Pages

Thursday, January 24, 2013

Saya cuti 5 hari

Alhamdulillah, hari ni kita sambut Hari Keputeraan Jujungan kita Nabi Muhammad SAW. Salam Maulidurrasul untuk semua umat Islam.. :)

Hari ni juga saya start cuti sampai Isnin nanti. Tak tau lagi nak buat apa  masa cuti ni. Yang pasti plan esok nak teman mak ke hospital, esok nak g bank and bla bla bla. Lusa hantar mak ke airport. Mak dah nak fly teman kakak ke sana. Sekarang saya rasa, cepat lah berlalu wahai Februari. Ye betul. Walaupun belum masuk lagi Februari, saya memang nak Februari cepat-cepat berlalu.Sebab mak balik Kuching awal Mac nanti! HAHA. Ok, Start Sabtu petang sampai Isnin saya tak ada plan lagi. Nak keluar pon, hmmm. Ada sapa ke nak temankan saya keluar? Rasa nya macam no one. Saya rasa semakin meningkat umur semakin berkurangan jumlah kawan yang kita boleh nak bawak sana-sini, jalan-jalan. Maklumlah, semua pon dah ada komitmen. :)

Tapi tak apalah, itu tak menjadi satu masalah...yang penting saya kita bahagia selalu. Sekarang ni saya sedang cuba untuk buat diri sendiri happy. Hargai masa yang ada ni untuk diri sendiri. Semoga saya berjaya. 

No comments: