Ahad ni cuti sebab rehearse untuk konvokesyen. Hmm, bukan nak cakap apa, memang mood nak konvo tu dah takde. Plan semua tak menjadi. Tapi takpa, manusia merancang tuhan tentukan. Therefore, I think its better not to buy myself a new outfit for this convocation. Pakai baju kurung royal blue tu pon sudah cukup nampak meriah. Alhamdulillah, dalam kesedihan begini, Zai memang pandai pampered kan hati saya. He let me buy a new shawl for my special day. Thanks dear. :)
Nanti, nak hantar nama untuk tetamu khas masuk dalam dewan, mak suruh saya letak nama Zai. Ada satu lagi seat kosong. Ingat nak sponsor salah seorang my siblings untuk datang hari tu nanti. Sebab semalam usha tiket macam affordable. Tapi, takde sorang pon macam convenient nak datang. Along dan Adik takde cuti, kakak dah ada anak dan suami, leceh pulak nak datang. Dah la konvo tu falls on weekdays. Memang haruuu.Tinggal sorang je yang saya congak macam boleh datang. Abang~ Pengharapan terakhir. Tapi, itu lah, dia pon dah kerja, ada isteri, ada commitment lain, tak boleh nak paksa dia datang. Kalau paksa kang, lain pulak jadinya. Tapi kalau dia nak, saya nak je sponsor dia datang. Nanti takde la sunyi sangat. At least ada la wakil keluarga datang tengok saya salam dengan Yang di-Pertuan Agong nanti. But it's ok Eynee. That's only your first degree. It's ok, it's ok~ *tears*
Sekali lagi, Zai memang pandai pampered hati saya. InsyaAllah, nanti ada rezeki lebih bolehlah beli camera baru. Alhamdulillah, rezeki berkat bersabar semakin melimpah ruah. Boleh lah menyimpan sikit-sikit. :)
Tutup cerita konvo. Kita buka cerita bisnes. Minggu lepas takde lah melenggang kangkung macam minggu ni (walaupun tidak boleh melenggang juga sebab kerja). Khamis hingga Sabtu lepas, usaha sama Encik Zai, Encik Ikram dan Cik Eynee buat bisnes dimsum menjadi dan untung sangat menggalakkan kami buat bisnes lagi. Alhamdulillah, rezeki. Saya gembira sebab sekarang buah hati saya dah pandai buat bisnes tambahan pula dia memang seorang yang rajin lagi berpegang pada komitmen, dia dah ada pakej untuk jadi usahawan yang berjaya. InsyaAllah, cerah masa depan. :')
Ini dimsum nya~ (credit to Achiek Thumbelina for this photo) |
No comments:
Post a Comment