Pages

Friday, March 21, 2014

My new make up kit

Sejak zaman study teringin nak memiliki benda ni. Yeayyy dah dapat! Sebab masa dulu, akak promoter Victoria Jackson ni selalu bukak booth sebelah kedai tudung tempat aku part time. Tapi masa tu kan student. I cannot afford these things. Nak jadi member kena purchase RM500 or RM550 aku tak ingat mana satu...tapi hari tu jugak grab sebab dorg buat promotion sempena nak bukak outlet kat kuching. So okey lah dengan harga RM139 dapat semua ni... :D 




Ada satu lagi nak beli. Nanti la lepas settle road tax and insurance kereta. :')

Wednesday, March 19, 2014

I'm a busy woman! :)

Assalamualaikum,

Busy tak terkata. Tapi aku cuba jugak untuk update blog ni. Dah lama dah blog ni. Sayang nak delete. Biarlah... blog ni je catatan memori zaman-zaman kat UiTM dulu... :)

So now, bila masa kerja memang payah sikit nak cari masa untuk blogging. Kerja and balik rumah, buat kerja kat rumah then dah penat. Tak sempat nak on laptop. Haha...biasalah busy woman. Hidup aku sekarag terasa lebih teratur sebenarnya. Aku rasa, sejak bertunang ni aku rasa relief sikit. Tak tahu apa sebabnya. Tapi mungkinkah ini rasa org bertunang? Heheee.

Whatever it is, aku dah start business lately lagi laaa menjadikan aku sebagai manusia busy. Petang after office hours terus tukar jadi boss besaq kedai sendiri, kihkih...hantar barang ngan customers. Alhamdulillah, business ok. Biasalah baru bertatih. Sabar~ Malam pulak check stock, tengok akaun, check order etc. Tapi sebenarnya takdelah teruk sangat pon. I spend dalam 30 minute la untuk semua tu... Belum ada FB, Blog lagi kedai  aku ni. Kalau dah ada nanti prepare 24j untuk semua tu. :D Eksaited nya aku tak sabarrr Haha

Yes, nak bukak FB baru, dalam proses. :) Photoshooting next month start. baru boleh upload gambar-gambar...sekarang tengah fikir macam mana nak maju kan perniagaan... 

 (^_^)

Wednesday, March 12, 2014

MH370...Bismillahirahmanirrahim...

Macam-macam spekulasi kita dengar pasal MH370 yang hilang 8 Mac lepas...Bagi saya, pandangan-pandangan yang dibuat tak ada salahnya, cuma kita kena lebih berhati-hati kalau nak upload kat internet. Menteri mintak kita jangan buat spekulasi sebab akan ganggu proses pencarian. Tapi itulah, people memang akan sentiasa speculate. :'(

Dalam banyak-banyak pendapat, saya tertarik dan terus terfikir tentang pendapat hamba Allah tetang perancangan bukan saudara seagama kita. Kuasa besar dunia yang dah banyak timbulkan huru-hara di muka bumi ni. Mereka memang terkenal dengan kepandaian dalam memanipulasi maklumat, mencipta situasi dan sebagainya. Sangat sedih kalau nak fikir pasal tu. Lagi sayu sebab ramai Muslims especially di Malaysia ni buat solat hajat, ramai-ramai minta kat Allah untuk bagi petunjuk dalam kes ni. 

Semoga semua akan dapat jawapan secepatnya. Jangan risau saudara seagamaku, Allah Maha Besar, insiden ni tak akan terjadi tanpa izinNya. Sesungguhnya kejadian ni semua dengan izin Allah. Ini tanda Allah suruh kita berfikir dan minta bantuan daripada Nya. Yakinlah Allah bersama kita wahai saudara Muslim ku, mohon perlindungan daripadaNya sekiranya ini muslihat musuh Islam, mohon perlindungan dari Allah dari segala fitnah dajjal. Allahuakbar!

Amin, amin Ya Rabbal Alamin....