Cinta jangan engkau pergi jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita setia ke hujung nyawa
Itu soundtrack setia hujung nyawa tv3 arini last episod. best, folow jugak la cite ni. hehehe.
Hujung bulan. Apa cerita?
Satu
Kerja semakin banyak
Dua
Masalah juga banyak
Tiga
Takmo fikir bukan-bukan lagi, ini azam februari!
Empat
Februari cepatlah berlalu. Aku rindu..
Lima
Baki duit tak banyak
Enam
Januari 2013 banyak memori, lebih banyak duka berbanding suka
Tujuh
Bulan Januari 2013 juga saya capai satu milestone salam hidup saya
Okeylah kawan-kawan. Semoga kita semua bahagia selalu.
Bismillah.
Semoga jumpa keberkatan Allah.
Life is unpredictable, yet we still live it and that's make life is the greatest story ever. we can't predict the whole story, but we can certainly plan our life. And mine are wonderful one and I am sure that I'm thankful for living my life.
Thursday, January 31, 2013
Tuesday, January 29, 2013
Aku mohon
Aku mohon,
Semoga hanya namaMu yang ku sebut selalu
Semoga hanya Kamu yang aku fikirkan disetiap nafasku
Semoga hanya padaMu aku selalu bermohon dan berharap
Semoga setiap keputusanku keranaMu
Semoga aku ini mencintaiMu sepenuh jiwa
Aku mohon,
Ampuni aku untuk setiap tuturku
Ampuni aku didalam khilafku
Ampuni aku yang sering melupakanMu padahal Kamu tidak pernah melupakanku walau sesaat pun
Ampuni aku di setiap butiran dosaku
Ampuni aku yang sering lupa
Ampuni aku yang seringkali ego
Ampuni aku yang seringkali sombong padaMu
Aku mohon Ya Allah yang aku cintai lebih dari segalanya,
Berikanlah segala rahmat untuk ayahanda dan bondaku
Ampuni mereka
Sayangi mereka sebagaimana mereka mengasihiku
Aku mohon Ya Allah,
Kau tetapkanlah hati kami dalam mengejar redhaMu
Kau satukan lah hati kami
Jangan akhiri cerita kami
Bawalah cintaku pada Zaifadziman ini hingga ke syurgaMu Ya Allah
Kau satukanlah kami
Kau satukanlah cinta kami
Kau tetapkanlah hati kami
Ya Allah aku mohon, jaga kan dia untukku
Sementara kali ini aku tidak punya hak apa-apa
Hindari dia dari segala fitnah dunia, fitnah syaitan durjana
Permudahkanlah hidupnya
Berilah kejayaan untuk dirinya
Bahagiakanlah hati ibunya
Sihatkanlah perasaan cemburu ini
Aku mohon keampunan kerana hati ini selalu begini
Hilangkanlah resah di hati kami Ya Allah.
Aku mohon.
Aku memohon lagi untuk kesekian kali
Ya Allah, jagalah dia untukku.
Aku mohon, hanya padaMu tempat ku bergantung, menyerah diri, berharap...
Amin Ya Rabbal Alamin.
Monday, January 28, 2013
Today
Last day bercuti and boss sms tadi remind me esok ada dua meeting nak kena attend. morning and noon and enough with that. :)
Hari ini saya tak tau la nak cakap apa. Feeling like a little bit feverish. Haih. Macam mana ni? I went to Tabung Haji this morning untuk deposit syiling duit tabung saya. Huhu. Mesin dyrg still rosak. Ini dah kali kedua saya pergi tapi still rosak. Kecewa sebab mana ada cuti lagi dah. Kalau memang saja nak keluar office or nak g sana time lunch hour memang tak berbaloi. Dengan traffic jam lagi memang xdan nak g. Huhu..Tak apa lah, lain kali...
Lepas ke Tabung Haji, saya ke Plaza Merdeka pulak. Ingatkan nak cari kasut untuk kerja..tapi kat sana macam tak ada yang berkenan di hati. Hmmm,nanti lah saya ke Spring. InsyaAllah ada yang saya berkenan. So, I end up spending money kat Watsons beli toiletries and beli supplement. Lepas tu, lunch then sambung beli oat & horlicks untuk buat breakfast kat office. Kalau tak buat macam ni memang selalu skip breakfast. Sedih kan? Kehidupan yang tak terurus. Saya rindu mak, kalau mak ada, ada org tolong ingatkan itu dan ini. I just miss you mom. :'(
Cakap pasal rindu, saya rindu jugak dekat boyfriend. Apa khabar awak, dah makan ke belum, macam mana hidup kat sana ok tak? Kerja macam mana? Huhu. Banyak soalan tak larat nak tanya. Tak sempat jugak.Sekarang ni dia dah jarang-jarang call. Busy sangat la tu.. Tapi itulah, dugaan time-time macam ni. Perasaan bimbang selalu muncul dan banyak kali jugak berdoa supaya Allah tetapkan hati kami, hilangkan perasaan gundah gulana ni. Ini semua bisikan syaitan. Ya Allah... :'(
Lain kali saya update lagi blog ni. Wahai blog engkaulah penghilang sunyi ku. Love you, blog...
Thursday, January 24, 2013
Saya cuti 5 hari
Alhamdulillah, hari ni kita sambut Hari Keputeraan Jujungan kita Nabi Muhammad SAW. Salam Maulidurrasul untuk semua umat Islam.. :)
Hari ni juga saya start cuti sampai Isnin nanti. Tak tau lagi nak buat apa masa cuti ni. Yang pasti plan esok nak teman mak ke hospital, esok nak g bank and bla bla bla. Lusa hantar mak ke airport. Mak dah nak fly teman kakak ke sana. Sekarang saya rasa, cepat lah berlalu wahai Februari. Ye betul. Walaupun belum masuk lagi Februari, saya memang nak Februari cepat-cepat berlalu.Sebab mak balik Kuching awal Mac nanti! HAHA. Ok, Start Sabtu petang sampai Isnin saya tak ada plan lagi. Nak keluar pon, hmmm. Ada sapa ke nak temankan saya keluar? Rasa nya macam no one. Saya rasa semakin meningkat umur semakin berkurangan jumlah kawan yang kita boleh nak bawak sana-sini, jalan-jalan. Maklumlah, semua pon dah ada komitmen. :)
Tapi tak apalah, itu tak menjadi satu masalah...yang penting saya kita bahagia selalu. Sekarang ni saya sedang cuba untuk buat diri sendiri happy. Hargai masa yang ada ni untuk diri sendiri. Semoga saya berjaya.
Sunday, January 20, 2013
Random update
Semalam kata hari ni, hari ni kata esok..bila tah nak update blog. Huhu. Tak apa laa..cukup update seminggu sekali pon okeylah. takda la rasa macam kesian sangat blog tak update.
Sabtu lepas saya ke office lagi, kali ni untuk settle kemas-kemas workstation baru, banyak lagi yang nak barang masih kat workstation lama contohnya pc! Yeah, I am finally pindah. HAHA. Mungkin lebih tenang dengan perpindahan ini. Ada proper workstation. Syukur ke hadrat Allah.. :)
Esok dah nak kerja lagi, saya tak puas lagi weekend minggu ni. Hehehehe. Maafkan dakuuu. Takpe, minggu ni kerja 3 hari je. Khamis cuti maulidurrasul kan? Saya dah apply cuti jumaat sampai isnin! Yeayyyy. Tapi tak tau la approve ke tak. Rasa nya approve kot. InsyaAllah. Sabtu ni mak dah nak fly ke Sandakan. Teman kakak for one month. Husband kakak kursus 2 bulan kat kl. Haih. I'm gonna miss you, mak. Sunyi la rumah nanti. Sebulan you all. Kalau ikut hati, saya beli je tiket ke kk dalam bulan 2 nanti..tapi tengok la, kalau ada tiket yang saya afford dan kalau tak busy.
Saya tak sabar nak tunggu hujung Januari. I pray so hard supaya Februari cepat-cepat tiba. And sekarang mak tak ada kat Kuching, saya tak sabar nak tunggu 28 Februari. Time tu, few days left mak kat sana and masa tu jugak, buah hati saya dah habis training. InsyaAllah semua berjalan lancar. Doa banyak-banyak...saya tak sabar tunggu Mac. Semoga semua yang di rancang tu tepat, di permudah urusan dan di redhai Allah. Banyak sungguh perancangan saya. :)
Sunday, January 13, 2013
Work-life balance
Macam situasi yang begini, saya tak sabar nak tunggu working days. Contohnya esok adalah hari Isnin, hari bekerja. Can't wait. Sebab, kerja boleh divert attention saya kepada perkara-perkara yang bikin berat kepala. Lagi pun, baru mula bekerja ni memang banyak yang saya kena adjust, in terms of the workloads la. Banyak, i tell u. Tapi its ok, yang penting, semua yang saya buat ni berharga untuk diri sendiri dan orang lain jugak. So, awal feb memang sangat sibuk. Memang tak boleh jalan pun plan kehidupan peribadi saya. Tak apa lah. Mungkin mid feb boleh berbuat demikian, jika ada bajet kewangan dan juga masa. :)
Tapi itulah, work life balance macam mana tah nak dapat. Saya tak reti lagi nak adjust. Sebab, I haven't settle down yet. Sekarang ni la rasa nak settle down sangat2, boleh saya hidup dengan tenang dan fokus dengan kerjaya saya. Sekarang ni requires dua-dua nak kena fokus. I pray so hard supaya Allah bagi saya kekuatan untuk menghadapi semua ni. Well, nothing happen sebenarnya, cuma saya rasa sedikit berat untuk fokus and genggam kedua-dua nya. Saya tahu within few months saya dah boleh handle dua perkara ni dengan cemerlang. InsyaAllah.
Semoga saya berjaya. Ameen.
Thursday, January 10, 2013
Dodoi diri sendiri
Semakin busy lately. Mungkin Allah tahu saya perlukan suasana hectic macam ni sekarang. Balik rumah boleh blogging. tweeting. facebooking. Hehe. Bahagia bila buat macam ni. Ada masa untuk diri sendiri sebenarnya. Tapi itulah, memang teringat la. Cuba nak ignore, tapi hati ni tak nak bekerjasama pulak.
I have tears to cry. Tapi saya cuba biarkan. Tak nak lah nangis-nangis. Nanti, saya sendiri yang stress. Orang lain bukan tahu pon saya nangis ke tidak. Baik buat benda yang mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri. Cuma, saya dah terlanjur menangis depan orang hari tu. Sekarang ni saya berazam untuk majukan diri luar dan dalam.. Wahhh, azam besar nampak? Come on enyyy. Yeayyy.. :D
Berat hati saya. Sekarang hidup tersepit macam ni. Nak cakap salah, tak cakap pon sebenarnya tak da salah jugak. Baekkk, kita simpan dalam hati. Biar je. Nanti bagitaw Allah aja. Allah tahu apa saya rasa dan kenapa saya rasa macam ni. Susah nak explain dengan manusia. Nanti Allah bantu saya bagitaw orang tu.
Ya Allah, bantu aku. Tunjuk aku jalan....
Wednesday, January 9, 2013
what?
What I feel now.
- 9th day of the month. Means that, I've been working for 8 days, including last weekend. And now on 8th day, I really feel exhausted. I just can't wait to have my weekend back.
- It is now raining in Kuching. Hukkk. I can hear the wind now. This is really scary.
- I just miss you my love. And I wish you call.But you didn't. And anyway you wouldn't read my blog either. It's ok.
Thursday, January 3, 2013
Tahun Baru! :)
Assalamualaikum.
Selamat Tahun Baru. Elehhh, baru 3 hari takyah la kutuk saya lambat wish. ;p
Ok. First and foremost, mari kita syukur masih panjang umur. And tahun ni saya dapat berita yang baik and it's somehow a good start for this year. Achieve another milestone kata kanhh. hik3. Whatever it is, I'm grateful dengan nikmat ni. Rezeki, kecil atau besar, itu rezeki jugak namanya. Saya sekarang sudah selamat nak return balik offer tu tanda terima lamaran. hehehe. Syukur, Alhamdulillah. Well, its a sweet start for my year. Sekarang tunggu lamaran yang satu lagi. eh eh eh eh. lol. kuasa bukan di tangan saya. Huhu. Tak berani nak cakap apa. Berangan tu berani la. Miahahahahahaha.
Baru 2 hari report duty memang dah banyak kerja kat office. Bila saya tengok schedule tahunan memang urghh, ok. InsyaAllah boleh buat. heheee. Just the problem now is sangat la tak selesa sebab still waiting nak angkat barang ke office baru. Current work station tak macam work station dah, kosong kosong kosong. We are moving soon, tapi still in the premise la, just pindah to new building. Alhamdulillah, office baru besar dan sangat spacious. Heee. Furniture dah ready, barang, files semua harta-harta department saya dah pack. Tinggal nak angkat je lagi. Schedule today tapi itulah, lupa pulak boss cuti. Hmm, tak apa lah, yang penting saya dah siap packing. Bila-bila je tunggu arahan boss. :')
Itulah, syukur dengan segala rahmatMu Ya Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)