Selamat berbulan Disember. Baru tujuh haribulan. Takde lah lambat sangat nak wish kan?
Waahhh. Putih suci blog aku. Oh, tak apa. Malas nak fikir sebab tak ada masa nak fikir. Ini pon update sebab kesian kat blog and alang-alang menyeluk perkasam biar aku update sekali blog aku.
Haish. Busy nya aku tak terhingga. Rasa macam nak mengalirkan air mata tapi tak mengalir dah. Kau tahu kenapa? Terseksa nya aku terasa sebab nak kejar duit. Duit punya pasa boleh buat kita jadi pelik sebab kita sanggup buat benda pelik-pelik. Walaupun apa yang aku buat ni takda la pelik bagi aku, tapi my surrounding keep saying that aku ni pelik. Aku pun pelik kenapa diorang cakap aku pelik. Whateverlah. Aku tak pelik (I'm denying the fact). Sudahlah, mari cerita perkara yang lebih berfaedah.
Perkara berfaedah 1#
Sudah habis duit dalam jumlah yang banyak untuk membeli tiket pulang ke tanah air. Pergi balik 2 orang Kuching-Kuala Lumpur = RM1000. Mata ku hampir juling (walaupun sejumlah sahaja aku contribute). Itu tidak mengapa. Sebabnya, memandangkan Encik Abang balik untuk berjumpa keluarga dan memfollow trip percutian keluarga, Encik Abang juga turut urge saya balik untuk langsaikan janji kami pada diri sendiri untuk balik cium tangan ibubapa pada bulan Disember. Alhamdulillah, Allah perkenankan, bajet untuk balik mencukupi. Jadi, tarikh 14 Disember adalah tarikh bertuah. Kami fly balik ke Kuching awal pagi. Tak sabar rasanya nak balik jumpa ibubapa. Lagi pun selepas mak disah kan menghidap kanser...aku belum jumpa mak.. :'(
Perkara berfaedah 2#
Sekarang ni tengah berusaha keras untuk mencari hadiah yang sesuai untuk keluarga di kampung. Tak tahu nak beli apa untuk diorang. Yang pasti untuk Mak, Kakak dan si kecik tu aku belikan tudung~ seronok tengok si kecik tu pakai tudung. comel! :)
Sungguh comel budak ini. Dah setahun dah umur dia. Anyway, Happy belated birthday, sayang. Makteh loves you so much. Muah, muah!
Perkara berfaedah 3#
Tadi baru lepas tengok spec. Nak renew spec setelah 2 tahun lebih tak tukar. Cis. Sapa kata saya banyak belanja? Tak. Kalau kamu tengok macam mana saya hidup...malasnaksambung. Tapi, saya tetap bersyukur sebab still makan nasi setiap hari. Kalau tak makan pon bukan sebab tak ada duit sebab tak ada masa. Huhu~
OK. Berbalik kepada spec. Tadi dah tengok spec. Berkenan. Seperti yang orang kata, tangan aku memang golden touch. Sebab yang aku pegang tu semuanya harga mahal. Hari tu pegang PRADA. Harga ribu riban. OK, tolak tepi. Downgrade sikit, aku sentuh Levi's. Affordable. Tapi masa tu tak ada bajet untuk spec. Kemudian, balik rumah fikir, buat kia-kira kewangan, propose kat Abang Zai...spec Levi's tu lulus. Oh yeah!! Rasa nak pergi beli tapi masa tak ada. Aku menangis lagi. OK, tak apa. Hari ini, aku jumpa satu lagi spec. Its a GUESS. And I dream about it for so long. Well, takde la long sangat pon. Few months back laaa, lepas raya puasa hari tu. Harga dia OK la. Tak sampai ribu-ribuan. Tapi lebur duit blackberry aku. Hmm. Tengah nak decide. Spec ke handphone baru. Sebab, both of them need to be replaced. Ye la, hp dah nazak. Spec di hujung nyawa. Haiyya. Mana satu lebih penting? I guess, mesti spec kan? :)
Perkara berfaedah 4#
Aku nak sambung kerja.
Bye!
(^___^)v
No comments:
Post a Comment