Dalam berbelanja memang banyak cabaran terutamanya bab mengawal diri sendiri daripada membeli benda-benda yang tak patut. Kalau kita banyak duit tak apa la kalau nak melaram macam mana pon. Tak kisah. Itu duit kamu. Saya tahu. Tapi kalau sudah melibatkan orang dalam banyak hal, memang saya nak cakap, berbelanjalah ikut kemampuan kamu.
Bekerja dalam bidang jualan ni memang mencabar, tambahan pula memang banyak perkara baru yang menjadikan saya lebih tahu dan lebih pandai dalam membuat keputusan dalam perbelanjaan saya. Lagi satu, sudah mula menyimpan untuk beli barang-barang idaman saya. Oh ya, untuk lebih jelas saya bekerja sebagai Sales Assistant / Promoter / Sales Girl atau apa sahaja yang anda mahu label yang penting saya bukan seorang executive atau orang yang bekerja layak dengan kelulusan yang ada. Sejujurnya, mula-mula saya benci pekerjaan ini. Gaji memang sedikit sahaja. Kalau nak diturutkan, memang tak cukup untuk duduk di bandaraya macam Shah Alam ni. Tapi kenalah pandai-pandai menyimpan. Orang sekeliling pula sudah banyak yang buat bunyi yang kurang sedap di dengar. Katanya, saya sudah ada Ijazah, tapi kerja jadi promoter je. Saya memang terkilan, tapi nak buat macam mana,belum ada rezeki. Bukan nya saya tak ada berusaha cari kerja yang boleh dapat gaji lebih dari RM3k sebulan. Lagi pon, saya seronok buat kerja sales ni. Mencabar, menguji kesabaran, saya tahu macam mana nak berniaga, buat kawan, buat bisnes, tambah pengalaman dan banyak lagi. Ragam orang pun dah macam-macam saya jumpa.
Pagi tadi saya geram tengok seorang customer ni. Dia ni seorang Mak Cik la, saya rasa umur dia dalam 50-an, cara dia berpakaian pon tak nampak macam orang kaya. Saya geram bukan sebab tak hormat pada orang tua. Mak saya selalu pesan, hormat dengan orang tua. Tapi Mak Cik ni sangat la melampau. Dia ambil je tudung-tudung cantik yang dia berkenan lepas tu dia suruh saya letak swarovski pada tudung-tudung yang dia berkenan tu. Faham-faham je la, kristal-kristal tu bukannya murah. Saya dah ingatkan dia pasal harga-harga tudung, takut kalau nanti dia tak mampu nak beli. Kebimbangan saya dia tak mampu nak bayar tu memang betul sebab masa nak bayar tu (setelah 1 jam setengah saya serve dia) dia buat muka tak mampu nak bayar and terkejut dengan jumlah yang dia beli RM200. Dia nak minta saya kurang kan lagi sampai RM150. Gila ke apa? RM 50 maksudnya sehelai tudung yang dia ambil tu dia dapat free. Eeee... sakitnya hati saya. Padahal saya dari bagi kurang sampai RM190. Itu tak apa lagi, tapi sampai dia cakap 'Dik, makcik dah tak ada duit makan lagi dah'. Dia cakap macam tu saya sangat geram. Masa dia ambil tudung tu, dia main ambil je, yang berkenan semua dia nak. Lepas tu bayar macam tak nak. Orang jenis apa pon saya tak paham. Kalau dah tahu tak mampu tak payah beli. Kita tak paksa pon dia nak beli tudung-tudung tu. Sedih tengok orang yang dah banyak makan garam macam tu. Betul lah apa yang Zai cakap, tua umur tak semestinya bijak urus duit.
Haish, apa lah nak jadi. Semoga makcik tu berubah suatu hari nanti, dan semoga kita semua mengamalkan sikap berpada-pada berbelanja. Peristiwa tu memang saya tak boleh lupa. Sampai saya buat entri lagi.
Kakak saya selalu ingatkan, berbelanja tu ikut kemampuan sendiri. Kakak selalu pesan juga, bersabar, nanti apa yang kita nak kita dapat juga. Lebih nikmat kalau dapat dengan usaha kita sendiri. Contohnya, kakak dah beli kereta idaman dia sejak study lagi after beberapa TAHUN dia bekerja dengan duit sendiri. Tak payah mintak sponsor sesiapa pon, tak payah godek-godek duit savings orang lain. Huhu, best nya... Nak jugak. HAHA. Well, Alhamdulillah, kakak saya sekarang jadi tempat reference saya untuk berbelanja. Walaupun dia tak setuju saya beli blackberry. Ceh. Penat-penat kumpul duit. Saya tak peduli saya nak beli juga. HAHAHAHAHA. Hmmmm,bercakap pasal blackberry...saya dah survey banyak tempat dengan banyak orang. Saya tak nak beli Bold sebab tak best. Tak minat. Kih kih kih. Nanti sampailah Mr and Mrs Curve kami. Muah muah muah....
p/s: Bapak tanya, nak bapak belikan awak blackberry ke? Saya kata, boleh juga. Tapi lepas tu dia tanya lagi. Kenapa tak nak iphone? !@#%&^&*(
Saya nak jawab tak minat iPhone. Saya nak beli iPad. Boleh?
No comments:
Post a Comment