Pages

Sunday, December 25, 2011

Tiba di KL

Selamat Hari Natal untuk semua kenalan penganut agama Kristian. Semoga perayaan anda diselubungi dengan kebahagiaan. :)

Alhamdulillah, beberapa jam yang lepas saya selamat mendarat di KLIA-LCCT.Cuaca kurang memuaskan sepanjang perjalanan tadi. Saya berasa sedikit cemas, bimbang jika perkara yang tidak diingini berlaku. Syukur. Walaubagaimanapun penerbangan kali ini tidaklah begitu mendebarkan berbanding dengan penerbangan saya ke Bintulu dua tahun lepas. Pengalaman melihat mak cik yang duduk bersebelahan saya sudah menangis sedu sedan, anak-anak kecil menangis ketakutan memang sukar dilupakan. Bayangkan, kapal terbang memang seperti diluar kawalan. Anak-anak kapal yang bertugas seperti sudah panik. Penumpang pula semua boleh merasakan gegaran yang sangat kuat menempuh awan tebal. Belum pernah lagi saya rasakan gegaran sekuat itu sehingga ke hari ini. Kemudian pesawat terasa seperti sudah hampir menjunam ke bumi. Namun, syukurlah kerana juruterbang yang bertugas telah diberikan kekuatan dan kecekapan oleh Allah SWT untuk terus mengendalikan pesawat sebaik mungkin. :)

No comments: