mereka belum cukup kukuh. Sesungguhnya la kan. HAHA.

Oh, saya tak mahu jadi sexist di sini. Sebab, lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Kalau tak, Allah tak jadikan Hawa untuk Adam. Lelaki dan perempuan punya kelebihan dan kelemahan masing-masing. Biasanya, lelaki lebih memikirkan soal-soal yang besar, dan perempuan pula akan fikirkan soal-soal kecil nya. Hoho, perempuan tetap comel. Sebagai contoh, Si Suami fikir nak beli rumah. Si Isteri pula fikir apa nak isi dalam rumah. Paham tak? OK, contoh lagi. Bapak fikir macam mana nak cari duit nak bagi anak-anak makan. Emak pula fikir, anak-anak aku nak makan apa hari ni. So, dengan contoh yang lebih jelas disini, kita boleh paham perempuan akan buat lebih detail lagi. Paham? OK. Bijakkk.

Dalam hidup saya, saya biasa tengok lelaki. So, kalau tengok lelaki, saya tak akan tak biasa sebab saya ada dua orang abang, seorang adik dan seorang bapak, seorang emak dan seorang sahaja kakak dan tiada adik perempuan. Sejak menjadi semakin besar dan dah jadi anak dara, gatal pula nak ada boyfriend, so ada seorang lelaki tambahan dalam hidup, iaitu encik boyfriend. Eh, lupa sorang...abang ipar saya.Oh, my cousins pon ramai yang lelaki. Justeru, saya dah masak dengan perangai mereka sebab selalu di reject jika saya ajak mereka shopping.

Still, saya tak paham kenapa lelaki tak nak suka ikut perempuan keluar shopping as if shopping itu susah. Sangat tak paham. Kadang-kadang, kita pon nak beli barang untuk mereka. Kalau ajak mereka memang buat sakit hati. Tapi, selalu juga minta temankan sebab tak best kalau shopping tak berteman. Tapi lagi, lelaki selalu kalah dalam pujuk rayu perempuan, apatah lagi perempuan yang tersayang. Perempuan pula sangat tahu bila nak guna senjata masing-masing. Ini pengalaman tau. Bagi saya lelaki yang mudah kalah dengan saya adalah Bapak dan Boyfriend.HAHA HAHA. Saya tak nak kongsi kat sini senjata apakah yang perempuan guna untuk membuat lelaki terperangkap dalam ajakan pergi shopping. Ladies, keep it on the low OK! :)

Tapi, nak kongsi sikit kenapa perempuan suka shopping :D


6 alasan kenapa Perempuan suka shopping

pertama. Sebab best.

kedua. Shopping itu perlu untuk menambahkan koleksi. Penting, koleksi pakaian. Kalau mak saya, dia suka kumpul pinggan mangkuk. Kejap lagi nak suggest kat bapak. Kita buat setor simpan pinggan mangkuk, gelas dan sewaktu dengannya. Kakak saya pula, koleksi kasut dan handbag. Kalau saya pula, saya tak suka apa-apa pon. Ini tipu. Hehehe...

ketiga. Shopping itu nafsu yang perlu dipenuhi. Perempuan ada 9 nafsu. Mind that. Shopping salah satu. ada lagi 8 yang perlu di ambil kira. HAHA. Ada berani? Kalau tak berani jangan kawan ngan perempuan dah ala-ala perempuan juga.

keempat. Shopping adalah terapi untuk menghilangkan stress. Itu pon, kalau shopping secara bijak. Contohnya mak saya. Banyak benda yang dia stress about. Balik rumah dia marah-marah, bebel-bebel. Tapi, ajak shopping automatic hilang. Tips buat pasangan lelaki kalau pasangan anda marah atau banyak bebel. Sila bawa pasangan anda shopping sebab sure lepas tu OK. Teknik diversion which is anda divert attention pasangan anda ke suatu perkara yang lain. Cubalah, boyfriend saya selalu guna ni. Lepas tu saya kenakan dia balik dengan cara yang sama. HAHA. :)

kelima. Shopping itu penting, lelaki malas nak fikir. Kalau saya, saya mesti ingat lelaki-lelaki kesayangan juga kalau sedang bershopping. Misalnya, saya keluar sebab nak beli kasut. Sedang saya scan kasut, saya terjumpa socks yang smart untuk abang saya. Oh, nampak macam smart untuk dia ke office. Saya pula teringat, bahawa saya selalu jadi tukang basuh socks busuk beliau. Jadi, saya beli, bagi kat dia dan bila dia suka, kita claim lah!! :) ...OK satu lagi. Kalau pasal buat persiapan raya, siapa yang lebih aktif? Emak atau bapak? Semestinya emak la kannn. Harus.. Kuih raya, langsir, baju, accessories... semua nya perempuan fikir...yang lelaki tahu, jemput kawan datang duduk borak-borak. Makan minum? Haku juga yang hidang T__T

keenam. shopping penting untuk otak. Ini saya suka. Shopping penting untuk melatih otak kita berfikir. Shopping sebenarnya memerlukan daya pemikiran yang sangat tinggi dari segi bijak berbelanja, pemilihan barang yang berkualiti dan shopping secara bijak. Sebab u shopping kena lama. Nanti tak menyesal. Perempuan yang suka shopping adalah perempuan bijak. :) Kenapa saya berkata begitu? Sebab, sewaktu shopping kita perlu fikir 5W1H juga. What to buy? Why should I buy this stuff? Where is the best store that provide me the best price? Who made this? When to use it? dan...soalan ini banyak kali kantoi. How am I going to tell him that, I need money to buy this? HAHA. Sesungguhnya~ LOL. Jadi, nampak tak perempuan sebenarnya detail secara bijak. Kalau anda tidak nampak mungkin anda nampak perempuan bijak mengikis duit lelaki. Ha! Itu pon bijak juga namanya. *wink wink*


HAHA. Satu lagi. kalau dah tak ada sape nak temankan saya shopping lebih-lebih lagi sekarang kakak ku dah bersuami dan kawan-kawan pula not available,...para lelaki disekeliling saya selalu lari sewaktu saya nak bershopping. Kena la temankan saya bershopping...takkan nak naik bas kot...mesti tak sampai hati tengok aku naik bas sorang-sorang. Kah Kah Kah Kah. Kesimpulannya, lelaki senang je nak umpan. Buat muka nak menangis sikit atau cakap ''OK, saya off handphone'' dan blah pon dah takut. Mesti kejar punya... Hehehe...

Untuk lelaki-lelaki, banyakkan bersabar...tambah baik sabar di bulan Ramadhan ni. Berlipat ganda pahala... :)

Setakat ni, itu sahaja yang saya dapat fikirkan. Itu pon dah cukup puas hati. Kalau ada apa-apa nak share, share je lah. Jangan malu-malu.




kami suka shopping! :)

Tak semua kot lelaki yang tak tahan shopping. Ada juga yang kaki shopping. Tapi payah ar nak cari... :)

Tuesday, August 17, 2010

Memujuk Hati

Hari ini makin sihat. Alhamdulillah. Sudah mula ke kelas walaupun dengan wajah yang entah nak cakap macam mana. Dah laa lambat. Takut dimarahi Miss. Tapi, tak.Yeay!

Sedihnya apabila mengenangkan diri ini tak banyak masa free untuk orang yang tersayang semester ini. Tapi, tak apa lah.Memang lumrah kau berstatus pelajar tahun akhir sayang~ Memang busy. Kerja pon semakin banyak. Cuti Raya, macam tak cuti Raya. Pelik dan bengang juga lah sebab ada kawan-kawan bakal bercuti 2 minggu, tapi aku...balik rumah 10 hari sahaja. T___T Oh Eynee sayang, ada orang tak balik raya tau... Sabar yerr...

Sedih lagi bila tengok assignment banyak. Tangguh punya tangguh menjadi semakin banyak. Memang lah kan? Tak apa Eynee, semester terakhir di campus, memanglah. Nanti, mesti kau rindu dengan semua ni. Kerja nanti lagi susah. Biasakan diri... :)

Tapi, OK lah, bila tengok blog, hati senyum tau. Tengok nuffnang pon senyum juga. Heee :)

Lepas tu, semangat nih nak update blog! Tapi, nak update blog, nak letak gambar...nak edit dulu gambar-gambar tu. Idea kreatif ku ini memang tak boleh nak describe macam mana sebab, laptop ini tak ada apa-apa pon. Hanya boleh menaip dan upload gambar yang tak berapa nak kreatif. :( Sebabnya, Adobe Photoshop dalam ini telah di tiada. Mahu di upgrade katanya. Bilakah?

OK. Harus bersabar. Tak ada Photoshop tak apa. Amik la gambar secara kreatif. Kan boleh? Ho, ini sensitif. Camera ku tealh rosak. Fikiran jadi tak menentu. Camera T_______T



Hujan, cepatlah reda. Aku nak pergi beli makanan untuk berbuka. Jangan tambah kesedihan hati ini...




Monday, August 16, 2010

Sudah jatuh ditimpa tangga, Malang tak ada bau langsung

Okey, hakikatnya....hati ku dah tak tahan lagi memendam segala kesedihan. Benar, malang itu tidak mungkin berbau wangi mahu pon busuk. Oleh itu, aku harus redha menghadapi dugaan semua ini. Sebagai manusia, kita harus redha dan tabah menghadapi segala musibah.

Ini gambar VICKS VAPORUB aku, my favorite ointment ever

Mesti korang tertanya-tanya kan mengapakah aku punya intro ayat skema Ya Rabbi~ Ha, lepas tu, apa pula kaitan gambar vicks kat atas tu? OK, nanti aku bagitau....


Sebelum tu, layan dulu gambar kat bawah ni....

OK! Gambar kat atas tu, gambar lecturer French aku untuk level 3 ni... Beliau sangat comel, sumpah. Suka sangat... Beliau terbukti comel apabila suatu petang Rabu yang mendamaikan jiwa, mak dia call, muka dan suara dia cakap ngan mak dia, HAHA HAHA. Comel sangat... I like... Satu lagi, aku memang suka lecturer ni sebab dia suka bercerita... Kalau dia ada blog, pasti aku jadi peminat setia. Walaupon kadang-kadang aku tak faham cerita dia... hehe, tapi, layan jerr. Bonjour Monsieur! :)


Gambar ni pula, gambar barangan aku. Pencil Case Kuning, aku punya.. Purse Kerim2Coklat aku punya juga, lagi lip balm nivea strawberry akan and bedak muka Johnson~ all time favorite, mestilah aku punya, and kunci berk ey-chain peta Australia tu, kunci bilik aku. :)

Nanti aku buat post pasal barang-barang kegemaran aku. Special. Label, My trusted brand. Aku akan nyatakan kenapa aku suka barang-barang itu seperti keberkesanannya, affordable dan sebagainya... Maaf, walaupon saya bukan artis, tapi saya suka bagitau kat orang saya apa yang saya suka! Maaf lagi ~ teeeheeeee :B

Ini aku. Ceh. Bukan berniat nak kenalkan diri. Ini adalah gambar ternyata gedik aku yang last guna camera canon aku. Dah rosak dah. Fine, lens dia problem. Dah tanya abang kedai baiki camera. Dia cakap boleh baiki tapi bayaran dalam RM200++. OK, fine lagi. Aku geram sungguh. Dah, sampai sini sahaja entri ni. Tak sanggup nak cakap CAMERA AKU DAH ROSAK. Hoh, tak tahan. Tak tahan. Bolehkah hidup tanpa camera bagi seorang yang cam whore??

gambar-gambar di atas adalah empat gambar yang last sempat snap guna my late camera. Camera rosak pada 1 Ramadhan yang lepas.


FINE. I'M DONE.








oh, I am not done yet. Start 1 Ramadhan tu, aku mula merasa demam. Mungkinkah aku demam sebab rindu akan camera?
Oh, tidak.

T____________T





NOW, I'M DONE.
SELAMAT BERBUKA SEMUA.

Sunday, August 15, 2010

Prettiest Friend by Jason Mraz

Hi everyone!

Kat bawah ni ada lirik lagu Prettiest Friend by Jason Mraz. I like this song very much. But, I just don't know why. May be it sound very relaxing to me and may be some of you out there. Just enjoy the song OK. (^_^)V


this is what i look like today
and I'm trying not to pull out my hair
I'm trying not to show it cause I'm far too shy to grow it back there
that's probably why i like wearing hats
there's no denying I'm deferring the facts
avoiding confrontation
lacks tact in a situation
behind every line is a lesson yet to learn

but if you ask me
the feeling that I'm feeling is overwhelming
and oh it goes to show
I'veso much to know

i wrote this for my prettiest friend
who while trying not to prove that i care
trying not to make all my moves in one motion and scare her away
well she can't see she's making me crazy now
i don't believe she knows she's amazing how
she has me holding my breathe
so I'd never guess that I'm a none such unsuitable, suitable for her

but if you ask me
the feeling that I'm feeling is complimentary
and oh it goes to show
the moral of the story is boy loves girl
and so on the way that it unfolds is yet to be told

i know that i should be brave
even pretty can be seen by the blind
i know that i cannot wait
until the day we finally learn how to find each other
redefining open minds

and if you ask me
the feeling that I'm feeling is overjoyed
and it's golden, it goes to show then
the ending of this song should be left alone
and so on cause the way it unfolds is yet to be told

hasil copy and paste dari sini.

Saturday, August 14, 2010

emotional entry

Hmm, title pon sudah menggambarkan keseleluruhan hati aku sekrang. Sekali lagi, aku anggap ini normal. Semua manusia akan harungi saat-saat emosi terganggu tidak kira wanita mahupon lelaki. Cuma, mungkin berlainan cara. Aku percaya, Allah menguji setiap umatnya dan aku dipilih untuk di uji pada Ramadhan kali ini. Mungkin kini, Allah mahu tunjukkan pada aku bahawa, aku semakin matang, harus menajdi semakin tabah di dalam menghadapi kehidupan masa depan. Iya la kan? Semester ini pon sudah semester akhir aku di kampus, bulan Disember nanti...tiba giliran aku untuk latihan praktikal pula. Alhamdulillah, aku sampai ke tahap ini. Lagipon, tahun depan umur dah masuk 23tahun. Eh, sudah legal jadi bini orang. (padahal dah legal berkahwin sejak 7 tahun yang lepas. cis. kenapa tak da orang masuk minang nih?) Hehehehehe......

Selepas perbualan tempoh hari dengan lecturer kesayangan, aku menjadi semakin kuat, malah aku rasa lebih yakin dan positif dalam setiap pergerakan, fikiran dan pandangan aku terhadap sesuatu perkara. Sekali lagi, syukur Ya Rabb. Hati ini tergerak untuk menjadi lebih positif. Aha, positif. :)

Untuk pengetahuan kalian semua, bulan Ramadhan kali ini, aku diuji dari segi kesihatan ku yang benar-benar menguji aku. Sejak Rabu lepas which is hari pertama puasa, aku dah mula batuk, demam, selsema dan sebagainya. Aku ingatkan demam macam biasa. Tak ada apa-apa kot. Tapi, aku bernasib malang apabila, hari berikutnya, suhu badan semakin meningkat. Satu hari tak keluar bilik dan lebih dahsyat, tiada siapa pon di dalam bilik yang menemani aku. Aku masih gagah. Petang itu, aku gagahkan diri demi berbuka puasa bersama lelaki idaman aku. Kesian encik boyfriend, dapat cik girlfriend yang busy memanjang. First day puasa kami tidak dapat berbuka bersama sebab, aku ada kelas dan buka puasa dengan classmate. Tak apa lah...itu tujuan aku datang sini. Kelas lebih penting. Hari Khamis, aku free satu hari, memang tak ada kelas, soooo...bolehlah buka puasa dengan encik boyfriend. Tetapi, demam ni makin teruk, makanya, boyfriend sempat makan kurma minum air dan terus merempit hantar aku ke pusat kesihatan. Terima kasih sayang...

Setibanya disana, masuk air pulak dalam badan....tak cukup satu 'botol' tu, dia masuk satu lagi, sebab suhu badan terlampau which is 39.87 darjah Celsius. Semua pon panik. Aku pon panik juga sebab tengok doktor and nurse panik. Masa tu, pitam sangat. Dah tak boleh fikir apa-apa pon. Blood pressure 85 dan hemoglobin 8.5. Untuk pengetahuan semua lagi, I memang anemic (kekurangan sel darah merah). Sungguh sedih, I feel better lepas nurse suntik ubat dalam badan, then baru boleh sedar benda sekeliling. At that time, aku tengok muka boyfriend sangat sayu... rasa macam nak menagis. sedih sangat, I ruined his day nak break fast sama-sama. Sorry abang, sorry...

Esoknya, ingatkan nak buka sama-sama lagi, tapi, hujan. So, boyfriend and I sama-sama kurang sihat, tapi dia lagi kuat laa... so, tak dapat nak buka puasa sama-sama lagi. Yang paling dahsyat, malam tadi masuk lagi satu botol air dalam badan. Badan aku ni dah banyak bekas suntikan masuk air la, amik darah lah, suntik ubatlah...... Sedih pula tengok badan sendiri. I am not healthy. Tapi, Alhamdulillah, masih bernafas, aku redha dan terima ini sebagai kifarah dosa buatku. Alhamdulillah, bukan juga penyakit serius.

Hari ini, aku tak puasa. Bukan sebab perempuan tak boleh puasa, sebab memang tak larat. Sangat sedih. Semalam aku puasa, tapi sungguh tak larat. Hari ini okey sikit sampai boleh tulis entry untuk semua bacaan semua.

Hoh, dah tak larat nak tulis lagi. Kepala dah sakit sangat. Mata dah sakit.

Love you all readers, doakan Allah bagi kesihatan kat aku dengan cepat.
Aku nak pergi kelas. Belajar macam biasa, secara normal.

Sekali lagi, terima kasih baca entri ni. :)