Pages

Wednesday, August 18, 2010

6 alasan kenapa Perempuan suka shopping

Hai semua.

Sejujurnya, saya tak dapat tidur. Esok ada 2 kuiz...bukan Pop Kuiz. Kalau Pop Kuiz, saya tak perlu study sebab kalau pasal info lagu, artis, movie dan gossip rasanya dah cukup untuk jadi pemenang Pop Kuiz. HAHA tak lawak pon.

Oh ya, bercakap pasal movie (padahal tak cakap pon sebut je), saya baru sahaja habis menonton movie tempatan. LOS dan FAUN. Boleh tahan best juga lah. Tidak mengecewakan sebab saya tak expect apa-apa pon movie tu. Just nak tengok. Nak hilangkan sakit hati dan sedih sebab camera rosak. T_T Cukup.

Ini bukan nak buat movie review tau. Saya tak cerita banyak pasal movie tu. Buat entri yang lain. Jangan risau. Kali ni, nak cerita dan luahkan sedikit apa yang bermain dalam fikiran saya ni sebelum, semasa dan selepas baca entri seorang rakan blogger yang bertajuk Kenapa lelaki tidak gemar mengikut perempuan kuar shopping.

Haiyya. Sedang bersiar-siar dalam google reader, saya terus baca entri ni. Tajuk nya sangat menyengat hati. Sesungguhnya. Memang saya selalu bengang kenapa lelaki tak suka ikut saya, mak saya, kakak saya kuar shopping. tettt! Padahal, kita memang sungguh-sungguh ajak shopping. Walaupun sebenarnya saya tahu lelaki memang tak suka ikut shopping, kadang-kadang saya still rasa alasan mereka belum cukup kukuh. Sesungguhnya la kan. HAHA.

Oh, saya tak mahu jadi sexist di sini. Sebab, lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Kalau tak, Allah tak jadikan Hawa untuk Adam. Lelaki dan perempuan punya kelebihan dan kelemahan masing-masing. Biasanya, lelaki lebih memikirkan soal-soal yang besar, dan perempuan pula akan fikirkan soal-soal kecil nya. Hoho, perempuan tetap comel. Sebagai contoh, Si Suami fikir nak beli rumah. Si Isteri pula fikir apa nak isi dalam rumah. Paham tak? OK, contoh lagi. Bapak fikir macam mana nak cari duit nak bagi anak-anak makan. Emak pula fikir, anak-anak aku nak makan apa hari ni. So, dengan contoh yang lebih jelas disini, kita boleh paham perempuan akan buat lebih detail lagi. Paham? OK. Bijakkk.

Dalam hidup saya, saya biasa tengok lelaki. So, kalau tengok lelaki, saya tak akan tak biasa sebab saya ada dua orang abang, seorang adik dan seorang bapak, seorang emak dan seorang sahaja kakak dan tiada adik perempuan. Sejak menjadi semakin besar dan dah jadi anak dara, gatal pula nak ada boyfriend, so ada seorang lelaki tambahan dalam hidup, iaitu encik boyfriend. Eh, lupa sorang...abang ipar saya.Oh, my cousins pon ramai yang lelaki. Justeru, saya dah masak dengan perangai mereka sebab selalu di reject jika saya ajak mereka shopping.

Still, saya tak paham kenapa lelaki tak nak suka ikut perempuan keluar shopping as if shopping itu susah. Sangat tak paham. Kadang-kadang, kita pon nak beli barang untuk mereka. Kalau ajak mereka memang buat sakit hati. Tapi, selalu juga minta temankan sebab tak best kalau shopping tak berteman. Tapi lagi, lelaki selalu kalah dalam pujuk rayu perempuan, apatah lagi perempuan yang tersayang. Perempuan pula sangat tahu bila nak guna senjata masing-masing. Ini pengalaman tau. Bagi saya lelaki yang mudah kalah dengan saya adalah Bapak dan Boyfriend.HAHA HAHA. Saya tak nak kongsi kat sini senjata apakah yang perempuan guna untuk membuat lelaki terperangkap dalam ajakan pergi shopping. Ladies, keep it on the low OK! :)

Tapi, nak kongsi sikit kenapa perempuan suka shopping :D


6 alasan kenapa Perempuan suka shopping

pertama. Sebab best.

kedua. Shopping itu perlu untuk menambahkan koleksi. Penting, koleksi pakaian. Kalau mak saya, dia suka kumpul pinggan mangkuk. Kejap lagi nak suggest kat bapak. Kita buat setor simpan pinggan mangkuk, gelas dan sewaktu dengannya. Kakak saya pula, koleksi kasut dan handbag. Kalau saya pula, saya tak suka apa-apa pon. Ini tipu. Hehehe...

ketiga. Shopping itu nafsu yang perlu dipenuhi. Perempuan ada 9 nafsu. Mind that. Shopping salah satu. ada lagi 8 yang perlu di ambil kira. HAHA. Ada berani? Kalau tak berani jangan kawan ngan perempuan dah ala-ala perempuan juga.

keempat. Shopping adalah terapi untuk menghilangkan stress. Itu pon, kalau shopping secara bijak. Contohnya mak saya. Banyak benda yang dia stress about. Balik rumah dia marah-marah, bebel-bebel. Tapi, ajak shopping automatic hilang. Tips buat pasangan lelaki kalau pasangan anda marah atau banyak bebel. Sila bawa pasangan anda shopping sebab sure lepas tu OK. Teknik diversion which is anda divert attention pasangan anda ke suatu perkara yang lain. Cubalah, boyfriend saya selalu guna ni. Lepas tu saya kenakan dia balik dengan cara yang sama. HAHA. :)

kelima. Shopping itu penting, lelaki malas nak fikir. Kalau saya, saya mesti ingat lelaki-lelaki kesayangan juga kalau sedang bershopping. Misalnya, saya keluar sebab nak beli kasut. Sedang saya scan kasut, saya terjumpa socks yang smart untuk abang saya. Oh, nampak macam smart untuk dia ke office. Saya pula teringat, bahawa saya selalu jadi tukang basuh socks busuk beliau. Jadi, saya beli, bagi kat dia dan bila dia suka, kita claim lah!! :) ...OK satu lagi. Kalau pasal buat persiapan raya, siapa yang lebih aktif? Emak atau bapak? Semestinya emak la kannn. Harus.. Kuih raya, langsir, baju, accessories... semua nya perempuan fikir...yang lelaki tahu, jemput kawan datang duduk borak-borak. Makan minum? Haku juga yang hidang T__T

keenam. shopping penting untuk otak. Ini saya suka. Shopping penting untuk melatih otak kita berfikir. Shopping sebenarnya memerlukan daya pemikiran yang sangat tinggi dari segi bijak berbelanja, pemilihan barang yang berkualiti dan shopping secara bijak. Sebab u shopping kena lama. Nanti tak menyesal. Perempuan yang suka shopping adalah perempuan bijak. :) Kenapa saya berkata begitu? Sebab, sewaktu shopping kita perlu fikir 5W1H juga. What to buy? Why should I buy this stuff? Where is the best store that provide me the best price? Who made this? When to use it? dan...soalan ini banyak kali kantoi. How am I going to tell him that, I need money to buy this? HAHA. Sesungguhnya~ LOL. Jadi, nampak tak perempuan sebenarnya detail secara bijak. Kalau anda tidak nampak mungkin anda nampak perempuan bijak mengikis duit lelaki. Ha! Itu pon bijak juga namanya. *wink wink*


HAHA. Satu lagi. kalau dah tak ada sape nak temankan saya shopping lebih-lebih lagi sekarang kakak ku dah bersuami dan kawan-kawan pula not available,...para lelaki disekeliling saya selalu lari sewaktu saya nak bershopping. Kena la temankan saya bershopping...takkan nak naik bas kot...mesti tak sampai hati tengok aku naik bas sorang-sorang. Kah Kah Kah Kah. Kesimpulannya, lelaki senang je nak umpan. Buat muka nak menangis sikit atau cakap ''OK, saya off handphone'' dan blah pon dah takut. Mesti kejar punya... Hehehe...

Untuk lelaki-lelaki, banyakkan bersabar...tambah baik sabar di bulan Ramadhan ni. Berlipat ganda pahala... :)

Setakat ni, itu sahaja yang saya dapat fikirkan. Itu pon dah cukup puas hati. Kalau ada apa-apa nak share, share je lah. Jangan malu-malu.




kami suka shopping! :)

Tak semua kot lelaki yang tak tahan shopping. Ada juga yang kaki shopping. Tapi payah ar nak cari... :)

8 comments:

sYafIk-wAy said...

saling melengkapi antara satu sama lain

syahira ariff said...

hahahahha
kalau bab hujah bershopping leh bagi kat dia
=p

syafiqstatichot said...

wahh wahh wahhh..bagus ler entry..
huhuhu... thanks anyway!
:)

Eynee said...

syahira: hoh.memang pon... :)

syafiq: thanks...i like your blog btw. :)

syafiqstatichot said...

huhu..thanks a lot and lot.. :) :)

Anonymous said...

X mark the spot 4 shopping...penat..tapi worth bila dapat tengok awak senyum.

Eynee said...

heh.yaka? worth to see me smiling? lets go shopping with me meh!!

Jαnnαhツ said...

yeah shopping memang bagus untuk ilangkan stress...