Kenapa mahu fikirkan soal pernikahan sekarang? Padahal kalau kamu berfikir hanya buat kepala kamu sakit. Jadi jangan fikirkan soal nikah kalau belum benar-benar mahu bernikah. Rasa macam mahu saja aku pecahkan kepala kerana asyik berfikir soal hendak nikah sahaja. Padahal kamu tahu nikah itu masih jauh lagi mahu menghampiri kamu. Lebih baik jangan fikir. Sekarang masa untuk fikir kerjaya. Biar kau punya wang. Biar kau punya segala yang kau mahu. Bergembira bersama teman-teman. Itulah baru dinamakan hidup semahunya. Allah disisimu. Jangan fikir dulu soal nikah. Jangan dulu. Kamu harus halang diri kamu. Kalau kamu selalu berfikir, dan kenyataannya kau seorang sahaja yang berfikir. orang lain tak ambil peduli..lebih baik jangan. Hanya akan membinasakan diri. Menyakitkan hati. Memusnahkan jiwa. Lebih baik fikir bagaimana sekarang berbanding berfikir masa hadapan. Maaflah, aku sudah kecewa. Malas nak ucapkan kata-kata cinta.
No comments:
Post a Comment