Pages

Wednesday, August 11, 2010

Photoshop tak ada, Paint ada lah.

Hari tu, laptop secara tiba-tiba membuat hal. Hal yang bukan kecil tau. Hal dia, tak boleh on. Saya pula, kali ini tidak terus panik, malah buat keputusan yang sangat bijak dengan mendapatkan bantuan encik boyfriend. Setelah bercerita tentang masalah laptop dan mengambil langkah-langkah yang beliau sarankan tanpa ragu-ragu, Alhamdulillah, laptop pon jadi boleh on. ohoh, sukanya nya bila ada boyfriend yang genius dalam bidang komputer. Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah menghantar laptop ke mana-mana kedai. Sangat happy, save budget. Beliau boleh buat punya. Tapi kena bagi insentif juga. Kalau saya tak apa, cukup sekadar tersenyum girang buat beliau merasa bahagia. Kemahiran beliau yang ini telah meningkatkan lagi kredibiliti beliau depan mata bapak saya.SUNGGUH SUKA! :B

hoh, maaf, introduction macam lari dari tajuk. Ok tak apa, kita bukan buat press release pon kan? tak perlu 5W1H pada awal penulisan kali ini. Hoohoohoo~ :D

Ok, kembali kepada introduction. HAHA. belum habis.

"....grrr....Gila annoying budak ni....!!"

OK OK. Nak cerita hal photoshop and paint lah ni. Macam ni, disebabkan laptop membuat beberapa hal, tanpa saya minta,boyfriend nak saya tukar laptop dengan laptop beliau sementara dia sedang nak find out, what's the problem dengan laptop ni. Makanya, duduklah laptop ini 2 hari kat boyfriend. Saya pula suka sebab suka guna laptop boyfriend. Tapi tak best juga sebab lagu-lagu beliau tak best. Pada masa yang sama, saya risau sangat, takut beliau nak format sebab, assignments semua dalam ni. Saya tak ada pendrive mahupon external hard disk untuk simpan segala benda tu. :'( OK, that's fine... Nanti kalau cek nuffang dah sampai boleh lah beli :')

oh, nasib baik boyfriend tak buat apa-apa yang drastik. Beliau hanya buat perkara basic sahaja, contohnya defragmentation, scan virus dan susun balik semua benda kat desktop. HAHA. Padahal, aku sendiri boleh buat semua benda tu. Tapi, tak apa, rezeki dapat boyfriend yang baik hati. Dan satu lagi, kalau setiap kali laptop kat saya, mesti laptop tu jadi *****. Lepas tu, mesti beliau istighfar panjang. tengok laptop saya (^__^'). sorry, sorry...

Lepas tu, bila dapat balik laptop ini dalam keadaan yang agak elok, saya nak edit gambar untuk entri baru. Tiba-tiba dan rupa-rupanya, beliau sudah uninstall kan Adobe Photoshop saya. Beliau kata nak install CS5 supaya boleh buat benda-benda yang lebih hebat. Jadi, sementara tu, saya edit gambar guna Paint. HAHA. Best jugaklah. Saya suka sebab nampak pelik, tapi suka. haha. suka suka suka. peliknya, tapi suka. Over excited. Dulu, masa masih kecil, saya kagum tengok Paint. Masa tu, tengok komputer pon dah kagum. HAHA. Balik rumah cepat-cepat lepas sekolah, tak pergi mana-mana sebab nak main komputer. SUKA...:)

Game kegemaran bapak saya masa saya darjah 2 kot, game pipe. Teringin nak main tu. Sebab dulu darjah dua, kecil lagi, mana boleh pegang komputer - kata kakak saya lah. Tapi, kena tipu rupanyaaaa...... sebab lagi, dia kata, kalau nak main komputer kena masuk sekolah menegah dulu, dapat straight A dalam UPSR.... Penat je study, sebanarnya kakak aku tipu. Oh, sedih.......... T____T

OK, kat bawah ni gambar-gambar yang saya tulis copyright gambar guna paint. guna brush tak guna text. Pelik rupanya hodoh pula. Tapi saya tetap suka tau! :DD

gambar gaya 1
lepas kelas, pergi ikut budak-budak ni shooting. cam betul-betul. mereka ni la yang bakal menggegarkan industri penyiaran negara! :)



gambar gaya 2
Dari kiri: Nadiah, Fammy, Hafiz, Brian. Sapa Brian? Misteri Nusantara.....



".....suasana petang UiTM Shah Alam
lokasi: depan fakulti civil engineering, bus stop mawar, UiTM Student Mall, Dataran Cendekia....."

ini bas rapid. selalu penuh. sesak waktu macam ni. so, elakkan naik bas time macam ni.


bagunan tinggi yang belakang tu Kolej Melati :)



gambar ni tak ada motif eh. HAHAHA.



watak utama penggambaran

Cik Nadiah sebagai budak yang buat assignment

Encik Hafiz sebagai budak yang buat assignment juga

Cik Famieza Thaw yang juga sebagai budak yang buat assignment

Ini pula Encik Brian yang memegang watak utama. Tanpa Brian, kerja tak jadi...

Ini ada gambar saya. Suka.


Entri ni simple. Saya Suka.
Anda Suka?


8 comments:

~cik tiram~ said...

suka suka suka! haha..

Anonymous said...

I like it so much..Nice!

Eynee said...

cik tiram suka ye..hehe. makaceh... :)

selamata menjalani ibadah puasa tau!

Eynee said...

cik syaza. thanks. gambar comel sebab buat dalam paint. macam budak tadika punya kerja. jenuh tangan nak buat satu2. hehe ;)

Eynee said...

abg, you like it ha? :)

admin said...

sempoi...brtuah dpt bf g2...suka!

Purple Kurumi said...

HAHAHA..LIKE PIC2 KMK ORG YA..

Eynee said...

faizol-1: hehe.syukur... :)

nadiah cyg: like pic ya? haha. nice kan?