Pages

Wednesday, October 5, 2011

Mak...

Mak, saya bersedih. Fikiran juga bercelaru. Maafkan saya sebab bersedih. Disebabkan  pelbagai perkara saya bersedih. Kesihatan ahli kelurga yang sering di uji sekarang buat saya sangan bersedih hati. Bila fikirkan mak dan bapak, hati memang sedih. Harap-harap emak hari ini kuat lepas buat kimoterapi. Semoga Allah beri kekuatan pada mak. Tapi saya tahu, mak memang tabah. Mak memang manusia yang paling kuat. Walau saya tahu dia emak saya yang paling sensitif. Saya tahu, air mata nya pasti mengalir sebelum tidur memikirkan ujian yang diberi Allah. Saya juga tahu, emak pasti rindu pada saya dan kakak yang jauh di mata. Wahai emak, mak tahukan anak perempuan mak kuat? Harap mak bersabar, nanti anak-anak perempuan mak pulang juga jenguk mak. 

Mak, hati saya ni sangat hiba, terlampau sebak bila tengok gambar mak. Abang upload gambar mak kat facebook, saya tak tertahan. Rasa mahu menangis tapi mak ajar saya jadi kuat. Mak tahu, biasanya saya telefon mak hari-hari mengadu itu ini. Sekarang dah tak lagi sebab saya nak mak tahu hidup saya senang, hati saya senang. Mak, kalau mak tahu apa yang saya sedang lalui, mak pasti sedih. Saya tak nak mak tahu. Mak, saya tak mahu kehilangan mak. Saya kat sini cari duit banyak-banyak, beli ubat mak. Tolong ringankan bahu kakak, abang dan adik. Mak, saya rindu mak. Dulu bolehlah nak mengadu macam-macam. Sekarang, saya betul-betul tak nak mak bersedih. Mungkin ini cara Allah tunjuk jalan untuk saya berubah untuk jadi lebih kuat. Mak jaga diri elok-elok. Semangat harus kuat.

Tadi bapak sms saya mak dah selesai buat kimoterapi, saya tak sempat nak call dulu sebab saya tengah sakit, sedang menangis. Saya tak nak mak tahu saya sakit. Saya risau saya pun dapat kanser macam mak. Esok saya mahu ke klinik awal-awal pagi. Nekad, sebab sudah 2 minggu lebih saya tangguh.. Harap-harap, Iman boleh tolong bawa saya ke klinik esok. Mak, malam tadi tak boleh tidur sebab sakit sangat. Mak, saya rindu mak.

No comments: