Pages

Saturday, August 14, 2010

emotional entry

Hmm, title pon sudah menggambarkan keseleluruhan hati aku sekrang. Sekali lagi, aku anggap ini normal. Semua manusia akan harungi saat-saat emosi terganggu tidak kira wanita mahupon lelaki. Cuma, mungkin berlainan cara. Aku percaya, Allah menguji setiap umatnya dan aku dipilih untuk di uji pada Ramadhan kali ini. Mungkin kini, Allah mahu tunjukkan pada aku bahawa, aku semakin matang, harus menajdi semakin tabah di dalam menghadapi kehidupan masa depan. Iya la kan? Semester ini pon sudah semester akhir aku di kampus, bulan Disember nanti...tiba giliran aku untuk latihan praktikal pula. Alhamdulillah, aku sampai ke tahap ini. Lagipon, tahun depan umur dah masuk 23tahun. Eh, sudah legal jadi bini orang. (padahal dah legal berkahwin sejak 7 tahun yang lepas. cis. kenapa tak da orang masuk minang nih?) Hehehehehe......

Selepas perbualan tempoh hari dengan lecturer kesayangan, aku menjadi semakin kuat, malah aku rasa lebih yakin dan positif dalam setiap pergerakan, fikiran dan pandangan aku terhadap sesuatu perkara. Sekali lagi, syukur Ya Rabb. Hati ini tergerak untuk menjadi lebih positif. Aha, positif. :)

Untuk pengetahuan kalian semua, bulan Ramadhan kali ini, aku diuji dari segi kesihatan ku yang benar-benar menguji aku. Sejak Rabu lepas which is hari pertama puasa, aku dah mula batuk, demam, selsema dan sebagainya. Aku ingatkan demam macam biasa. Tak ada apa-apa kot. Tapi, aku bernasib malang apabila, hari berikutnya, suhu badan semakin meningkat. Satu hari tak keluar bilik dan lebih dahsyat, tiada siapa pon di dalam bilik yang menemani aku. Aku masih gagah. Petang itu, aku gagahkan diri demi berbuka puasa bersama lelaki idaman aku. Kesian encik boyfriend, dapat cik girlfriend yang busy memanjang. First day puasa kami tidak dapat berbuka bersama sebab, aku ada kelas dan buka puasa dengan classmate. Tak apa lah...itu tujuan aku datang sini. Kelas lebih penting. Hari Khamis, aku free satu hari, memang tak ada kelas, soooo...bolehlah buka puasa dengan encik boyfriend. Tetapi, demam ni makin teruk, makanya, boyfriend sempat makan kurma minum air dan terus merempit hantar aku ke pusat kesihatan. Terima kasih sayang...

Setibanya disana, masuk air pulak dalam badan....tak cukup satu 'botol' tu, dia masuk satu lagi, sebab suhu badan terlampau which is 39.87 darjah Celsius. Semua pon panik. Aku pon panik juga sebab tengok doktor and nurse panik. Masa tu, pitam sangat. Dah tak boleh fikir apa-apa pon. Blood pressure 85 dan hemoglobin 8.5. Untuk pengetahuan semua lagi, I memang anemic (kekurangan sel darah merah). Sungguh sedih, I feel better lepas nurse suntik ubat dalam badan, then baru boleh sedar benda sekeliling. At that time, aku tengok muka boyfriend sangat sayu... rasa macam nak menagis. sedih sangat, I ruined his day nak break fast sama-sama. Sorry abang, sorry...

Esoknya, ingatkan nak buka sama-sama lagi, tapi, hujan. So, boyfriend and I sama-sama kurang sihat, tapi dia lagi kuat laa... so, tak dapat nak buka puasa sama-sama lagi. Yang paling dahsyat, malam tadi masuk lagi satu botol air dalam badan. Badan aku ni dah banyak bekas suntikan masuk air la, amik darah lah, suntik ubatlah...... Sedih pula tengok badan sendiri. I am not healthy. Tapi, Alhamdulillah, masih bernafas, aku redha dan terima ini sebagai kifarah dosa buatku. Alhamdulillah, bukan juga penyakit serius.

Hari ini, aku tak puasa. Bukan sebab perempuan tak boleh puasa, sebab memang tak larat. Sangat sedih. Semalam aku puasa, tapi sungguh tak larat. Hari ini okey sikit sampai boleh tulis entry untuk semua bacaan semua.

Hoh, dah tak larat nak tulis lagi. Kepala dah sakit sangat. Mata dah sakit.

Love you all readers, doakan Allah bagi kesihatan kat aku dengan cepat.
Aku nak pergi kelas. Belajar macam biasa, secara normal.

Sekali lagi, terima kasih baca entri ni. :)



8 comments:

Anonymous said...

haari ini harap2 ok la yang...mk kua..

Anonymous said...

haari ini harap2 ok la yang...mk kua..

Yann said...

aieh. boh nk kuar lok. tunggu sehat mena2 bok mbak nya kuar.. :D :D

Purple Kurumi said...

cian ktk..kmk nk ngabas pun xpat coz terkurung kat bk editing..pnt jd editor.alhmdllh. vid kprt dh siap.
get well soon! boleh sungke sama2.

Nurulchumel said...

kuatkan semangat..i pun baru sembuh dari demama..dapat mc sehari je..suhu badan hari tu 38.9 degree celcius..u lagi tinggi laa.. anyway, jgn lupa makan ubat ye.. :)

Eynee said...

abg: ho, post sampai 2 kali? peminat setia kmk kah? HAHA. perasan. ;p

kak yann: wahaha. yalah nak...tapi tok dah 3 ari x jumpa, padahal dekat jak... T___T rindu dah tok...

nadiah:Good! Corp Video dah siap. tahniah. penat nak buat kan? huhu..i understand. xpa, kita arrange bila nak sungkey sama. padah awal... :)

nurul chumel: ho! tinggi juga tu tau...mesti kepala dah pening sangat kan? awak pon same jangan lupa makan ubat tau...! :D

Nurulchumel said...

dah sihat sikit dah..mmg masa tuh kepala cam nak pecah..tp nasib baik cepat2 gi klinik..lebur terus duit rm36..huhu..tkpe la..asalkan dah sihat..alhamdulillah.. :)

Eynee said...

aah kan, kepale memang terase sangat sakit...duit lebur then sihat takpe...hehe..