Pages

Saturday, December 28, 2013

Impian perkahwinan?

Assalamualaikum. 

Mari aktifkan diri berblogging. It can lessen your frowns and worries. Boleh la, daripada xbuat apa pastu risau tak tentu pasal, mohon clash. 

wakakaka. 

Ye, saya tahun depan 26 tahun, single but not available. Kahwin jangan tanya dulu. Kami tengah kumpul duit banyak-banyak nak nikah grand. Ye la, kalau tak grand tak tau lagi nak buat cemana dah lama sangat tunggu haih. ;p

sekali lagi. wakakakaka. 

Malam tadi jadi insomnia kejap, pukul 3 pagi mata masih bukak lagi. mengenangkan hari ini nak ke office kejap. Tapi, hampa menimpa diri, bila teammate kita tak turun office bhai. Ini yang buat aku kadang-kadang jadi lone ranger and jadi pusher. Sebab we have deadlines. Blehhh...

Tak nak ah wakakaka. tak gembira pun.

Jadi, apa yang berlaku malam tadi aku jalan-jalan pusing-pusing app store dah jumpa pelbagai apps free yang menarik perhatian aku. Sebenarnya memang nak install app qr barcode reader, tapi terjumpa wedding planner apps. Kah kah kah. Best giler. Tapi yang tu memang apps untuk kegunaan wedding omputeh je. Takde yang untuk Melayu nye wedding. Checklist nya ada wine la, live band la...takde bunga telor, pelamin bagai. ;p Tapi best jugak la boleh usha dress, tapi wedding gowns and dresses tu memang tak menepati syarak sebab ye la minah salleh nak kahwin. Pasti la terdedah sana sini. Tapi boleh dapat inspiration kannnnn. So, I've decided, baru nak terfikir kalau kahwin nak pakai baju apa. Aku nak pakai gown. Aaaaaa. Princess sangat-sangat. Tapi itulah, tunang dan aku tak pernah berbicara soal ini. Sebab tak pernah terfikir pun. In fact, kami tak pernah imagine pun how we want the majlis will look like. Tak pernah imagine. Cuma yang aku pasti, dia nak something yang errr, white. Itu la yg aku boleh agak dari cara dia cakap dan cara dia puji pelamin-pelamin org. Mungkin kami akan guna all white. Mungkin aku cakap mungkin.

Tapi cerita ni panjang lagi. ;p Bukan masa yang terdekat mahupun tahun depan belum lagi, belum lagi. harap bersabar ye. :)

Duit tak sampai 50k lagi. 

Wakaka. wakaka. wakaka.

Sunday, November 17, 2013

Finally update

Wah lama gila tak update blog. terasa loser. 

since may kan aku tak update. yeah, definitely banyak benda jadi. lepas dapat lesen, lahirnya kereta daku. tak mampu nak beli yg mahal-mahal, tak mampu nak beli inspira, preve, alza, exora apatah lagi vios, city, prius. kah kah kah. beli viva je. hehe. ye la, belanja ikut kemampuan kan? kang tak pasal-pasal org wonder celah mana dapat duit banyak tu kan? ke kikis duit org lagi? kalau dapat anak datuk tan sri logik la nak kikis. hahahaha.... yes, aku beli viva. cukup bayar bulan, cukup minyak 4 minggu ulang alik kerja, syukurlah. Ada org pernah berkata, buat apa nak kerja sebab kerja nak kena guna modal - duit minyak ulang alik dapat gaji guna duit tu guna balik untuk isi minyak. aku seriously tak faham point yg tu. yang mahal kat situ, experience. mohon terbuka minda. sebab tu, aku tak pernah halang kalau adik-adik kat campus kalau nak kerja (dalam konteks student kerja part time). tak rugi. dapat experience apa. then, tahu macam mana nak survive bila dah keluar. exposure. tahu? sekali lagi, tak salah nak kerja pun. tapi kena pandai balance, study jangan abaikan. ingat matlamat utama datang campus.

Okey enough with that.

Apa lagi, apa lagi? Ha. Then kita puasa kan? puasa takde benda yang nak highlight. Tapi, macam biasalah, tak dapat nak puasa penuh. Tak puasa seminggu. Normal, saya sihat, Alhamdulillah~

Lepas tu raya. Oh ya masa raya tu, org datang hantar cincin tanda. Big day for me. Syukur. Tawa dalam tangis, tangis dalam tawa. 

Then. syukur, buah hati pengarang jantung saya dapat kerja. Alhamdulillah. syukur3. Tangis dalam tawa tadi buat saya fikir lebih maju kedepan. Allah tolong orang yang nak buat benda baik. Allah bersama kita. :)

Then today. Semoga segala perancangan berjalan lancar. Kita rancang, Allah tentukan. Yang penting kita doa benda baik2, bukan hanya untuk diri kita. Untuk keluarga dan semua yang menyanyangi kita. InsyaAllah.




Thursday, May 23, 2013

Another milestone

Alhamdulillah... Lulus penuh, dapat markah penuh untuk JPJ test hari ni. Well, it's a milestone in my life. Dah lama intention nak amik lesen. Tapi, kena tunggu ada duit sendiri dulu. Syukur test tadi berjalan lancar. Cuak jugak bila Abg JPJ tu arahkan untuk ikut jalan yg berlainan. Anyways... Good night people.;)

Tuesday, May 21, 2013

Hari ni 21mei

Thanks all for the wishes. Tapi itu lah when your loved ones buat tak tahu. Sedih plak. Tapi takpe lah. Hidup ada pro and contra. Takpe. Mari pujuk diri. Susah la eny. Jangan nak mengada. Habiskan masa fikir kerja, self achievement lagi bagus. Benda macam ni lah buat aku rasa jadi lebih selfish. Whatever. K bye. 

Monday, May 13, 2013

Mohon mc

Now saya kat klinik. Patiently waiting for my turn. Huhu. Da almost one hour jugak. Perlepasan keluar is only 2 hours. Hmm. Ini sakit gigi I claimed. Tapi tadi call auntie and she advised me jumpa dia dulu. Check what's really going on dalam mulut saya. And she said gigi2 sekalian semua elok. Takda yang rosak pon. Just gusi dah mula merah n bengkak sebab gigi 8 dah tumbuh. Huhu. Sakitnya tak terperi. Sangat tak selesa macam ni. Tak dapat makan dan mengakibatkan saya gastric. So, I end up jumpa doctor and mohon utk dibagi mc. First time saya guna medical benefit saya. Huhu 

Saturday, May 4, 2013

Respect.

I wish I can be there by his side now and see what's happening. I hate it when he's down. I hate it! Dan sekarang, its been more that six years - nothing happen. and i really mean it. well,i don't rally mind waiting for him because i know and i trust our plans that we've made years back.. and i keep telling myself that the time will come, great things takes time to happen. i wouldn't say a word. i'm not demanding to get settle down so soon. but yeah, hell. i know some people are going to be so happy if we end this relationship now. some people may have waited for more than 6 years to see this. i know, i can feel it. i know. you're not even being that supportive. but you, can i ask for a little bit respect? maybe just a little, as a person, as a human. Ya Allah,show me the way...show me the way. :'(

Wednesday, May 1, 2013

Selamat datang May

Assalamualaikum :)

First, selamat hari pekerja. mari kita cutiii. walaubagaimanapun, hari cuti dah sampai ke penghujungnya. Alahai~ kan best kalau sambung cuti sampai jumaat ni. kan? Tapi, my workloads akan semakin banyak pending kalau cuti sakan sampai jumaat. Tapi itulah, abang balik sarawak. =_=''

Its okay. 

As usual, bulan may bulan fav saya. sebab? simple.i was born on the 21st day of the month. Kalau ikut kalendar islam, i was born on 5th Syawal tapi tak ingat tahun berapa. So, don't worry, I love Syawal seperti mana saya love May. Haha. Apekah? Kemengarutan. 

Sebenarnya, banyak perancangan besar saya bulan May ni. Tapi bukan sambutan hari jadi saya. bukan. tapi benda lain. semoga Allah memudahkan segala urusan. InsyaAllah. And, saya rasa setiap minggu dalam bulan May ni occupied. Schedule kerja mahupun personal. Both! Weekends memang akan busy. Dan saya dah berjaya senarai aktiviti yang akan mendatangkan busy dan manfaat untuk diri sendiri. Hihi, kalau nak buat plan nak jumpe saya ke apa ke, kena buat appointment dulu! ;p

Daaa :)

Tuesday, April 30, 2013

Nikmat kerja

Selamat menghabiskan bulan April semua. My conclusion untuk april adalah bulan yang sangat pack, busy.  Alhamdulillah, syukur Allah turunkan nikmat kerjaya kat saya. Well, another milestone in my life of course. Busy kerja itu satu nikmat. Sebab, at the end of the month, rasa puas dapat salary. Boleh treat diri sendiri and org2 yg tersayang dengan hasil titik peluh. Alhamdulillah, saya bersyukur. Jadi, jadikan diri sendiri sebagai something yang valuable kepada company anda. :)

Monday, April 1, 2013

Oh please

I'm about to write and suddenly something wipes off everything. Goodnight.

Friday, March 29, 2013

My only post in march

Lama dah tak update blog. Rasa macam busy sepanjang Mac...haih. Whatever.

Kerja makin busy. Biasalah. Tak sure bila tak busy, hari-hari busy...takpe itu punca rezeki, duit makan, duit minum, duit nak belanja semua...rezeki Allah bagi...syukur. :)  

Rasa macam nak terbang ke KK sekarang. Huuuu. Welcoming my newborn Husna. Semoga sihat-sihat je anak tersayang kat sana. Love you, tak sabar nak kiss Irdina Nur Husna saya. :)

Dalam happy2 macam ni, terasa sakit jugak tengok orang yang tersyang sedang bersedih. InsyaAllah sayang... awak akan dapat jugak apa yang awak impikan. Doa dan sokongan saya sentiasa ada untuk awak. Huuu..Kita sabar sikit masa aja lagi. Sekarang ni awak perlu jadi lebih positif. Saya percaya awak akan dapat jugak...sabar ye sayang..Sayang awak..

Sekarang saya tengah adjust perasaan, emosi dan segalanya. Bismillah, doakan kekuatan untuk saya. 

Saya rindu awak. rindu sangat. abang, be strong. I love you. :'(

Friday, February 22, 2013

Rindu blog

Rindunya blog.

Dah lama tak online sebab? Hahaha. Malas, busy. Itulah jawapan nya. :)

Semakin hari semakin busy. Kerja juga semakin banyak. Masalah juga. Tapi malas la nak fikir masalah. Buat serabut kepala je. Best jugak kalau ignore masalah ni kan? Patutla ada certain orang selalu je lari dari masalah. Seronok rupanya.

Alahai~ February...

Entah. tak tau la nak buat apa lagi. Berserah pada Allah. InsyaAllah, ada...



Monday, February 18, 2013

the sixth


Love this song. Based on our lucky chance that you would rather add than subtract. 


Thanks my dear for this song. I love you.
InsyaAllah everything will be fine. I believe in you. 
Happy 6th anni. Thanks for being so brave 6 years ago. Asking me out, asking my number without asking for it. You're such a...oh I love you. :)
Can't wait for the day.
I miss you.
Cepat pulang. :)

Sunday, February 17, 2013

If I ain't got you, baby.

My love,this is for you. Happy 17th February 2013. I love you.

Some people live for the fortune
Some people live just for the fame
Some people live for the power
Some people live just to play the game

Some people think that the physical things define what's within
And I've been there before that's life a bore so full of the superficial

Some people want it all but I don't want nothing at all
If it ain't you
If I ain't got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing if I ain't got you

Some people search for the fountain
Promises forever young
Some people need three dozen roses
And that's the only way to prove you love them

Hand me the world on a silver platter
and what good would it be 
No one to share but no one who truly cares for me

Some people want it all but I don't want nothing at all
If it ain't you
If I ain't got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing if I ain't got you

If I ain't got you with me baby
I said nothing in this whole wide world don't mean a thing
If I ain't got you with me baby~

Monday, February 11, 2013

Cuti cny?

Esok cuti lagi, ada lagi berbaki sehari lagi public holiday ni. What I like most about Chinese New Year? Cuti la semestinya. Tapi ada satu lagi peristiwa...he asked me to be with him on the first day of Lunar Calendar, that was back in 2007... Takut jugak dia lupa, tapi syukur lah dia ingat lagi. Walaupun sangat busy kat sana. He still remembers. He called. Kata he only have 10 minutes to talk tapi rasanya macam almost 30 minutes jugak cakap on phone. Lama dah tak rasa call lama-lama macam tu.  :)

Tapi itulah berjauhan macam ni...somehow it really kills me. Saya perlu sabar tahap semaksimum yang mungkin. Harus percaya, faham semua keadaan dia kat sana. Well, we've gone through a lot dalam masa selama dia training. I always try to understand everything. Always and always will. 

So nak buat apa kalau rindu-rindu time-time cuti-cuti macam ni? 

Esok plan nak buat general cleaning with my brother. Semoga plan berjalan dengan lancar. Kesian rumah. Sejak mak takde kat rumah rasa sunyi, rumah tak berseri. Itulah, masak pon jarang. Weekend je memasak. Kadang memang tak. Makan kat luar. Hehe. Ye lah, balik rumah dah penat. Mana sempat. haha. Alasan je tu. Cakap je malas~ Orang lain boleh je, working mom okey je masak lepas balik keje. haha.. Itulah, saya belum sampai tahap supermak. Kahwin pon belum, apatah lagi ada anak, macam mana nak jadi supermak. ye dokk? hahahaha... tapi betulla, kerja kat office memang banyak. Kerja tak tentu masa macam ni memang menguji perasaan. Nanti kalau dah start travelling lagi la. Kan? Kena simpan duit, perasaan. Kena tabah. 

Teringat dulu, masa praktikal degree, Datin GM ni pesan. Kena strong kalau nak jadi tahap macam dia. and kerja dia memang nampak glamorous giteww.. tapi ingat senang ke? Ala,lebih kurang macam tu la dia cakap. Ada lagi amanat-amanat beliau pesan, saya ingat semat dalam hati. Huhu. Masa jumpa Datin last year, she still recognized me, ingat lagi nama saya Afini.Kalau tak silap masa tu dia sebut Afini and hugged me depan deputy exec director. Kebetulan pulak masa tu dalam bilik boss. Haha. Apekah?Bukan apa terasa appreciated that she still remembers me. Siap explain dengan boss saya lagi pasal saya. Such a noble lady. And kuat daya ingatan. Hehehe...

Okay..see you dalam update yang seterusnya. 
Bye.

-tengah dengar lagu ni. sayu sangat. saya rindu.-

Wednesday, February 6, 2013

Giler takde mood nak update blog

Giler takde mood nak update blog. Padahal banyak benda nak cerita.Contohnya sekarang ni aku dah tau aku nak beli apa dalam hidup aku ni. Kira target tahun ni la. Salah satu nya on the way, tak tau la salah dua tu nak start. Rasa-rasa tak boleh nak rasa bila nak start. Tengok la nanti, dah start aku coretkan jugak la kat blog. Hehehe. Anyway, keje memang banyak kat ofis mahupun di rumah. Kehidupan peribadi kini macam tak balance dengan kerja. Kalau pinjam dacing barisan nasional ni memang tak seimbang. huhu. kerja melebihi kehidupan peribadi. Takpe lah. Nak buat macam mana. Kalau difikirkan sangat mau nya gila aku ni. Lantaklah. Kesihatan aku rasa memang tak terurus. Hell I care, hell anybody cares. Lagi la sadis weyh. Nangis jap. Semalam bday abang. Abang betul la korang, abang darah daging la. bukan abang cintan cintun aku. Happy birthday bang. K bai. 

Pesanan Penaja: February move faster. 

Saturday, February 2, 2013

February

Dear February,


I love you but I need you to move faster.


Sincerely,

Me.

Thursday, January 31, 2013

Hujung bulan

Cinta jangan engkau pergi jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita setia ke hujung nyawa

Itu soundtrack setia hujung nyawa tv3 arini last episod. best, folow jugak la cite ni. hehehe.

Hujung bulan. Apa cerita?

Satu
Kerja semakin banyak

Dua
Masalah juga banyak

Tiga
Takmo fikir bukan-bukan lagi, ini azam februari!

Empat
Februari cepatlah berlalu. Aku rindu..

Lima
Baki duit tak banyak

Enam
Januari 2013 banyak memori, lebih banyak duka berbanding suka

Tujuh
Bulan Januari 2013 juga saya capai satu milestone salam hidup saya

Okeylah kawan-kawan. Semoga kita semua bahagia selalu.

Bismillah.
Semoga jumpa keberkatan Allah.

Tuesday, January 29, 2013

Aku mohon

Aku mohon,

Semoga hanya namaMu yang ku sebut selalu
Semoga hanya Kamu yang aku fikirkan disetiap nafasku
Semoga hanya padaMu aku selalu bermohon dan berharap
Semoga setiap keputusanku keranaMu
Semoga aku ini mencintaiMu sepenuh jiwa

Aku mohon,

Ampuni aku untuk setiap tuturku
Ampuni aku didalam khilafku
Ampuni aku yang sering melupakanMu padahal Kamu tidak pernah melupakanku walau sesaat pun
Ampuni aku di setiap butiran dosaku 
Ampuni aku yang sering lupa 
Ampuni aku yang seringkali ego 
Ampuni aku yang seringkali sombong padaMu

Aku mohon Ya Allah yang aku cintai lebih dari segalanya,

Berikanlah segala rahmat untuk ayahanda dan bondaku
Ampuni mereka 
Sayangi mereka sebagaimana mereka mengasihiku

Aku mohon Ya Allah,

Kau tetapkanlah hati kami dalam mengejar redhaMu
Kau satukan lah hati kami 
Jangan akhiri cerita kami
Bawalah cintaku pada Zaifadziman ini hingga ke syurgaMu Ya Allah
Kau satukanlah kami
Kau satukanlah cinta kami
Kau tetapkanlah hati kami
Ya Allah aku mohon, jaga kan dia untukku
Sementara kali ini aku tidak punya hak apa-apa
Hindari dia dari segala fitnah dunia, fitnah syaitan durjana
Permudahkanlah hidupnya
Berilah kejayaan untuk dirinya
Bahagiakanlah hati ibunya
Sihatkanlah perasaan cemburu ini
Aku mohon keampunan kerana hati ini selalu begini
Hilangkanlah resah di hati kami Ya Allah.
Aku mohon.

Aku memohon lagi untuk kesekian kali

Ya Allah, jagalah dia untukku.
Aku mohon, hanya padaMu tempat ku bergantung, menyerah diri, berharap...

Amin Ya Rabbal Alamin. 

Monday, January 28, 2013

Today

Last day bercuti and boss sms tadi remind me esok ada dua meeting nak kena attend. morning and noon and enough with that. :)

Hari ini saya tak tau la nak cakap apa. Feeling like a little bit feverish. Haih. Macam mana ni? I went to Tabung Haji this morning untuk deposit syiling duit tabung saya. Huhu. Mesin dyrg still rosak. Ini dah kali kedua saya pergi tapi still rosak. Kecewa sebab mana ada cuti lagi dah. Kalau memang saja nak keluar office or nak g sana time lunch hour memang tak berbaloi. Dengan traffic jam lagi memang xdan nak g. Huhu..Tak apa lah, lain kali... 

Lepas ke Tabung Haji, saya ke Plaza Merdeka pulak. Ingatkan nak cari kasut untuk kerja..tapi kat sana macam tak ada yang berkenan di hati. Hmmm,nanti lah saya ke Spring. InsyaAllah ada yang saya berkenan. So, I end up spending money kat Watsons beli toiletries and beli supplement. Lepas tu, lunch then sambung beli oat & horlicks untuk buat breakfast kat office. Kalau tak buat macam ni memang selalu skip breakfast. Sedih kan? Kehidupan yang tak terurus. Saya rindu mak, kalau mak ada, ada org tolong ingatkan itu dan ini. I just miss you mom. :'(

Cakap pasal rindu, saya rindu jugak dekat boyfriend. Apa khabar awak, dah makan ke belum, macam mana hidup kat sana ok tak? Kerja macam mana? Huhu. Banyak soalan tak larat nak tanya. Tak sempat jugak.Sekarang ni dia dah jarang-jarang call. Busy sangat la tu.. Tapi itulah, dugaan time-time macam ni. Perasaan bimbang selalu muncul dan banyak kali jugak berdoa supaya Allah tetapkan hati kami, hilangkan perasaan gundah gulana ni. Ini semua bisikan syaitan. Ya Allah... :'(

Lain kali saya update lagi blog ni. Wahai blog engkaulah penghilang sunyi ku. Love you, blog...

Thursday, January 24, 2013

Saya cuti 5 hari

Alhamdulillah, hari ni kita sambut Hari Keputeraan Jujungan kita Nabi Muhammad SAW. Salam Maulidurrasul untuk semua umat Islam.. :)

Hari ni juga saya start cuti sampai Isnin nanti. Tak tau lagi nak buat apa  masa cuti ni. Yang pasti plan esok nak teman mak ke hospital, esok nak g bank and bla bla bla. Lusa hantar mak ke airport. Mak dah nak fly teman kakak ke sana. Sekarang saya rasa, cepat lah berlalu wahai Februari. Ye betul. Walaupun belum masuk lagi Februari, saya memang nak Februari cepat-cepat berlalu.Sebab mak balik Kuching awal Mac nanti! HAHA. Ok, Start Sabtu petang sampai Isnin saya tak ada plan lagi. Nak keluar pon, hmmm. Ada sapa ke nak temankan saya keluar? Rasa nya macam no one. Saya rasa semakin meningkat umur semakin berkurangan jumlah kawan yang kita boleh nak bawak sana-sini, jalan-jalan. Maklumlah, semua pon dah ada komitmen. :)

Tapi tak apalah, itu tak menjadi satu masalah...yang penting saya kita bahagia selalu. Sekarang ni saya sedang cuba untuk buat diri sendiri happy. Hargai masa yang ada ni untuk diri sendiri. Semoga saya berjaya. 

Sunday, January 20, 2013

Random update

Semalam kata hari ni, hari ni kata esok..bila tah nak update blog. Huhu. Tak apa laa..cukup update seminggu sekali pon okeylah. takda la rasa macam kesian sangat blog tak update.

Sabtu lepas saya ke office lagi, kali ni untuk settle kemas-kemas workstation baru, banyak lagi yang nak barang masih kat workstation lama contohnya pc! Yeah, I am finally pindah. HAHA. Mungkin lebih tenang dengan perpindahan ini. Ada proper workstation. Syukur ke hadrat Allah.. :) 

Esok dah nak kerja lagi, saya tak puas lagi weekend minggu ni. Hehehehe. Maafkan dakuuu. Takpe, minggu ni kerja 3 hari je. Khamis cuti maulidurrasul kan? Saya dah apply cuti jumaat sampai isnin! Yeayyyy. Tapi tak tau la approve ke tak. Rasa nya approve kot. InsyaAllah. Sabtu ni mak dah nak fly ke Sandakan. Teman kakak for one month. Husband kakak kursus 2 bulan kat kl. Haih. I'm gonna miss you, mak. Sunyi la rumah nanti. Sebulan you all. Kalau ikut hati, saya beli je tiket ke kk dalam bulan 2 nanti..tapi tengok la, kalau ada tiket yang saya afford dan kalau tak busy. 

Saya tak sabar nak tunggu hujung Januari. I pray so hard supaya Februari cepat-cepat tiba. And sekarang mak tak ada kat Kuching, saya tak sabar nak tunggu 28 Februari. Time tu, few days left mak kat sana and masa tu jugak, buah hati saya dah habis training. InsyaAllah semua berjalan lancar. Doa banyak-banyak...saya tak sabar tunggu Mac. Semoga semua yang di rancang tu tepat, di permudah urusan dan di redhai Allah. Banyak sungguh perancangan saya. :)

Sunday, January 13, 2013

Work-life balance

Macam situasi yang begini, saya tak sabar nak tunggu working days. Contohnya esok adalah hari Isnin, hari bekerja. Can't wait. Sebab, kerja boleh divert attention saya kepada perkara-perkara yang bikin berat kepala. Lagi pun, baru mula bekerja ni memang banyak yang saya kena adjust, in terms of the workloads la. Banyak, i tell u. Tapi its ok, yang penting, semua yang saya buat ni berharga untuk diri sendiri dan orang lain jugak. So, awal feb memang sangat sibuk. Memang tak boleh jalan pun plan kehidupan peribadi saya. Tak apa lah. Mungkin mid feb boleh berbuat demikian, jika ada bajet kewangan dan juga masa. :)

Tapi itulah, work life balance macam mana tah nak dapat. Saya tak reti lagi nak adjust. Sebab, I haven't settle down yet. Sekarang ni la rasa nak settle down sangat2, boleh saya hidup dengan tenang dan fokus dengan kerjaya saya. Sekarang ni requires dua-dua nak kena fokus. I pray so hard supaya Allah bagi saya kekuatan untuk menghadapi semua ni. Well, nothing happen sebenarnya, cuma saya rasa sedikit berat untuk fokus and genggam kedua-dua nya. Saya tahu within few months saya dah boleh handle dua perkara ni dengan cemerlang. InsyaAllah. 

Semoga saya berjaya. Ameen. 

Thursday, January 10, 2013

Dodoi diri sendiri

Semakin busy lately. Mungkin Allah tahu saya perlukan suasana hectic macam ni sekarang. Balik rumah boleh blogging. tweeting. facebooking. Hehe. Bahagia bila buat macam ni. Ada masa untuk diri sendiri sebenarnya. Tapi itulah, memang teringat la. Cuba nak ignore, tapi hati ni tak nak bekerjasama pulak.

I have tears to cry. Tapi saya cuba biarkan. Tak nak lah nangis-nangis. Nanti, saya sendiri yang stress. Orang lain bukan tahu pon saya nangis ke tidak. Baik buat benda yang mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri. Cuma, saya dah terlanjur menangis depan orang hari tu. Sekarang ni saya berazam untuk majukan diri luar dan dalam.. Wahhh, azam besar nampak? Come on enyyy. Yeayyy.. :D

Berat hati saya. Sekarang hidup tersepit macam ni. Nak cakap salah, tak cakap pon sebenarnya tak da salah jugak. Baekkk, kita simpan dalam hati. Biar je. Nanti bagitaw Allah aja. Allah tahu apa saya rasa dan kenapa saya rasa macam ni. Susah nak explain dengan manusia. Nanti Allah bantu saya bagitaw orang tu.   

Ya Allah, bantu aku. Tunjuk aku jalan.... 

Wednesday, January 9, 2013

what?

What I feel now.
  • 9th day of the month. Means that, I've been working for 8 days, including last weekend. And now on 8th day, I really feel exhausted. I just can't wait to have my weekend back. 
  • It is now raining in Kuching. Hukkk. I can hear the wind now. This is really scary. 
  • I just miss you my love. And I wish you call.But you didn't. And anyway you wouldn't read my blog either. It's ok.


Thursday, January 3, 2013

Tahun Baru! :)

Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru. Elehhh, baru 3 hari takyah la kutuk saya lambat wish. ;p

Ok. First and foremost, mari kita syukur masih panjang umur. And tahun ni saya dapat berita yang baik and it's somehow a good start for this year. Achieve another milestone kata kanhh. hik3. Whatever it is, I'm grateful dengan nikmat ni. Rezeki, kecil atau besar, itu rezeki jugak namanya. Saya sekarang sudah selamat nak return balik offer tu tanda terima lamaran. hehehe. Syukur, Alhamdulillah. Well, its a sweet start for my year. Sekarang tunggu lamaran yang satu lagi. eh eh eh eh. lol. kuasa bukan di tangan saya. Huhu. Tak berani nak cakap apa. Berangan tu berani la. Miahahahahahaha.

Baru 2 hari report duty memang dah banyak kerja kat office. Bila saya tengok schedule tahunan memang urghh, ok. InsyaAllah boleh buat. heheee. Just the problem now is sangat la tak selesa sebab still waiting nak angkat barang ke office baru. Current work station tak macam work station dah, kosong kosong kosong. We are moving soon, tapi still in the premise la, just pindah to new building. Alhamdulillah, office baru besar dan sangat spacious. Heee. Furniture dah ready, barang, files semua harta-harta department saya dah pack. Tinggal nak angkat je lagi. Schedule  today tapi itulah, lupa pulak boss cuti. Hmm, tak apa lah, yang penting saya dah siap packing. Bila-bila je tunggu arahan boss. :')

Itulah, syukur dengan segala rahmatMu Ya Allah...