Pages

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha tahun ini...

Saya rindu tempat ni. Dulu, kalau pergi sini, hati duka jadi suka, hati suka bertambah suka. Sekarang, saya tengah berduka, cepat je kaki nak melangkah ke sini... Saya harap, tempat ni serba sedikit bakal dapat hilangkan duka di hati saya ni. Saya nampak '16' kat sini. Yeah, when I was sixteen, seventeen...saya sangat suka kalau dapat sampai sini. Hati suka. Hati suka bila jalan-jalan dengan kawan-kawan. Dulu, kalau mak ayah abang kakak bawa jalan-jalan kat sini senyum tak henti. Entahlah, saya rasa sangat gembira. Tempat ni memang banyak kenangan manis buat saya. Tambahan lagi, sini lah tempat pertama buat saya dan boyfriend tersayang dating dan outing. Oh, banyaknya kenangan manis!

But now, I am terribly sad :'(

I am sad sebab Aidiladha kali ni tak macam tahun-tahun yang lepas. Walaupun tahun-tahun lepas pon orang berkorban sembelih lembu,kerbau...saya rasa setakat ni saya dah berkorban dengan banyak sekali. Bukan dari segi wang ringgit tapi dari segi perasaan saya.

Kamu tahu, Aidiladha kali ni, saya belajar bagaimana nak berkorban untuk adik-beradik,untuk ibubapa,untuk pasangan yang saya kasihi. Pengorbanan memang pahit, tapi saya tahu saya harus belajar untuk semua itu. Aidiladha kali ni, mak ayah beraya dengan kakak dan bang ipar di Sabah. Saya yang beriya-iya balik awal untuk semester ini sebab nak tolong mak buat kerja itu ini jadi hancur musnah. Memang saya tak puas hati dengan kakak sebab tiba-tiba nak awalkan flight mak ke sana. Tapi, bila difikirkan balik, ini ketentuan Allah, pasti Allah tahu, kakak sebenarnya lebih memerlukan mak kat sana, apa-apa pon saya sentiasa doakan kakak, semoga beliau bersalin dengan selamat sejahtera.

Yang tinggal di rumah hanya ada Along dan isteri, abang dan adik. Semalam, huru-hara jadinya sebab saya rebel. Perasaan saya masa tu memang sangat sakit hati, saya tak tahu macam mana nak control kesedihan ni. Saya rindu mak ayah, saya rindu boyfriend.

Sekarang, sumpah saya rasa bersalah sebab buat kakak ipar terhiris hatinya dengan perangai saya yang macam budak-budak, saya buat Along rasa bengang sebab ada adik macam saya, saya bakal buat abang marah bila abang balik rumah dan dapat tahu saya tak ada kat rumah sekarang ni, saya rasa nak nangis bila tengok adik saya sebenarnya lebih matang dari saya.

Ya Allah, aku benar-benar tidak tahu bagaimana lagi nak kawal perasaan ni.

Saya sunyi. Itu yang saya rasa... Kalau along ada isterinya, kalau kakak ada suaminya, kalau abang ada tunangnya, kalau adik ada girlfriendnya. Kalau saya? ada boyfriend saya tapi... entahlah susah nak cakap. Biasanya, kalau time raya macam ni, saya memang kat bawah ketiak emak lah. Tapi, emak tak ada disisi...

Saya sungguh rindukan boyfriend. Dia selalu ada bila saya susah, sunyi. Tapi sekarang? Dia dengan family dia lah. Saya wajib akur. Itu tak mengapa. Saya masih ada adik beradik yang lain. Tapi, kadang-kadang saya rasa kekok sebab, mereka tak macam dulu, masing-masing ada komitmen sendiri. Tak macam dulu lagi dah. Saya seolah-olah kena hidup sendiri. Yang lebih teruk, saya tak tahu macam mana nak berdikari sebab, I have nothing. I don't have anything. Kalau nak ke sana kemari, susah. Malas nak explain panjang.

Saya sunyi kat rumah. Saya serba salah. Nak cakap saya suka rumah saya tapi saya tak suka, kalau nak cakap tak suka pulak nanti saya ni di cop tak tahu bersyukur. Entahlah labuuu...

Bilakah saya nak menjalani hidup di jalan sendiri macam adik beradik saya yang lain? Bilakah saya ada duit sendiri dan kumpul harta sendiri dan membelanjakannya dengan kehendak sendiri?Saya nak lepas dari semua cengkaman ini. Saya dah tak rela hidup begini. Hidup makan, minum dengan duit orang? Saya nak ada rumah sendiri, satu sen pon saya tak nak minta dengan sesiapa. Saya nak ada bilik sendiri, di mana saya bebas nak buat apa pon. Saya nak beli katil dan tilam yang empuk dan saya nak tidur lena kat situ. Saya nak beli almari sendiri dan saya boleh letak baju-baju saya dalam tu.

Saya nak balas dendam saya terhadap diri sendiri.

Persoalan sebenar dalam diri ni sebenarnya...bila saya nak kahwin ni? Macam orang kemaruk nak kahwin dah kan...haha. Bila entah saya pon tak tahu. Saya tak berharap nak kahwin setahun dua ni. Boyfriend saya muda lagi...

Sekarang ni, saya nak lepaskan perasaan sunyi saya, perangai budak-budak saya. Saya korbankan. Saya dah banyak menyusahkan orang lain. Lebih baik saya diam saja.

Maaflah, kalau saya merepek di hari raya ni buat kamu tak senang hati.


SALAM AIDILADHA, MAAF ZAHIR BATIN

~ eynee ~

p/s: saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladaha buat mak ayah di Sabah dan juga seluruh keluarga boyfriend. Saya tak berani nak call. Saya tahu, nanti saya pula yang sedih, niat nak bermesra di salah erti. :'(


1 comment:

syahira ariff said...

eyneee~!!
kita sama je
aidil adha taun ni bagi syaira x meriah sgt
sbb jauh dr family
da berbulan2 x jumpa diorang
T____________T