Pages

Saturday, October 23, 2010

Jiwa runsing

Macam tak kena je dengan tajuk entri. :p

Huhu. Sedapnya dalam bilik berhawa dingin ni. :)

Alhamdulillah. Nikmatnya, terasa bahagia sangat. Setelah penat seharian kat kat luar dengan traffic jam, memang nikmat betul bila dah kat bilik, on laptop and update blog. Rasanya semua baik-baik sahaja. Misi menjemput ibu saudara di LCCT dah berjaya, misi melepasi jalan sesak di Kuala Lumpur ni juga dah berjaya.

Semalam, hati saya ni sangat sakit sebab satu tragedi. Malam tadi juga, mata anugerah Allah ni bengkak sebab menangis. Kejadian tu memang saya tak boleh nak lupa. Tapi, aku tetap redha sebab itu pilihan aku.

Antara sahabat dan cinta, mana kamu pilih? Its sound so damn typical la kan...tapi that's what happened to me. Saya memang dah lama dah mengalami dilema ni. Sejak saya mula bercinta dengan boyfriend saya pon. Hubungan kami dah hampir 4 tahun. Sepanjang tu la saya dilema. Memanglah saya tahu, kawan-kawan saya memang tak suka boyfriend saya sebab apa saya pon tak tahu.

Tapi, lama kelamaan, kawan kawan yang lain tu pon dapat terima. Tinggal yang sorang ni, yang paling rapat dengan saya dia tak dapat terima kehadiran boyfriend saya dalam hidup saya. Kalau boleh biarlah saya ni couple dengan lelaki lain. Saya tanya kenapa, dia tak nak jawab. Saya bersabar. Beberapa ketika kemudian, hubungan saya dan boyfriend saya jadi makin serius, dia masih lagi cakap benda yang sama. Bila saya tanya kenapa, dia kata biarlah nanti kalau saya ni tak jadi kahwin dengan boyfriend saya, nanti dia bagitahu. Masa tu, sumpah, saya geram sangat. Nampak sangat dia tak suka saya dengan boyfriend saya.

Tapi hubungan saya dengan kawan saya ni ok je, saya buat bodoh dan buat-buat tak faham je. Kalau difikirkan boleh jadi gila agaknya. Ye la, apa yang dia tahu pasal boyfriend saya? Saya pon nak tahu. Apa salahnya kalau saya nak tahu. Kalau dia tahu boyfriend saya ni jahat, bagitahulah. Saya boleh je putuskan hubungan saya. Peduli apa kan? Dah lelaki jahat, takkan nak stay lagi. Tapi, sepanjang perhubungan saya dan boyfriend, Alhamdulillah, baik. Emak ayah saya pon berkenan.

Malam tadi, berlaku lah satu perkara yang tak tertahan sangat dah perasaan ni. Cara dia memang mencurigakan. Dia tu, suka boyfriend saya ke? Walaupun sebenarnya, saya rasa sangat bersalah dengan dia, tapi dah jadi macam ni, memang hati ni sakit sangat. Boyfriend saya pon dah tak tertahan lagi sehinggakan dia sendiri yang masuk campur hal ni. Ok, that's the climax tau. Bila boyfriend saya call kawan saya tu, dan cakap apa yang dia nak cakap selama ni.

Sekarang, kawan tu, hantar message kat inbox saya kat facebook. She said, dah lah. Tak nak dah kawan dengan saya lagi sebab hal ni. Perkara ni dah kerap berlaku. Saya pon macam malas dah nak fikir.

Sekarang, saya ikut sahaja nasihat emak.

Emak kata, dah la. Jangan kawan lagi dengan budak tu. Mak pon tak suka dia. Biarlah. Kawan boleh cari ramai lagi kat luar. Sahabat tu, susah nak cari. Sekarang, kalau nak cari sahabat, bersahabatlah dengan emak ni. Oh~ terima kasih emak.

Pasal boyfriend saya pula, mak saya kata, bersahabatlah dengan dia juga. Jaga hati dia, jaga diri kamu berdua. Nanti, bila dah kahwin dia juga yang jadi sahabat engkau, emak katalah... Dunia akhirat, dia lah syurga engkau.

Wahai emak, kata-katamu memang menenangkan, membahagiakan.

Emak kata lagi, insyaAllah, kalau dah jodoh tak ke mana, emak restu hubungan kau dengan dia selagi kau pandai jaga diri.

Sekarang, keputudan dah ada. Aku dengar nasihat emak.

4 comments:

Yann said...

ilek2. jangan runsing2. boh layan gk kawan ktk ya bh. :D

Eynee said...

kak, kitak kenal kawan mek yaa~ huhu. abang pon x suka nya...

Yann said...

tauk mek sapa ya. kwn gya xpat ditandah rapat gk ngn ktk. byk gk yg bleh dikawan bah. k? :)

Eynee said...

aok eh~ yalah nak...rami gik urang lain k kawan