Pages

Monday, August 20, 2012

Nak jadi supermak

Raya this year saya rasa sangat letih, letih badan dan juga otak, sebab eveything pon sorang2. Untunglah, financially other siblings tlg fikirkan..hmm...this is is not my first year celebrate malam raya without my beloved kakak. Since kakak kahwin, hmmm...dah dekat 4years kot..baru tahun lepas kakak spend malam raya dengan kami. But now, its totally diffrent sebab, mak saya kurang sihat. And almost everything depends on me. Doing all the chores and preparation for raya is very tiring actually. Before, during and after raya...lots of thinking kena buat and banyak guna energy juga. Mak, kakak and all mothers in the world yang buat preparation raya alone adalah supermak. When everything is perfect during raya, we should praise them banyak2, tak perfect pun kena puji juga sebab effort. :')

I've been thinking. Macam mana lah mak saya ni menjadi seorang yang sangat sistematik, pandai pulak. Padahal sekolah tak tinggi, mak saya tak masuk sekolah menengah pon gara-gara kemiskinan hidup. kesian mak, i bet...kalau mak belajar tinggi2 dulu...mesti cita2 dia tercapai kan? dia nak jadi nurse... tapi tak apa, mak redha, itu qada&qadar hidup dia...hu... Mak tak sekolah tinggi, tapi boleh buat kerja sistematik,bijak. Saya belajar sampai universiti...tak sistematik mana pun buat chores. HAHA. Tapi tak apa, belajar, kata mak. Thanks mak sebab selalu berfikiran anak dia boleh, walaupun saya selalu kurang yakin pada diri sendiri. ;p

This year baking, cooking, decorating, cleaning saya buat sendiri. With a little assistance from adik. Tapi, kalau nak harap adik kesian dia. He has to do kerja2 berat macam cuttting grass depan rumah, mengecat etc. Penat tahun ni tak tahu nak cakap macam mana. Balik kerja saya sangat penat. Malam dah kena start baking raya cookies/cake, tak pun keluar beli barang...Aiyya. Tak apa, mak kata...nanti saya bakal rasa benda ni malah more than this. Mak kata, bayangkan nanti dah suami & anak...kena fikir makan minum pakai suami & anak2, rumah, keluarga mertua errr banyak lagi lah. Plus, as career woman pulak. Saya belum sedia, tapi kena bersedia. :')

Oh ya cakap pasal sedia tak sedia ni...tahun ni almost 99.9% of my family yang datang ziarah tadi tanya bila saya nak kahwin. Ouch. Raya pun nak tanya soalan tu ke? Cukuplah saya melaluinya masa-masa kenduri je.  Lambat lagi lah kot. Seperti belum bercahaya. Kalau dah ada sinarnya nanti, ada lah tu. InsyaAllah...doakan2 yang terbaik. Ameen. :')

No comments: