Pages

Friday, October 21, 2011

Rimas, lemas

Jujurnya saya rimas dengan orang yang suka buat kesimpulan sendiri tanpa usul periksa. Lainlah kalau awak memang rapat dengan saya dan tahu gerak geri saya buat apa. Ini tidak, terus mahu marah ataupun buat kesimpulan. Pandai-pandai je. Nanti, orang lain akan fikir buruk pasal saya. Rimas, sungguh rimas. Satu lagi, dengan membaca status facebook/twitter tak semestinya kena dengan tafsiran kita. Kadang-kadang kita juga tersalah tafsir apa yang orang tu maksudkan. Rimas betul. Kalau awak kenal saya tak apa awak nak mengadili saya. Ini sudahlah baru kenal / jarang benar berjumpa. Maklumat pula bukan boleh percaya. Ringan pula nak bercerita tentang saya atau orang terdekat saya. Memang sakit hati. Maaflah sebab buat entri yang macam ni. Saya tak mahu ada orang yang salah faham.

Kepada anda yang sibuk membuat tafsiran tentang hidup saya atau nak buat trace and track pasal hidup saya, baca blog saya. Awak boleh tahu apa saya buat.

Kepada sesiapa yang suka cakap pasal saya, cakaplah. Saya tak kisah. Moga-moga suatu hari nanti saya boleh jadi inspirasi dan pembakar semangat hidup awak. Mana tahu saya jadi role model awak sebab dah suka sangat bercerita pasal saya kan? :)

Apa-apa pun, yang paling penting. Emak saya tahu apa yang saya buat. Emak saya faham tingkah laku saya. Emak saya faham apa yang saya lalui. Saya sayang emak saya. Sekian terima kasih.

Btw, Emak saya seorang yang baik hati, menyayangi anak dan tak pernah kongkong kami adik beradik. Kami dah besar dah tahu buat keputusan sendiri. Terima kasih Mak sebab besarkan anak-anak Mak dengan cara begini. Mak bagi kami kebebasan untuk buat keputusan. Kami sayang Mak.

No comments: