Tiba-tiba terasa nak update blog. Saya happy sebab log in blog dan seterusnya update blog. Saya ni bukan lah blogger tegar. Tak ada banyak masa untuk blogging walaupun sebenarnya saya memang suka blogging. :)
Well guys, saya sekarang sedang berada di Shah Alam, bandaraya tempat saya menuntut ilmu, memperjuang azam dan semangat saya tiga tahun lepas. Tekad nak datang sini memang menakjubkan. Bila saya imbas balik semuanya, barulah saya sedar saya datang sini bukan senang. Dulu, saya tak fikir susah. Saya fikir senang je. Saya fikir yang baik-baik saja. Tanpa saya sedari, rupa-rupanya saya hidup susah. Alhamdulillah, saya bersyukur.
Masa mula-mula dulu, saya datang dengan duit yang tak berapa nak cukup untuk datang. Datang seorang diri tanpa ahli keluarga disisi. Register masuk universiti semua sendiri. Sudahlah tidak pernah jejak kaki ke Shah Alam, memang bila ingat balik masa tu, memang penat, memang sedih. Tapi, saya tak pernah nangis sebab semua benda ni. Saya tahu, ini yang saya nak...jadi kena bersabar. Ini pilihan saya, maknanya saya sanggup lakukan apa sahaja. Saya nak saya maju, saya nak saya jadi orang yang intelek. Sebab tu la semuanya saya kena explore sendiri. Kehidupan memang totally different. Iyalah, slang nak cakap pun berbeza. Saya kena sesuaikan diri. Saya kena pandai cari kawan, cakap dengan orang. Saya kena buat sendiri, berdikari.
Saya bersyukur saya tak dapat scholarship. Saya rasa hidup susah. Saya pernah rasa makan nasi putih, telur mata satu dengan sup kosong je untuk makan. Itu pun share dengan roommate. Kos makan RM1.50 je sehari punyalah nak jimat masa tu. Makan tu untuk satu hari. Makan time petang lah. Kalau tengahari malam karang lapar pulak. Itu kenangan pahit yang sebenarnya manis bagi saya. Teringat kata kakak kat office masa praktikal, Nanti kau akan wonder macam mana boleh hidup dengan duit yang banyak tu je. Hehe~ That's true. :)
Saya tak dapat scholarship sebab saya tak dapat result yang gempak masa kat sekolah. Saya sedih bila fikir macam tu, kalau dulu study tahap dewa memang boleh dapat scholarship macam orang pandai-pandai yang lain. Tapi bila fikir balik tak ada maknanya nak bersedih dan yang paling best saya tak pernah salahkan diri saya...HAHA. Sebabnya, everything happen for a reason. Saya ni kuat semangat orangnya. Saya tabahkan diri, ingatkan diri tujuan datang sini. Alhamdulillah, sikap degil dan pemaksa saya ni saya gunakan sehabis baik untuk assert myself.. Kalau saya nak benda tu, memang saya akan strive untuk dapatkan. Saya lawan apa saja masalah yang mendatang.
Shah Alam memang manis bagi saya. Kadang-kadang saya lebih selesa berada disini walaupun Kuching memang sentiasa dihati.Saya boleh jamin, saya jarang homesick. Jarang sangat. Sebab bagi saya rindu itu indah...Sekarang ni tengah rindu Kuching, rindu ibubapa, rindu adik beradik, rindu pada kekasih hati, rindu kawan-kawan, rindu semuanya. Saya rindu masa praktikal. Pendek kata, rindulah. Memang rindu sangat-sangat.
Ya Allah~
aku rindu pada semua.
Aku bersyukur dengan apa yang telah engkau berikan.
Kau jadikan aku sempurna fizikal, tiada cacat celanya
Kau ciptakan aku sebagai wanita
Kau berikan aku segala yang seorang manusia perlukan
Kau berikan aku kasih dan sayangMu padaku
Kau berikan aku orang disekelilingku untuk aku kena erti cinta,
Ya Allah~
Kau berkatilah hidup kami
Alhamdulillah.
2 comments:
jom balek blaja balek!!! kamik pon rindu jugakkk!!!!!!
rindu kan~~~ :(
Post a Comment