Saya ada banyak impian. Impian duniawi khususnya.
1. Rumah
Saya nak build rumah, untuk kedua ibubapa saya. Biar rumah kecil asalkan mereka boleh duduk selesa. Rumah sekarang memang tidak berapa nak selesa sebab rumah makin sempit sejak 2 buah bilik roboh sebab papan kayu semua dah buruk, tak boleh nak selamatkan dah. Nak beli furniture baru pon tak ada mood sebab yelah, nak letak mana lagi. Syukurlah, ada tanah walau sekangkang kera je saiznya, boleh plan buat rumah kat atas tanah tu. Rumah kecik, takpa. Saya impikan rumah mak ada laman yang luas. Kami 5 beradik boleh parking kereta sesuka hati masa balik raya. Rumah sendiri? sudah fikir tapi belum plan, tunggu dah ada suami baru boleh plan. :p
2. Kahwin
Sudah ada fikir, sudah ada calon, sudah plan, tengah tunggu button on sahaja. Sekarang tengah standby mode. Kena isi tabung dulu untuk majlis nikah, resepsi sebelah perempuan & lelaki. Amboi. Macam besar je majlis. Bajet 50k ke apa? Haha. Takdalah, majlis sederhana rancangannya, cukuplah sekadar boleh meriah tanpa mewah.
3. Kereta
Sebelum beli kereta, saya kena belajar driving dapatkan lesen memandu. Orang tanya saya kenapa tak ada lesen lagi? Saya ada dua jawapan. Satu, saya takut nak drive, maka kes tangguh menangguh utk amik lesen memang bukan perkara luar biasa. Dua, saya ini self finance. Kena ada duit sendiri baru boleh itu ini. Untunglah adik2 yang dah dapat lesen & kereta yang makbapak finance kan. Buat masa sekarang, saya tak ada dream car. Hahaha :')
4. Gadgets
Saya inginkan iPad, bukan Galaxy Tab.
Saya inginkan iPhone, bukan hp Samsung.
Saya inginkan blackberry.
5. Anak
Jauh benorrr. Haha.
Okeylah. Selamat berhari raya. Isnin depan dah start kerja.
ps: tadi check email kerja. Omaigoodddd. Whole week macam sangat pack.
No comments:
Post a Comment