Pages

Friday, April 1, 2011

Messiness

Saya tengah berusaha membuat report untuk internship sehabis baik sekarang.Kerja-kerja di office pon sudah semakin berkurangan. Maka, saya membusy kan diri dengan persiapan untuk submit report dan presentation nanti. 
Penat juga lah rasa nak buat report sehinggakan saya tak tahu buat penulisan akademik atau buat laporan latihan industri lagi penat. Sama la tu kot. Tapi, bezanya sekarang, saya buat lebih awal tanpa bantuan sesiapapun. Saya happy tau buat macam ni. Tak susahkan sesiapapun. Biarlah saya berdiri sendiri. Hanya Allah SWT saja yang tahu hati saya, saya bersandar sepenuh hati saya kepada-Nya. Well peeps, saya tak sangka pengajian untuk dapatkan degree ni dah sampai ke penghujungnya. Minggu depan saya tamat internship. :)

Sepanjang persiapan nak siapkan report, saya punya meja...sangat disorganize. They are all messy! HAHA. saya memang macam ni. Nampak messy sebab saya rasa messy tu gempak. HAHA. Messy tu memang menggambarkan saya sebenarnya, Kalau saya tengah buat kerja memang tempat saya messy dengan kertas disana sini. saya pon tak paham. Jelouslah pulak dengan gadis-gadis kemas yang lain Y____Y. You all, saya tak pengemas tapi saya comel, kerana diriku berharga. But, I will certainly clean everything up after this. Saya jenis yang kalau nak tinggalkan sesuatu, saya akan make sure kemas dulu. Itu perangai emak saya. Maybe dah terbiasa kot. Tapi kadang-kadang tu ada jugalah tak diikut ajaran emak.

Tengoklah, dengan files, papers, lotion, tissue and my spectacles nampak sedang beramah mesra. Btw, lotion saya dah nak habis. Yang botol besar dekat rumah pon dah habis. Bila nak g shopping ni eh?Well, I love my spectacle. Tapi sayangnya, dah nampak tanda-tanda saya harus mentukarnya. Sudah senget. Sudah tak mampu menampung power mata yang semakin menaik seolah-olah menambah serbuk penaik kat mata ni. Stok tissue pon dah kehabisan. Toner, pencuci muka, ubat gigi...eh, sudahlah tu. Ini bukan entri nak beli shopping barang apa hujung minggu ni.

Ok, seperti yang anda boleh lihat di atas adalah MY STICKY NOTE. Ianya sangat banyak. Seperti kerja juga nampak banyak. Kan? Semua pun nak kena remind. Padahal kerja tak seperti diremind pun. Anda boleh panggil saya gadis nota berpelekat sekarang.Y___Y

Ini botol air. it keeps me hydrated. Hari ini dah dua kali refill botol air walaupun sepatutnya tiga kali. Itu pun dikira kejayaan juga kan?  Kena minum banyak plain water kalau duduk dalam aircond ni. aircond ni pula bukan calang-calang aircond. Rasanya maybe dalam -2 darjah selsius agaknya. Sejuk, memang tak boleh lawan. Kalau on dua hari tak tutup maunya turun salji. Sebab sejuknya melampau macam ayat aku.

 Ini pula, contact address Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Saya letak kat workstation sebab cadang nak call diorang nak tanya pasal Program MyMaster. Konon-konon nak further Master lah kan sebab melepaasi semua syarat. HAHA. InsyaAllah, tapi bila fikir dua,tiga, empat, enam,sembilan kali macam tak apa lah, kerja dulu, baru sambung Master. Nantilah, kalau ada rezeki, adalah. Betul tak?  :)

Ini lappy, lappy darling Zakrin punya sebab, lappy saya dekat beliau sedang sakit tenat nampaknya. He is my computer genius. I miss you, eh, tiba-tiba.  ;p

This is my Mini Dictionary. Senang nak bawa kemana-mana pon. Walaupun sekarang ni dah ada kamus elektronik, saya prefer guna kamus ni sebab lebih senang, mudah, best. Sudahlah best, murah pula tu, kalau kehilangan boleh beri yang baru dengan senang hati. Jimat kos. Ilmu pun lebih banyak dapat. Saya jenis orang yang bawa buku kemana saya pergi. Tak kiralah novel, magazine atau kamus ini. Yang pentingnya, bahan bacaan. I wish and I'm gonna build my own personal library in my house nanti. Saya nak latih anak-anak saya membaca, just like what my father has trained me since I was young. Saya dah boleh baca before saya 5years old kot. Tak sure, would ask my parents later.  ;p

Messy, bukankah?
This is the larger view of my workstation. HAHA. Tapi, tak apalah pun, asalkan bukan benda-benda basah yang bersepah. Kalau makanan, kulit pisang tu takkan lah kita nak sepahkan dia jadi serupa ini kan. Itu pengotor namanya. Saya pun tak nak maafkan diri saya sendiri. HAHA. :)

By the way, saya sudah membaharukan blog saya. Tapi saya tak nak remove blog is under construction tu sebab ada orang cakap gambar tu nampak ikhlas. HAHA. Apakah anda juga melihat nya sebegitu rupa?

2 comments:

sasa selamat said...

tu bkn berserabot tu tnda sedang bekerja keras~hehehehe

Eynee said...

cotton lady, thanks for the compliment. hehe...nampak serabut meja. dasat sungguh.