Pages

Friday, August 31, 2012

31 ogos?

Salam 31 Ogos. 55 tahun merdeka, semoga Allah merahmati Malaysia. :)

Kali ini bukan nak cakap pasal merdeka. hahaha, bukan tiada semangat patriotik, cuma malas. 

Hari ni cuti lagi menjadikan jumlah hari bekerja minggu ni 3 hari sahaja. Isnin lepas saya tak sihat jadi dapat medical leave. Rasa macam tengah naikkan speed buat kerja. Busy. Selasa lepas, jejak je kaki kat office, sepanjang hari saya meeting. Ouh. Sekarang, memandangkan saya timbalan presiden untuk committee, I have to replace presiden sebab baby dia tengah tak sihat. Saya dimaklumkan dia cuti lebih kurang seminggu. Syukur members yang lain banyak membantu. Semoga plan semua berjalan lancar. Sekarang mix feeling nak tunggu monday. Nak happy ke tak? heuheuheu... Because monday boss baru report duty, monday rehearsal for event selasa, monday juga meeting, monday juga nak call semua press. isnin juga nak kena remind big boss pasal event dengan menteri. sekarang betul2 saya rasa saya sorang yang wujud dalam department tu. eh?

Okay, enough with works. Sekarang, awak boleh tau macam mana schedule weekdays saya. :')

Weekend?

Boring. Kalau saya keluar saya akan tengok couples dating. So, better stay kat rumah je. Oh, in my dreams la nak dating sekarang. Dah berapa bulan da tak dating. hihi.. Oh ya, btw. thanks for datang beraya kat rumah sayang. Terubat rindu. I appreciate that. Saya nak ke rumah awak, jauhh.. Teringin nak datang rumah. tapi tunggu saya ada kereta sendiri. hihihi. :)

So, weekend ni Kuching busy. Bukan sambutan merdeka, ada jomheboh kat stadium. Saya nak pergi tapi....malassss.

Kesimpulannya, weekend ni saya nak jadikan rumah ni office. Email kerja aktif weekend ni. So, colleagues hantar la email...I reply.

Sunday, August 26, 2012

Rezeki

Setiap orang ada rezekinya masing-masing. Cumanya, lain-lain. Yang penting kita kena berusaha untuk dapatkan rezeki tu. Saya sedih tengok orang yang tak ada usaha cari rezeki. Dia cakap dah usaha, tapi baru 1% usaha tak payah la nak cakap...

Kalau nak dibandingkan, saya tidak sehebat mana dalam pelajaran. SPM pun nak bangga apa? Tak ada benda. Tapi, saya bangga sebab saya dah ada SPM. Ada orang tak ada SPM tau. Masa mula-mula dapat offer study kat Melaka belajar diploma dulu pun saya pandang sebelah mata je sebab tak mampu pergi. Jealous tengok kawan-kawan further study kat uni..tapi tak apa, saya fikir saya ada matlamat. Walau apa cara sekali pun, saya mesti capai matlamat saya, which is, my sister yang bijak rajin ada degree and I must have one too. Saya tak nak kalah dengan kakak... Saya belajar tingkatan 6, ambil STPM...lulus and dapat first batch intake untuk study Mass Comm di UiTM, thats my dream. Syukur pada Allah. Sebenarnya, perjalanan tak semudah tu. Background family saya bukan orang senang pasal ayah saja yang kerja, kerja govt gaji tak banyak. Abang2 & kakak semua further study. Ayah tanggung sorang, lagipun masa saya further study dulu, ayah baru lepas operation, kurang sihat. Saya pergi sendiri. Masa konvo family tak ada yang temankan saya, hanya ada boyfriend, terima kasih. Family tak pergi sebab mak chemotherapy sebab dapat breast cancer. Saya faham, so..mostly sepanjang belajar, saya self finance. Masa tengah study memang sedih sebab tengok kawan boleh beli itu ini, saya kena simpan duit untuk sara diri. Tak apa, sekarang baru saya rasa manisnya. :')

Masa mencari kerja pun bukan senang. Jelous jugak sebab tengok ada kawan yang terus dapat kerja lepas belajar...senang je dapat. Tapi saya kena usaha keras untuk dapat kerja. Saya pernah kerja kuli walau saya ada degree. Sebab kehidupan mendesak saya untuk cari duit sendiri. Saya duduk di KL dan kerja kuli. 3 kerja dalam satu masa. Bukan mudah. Saya nak duduk di Kuching tetapi definitely bukan senang sebab di Kuching payah nak cari kerja kuli dengan gaji banyak. Sebab dah abis study, perbelanjaan rumah saya pun bertanggungjawab juga. Hantar duit kat mak ayah. Itulah, orang senang nak judge hidup kita, kadang-kadang bukan salah kita pon org tak puas hati, still orang tuding jari kat kita. :)

Sekarang ni pon, saya balik Kuching pon sebab kerja disini macam sudah semakin stable. Income stable...saya boleh atur perbelanjaan. Kalau saya duduk di Kuching gaji tak stable, menyusahkan mak ayah adalah, bukan nak bantu. Sekarang okey sikit.

Sekarang ni saya still trainee. Nak dapat kerja bukan senang. For the mean time untuk sesiapa yang tak ada kerja tu...kerjalah apa-apa pun. Jangan choosy sangat. Saya pernah kerja kuli dengan ada degree... masa tu rasa macam tak worth pun ada ambik degree kerja kuli. bertahun belajar, beribu dah abis...kerja kuli...haha. masa tu marah tak ingat sebab ye lah, belum grad pun tapi transkrip dah keluar tak dapat kerja guna degree... heh. benda kecik. belum sampai setahun. Ada orang duduk berbulan-bulan kat rumah, tak kerja, ada degree jugak. Saya tak macam tu, tak sempat ada masa bermalas-malasan kat rumah. Saya tak kerja sebulan pon orang dah bising. Sampaikan kakak saya kesian kat saya pasal tak sempat rasa menganggur. Haha. :')

Adik-adik. Kerja tetap bukan senang nak dapat. Nasihat saya, kerjalah walau kerja apa pun, rezeki tu datang kemudian. Sekarang ingatlah, Allah tengah nak uji, kita sabar atau tidak. Pasti ada rezeki untuk kita sebab itu kita masih bernafas di bumi Nya. Kalau kita asyik merungut tak ada kerja, sama seperti kita ni salahkan Allah sebab tak bagi rezeki. Kang tak ada rezeki betul2 baru tahu. Kerja lah apa pun, asalkan halal. Kuli tak apa, jadi kuli halal. Pedulilah orang nak kata apa sebab, yang rasa susah senang bukan orang tu, tapi kita sendiri. Sementara badan masih muda, masih sihat kerja lebih sikit tak apa. Nasib sorang-sorang tak sama awak..

Saturday, August 25, 2012

Demam & risau

Saya masih demam hingga ke saat ini. Huuuuu. Isnin dah mula bekerja. Saya tak sihat, sangat tak best nak kerja. Malam tadi ter check email kerja. Isnin selasa ada visitors from overseas, selasa meeting. Rabu khamis jumaat memang busy la kalau dah awal minggu busy....Semoga dapat siapkan bulletin cepat2. I work with all department. Ini cabaran. Saya risau makin ubat hari2..makin tak skip. Tapi still demam. Tak cukup rest... Mungkin juga...



Makan hati

Makan hati. Saya cukup sedih kali ni. Awak nak cakap apa,cakaplah. Silakan.

Friday, August 24, 2012

Puteri Impian

Saya ada banyak impian. Impian duniawi khususnya. 

1. Rumah

Saya nak build rumah, untuk kedua ibubapa saya. Biar rumah kecil asalkan mereka boleh duduk selesa. Rumah sekarang memang tidak berapa nak selesa sebab rumah makin sempit sejak 2 buah bilik roboh sebab papan kayu semua dah buruk, tak boleh nak selamatkan dah. Nak beli furniture baru pon tak ada mood sebab yelah, nak letak mana lagi. Syukurlah, ada tanah walau sekangkang kera je saiznya, boleh plan buat rumah kat atas tanah tu. Rumah kecik, takpa. Saya impikan rumah mak ada laman yang luas. Kami 5 beradik boleh parking kereta sesuka hati masa balik raya. Rumah sendiri? sudah fikir tapi belum plan, tunggu dah ada suami baru boleh plan. :p

2. Kahwin

Sudah ada fikir, sudah ada calon, sudah plan, tengah tunggu button on sahaja. Sekarang tengah standby mode. Kena isi tabung dulu untuk majlis nikah, resepsi sebelah perempuan & lelaki. Amboi. Macam besar je majlis. Bajet 50k ke apa? Haha. Takdalah, majlis sederhana rancangannya, cukuplah sekadar boleh meriah tanpa mewah. 

3. Kereta

Sebelum beli kereta, saya kena belajar driving dapatkan lesen memandu. Orang tanya saya kenapa tak ada lesen lagi? Saya ada dua jawapan. Satu, saya takut nak drive, maka kes tangguh menangguh utk amik lesen memang bukan perkara luar biasa. Dua, saya ini self finance. Kena ada duit sendiri baru boleh itu ini. Untunglah adik2 yang dah dapat lesen & kereta yang makbapak finance kan. Buat masa sekarang, saya tak ada dream car. Hahaha :')

4. Gadgets

Saya inginkan iPad, bukan Galaxy Tab.
Saya inginkan iPhone, bukan hp Samsung.
Saya inginkan blackberry.

5. Anak

Jauh benorrr. Haha. 

Okeylah. Selamat berhari raya. Isnin depan dah start kerja. 

ps: tadi check email kerja. Omaigoodddd. Whole week macam sangat pack.

Monday, August 20, 2012

Nak jadi supermak

Raya this year saya rasa sangat letih, letih badan dan juga otak, sebab eveything pon sorang2. Untunglah, financially other siblings tlg fikirkan..hmm...this is is not my first year celebrate malam raya without my beloved kakak. Since kakak kahwin, hmmm...dah dekat 4years kot..baru tahun lepas kakak spend malam raya dengan kami. But now, its totally diffrent sebab, mak saya kurang sihat. And almost everything depends on me. Doing all the chores and preparation for raya is very tiring actually. Before, during and after raya...lots of thinking kena buat and banyak guna energy juga. Mak, kakak and all mothers in the world yang buat preparation raya alone adalah supermak. When everything is perfect during raya, we should praise them banyak2, tak perfect pun kena puji juga sebab effort. :')

I've been thinking. Macam mana lah mak saya ni menjadi seorang yang sangat sistematik, pandai pulak. Padahal sekolah tak tinggi, mak saya tak masuk sekolah menengah pon gara-gara kemiskinan hidup. kesian mak, i bet...kalau mak belajar tinggi2 dulu...mesti cita2 dia tercapai kan? dia nak jadi nurse... tapi tak apa, mak redha, itu qada&qadar hidup dia...hu... Mak tak sekolah tinggi, tapi boleh buat kerja sistematik,bijak. Saya belajar sampai universiti...tak sistematik mana pun buat chores. HAHA. Tapi tak apa, belajar, kata mak. Thanks mak sebab selalu berfikiran anak dia boleh, walaupun saya selalu kurang yakin pada diri sendiri. ;p

This year baking, cooking, decorating, cleaning saya buat sendiri. With a little assistance from adik. Tapi, kalau nak harap adik kesian dia. He has to do kerja2 berat macam cuttting grass depan rumah, mengecat etc. Penat tahun ni tak tahu nak cakap macam mana. Balik kerja saya sangat penat. Malam dah kena start baking raya cookies/cake, tak pun keluar beli barang...Aiyya. Tak apa, mak kata...nanti saya bakal rasa benda ni malah more than this. Mak kata, bayangkan nanti dah suami & anak...kena fikir makan minum pakai suami & anak2, rumah, keluarga mertua errr banyak lagi lah. Plus, as career woman pulak. Saya belum sedia, tapi kena bersedia. :')

Oh ya cakap pasal sedia tak sedia ni...tahun ni almost 99.9% of my family yang datang ziarah tadi tanya bila saya nak kahwin. Ouch. Raya pun nak tanya soalan tu ke? Cukuplah saya melaluinya masa-masa kenduri je.  Lambat lagi lah kot. Seperti belum bercahaya. Kalau dah ada sinarnya nanti, ada lah tu. InsyaAllah...doakan2 yang terbaik. Ameen. :')

Friday, August 17, 2012

Aidilfitri Update 2

Persiapan raya tahun ni belum siap lagi. Ada berbaki 2 hari je lagi nak raya. Saya pon cuti 3 hari masa raya nanti...tapi sebelum raya tak cuti, tapi takpe hari ni my boss lepaskan untuk half day. :)

Semalam batang buruk yang saya pesan ngan Kak Ida and yang Yanna poskan from JB dah sampai dengan selamat kat tangan saya. Arrrr. sedapnya. Thats my fav ok. Setiap tahun pasti ada. hehehe. Dulu, saya sendiri ada kat KL untuk beli batang buruk sebab kalau kat Kuching saya tak jumpa lagi batang buruk yang rasa nya sedap macam saya selalu beli...and kalau saya beli, saya akan beli buatan orang Johor punyaaa. Sedappp. :')

so apa kata next year bulan puasa saya fly ke JB je instead of KL untuk beli batang buruk? banyak duit? hehehehehe.....

Hari ni suasana kat office tak raya sangat sebab most of us dalam office ni non-muslim, so takde sangat lagu2 raya berkumandang. Yang muslim hanya ada saya, uncle, amirah n kak lina. Kak Lina & uncle dah cuti 2 hari lepas..Amirah mc pulak hari ni. Jadi tinggallah saya seorang kat sini menanti 1145 untuk chow. hehe. Syukur kerja sebelum raya saya dah setelkan. Lepas raya nanti tinggal nak contact orang2 yang saya sepatutnya contact untuk setelkan kerja. Maklumlah, 98% muslim dah cuti...kerja pon pending la... hu....

Jap g balik rumah saya nak sambung buat biskut & kek. :')

Selamat Hari Raya semua, maaf zahir dan batin. 

Tuesday, August 7, 2012

Aidilfitri Update!

Salam Ramdhan. Lets continue our journey in this life today. InsyaAllah Semoga dikurniakan rezeki umur yang penjang, kesihatan yang menyenangkan. Its been a while tak update blog sebab kekangan masa dah kemudahan internet yang tak berapa nak mengizinkan. Sekarang ni ada masa, ada kemudahan, maka wujudlah kesempatan. :')

Setiap pagi, mak bukak ceramah agama kat astro pelangi. Memang menyentuh hati, memang perasaan. Tapi, itulah, takkan pagi-pagi nak nangis. takkan nak g office dengan wajahku sembap. T_T

Kerja di office agak mencabar. Setiap kali saya tengok daily planner saya yang pack tu, saya rasa excited and tak excited juga. Excited sebab saya berkecimpung dalam field saya. Pasal kerja semua ok. Walaupun saya baru tapi banyak benda saya belajar and I really love this. Orang kat sini pon helpful and supportive. Yang tak excited sebab bila saya teringat dah nak raya, cuti belum approve lagi, kuih raya banyak lagi tak setel, baju raya takda lagi.checklist raya saya cuma dah strike satu je. Satu jenis biskut raya dah setel! Dah siap last weekend..HAHA. Tak apa! :)

So, this week sambung lagi buat biskut raya sebab memang cadang nak buat tak nak beli. Sebab dah alang-alang duduk kat rumah. Lagipon dah few years takda kat rumah masa bulan puasa, saya & kakak pakat tempah je kek lapis & biskut tiap tahun. Tahun ni, self made biskut n kek lapis. InsyaAllah, bahan2 semua saya dah setel dapat gaji hari tu. And lebih memorable bila saya dah galas tugas kek & biskut sebab saya dah ada duit sendiri. Alhamdulillah. Malu jugak rasanya asyik share ngan kakak je tiap tahun. Biarlah tahun ni saya pula, kakak simpan duit untuk new baby, InsyaAllah. Alhamdulillah, Intan bakal dapat adik. :)

Dalam perkiraan saya, saya nak buat 3 jenis biskut and 2 jenis kek. Kek tu, cukuplah banyak tu je..nanti bazir and saya percaya raya ke 3 or ke 4, saya akan start baking lagi sebab, tak nak buat kek terlalu awal. Biskut bolehlah nak buat awal2. Sebab boleh simpan lama sikit. Kalau kek, takpa lambat sikit. Fresh..:')

Oh ya, petang ni nak baking Idola sebab my friend kat UiTM dulu, request for the cake. Terharu sebab he still remember my baking and cakap yang ada kat sana tak sama macam yang saya buat. Satu lagi, syukurlah sebab ada kawan nak fly ke KL malam esok. Alhamdulillah... Dah dekat nak raya nanti boleh la nak baking masam manis pulak. Special for my brother. Mak cakap that's his fav. I never know. Biasalah, mak lebih tahu fav anak2nya. Tak sampai hati tak buat sebab he mentioned once before and then cakap tak payah pulak. I know dia tak nak susahkan saya. No worries bro. Masam manis is very simple. I'll get that one done. Lagi pon saya buat juga my Along's fav cake atiparek.

Banyak lagi chapter buat2 kek ni nak belajar dari mak. Especially yang colorful and sangat complicated tu.