Pages

Sunday, August 1, 2010

Cerita Zaman Sekolah - Bahagian I

Sekolah tempat saya jumpa kawan-kawan sekolah yang comel. Oh, maybe tak semua comel. HAHAHA :D


I miss them... a lot. Tiba-tiba terasa nak balik ke zaman sekolah. Huh, sangat rindu. Masa sekolah kita boleh buat apa sahaja yang kita nak termasuklah buat salah, buat benda betul yang dibalas baik tu apatah lagi kan? Jadi bila nak buat salah yang dibalas jahat pon boleh jugak.kan? Ya, itulah zaman persekolahan namanya. Kalau buat salah dan kantoi, bukan kena apa pon, paling teruk kena denda cabut rumput, berdiri masa perhimpunan atau pusing keliling sekolah dan ntah apa-apa lagi hukuman. But then, pengalaman pon datang. Sapa yang sedar tu, budak baiklah. Sapa yang tak sedar jugak tu namanya bengong. tapi, itu salah satu proses pembelajaran namanya. Maka, para cikgu mesti pening. Hehe, budak baru belajar katakan....

ini gambar masa sukan sekolah 2005. Aku sedang makan lepas jadi wakil rumah biru lari 4x100m kot. Pemenang Pingat Perak. Salah seorang lagi team mate ialah dearest Pika. Pakai baju biru juga... :)

Zaman sekolah, macam-macam yang kita boleh buat. Benda yang tak logik pon boleh dibuat. Benda yang takpernah dibuat orang dibuat jugak. Yang paling sengal, apa yang kawan buat ko buat jugak walaupun lepas tu kena hukum secara berjemaah sebab kantoi. Tiba -tiba terasa nak balik zaman sekolah. Harap maklum, copy ayat sendiri bukan plagiarism tau, tapi tak bagus juga sebab penggunaan ayat berulang menunjukkan anda tidak kaya bahasa. (^__ ^'') Eh, tetiba. Okey, sewaktu berada di sekolah, kita buat perkara yang kita tak buat dirumah a.k.a fe'el yang kalau korang buat kena sebijik penampor ler kat muka. Sebagai contoh, pakat ngan member tak buat kerja sekolah atau tak nak prep atau panjat bumbung asrama atau juga panjat tingkap bilik sebab nak duduk koridor belakang asrama sebab tak nak ikut hadir tazkirah Jumaat. Ho Ho Ho. Yang aku suka, pergi meminum ABC atau nama glamour nya Air Bilik Cucian. Padahal tahu, air tak bersih. Pergi minum juga apahal??! Lalu, caterer yang dipersalahkan dan dikutuk secara kaw-kaw sebab tak sedia kan air masak.huh~ Kenapa sangat nakal semasa di sekolah?

Itu adalah perkara yang kita tak buat kat rumah. Buat kat asrama sahaja.

Lagi perkara aku buat kat asrama? Enam orang makan maggi sebungkus, satu tin air dan banyak lagi. Semua pon kongsi. Sharing is caring. :)

ini gambar sebelum Ujian Sejarah, SPM 2005. Alhamdulillah~ semua pon pass exam, semua kini sedang berusaha mendapat segulung ijazah... :)


Kat bawah ni pula, gambar yang harus upload. Nak menjelaskan lagi betapa Ya Tuhan, gedebux debab aku masa sekolah. Padahal, kalau nak tengok gambar masa form 3 and form 4, halus kecil molek je ;p. Naik form 5 terus berat badan dan saiz juga bertambah naik.
T___________T


2005

2009
2010
Nak tahu kenapa boleh menjadi sebesar itu? Jawapannya mudah saja. Jangan risau, aku akan bagitahu jawapan tanpa buang masa lagi. PENGARUH RAKAN SEBAYA. Ha, ni nak cerita. Aku ada rakan sebaya yang bernama Angelina bukan nama sebenar. Dia ni sangat membanggakan semua orang seperti ibubapa & keluarga beliau, guru-guru dan terutama sekali, kami ni sebagai kawan-kawan sebaya beliau. Mula-mula dok asrama, aku tak berani pon nak tegur dia walaupon aku ni jenis manusia kalau bab chit-chat dan gossip, long lasting punya orang, tak payah guna bateri energizer pon. hebat. Berbeza dengan beliau yang kurang cakapnya, jaga sopan santun. :))

Tapi, mungkin sudah ditakdirkan kami menjadi rapat. Yang aku ni pon satu hal, apa kawan aku buat, aku pon buat. Nasib baik depa semua budak baik...Itu tak ada hal.Tapi yang hal nya apabila kawan makan banyak sebab badan kawan besar, aku pon turut serta. Apabila dia tidur awal malam (bermakna tidur semasa prep) sebab dia penat main netball, aku pon tidur jugak padahal aku hanya penat jerit bagi sokongan walaupon itu sekadar latihan petang sahaja. Penatnya mengalahkan orang yang main. HAHA. Dan apabila dia makan pada tengah-tengah malam dalam keadaan gelap gelita, aku yang kecil ni pon turut serta. Kalau dia makan maggi seorang 3 bungkus, aku pon hadap benda yang sama. Kesimpulannya, makanan yang dia makan, memang sesuai untuk badan dia. Aku? extra sikit sebab, aku tak burn kalori. Aku menyumbangkan suara yang merdu sahaja. Langsung tidak berpeluh. Makanya jadi gemuk begitu... :)

Bukankah? Sekarang,masing-masing dah ada jalan hidup sendiri. Hubungan ni masih kuat sebab... kami membesar bersama. HAHA. Mula tahu semua benda pon sama-sama. Contohnya, pegang camera yang boleh print terus gambar untuk pertama kali dalam hidup pon sama-sama. (^^,)

Hubungan rapat juga sebab, kami makan kongsi pinggan. Nak minum kongsi gelas. Makan aiskrim bersama. Dimarah bersama dan segalanya bersama. Sekarang, kat Universiti, aku dah tak buat benda-benda ni sebab aku dah makin besar. Pada hakikatnya, walau dah ramai kawan yang aku jumpa sejak kami jarang bersama lepas SPM 2005, mereka still kawan terbaik yang aku pernah ada. Walau jarak berbatu, sanggup hantar email sebab nak ceritakan masalah. Heh, macam lah nak kena bayar RM 1000 pon nak hantar email... Hoy~


MODE: MERINDUI MEREKA BERDUA SECARA BERAT.
KATEGORI: HEAVYWEGHT 120 KG

T___T

sebelum mengundurkan diri, aku nak tanya, pernah tak korang cakap kat cikgu ko demam and nak g klinik. Lepas sapat kebenaran ke klinik, ko tak pergi klinik tapi pergi muzium? Hmm. Aku pernah. :)


4 comments:

Anonymous said...

seriuosly...best nya ada kwn tym gk skolah..

Eynee said...

xpa, you got friend d u. best juak...

Mrs. Adila said...

njoy baca kesah tk..terkenang jeman d skul...mok back to da school again..huhu...i miz u a lot...expecially geng star brand..knk x cta kesah ya?? siap da lagu gk nk...

Eynee said...

aok...nak ta kitak ya ji~
asa mok balit sekul jak.....
happy frenship day oy
lupak mok wish kau!