Pages

Friday, August 20, 2010

Happy Birthday

Hello peeps.

Minggu ni busy. Bukan busy apa pon. Sebab kerja semua nak tangguh-tangguh. Memang laa. Hoh, padan muka diri sendiri. Padan muka sangat. Jam dah pukul 3 pagi. Tak tidur lagi sebab tak mengantuk.. Siang tadi asyik tertidur bukan dalam kelas tapi dalam bilik. Padahal, hari Khamis kott..mana ada kelas. Tak paham. Macam mana la aku boleh terjebak dalam kegiatan yang kurang sihat ni? Biasanya aku online siang-siang hari . Tapi, siang tadi? Memang tak tahan. Bangun solat, lepas tu tidur balik. grrrrr......geramnya. Boleh pulak tertidur tak ada nota kat tangan. Tidur dengan tenang pulak tu, siap selimut lagi. Aku rasa itu bukan kategori tertidur... Padahal room mate yang jga merangkap classmate aku gigih gila baca nota dan sebagainya. Tolongggggg. Symptom pemalas dah datang. T_T

Esok pagi, kurang 6 jam dari sekarang aku ada midterm test yang aku tak baca satu hapa pon lagi. YaALLAH, berilah kebijaksanaan serta merta aku esok hari. Semoga dapat jawab soalan dengan baca nota secara sepintas lalu. Takut nih...takut nih. Ceh, kalau takut p baca nota sekarang. Tak nak, nak update blog dulu... ngeeeeeee :D

Dan esok, aku baru teringat yang esok kena hantar resume kat ketua program..............Ohhh. Nasib baik dah lama siap. tinggal nak semak balik. Aku rasa aku hantar lepas solat jumaat kot. Oh, delay lagi. Tak sukanya. Sebab, Ketua program nak 2 muka surat, aku terlebih isi sampai 4. Tak cut lagi apa-apa yang aku patut cut. Oh, sungguh menyakitkan hati. Padahal dah tau salah sendiri. Eh, maknanya tak siap lagi lah kan? Tambah lagi satu masalah.

Gila, esok kelas 8.30 pagi! Nasib baik dah iron baju kurung dan tudung. Esok jumaat, student UiTM pakai baju kurung, aku pakai baju kurung hijau. Eh, tak. Itu biru kott. Eh, tak tahu lah hijau atau biru. Apa-apalah, yang penting...tudung baru...ngeeeee lagi :B

ni gambar lama. gambar masa kakak bertunang. Dari kiri: Kawan, Aku, Kakak, Kawan Kakak, Adik Kawam Kakak. Hoh, Motif gambar di atas bukan nak cerita pasal kakak aku bertunang. Kakak dah kahwin dah pon. Dah nak beranak dah pon. Motifnya, aku pakai baju tu esok. Oh ye, baju tu dah lama. Saja nak pakai. Sebab best. I loike... :) Sekarang dah boleh bantu aku decide baju tu kaler apa?

Hari ni 20 Ogos kan. Hooraayyy! Birthday adik aku hari ni. Oh, adik Selamat Hari Jadi ke 19! Eh, adik ku dah besar. Tiba-tiba terasa eh, besarnya adik aku. Dah pandai bercinta. Semoga kau cepat kaya. Boleh aku mintak duit selalu. HAHA. :)

Nak tengok muka adik aku? Hehe, tak handsome pon :D

Yang paling muka tu adik aku, Mak and Along yang nampak muka. Pandailah pilih mana satu mak mana satu Along ye. Takkan Mak yang tak pakai tudung.


Ada lagi Mak, Along dan bini Along. Adik aku? Hoh, serious cakap. Tak handsome. Nak tengok jugak ke? Tak handsome.....percaya lahhh...



Kan dah cakappp. Tak handsome. HAHA. Matilah kalau adik aku baca, tak mati pon. Tak takut.... OK. Handsome lah sikit..... Tapi, adik haku gelap gelita sebab dia tak reti nak duduk rumah. Suka jalan-jalan. Aku suka adik aku sebab, dia sorang je adik aku. Lagi pon, nak suruh adik memang senang.Cakap je macam ni.... Asnin! Tolong aku.... atau pon kalau dia tak nak atau melawan, ugut je. Contohnya, ugut bagitahu rahsia dia kat mak, atau pon ugut cakap tak nak bayar hutang dia atau ugut ar tak nak belanja dia. Mudah bukan? Dia selalu kena ngan aku. Aku suka. HAHA.

OK adik. Aku rindu kau.


OK lah. Mari baca nota, trim balik resume dan bersahur dan juga mengkejut kan orang supaya bangun sahur. :DDD

Entri ni macam buang masa je sebab nak wish happy birthday kat adik. aku rupanya. Cisss, tak guna betul.

Bye, Kakak Jahat. :B

13 comments:

Yann said...

kempang ati ktk nganok asnin x ensem. hahaha. :D

Eynee said...

haha. mun nya baca tokkkk....kih kih kih.... :D

syahira ariff said...

hensemm laa
umur braper adik tu?
=D
*aura gatal da datang

Eynee said...

umur 19 :)
eleh. tak handsome pon. kah kah.
awak pergi mesir dulu.kat sana ramaije pak arab handsome. nak? hehe

syahira ariff said...

wah 19!
ada can

pak arab byk bulu,tak nak
keh keh

*p/s :pakai tudung itamla,x payah iron.

Eynee said...

hehe...lawak...takpe ar banyak bulu tapi ensem

Anonymous said...

hehe..lucu...

Anonymous said...

this is what i've done 4u...

http://www.flickr.com/photos/modern_man/4918448713/sizes/l/

o_o said...

nang kdk muka kakaknya
so kakaknya pn kategori x ensem juakla

Naeem Eem said...

nang padan sama jak dwak2..

Eynee said...

syg: nang lucu. kih kih...

o_o: cis. berani kau! kmk ensem apa..p xda somet.

abg: ktk abg maka muka kita kdak...hahaha

asnin said...

selama ini aku tak suka online.sebabnya aku memang tak suka.yang aku suka main game.tapi, the biggest secret revealed after a year. tapi xpa. cepat2 la minta maaf sebelum terlambat :)

Eynee said...

hahaha, aku suka nganok kau!! hahahhahah