Pages

Tuesday, August 17, 2010

Memujuk Hati

Hari ini makin sihat. Alhamdulillah. Sudah mula ke kelas walaupun dengan wajah yang entah nak cakap macam mana. Dah laa lambat. Takut dimarahi Miss. Tapi, tak.Yeay!

Sedihnya apabila mengenangkan diri ini tak banyak masa free untuk orang yang tersayang semester ini. Tapi, tak apa lah.Memang lumrah kau berstatus pelajar tahun akhir sayang~ Memang busy. Kerja pon semakin banyak. Cuti Raya, macam tak cuti Raya. Pelik dan bengang juga lah sebab ada kawan-kawan bakal bercuti 2 minggu, tapi aku...balik rumah 10 hari sahaja. T___T Oh Eynee sayang, ada orang tak balik raya tau... Sabar yerr...

Sedih lagi bila tengok assignment banyak. Tangguh punya tangguh menjadi semakin banyak. Memang lah kan? Tak apa Eynee, semester terakhir di campus, memanglah. Nanti, mesti kau rindu dengan semua ni. Kerja nanti lagi susah. Biasakan diri... :)

Tapi, OK lah, bila tengok blog, hati senyum tau. Tengok nuffnang pon senyum juga. Heee :)

Lepas tu, semangat nih nak update blog! Tapi, nak update blog, nak letak gambar...nak edit dulu gambar-gambar tu. Idea kreatif ku ini memang tak boleh nak describe macam mana sebab, laptop ini tak ada apa-apa pon. Hanya boleh menaip dan upload gambar yang tak berapa nak kreatif. :( Sebabnya, Adobe Photoshop dalam ini telah di tiada. Mahu di upgrade katanya. Bilakah?

OK. Harus bersabar. Tak ada Photoshop tak apa. Amik la gambar secara kreatif. Kan boleh? Ho, ini sensitif. Camera ku tealh rosak. Fikiran jadi tak menentu. Camera T_______T



Hujan, cepatlah reda. Aku nak pergi beli makanan untuk berbuka. Jangan tambah kesedihan hati ini...




3 comments:

Syn Wesley said...

amin.. hang da sihat

Eynee said...

alhamdulillah.... :)

Anonymous said...

sorry;(