Minggu depan dah nak kena present. So I decide nak jumpa lecturer on Monday untuk buat report, check balik so that I can do some correction If I need to. Kadang-kadang tu terasa juga kesengalan bila presentation ni ditangguhkan. Iyalah, masa praktikal dulu aku dah start buat report. Ingatkan semangat masa praktikal tu aku bawa ke sesi pembentangan tu tapi sekarang semangat telah berterbangan seperti masa. Adoyai. Takpelah. Sila happy juga.
Sekarang ni, aku jadi manusia yang semakin produktif. Kamu tahu kenapa? Walaupun aku tidak bekerja sambilan, tiada final exams yang mendesak aku untuk mentelaah nota dan buku, malah melihat report juga sudah tak lalu. Haish. Maka aku sangat produktif dalam bidang berfoya-foya. HAHA. Sekarang aku adalah:
- Facebooker tegar. Sehinggakan kalau ditinggalkan 2 jam facebook, sudah ada berpuluh-puluh notfications. Oleh yang demikian~ sangat tegar. Ada sahaja yang aku nak comment, menyibuk.
- Berusaha untuk menjadi orang yang main DotA. Makanya, apabila orang-orang pro sudah labelkan aku sebagai OK LA SAMBIL SENYUM-SENYUM tu aku memang dah terasa appreciated. Rasa macam mahu main lagi, rasa mahu pergi tournament sekarang juga. Hyperbola.
- Girlfriend sepenuh masa. Apa korang ingat ada surirumah sepenuh masa sahaja? Tidak. Girlfriend sepenuh masa adalah kerjaya aku masa ini. So, boyfriend akan merasa gelombang turun naik secara mendadak sebab, girlfriend ada banyak masa untuk fikirkan boyfriend. PMS atau tidak, it's unpredictable. Beware! Dulu, ada alasan. '' Sorry, tak boleh nak jawab call saya kat office''. Sekarang ni sentiasa ada masa nak jawab call. Ceh.
- Menjadi pembonceng setia Jackie. Saya sayang Jackie sepenuh hati. Tapi, Jackie ada jerawat dah sekarang. :'(
- Sawan bila diajak main DotA. Malam tadi aku try pakai Axe. Aku tahu aku noob. Tapi aku nak cuba guna hero strength. Setakat ini, menggunakan ES adalah sangat memberansangkan jiwa.Mari menjadi ganas! Saya ada cita-cita mahu pwn boyfriend saya 50 kali.
- Menjadi sekakan-akan sawan bila bercerita tentang kisah lalu zaman 14tahun yang baru nak manis dengan kakak roommate. :))
- Since aku kan Astro, ada siaran ulangan, maka aku tengok balik How I Met Your Mother from season first sampai sixth. Makanya, aku ulang ayat diorang dan gelak-gelak sakan pun berulang-ulang kali. HAHA. Teringat dekat abang sulung aku yang menjebakkan aku ke dalam kancah menonton cerita begini.
- Jadi perindu yang tabah. Mana tak tabahnya, Saban hari melihat wajah-wajah keluarga dan anak buah yang comel terasa mahu saja mengalirkan air mata mengalir membasahi pipi Namun aku tidak menangis. Mahu jadi mak orang kena tabah. Bukankah begitu? Sebab tu lah, aku main DotA secara habis-habisan untuk menjadi tabah. Nampak tak?
Ok, di Shah Alam. Cuaca panas terik sehinggakan menghasilkan keringat seperti orang yang membajak di sawah padi. Mandi berkali-kali adalah amat digalakkan. Minum plain water banyak-banyak adalah wajib. Sekarang ni nak prevent bibir merekah. Saya nak sejukkan badan. Babai peeps :)
2 comments:
hehe3x..awek sepenuh masa???
btw...kenapa no tu, suma 1?mana 2, 3 and lain2x??oh ya..good luck for your presentation, ok??
bagus
Post a Comment