Pages

Monday, August 30, 2010

untitled

YA ALLAH,



SEMOGA SEGALANYA SELAMAT HARI INI.



AKU MOHON.


T___T

Sunday, August 29, 2010

Entri untuk Kakak, Maaf lambat

Maaf, ini post tertangguh specially khas untuk my sis. Her birthday 27th August, Jumaat lepas...memang nak buat entri special untuk beliau tapi memandangkan masalah connection internet disini, ada masalah nak sign in apalagi nak sign in facebook kan... Oleh itu kakak, maafkan aku.

She's my sister, yang sangat rapat dengan saya. Yalah, kami berdua sahaja perempuan dalam lima beradik. Of course lah kan? Saya boleh nobatkan beliau sebagai bestfriend. In fact, she is my best girlfriend ever in the world. Apa-apa masalah pon saya boleh rujuk dengan beliau tanpa segan silu, malu dan sebagainya. Masalah wanita, remaja, pelajar tahun akhir....semua pon boleh. She's been there before. Beliau nasihati saya berdasarkan pengalaman beliau. And now, she is expecting ... Masuk 7 bulan kot. Dalam kiraan saya lah....hehe..... Nanti bila tiba time saya pula expecting (hoh...malu! malu!) boleh minta nasihat beliau juga. InsyaAllah bakal melahirkan dalam bulan November nanti. Doakan segalanya selamat. Nanti waktu tu, saya mungkin ke Kota Kinabalu...saya pon dah cuti semester kan waktu tu. Hehe... tapi adakah beliau expecting aku ke sana? =_=

In conclusion, saya cinta kakak saya. Tapi saya straight...HAHA HArap maklum.


Kakak dan suami duduk di pelamin orang bersama pengapit-pengapit yang cool :D

Okey, aku tahu kakak ku lebih cerah. Tapayah buat banding beza disini ya. Sudah muak dengan perbezaan ini sejak kecil. sobs sobsssss T_T

Ini betul-betul time kakak kahwin dan aku wedding planner. Nampak tak keserabaian aku?



Masa Along kahwin pon aku jadi wedding planner. Bekerja di samping kakak. Tapi yang best pelamin aku sendiri yang buat. JIMAT. Sentuhan best. HAHA. Lain kali upload gambar pelamin Along yang aku design itu dan buat. :)


Smile a lot.
Saya Sayang Kakak Saya.

i love you sis and its forever. walaupon kita selalu gaduh dan kau macam makin sensitif kebelakangan ini. You're not like this before.

HAPPY BIRTHDAY


p/s: i love you my new bebeh too :DD

Monday, August 23, 2010

Dapat Award & Tag Orang Lain

setelah tak update blog beberapa hari lamanya...saya nak update blog sekarang dalam condition saya yang kenyang lepas makan bubur lambuk free dari kolej, minum horlick panas, jus oren fruit tree yang segar, air mineral dan paling penting buah kurma yang wajib ada. Kurma itu favorite. Kalau tak ada selera nak sahur atau tak ada makanan sangat nak bersahur, kurma pon dah cukup sedap dan cukup membekalkan tenaga sepanjang hari.

minggu lepas saya dapat award. memang membanggakan. saya telah di tag oleh seorang blogger cun yang bernama YANN. she is so pretty dan sudah bertunang. hehe. :)

terima kasih cik yann sebab mengetag saya. yang best nya, padahal aku sorang yang rasa benda ni best, sebab cik yann telah mengetag saya sebagai nama pertama dalam list beliau. Hoh, tetiba mendapat award sebegini. Hehe, maaf...teruja sebab ini award kedua yang saya dapat.

Nak tengok award tu? Ni ha, kat bawah.... :D


Oleh kerana sudah di tag, saya pula harus mengetag another 10 bloggers. So, nak tahu saya dah tag 10 orang blogger kat bawah ni. :D

OK. dah selesai tag orang. Kepada orang yang di tag, sila tag 10 orang lain lagi OK? Anyway, rasa appreciated bila dapat award blogger cun...hehe...tidak cun pada hakikatnya. (^_^)'

tapi bak kata pepatah, tuah ayam nampak di taji kan? itu tuah ayam. macam mana pula nak nampak tuah manusia? sila cari, ini extra work untuk anda.

OK lah,lain masa nak update lagi blog. Draft banyak, nak habiskan dan publish tu yang payah nya. Masa selalu tak ada nak buat semua benda nih...

selamat berpuasa semua! :D

Friday, August 20, 2010

Happy Birthday

Hello peeps.

Minggu ni busy. Bukan busy apa pon. Sebab kerja semua nak tangguh-tangguh. Memang laa. Hoh, padan muka diri sendiri. Padan muka sangat. Jam dah pukul 3 pagi. Tak tidur lagi sebab tak mengantuk.. Siang tadi asyik tertidur bukan dalam kelas tapi dalam bilik. Padahal, hari Khamis kott..mana ada kelas. Tak paham. Macam mana la aku boleh terjebak dalam kegiatan yang kurang sihat ni? Biasanya aku online siang-siang hari . Tapi, siang tadi? Memang tak tahan. Bangun solat, lepas tu tidur balik. grrrrr......geramnya. Boleh pulak tertidur tak ada nota kat tangan. Tidur dengan tenang pulak tu, siap selimut lagi. Aku rasa itu bukan kategori tertidur... Padahal room mate yang jga merangkap classmate aku gigih gila baca nota dan sebagainya. Tolongggggg. Symptom pemalas dah datang. T_T

Esok pagi, kurang 6 jam dari sekarang aku ada midterm test yang aku tak baca satu hapa pon lagi. YaALLAH, berilah kebijaksanaan serta merta aku esok hari. Semoga dapat jawab soalan dengan baca nota secara sepintas lalu. Takut nih...takut nih. Ceh, kalau takut p baca nota sekarang. Tak nak, nak update blog dulu... ngeeeeeee :D

Dan esok, aku baru teringat yang esok kena hantar resume kat ketua program..............Ohhh. Nasib baik dah lama siap. tinggal nak semak balik. Aku rasa aku hantar lepas solat jumaat kot. Oh, delay lagi. Tak sukanya. Sebab, Ketua program nak 2 muka surat, aku terlebih isi sampai 4. Tak cut lagi apa-apa yang aku patut cut. Oh, sungguh menyakitkan hati. Padahal dah tau salah sendiri. Eh, maknanya tak siap lagi lah kan? Tambah lagi satu masalah.

Gila, esok kelas 8.30 pagi! Nasib baik dah iron baju kurung dan tudung. Esok jumaat, student UiTM pakai baju kurung, aku pakai baju kurung hijau. Eh, tak. Itu biru kott. Eh, tak tahu lah hijau atau biru. Apa-apalah, yang penting...tudung baru...ngeeeee lagi :B

ni gambar lama. gambar masa kakak bertunang. Dari kiri: Kawan, Aku, Kakak, Kawan Kakak, Adik Kawam Kakak. Hoh, Motif gambar di atas bukan nak cerita pasal kakak aku bertunang. Kakak dah kahwin dah pon. Dah nak beranak dah pon. Motifnya, aku pakai baju tu esok. Oh ye, baju tu dah lama. Saja nak pakai. Sebab best. I loike... :) Sekarang dah boleh bantu aku decide baju tu kaler apa?

Hari ni 20 Ogos kan. Hooraayyy! Birthday adik aku hari ni. Oh, adik Selamat Hari Jadi ke 19! Eh, adik ku dah besar. Tiba-tiba terasa eh, besarnya adik aku. Dah pandai bercinta. Semoga kau cepat kaya. Boleh aku mintak duit selalu. HAHA. :)

Nak tengok muka adik aku? Hehe, tak handsome pon :D

Yang paling muka tu adik aku, Mak and Along yang nampak muka. Pandailah pilih mana satu mak mana satu Along ye. Takkan Mak yang tak pakai tudung.


Ada lagi Mak, Along dan bini Along. Adik aku? Hoh, serious cakap. Tak handsome. Nak tengok jugak ke? Tak handsome.....percaya lahhh...



Kan dah cakappp. Tak handsome. HAHA. Matilah kalau adik aku baca, tak mati pon. Tak takut.... OK. Handsome lah sikit..... Tapi, adik haku gelap gelita sebab dia tak reti nak duduk rumah. Suka jalan-jalan. Aku suka adik aku sebab, dia sorang je adik aku. Lagi pon, nak suruh adik memang senang.Cakap je macam ni.... Asnin! Tolong aku.... atau pon kalau dia tak nak atau melawan, ugut je. Contohnya, ugut bagitahu rahsia dia kat mak, atau pon ugut cakap tak nak bayar hutang dia atau ugut ar tak nak belanja dia. Mudah bukan? Dia selalu kena ngan aku. Aku suka. HAHA.

OK adik. Aku rindu kau.


OK lah. Mari baca nota, trim balik resume dan bersahur dan juga mengkejut kan orang supaya bangun sahur. :DDD

Entri ni macam buang masa je sebab nak wish happy birthday kat adik. aku rupanya. Cisss, tak guna betul.

Bye, Kakak Jahat. :B

Wednesday, August 18, 2010

6 alasan kenapa Perempuan suka shopping

Hai semua.

Sejujurnya, saya tak dapat tidur. Esok ada 2 kuiz...bukan Pop Kuiz. Kalau Pop Kuiz, saya tak perlu study sebab kalau pasal info lagu, artis, movie dan gossip rasanya dah cukup untuk jadi pemenang Pop Kuiz. HAHA tak lawak pon.

Oh ya, bercakap pasal movie (padahal tak cakap pon sebut je), saya baru sahaja habis menonton movie tempatan. LOS dan FAUN. Boleh tahan best juga lah. Tidak mengecewakan sebab saya tak expect apa-apa pon movie tu. Just nak tengok. Nak hilangkan sakit hati dan sedih sebab camera rosak. T_T Cukup.

Ini bukan nak buat movie review tau. Saya tak cerita banyak pasal movie tu. Buat entri yang lain. Jangan risau. Kali ni, nak cerita dan luahkan sedikit apa yang bermain dalam fikiran saya ni sebelum, semasa dan selepas baca entri seorang rakan blogger yang bertajuk Kenapa lelaki tidak gemar mengikut perempuan kuar shopping.

Haiyya. Sedang bersiar-siar dalam google reader, saya terus baca entri ni. Tajuk nya sangat menyengat hati. Sesungguhnya. Memang saya selalu bengang kenapa lelaki tak suka ikut saya, mak saya, kakak saya kuar shopping. tettt! Padahal, kita memang sungguh-sungguh ajak shopping. Walaupun sebenarnya saya tahu lelaki memang tak suka ikut shopping, kadang-kadang saya still rasa alasan mereka belum cukup kukuh. Sesungguhnya la kan. HAHA.

Oh, saya tak mahu jadi sexist di sini. Sebab, lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Kalau tak, Allah tak jadikan Hawa untuk Adam. Lelaki dan perempuan punya kelebihan dan kelemahan masing-masing. Biasanya, lelaki lebih memikirkan soal-soal yang besar, dan perempuan pula akan fikirkan soal-soal kecil nya. Hoho, perempuan tetap comel. Sebagai contoh, Si Suami fikir nak beli rumah. Si Isteri pula fikir apa nak isi dalam rumah. Paham tak? OK, contoh lagi. Bapak fikir macam mana nak cari duit nak bagi anak-anak makan. Emak pula fikir, anak-anak aku nak makan apa hari ni. So, dengan contoh yang lebih jelas disini, kita boleh paham perempuan akan buat lebih detail lagi. Paham? OK. Bijakkk.

Dalam hidup saya, saya biasa tengok lelaki. So, kalau tengok lelaki, saya tak akan tak biasa sebab saya ada dua orang abang, seorang adik dan seorang bapak, seorang emak dan seorang sahaja kakak dan tiada adik perempuan. Sejak menjadi semakin besar dan dah jadi anak dara, gatal pula nak ada boyfriend, so ada seorang lelaki tambahan dalam hidup, iaitu encik boyfriend. Eh, lupa sorang...abang ipar saya.Oh, my cousins pon ramai yang lelaki. Justeru, saya dah masak dengan perangai mereka sebab selalu di reject jika saya ajak mereka shopping.

Still, saya tak paham kenapa lelaki tak nak suka ikut perempuan keluar shopping as if shopping itu susah. Sangat tak paham. Kadang-kadang, kita pon nak beli barang untuk mereka. Kalau ajak mereka memang buat sakit hati. Tapi, selalu juga minta temankan sebab tak best kalau shopping tak berteman. Tapi lagi, lelaki selalu kalah dalam pujuk rayu perempuan, apatah lagi perempuan yang tersayang. Perempuan pula sangat tahu bila nak guna senjata masing-masing. Ini pengalaman tau. Bagi saya lelaki yang mudah kalah dengan saya adalah Bapak dan Boyfriend.HAHA HAHA. Saya tak nak kongsi kat sini senjata apakah yang perempuan guna untuk membuat lelaki terperangkap dalam ajakan pergi shopping. Ladies, keep it on the low OK! :)

Tapi, nak kongsi sikit kenapa perempuan suka shopping :D


6 alasan kenapa Perempuan suka shopping

pertama. Sebab best.

kedua. Shopping itu perlu untuk menambahkan koleksi. Penting, koleksi pakaian. Kalau mak saya, dia suka kumpul pinggan mangkuk. Kejap lagi nak suggest kat bapak. Kita buat setor simpan pinggan mangkuk, gelas dan sewaktu dengannya. Kakak saya pula, koleksi kasut dan handbag. Kalau saya pula, saya tak suka apa-apa pon. Ini tipu. Hehehe...

ketiga. Shopping itu nafsu yang perlu dipenuhi. Perempuan ada 9 nafsu. Mind that. Shopping salah satu. ada lagi 8 yang perlu di ambil kira. HAHA. Ada berani? Kalau tak berani jangan kawan ngan perempuan dah ala-ala perempuan juga.

keempat. Shopping adalah terapi untuk menghilangkan stress. Itu pon, kalau shopping secara bijak. Contohnya mak saya. Banyak benda yang dia stress about. Balik rumah dia marah-marah, bebel-bebel. Tapi, ajak shopping automatic hilang. Tips buat pasangan lelaki kalau pasangan anda marah atau banyak bebel. Sila bawa pasangan anda shopping sebab sure lepas tu OK. Teknik diversion which is anda divert attention pasangan anda ke suatu perkara yang lain. Cubalah, boyfriend saya selalu guna ni. Lepas tu saya kenakan dia balik dengan cara yang sama. HAHA. :)

kelima. Shopping itu penting, lelaki malas nak fikir. Kalau saya, saya mesti ingat lelaki-lelaki kesayangan juga kalau sedang bershopping. Misalnya, saya keluar sebab nak beli kasut. Sedang saya scan kasut, saya terjumpa socks yang smart untuk abang saya. Oh, nampak macam smart untuk dia ke office. Saya pula teringat, bahawa saya selalu jadi tukang basuh socks busuk beliau. Jadi, saya beli, bagi kat dia dan bila dia suka, kita claim lah!! :) ...OK satu lagi. Kalau pasal buat persiapan raya, siapa yang lebih aktif? Emak atau bapak? Semestinya emak la kannn. Harus.. Kuih raya, langsir, baju, accessories... semua nya perempuan fikir...yang lelaki tahu, jemput kawan datang duduk borak-borak. Makan minum? Haku juga yang hidang T__T

keenam. shopping penting untuk otak. Ini saya suka. Shopping penting untuk melatih otak kita berfikir. Shopping sebenarnya memerlukan daya pemikiran yang sangat tinggi dari segi bijak berbelanja, pemilihan barang yang berkualiti dan shopping secara bijak. Sebab u shopping kena lama. Nanti tak menyesal. Perempuan yang suka shopping adalah perempuan bijak. :) Kenapa saya berkata begitu? Sebab, sewaktu shopping kita perlu fikir 5W1H juga. What to buy? Why should I buy this stuff? Where is the best store that provide me the best price? Who made this? When to use it? dan...soalan ini banyak kali kantoi. How am I going to tell him that, I need money to buy this? HAHA. Sesungguhnya~ LOL. Jadi, nampak tak perempuan sebenarnya detail secara bijak. Kalau anda tidak nampak mungkin anda nampak perempuan bijak mengikis duit lelaki. Ha! Itu pon bijak juga namanya. *wink wink*


HAHA. Satu lagi. kalau dah tak ada sape nak temankan saya shopping lebih-lebih lagi sekarang kakak ku dah bersuami dan kawan-kawan pula not available,...para lelaki disekeliling saya selalu lari sewaktu saya nak bershopping. Kena la temankan saya bershopping...takkan nak naik bas kot...mesti tak sampai hati tengok aku naik bas sorang-sorang. Kah Kah Kah Kah. Kesimpulannya, lelaki senang je nak umpan. Buat muka nak menangis sikit atau cakap ''OK, saya off handphone'' dan blah pon dah takut. Mesti kejar punya... Hehehe...

Untuk lelaki-lelaki, banyakkan bersabar...tambah baik sabar di bulan Ramadhan ni. Berlipat ganda pahala... :)

Setakat ni, itu sahaja yang saya dapat fikirkan. Itu pon dah cukup puas hati. Kalau ada apa-apa nak share, share je lah. Jangan malu-malu.




kami suka shopping! :)

Tak semua kot lelaki yang tak tahan shopping. Ada juga yang kaki shopping. Tapi payah ar nak cari... :)

Tuesday, August 17, 2010

Memujuk Hati

Hari ini makin sihat. Alhamdulillah. Sudah mula ke kelas walaupun dengan wajah yang entah nak cakap macam mana. Dah laa lambat. Takut dimarahi Miss. Tapi, tak.Yeay!

Sedihnya apabila mengenangkan diri ini tak banyak masa free untuk orang yang tersayang semester ini. Tapi, tak apa lah.Memang lumrah kau berstatus pelajar tahun akhir sayang~ Memang busy. Kerja pon semakin banyak. Cuti Raya, macam tak cuti Raya. Pelik dan bengang juga lah sebab ada kawan-kawan bakal bercuti 2 minggu, tapi aku...balik rumah 10 hari sahaja. T___T Oh Eynee sayang, ada orang tak balik raya tau... Sabar yerr...

Sedih lagi bila tengok assignment banyak. Tangguh punya tangguh menjadi semakin banyak. Memang lah kan? Tak apa Eynee, semester terakhir di campus, memanglah. Nanti, mesti kau rindu dengan semua ni. Kerja nanti lagi susah. Biasakan diri... :)

Tapi, OK lah, bila tengok blog, hati senyum tau. Tengok nuffnang pon senyum juga. Heee :)

Lepas tu, semangat nih nak update blog! Tapi, nak update blog, nak letak gambar...nak edit dulu gambar-gambar tu. Idea kreatif ku ini memang tak boleh nak describe macam mana sebab, laptop ini tak ada apa-apa pon. Hanya boleh menaip dan upload gambar yang tak berapa nak kreatif. :( Sebabnya, Adobe Photoshop dalam ini telah di tiada. Mahu di upgrade katanya. Bilakah?

OK. Harus bersabar. Tak ada Photoshop tak apa. Amik la gambar secara kreatif. Kan boleh? Ho, ini sensitif. Camera ku tealh rosak. Fikiran jadi tak menentu. Camera T_______T



Hujan, cepatlah reda. Aku nak pergi beli makanan untuk berbuka. Jangan tambah kesedihan hati ini...




Monday, August 16, 2010

Sudah jatuh ditimpa tangga, Malang tak ada bau langsung

Okey, hakikatnya....hati ku dah tak tahan lagi memendam segala kesedihan. Benar, malang itu tidak mungkin berbau wangi mahu pon busuk. Oleh itu, aku harus redha menghadapi dugaan semua ini. Sebagai manusia, kita harus redha dan tabah menghadapi segala musibah.

Ini gambar VICKS VAPORUB aku, my favorite ointment ever

Mesti korang tertanya-tanya kan mengapakah aku punya intro ayat skema Ya Rabbi~ Ha, lepas tu, apa pula kaitan gambar vicks kat atas tu? OK, nanti aku bagitau....


Sebelum tu, layan dulu gambar kat bawah ni....

OK! Gambar kat atas tu, gambar lecturer French aku untuk level 3 ni... Beliau sangat comel, sumpah. Suka sangat... Beliau terbukti comel apabila suatu petang Rabu yang mendamaikan jiwa, mak dia call, muka dan suara dia cakap ngan mak dia, HAHA HAHA. Comel sangat... I like... Satu lagi, aku memang suka lecturer ni sebab dia suka bercerita... Kalau dia ada blog, pasti aku jadi peminat setia. Walaupon kadang-kadang aku tak faham cerita dia... hehe, tapi, layan jerr. Bonjour Monsieur! :)


Gambar ni pula, gambar barangan aku. Pencil Case Kuning, aku punya.. Purse Kerim2Coklat aku punya juga, lagi lip balm nivea strawberry akan and bedak muka Johnson~ all time favorite, mestilah aku punya, and kunci berk ey-chain peta Australia tu, kunci bilik aku. :)

Nanti aku buat post pasal barang-barang kegemaran aku. Special. Label, My trusted brand. Aku akan nyatakan kenapa aku suka barang-barang itu seperti keberkesanannya, affordable dan sebagainya... Maaf, walaupon saya bukan artis, tapi saya suka bagitau kat orang saya apa yang saya suka! Maaf lagi ~ teeeheeeee :B

Ini aku. Ceh. Bukan berniat nak kenalkan diri. Ini adalah gambar ternyata gedik aku yang last guna camera canon aku. Dah rosak dah. Fine, lens dia problem. Dah tanya abang kedai baiki camera. Dia cakap boleh baiki tapi bayaran dalam RM200++. OK, fine lagi. Aku geram sungguh. Dah, sampai sini sahaja entri ni. Tak sanggup nak cakap CAMERA AKU DAH ROSAK. Hoh, tak tahan. Tak tahan. Bolehkah hidup tanpa camera bagi seorang yang cam whore??

gambar-gambar di atas adalah empat gambar yang last sempat snap guna my late camera. Camera rosak pada 1 Ramadhan yang lepas.


FINE. I'M DONE.








oh, I am not done yet. Start 1 Ramadhan tu, aku mula merasa demam. Mungkinkah aku demam sebab rindu akan camera?
Oh, tidak.

T____________T





NOW, I'M DONE.
SELAMAT BERBUKA SEMUA.

Sunday, August 15, 2010

Prettiest Friend by Jason Mraz

Hi everyone!

Kat bawah ni ada lirik lagu Prettiest Friend by Jason Mraz. I like this song very much. But, I just don't know why. May be it sound very relaxing to me and may be some of you out there. Just enjoy the song OK. (^_^)V


this is what i look like today
and I'm trying not to pull out my hair
I'm trying not to show it cause I'm far too shy to grow it back there
that's probably why i like wearing hats
there's no denying I'm deferring the facts
avoiding confrontation
lacks tact in a situation
behind every line is a lesson yet to learn

but if you ask me
the feeling that I'm feeling is overwhelming
and oh it goes to show
I'veso much to know

i wrote this for my prettiest friend
who while trying not to prove that i care
trying not to make all my moves in one motion and scare her away
well she can't see she's making me crazy now
i don't believe she knows she's amazing how
she has me holding my breathe
so I'd never guess that I'm a none such unsuitable, suitable for her

but if you ask me
the feeling that I'm feeling is complimentary
and oh it goes to show
the moral of the story is boy loves girl
and so on the way that it unfolds is yet to be told

i know that i should be brave
even pretty can be seen by the blind
i know that i cannot wait
until the day we finally learn how to find each other
redefining open minds

and if you ask me
the feeling that I'm feeling is overjoyed
and it's golden, it goes to show then
the ending of this song should be left alone
and so on cause the way it unfolds is yet to be told

hasil copy and paste dari sini.

Saturday, August 14, 2010

emotional entry

Hmm, title pon sudah menggambarkan keseleluruhan hati aku sekrang. Sekali lagi, aku anggap ini normal. Semua manusia akan harungi saat-saat emosi terganggu tidak kira wanita mahupon lelaki. Cuma, mungkin berlainan cara. Aku percaya, Allah menguji setiap umatnya dan aku dipilih untuk di uji pada Ramadhan kali ini. Mungkin kini, Allah mahu tunjukkan pada aku bahawa, aku semakin matang, harus menajdi semakin tabah di dalam menghadapi kehidupan masa depan. Iya la kan? Semester ini pon sudah semester akhir aku di kampus, bulan Disember nanti...tiba giliran aku untuk latihan praktikal pula. Alhamdulillah, aku sampai ke tahap ini. Lagipon, tahun depan umur dah masuk 23tahun. Eh, sudah legal jadi bini orang. (padahal dah legal berkahwin sejak 7 tahun yang lepas. cis. kenapa tak da orang masuk minang nih?) Hehehehehe......

Selepas perbualan tempoh hari dengan lecturer kesayangan, aku menjadi semakin kuat, malah aku rasa lebih yakin dan positif dalam setiap pergerakan, fikiran dan pandangan aku terhadap sesuatu perkara. Sekali lagi, syukur Ya Rabb. Hati ini tergerak untuk menjadi lebih positif. Aha, positif. :)

Untuk pengetahuan kalian semua, bulan Ramadhan kali ini, aku diuji dari segi kesihatan ku yang benar-benar menguji aku. Sejak Rabu lepas which is hari pertama puasa, aku dah mula batuk, demam, selsema dan sebagainya. Aku ingatkan demam macam biasa. Tak ada apa-apa kot. Tapi, aku bernasib malang apabila, hari berikutnya, suhu badan semakin meningkat. Satu hari tak keluar bilik dan lebih dahsyat, tiada siapa pon di dalam bilik yang menemani aku. Aku masih gagah. Petang itu, aku gagahkan diri demi berbuka puasa bersama lelaki idaman aku. Kesian encik boyfriend, dapat cik girlfriend yang busy memanjang. First day puasa kami tidak dapat berbuka bersama sebab, aku ada kelas dan buka puasa dengan classmate. Tak apa lah...itu tujuan aku datang sini. Kelas lebih penting. Hari Khamis, aku free satu hari, memang tak ada kelas, soooo...bolehlah buka puasa dengan encik boyfriend. Tetapi, demam ni makin teruk, makanya, boyfriend sempat makan kurma minum air dan terus merempit hantar aku ke pusat kesihatan. Terima kasih sayang...

Setibanya disana, masuk air pulak dalam badan....tak cukup satu 'botol' tu, dia masuk satu lagi, sebab suhu badan terlampau which is 39.87 darjah Celsius. Semua pon panik. Aku pon panik juga sebab tengok doktor and nurse panik. Masa tu, pitam sangat. Dah tak boleh fikir apa-apa pon. Blood pressure 85 dan hemoglobin 8.5. Untuk pengetahuan semua lagi, I memang anemic (kekurangan sel darah merah). Sungguh sedih, I feel better lepas nurse suntik ubat dalam badan, then baru boleh sedar benda sekeliling. At that time, aku tengok muka boyfriend sangat sayu... rasa macam nak menagis. sedih sangat, I ruined his day nak break fast sama-sama. Sorry abang, sorry...

Esoknya, ingatkan nak buka sama-sama lagi, tapi, hujan. So, boyfriend and I sama-sama kurang sihat, tapi dia lagi kuat laa... so, tak dapat nak buka puasa sama-sama lagi. Yang paling dahsyat, malam tadi masuk lagi satu botol air dalam badan. Badan aku ni dah banyak bekas suntikan masuk air la, amik darah lah, suntik ubatlah...... Sedih pula tengok badan sendiri. I am not healthy. Tapi, Alhamdulillah, masih bernafas, aku redha dan terima ini sebagai kifarah dosa buatku. Alhamdulillah, bukan juga penyakit serius.

Hari ini, aku tak puasa. Bukan sebab perempuan tak boleh puasa, sebab memang tak larat. Sangat sedih. Semalam aku puasa, tapi sungguh tak larat. Hari ini okey sikit sampai boleh tulis entry untuk semua bacaan semua.

Hoh, dah tak larat nak tulis lagi. Kepala dah sakit sangat. Mata dah sakit.

Love you all readers, doakan Allah bagi kesihatan kat aku dengan cepat.
Aku nak pergi kelas. Belajar macam biasa, secara normal.

Sekali lagi, terima kasih baca entri ni. :)



Wednesday, August 11, 2010

Photoshop tak ada, Paint ada lah.

Hari tu, laptop secara tiba-tiba membuat hal. Hal yang bukan kecil tau. Hal dia, tak boleh on. Saya pula, kali ini tidak terus panik, malah buat keputusan yang sangat bijak dengan mendapatkan bantuan encik boyfriend. Setelah bercerita tentang masalah laptop dan mengambil langkah-langkah yang beliau sarankan tanpa ragu-ragu, Alhamdulillah, laptop pon jadi boleh on. ohoh, sukanya nya bila ada boyfriend yang genius dalam bidang komputer. Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah menghantar laptop ke mana-mana kedai. Sangat happy, save budget. Beliau boleh buat punya. Tapi kena bagi insentif juga. Kalau saya tak apa, cukup sekadar tersenyum girang buat beliau merasa bahagia. Kemahiran beliau yang ini telah meningkatkan lagi kredibiliti beliau depan mata bapak saya.SUNGGUH SUKA! :B

hoh, maaf, introduction macam lari dari tajuk. Ok tak apa, kita bukan buat press release pon kan? tak perlu 5W1H pada awal penulisan kali ini. Hoohoohoo~ :D

Ok, kembali kepada introduction. HAHA. belum habis.

"....grrr....Gila annoying budak ni....!!"

OK OK. Nak cerita hal photoshop and paint lah ni. Macam ni, disebabkan laptop membuat beberapa hal, tanpa saya minta,boyfriend nak saya tukar laptop dengan laptop beliau sementara dia sedang nak find out, what's the problem dengan laptop ni. Makanya, duduklah laptop ini 2 hari kat boyfriend. Saya pula suka sebab suka guna laptop boyfriend. Tapi tak best juga sebab lagu-lagu beliau tak best. Pada masa yang sama, saya risau sangat, takut beliau nak format sebab, assignments semua dalam ni. Saya tak ada pendrive mahupon external hard disk untuk simpan segala benda tu. :'( OK, that's fine... Nanti kalau cek nuffang dah sampai boleh lah beli :')

oh, nasib baik boyfriend tak buat apa-apa yang drastik. Beliau hanya buat perkara basic sahaja, contohnya defragmentation, scan virus dan susun balik semua benda kat desktop. HAHA. Padahal, aku sendiri boleh buat semua benda tu. Tapi, tak apa, rezeki dapat boyfriend yang baik hati. Dan satu lagi, kalau setiap kali laptop kat saya, mesti laptop tu jadi *****. Lepas tu, mesti beliau istighfar panjang. tengok laptop saya (^__^'). sorry, sorry...

Lepas tu, bila dapat balik laptop ini dalam keadaan yang agak elok, saya nak edit gambar untuk entri baru. Tiba-tiba dan rupa-rupanya, beliau sudah uninstall kan Adobe Photoshop saya. Beliau kata nak install CS5 supaya boleh buat benda-benda yang lebih hebat. Jadi, sementara tu, saya edit gambar guna Paint. HAHA. Best jugaklah. Saya suka sebab nampak pelik, tapi suka. haha. suka suka suka. peliknya, tapi suka. Over excited. Dulu, masa masih kecil, saya kagum tengok Paint. Masa tu, tengok komputer pon dah kagum. HAHA. Balik rumah cepat-cepat lepas sekolah, tak pergi mana-mana sebab nak main komputer. SUKA...:)

Game kegemaran bapak saya masa saya darjah 2 kot, game pipe. Teringin nak main tu. Sebab dulu darjah dua, kecil lagi, mana boleh pegang komputer - kata kakak saya lah. Tapi, kena tipu rupanyaaaa...... sebab lagi, dia kata, kalau nak main komputer kena masuk sekolah menegah dulu, dapat straight A dalam UPSR.... Penat je study, sebanarnya kakak aku tipu. Oh, sedih.......... T____T

OK, kat bawah ni gambar-gambar yang saya tulis copyright gambar guna paint. guna brush tak guna text. Pelik rupanya hodoh pula. Tapi saya tetap suka tau! :DD

gambar gaya 1
lepas kelas, pergi ikut budak-budak ni shooting. cam betul-betul. mereka ni la yang bakal menggegarkan industri penyiaran negara! :)



gambar gaya 2
Dari kiri: Nadiah, Fammy, Hafiz, Brian. Sapa Brian? Misteri Nusantara.....



".....suasana petang UiTM Shah Alam
lokasi: depan fakulti civil engineering, bus stop mawar, UiTM Student Mall, Dataran Cendekia....."

ini bas rapid. selalu penuh. sesak waktu macam ni. so, elakkan naik bas time macam ni.


bagunan tinggi yang belakang tu Kolej Melati :)



gambar ni tak ada motif eh. HAHAHA.



watak utama penggambaran

Cik Nadiah sebagai budak yang buat assignment

Encik Hafiz sebagai budak yang buat assignment juga

Cik Famieza Thaw yang juga sebagai budak yang buat assignment

Ini pula Encik Brian yang memegang watak utama. Tanpa Brian, kerja tak jadi...

Ini ada gambar saya. Suka.


Entri ni simple. Saya Suka.
Anda Suka?


Tuesday, August 10, 2010

Mari update blog ntah apa-apa


HoHo...akhirnya berjaya juga nak sign in. Dari pagi tadi memang susah sikit la nak sign in. Ada problem sikit kot. I bet, UiTM punya connection.

Anyway~ I am still smiling. :)

Okey okey. Jom update blog.

Nak update dengan cerita apa kah kali ini?

Saya pon tak tahu.

Yang saya tahu... saya sangat letih beberapa hari ni. Letih. Sangat-sangat letih.

Otak pon jadi jammed, cramped sebentar.

Tapi tak apa. Sebentar sahaja.

Everything will be on track soon.

Ya! Saya bersemangat waja.

I am automatically self motivated person.

I know that I can do it...No matter what, in whatever things I do.

YEAH!! that's the spirit.


Friday, August 6, 2010

Ucapan Penghargaan: Dapat Award Pertama

First thing first!

(^___________^)

Terima Kasih Cik Syaza atas pemberian award pertama untuk saya.

Terima Kasih banyak-banyak buat beliau.


Ini anugerah pertama yang saya dapat sejak menceburkan diri dalam arena blogging.

Kejap lagi saya nak letak kat sidebar blog saya award ni!

Tiba-tiba bertuah dapat jadi follower yang ke 133. Bertuah tau nombor tu. HAHA.

Excited giler :D

Maaf tau Cik Syaza sebab saya lambat respon. Busy, tak sempat kot nak online, assignment memang tak boleh nak cakap apa lagi. Banyak. Facebook pon dah terabai. Notifications memang penat nak tengok dah.

Kawan-kawan bloggers yang lain, maaf tau.

Apa-apa pon, sangat happy dapat award ni. Lain kali, murah hati lagi bagi award lagi!

HOHOHO~

anyways! thanks sweetie!



p/s:

title takbleyblah, Ucapan Penghargaan. Tak apa, bukan bebel panjang pon kan? :DD


Tuesday, August 3, 2010

Sunshine


Kalau orang marah, cakap kita ni bodoh buat benda yang bodoh, itu tandanya sayang.

Kalau kita lari lepas tu orang tu cari kita juga walaupun dah pukul 3 pagi, jangan tanya dia 'Awak sayang saya tak?' Sebab, dia turun cari kita bukan hanya kerana sayang, dia cari sebab rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang dah menebal dalam diri.

Sekarang, sudah tidak ada perkataan perpisahan.
Sekarang juga sudah tidak ada kata-kata manis masa mula kenal dulu.


Sekarang, masa untuk serius.

Semalam hati dah terbuka kesekian lagi untuk dia.

Semalam juga, aku bahagia sebab aku makin tahu...

that i can rely on you;
thanks sebab buat muka marah tapi hati sayang. awak comel;
i can feel the love masa abg baling kunci motor abg depan muka saya~
i can hear your heart saying i love you so much masa abg tengking saya.
i can really feel the love when you sit next to me.

I know you wont wipe my tears. I know you wont hold my hands. I know it. I knew it...
(^_^'')


Aku bukan jenis yang manja-manja dengan boyfriend. Manja sikit je...

(^^,)

kenapa awak selalu amik gambar-gambar bodoh dengan saya?
haish.
bila nak romantik-romantik ni?



Sunday, August 1, 2010

Cerita Zaman Sekolah - Bahagian I

Sekolah tempat saya jumpa kawan-kawan sekolah yang comel. Oh, maybe tak semua comel. HAHAHA :D


I miss them... a lot. Tiba-tiba terasa nak balik ke zaman sekolah. Huh, sangat rindu. Masa sekolah kita boleh buat apa sahaja yang kita nak termasuklah buat salah, buat benda betul yang dibalas baik tu apatah lagi kan? Jadi bila nak buat salah yang dibalas jahat pon boleh jugak.kan? Ya, itulah zaman persekolahan namanya. Kalau buat salah dan kantoi, bukan kena apa pon, paling teruk kena denda cabut rumput, berdiri masa perhimpunan atau pusing keliling sekolah dan ntah apa-apa lagi hukuman. But then, pengalaman pon datang. Sapa yang sedar tu, budak baiklah. Sapa yang tak sedar jugak tu namanya bengong. tapi, itu salah satu proses pembelajaran namanya. Maka, para cikgu mesti pening. Hehe, budak baru belajar katakan....

ini gambar masa sukan sekolah 2005. Aku sedang makan lepas jadi wakil rumah biru lari 4x100m kot. Pemenang Pingat Perak. Salah seorang lagi team mate ialah dearest Pika. Pakai baju biru juga... :)

Zaman sekolah, macam-macam yang kita boleh buat. Benda yang tak logik pon boleh dibuat. Benda yang takpernah dibuat orang dibuat jugak. Yang paling sengal, apa yang kawan buat ko buat jugak walaupun lepas tu kena hukum secara berjemaah sebab kantoi. Tiba -tiba terasa nak balik zaman sekolah. Harap maklum, copy ayat sendiri bukan plagiarism tau, tapi tak bagus juga sebab penggunaan ayat berulang menunjukkan anda tidak kaya bahasa. (^__ ^'') Eh, tetiba. Okey, sewaktu berada di sekolah, kita buat perkara yang kita tak buat dirumah a.k.a fe'el yang kalau korang buat kena sebijik penampor ler kat muka. Sebagai contoh, pakat ngan member tak buat kerja sekolah atau tak nak prep atau panjat bumbung asrama atau juga panjat tingkap bilik sebab nak duduk koridor belakang asrama sebab tak nak ikut hadir tazkirah Jumaat. Ho Ho Ho. Yang aku suka, pergi meminum ABC atau nama glamour nya Air Bilik Cucian. Padahal tahu, air tak bersih. Pergi minum juga apahal??! Lalu, caterer yang dipersalahkan dan dikutuk secara kaw-kaw sebab tak sedia kan air masak.huh~ Kenapa sangat nakal semasa di sekolah?

Itu adalah perkara yang kita tak buat kat rumah. Buat kat asrama sahaja.

Lagi perkara aku buat kat asrama? Enam orang makan maggi sebungkus, satu tin air dan banyak lagi. Semua pon kongsi. Sharing is caring. :)

ini gambar sebelum Ujian Sejarah, SPM 2005. Alhamdulillah~ semua pon pass exam, semua kini sedang berusaha mendapat segulung ijazah... :)


Kat bawah ni pula, gambar yang harus upload. Nak menjelaskan lagi betapa Ya Tuhan, gedebux debab aku masa sekolah. Padahal, kalau nak tengok gambar masa form 3 and form 4, halus kecil molek je ;p. Naik form 5 terus berat badan dan saiz juga bertambah naik.
T___________T


2005

2009
2010
Nak tahu kenapa boleh menjadi sebesar itu? Jawapannya mudah saja. Jangan risau, aku akan bagitahu jawapan tanpa buang masa lagi. PENGARUH RAKAN SEBAYA. Ha, ni nak cerita. Aku ada rakan sebaya yang bernama Angelina bukan nama sebenar. Dia ni sangat membanggakan semua orang seperti ibubapa & keluarga beliau, guru-guru dan terutama sekali, kami ni sebagai kawan-kawan sebaya beliau. Mula-mula dok asrama, aku tak berani pon nak tegur dia walaupon aku ni jenis manusia kalau bab chit-chat dan gossip, long lasting punya orang, tak payah guna bateri energizer pon. hebat. Berbeza dengan beliau yang kurang cakapnya, jaga sopan santun. :))

Tapi, mungkin sudah ditakdirkan kami menjadi rapat. Yang aku ni pon satu hal, apa kawan aku buat, aku pon buat. Nasib baik depa semua budak baik...Itu tak ada hal.Tapi yang hal nya apabila kawan makan banyak sebab badan kawan besar, aku pon turut serta. Apabila dia tidur awal malam (bermakna tidur semasa prep) sebab dia penat main netball, aku pon tidur jugak padahal aku hanya penat jerit bagi sokongan walaupon itu sekadar latihan petang sahaja. Penatnya mengalahkan orang yang main. HAHA. Dan apabila dia makan pada tengah-tengah malam dalam keadaan gelap gelita, aku yang kecil ni pon turut serta. Kalau dia makan maggi seorang 3 bungkus, aku pon hadap benda yang sama. Kesimpulannya, makanan yang dia makan, memang sesuai untuk badan dia. Aku? extra sikit sebab, aku tak burn kalori. Aku menyumbangkan suara yang merdu sahaja. Langsung tidak berpeluh. Makanya jadi gemuk begitu... :)

Bukankah? Sekarang,masing-masing dah ada jalan hidup sendiri. Hubungan ni masih kuat sebab... kami membesar bersama. HAHA. Mula tahu semua benda pon sama-sama. Contohnya, pegang camera yang boleh print terus gambar untuk pertama kali dalam hidup pon sama-sama. (^^,)

Hubungan rapat juga sebab, kami makan kongsi pinggan. Nak minum kongsi gelas. Makan aiskrim bersama. Dimarah bersama dan segalanya bersama. Sekarang, kat Universiti, aku dah tak buat benda-benda ni sebab aku dah makin besar. Pada hakikatnya, walau dah ramai kawan yang aku jumpa sejak kami jarang bersama lepas SPM 2005, mereka still kawan terbaik yang aku pernah ada. Walau jarak berbatu, sanggup hantar email sebab nak ceritakan masalah. Heh, macam lah nak kena bayar RM 1000 pon nak hantar email... Hoy~


MODE: MERINDUI MEREKA BERDUA SECARA BERAT.
KATEGORI: HEAVYWEGHT 120 KG

T___T

sebelum mengundurkan diri, aku nak tanya, pernah tak korang cakap kat cikgu ko demam and nak g klinik. Lepas sapat kebenaran ke klinik, ko tak pergi klinik tapi pergi muzium? Hmm. Aku pernah. :)