dengan semangat dan azam yang kuat nak attend kelas Miss Baby, aku gagahkan diri ke kamar mandi. Malangnya, lepas mandi aku terasa sangat performance yang tak seberapa ni...mungkin sebab ketumbit kat mata kott..ahh, takde maknanya nak ponteng kelas kan?
siap-siap dah nak gi kelas..yea2!!
pencil case? yaa, ada2..pink color gitu...
files International PR? ye, ada...
buku french? dah, semua ada!
purse? done.
compact powder? ada.
lipbalm nivea? ada.
dettol hand sanitizer? dah masuk dlm beg.
lotion? malas nak bawa.
air mineral? dah ready.
dah, gerak sekarang...
tapi, sebenarnya aku tak gi kelas pun...kaki ku terus melangkah ke bus stop sebab destinasiku bukanlah kelas, tapi Pusat Kesihatan.
KENAPA YA EYNEE?
sebab kepala ku pening semacam, badan rasa letih je walaupun selepas bangun dari tidur 7 jam,sejak minggu lepas dah pitam-pitam, nampak sangat kulit ku putih yang pucat, jantungku berdenyut dengan kadar yang sangat cepat dan yang paling utama...ketumbit di mata yang sungguh annoying ini.
setibanya aku di Pusat Kesihatan, aku di sambut mesra oleh kakak-kakak jururawat yang peramah dan murah senyuman...aku di beri nombor giliran 3007...maksudnya, bilik nombor 3, pesakit nombor 7...tak leh blah ye perkataan pesakit di situ ye..haha..
dah tiba nombor 3007, aku masuk ke bilik rawatan untuk berjumpa dengan kakak pegawai pengamal perubatan di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam ataupun lebih popular dengan gelaran doktor. aku cakap la kat doktor tu masalah-masalah yang aku alami tadi, dia pun cek tekanan darah, 114...which means ok lah, tak la macam bulan lepas, 95!! lepas tu, aku diarahkan terus ke makmal untuk ambik darah...lepas tu, aku disuruh tunggu depan bilik doktor tadi lepas darah aku di ambil sebanyak satu tube... >tube ke?<
dan, doktor tu suruh aku masuk balik ke bilik dia, belum sempat aku duduk atas kerusi...dia dah cakap macam ni...
"adik, adik anemic la...haemoglobin adik rendah sangat ni..."
huhu, dalam hati aku,OKEY, dah agak daaaaa...dan skarang dah sah...!!!
nak tau apa itu anemic? itu la anemia...
bawah ni aku nak bagi seikit informasi tentang anemia. untuk keterangan lanjut klik disini
Apakah anemia?
Ia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil haemoglobin. Anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.
Penyebab anemia...
- Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
- Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
- Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum.
Ini mungkin disebabkan oleh :
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
- Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan.
- Kekurangan hormone : Paras hormon tiroid rendah.
- Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum.
- Ganguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.
Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :
- Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
- Talasemia.
Simptom dan gejala
Ramai dewasa menghidapi anemia tanpa disedari.Simptom termasuk :
- Keletihan setiap masa.
- Pening.
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
- Kulit pucat.
- Kadar denyutan jantung yang cepat.
- Kurang daya ingatan.
- Kehilangan berat badan.
(+_+')
adui, kena makan ubat-ubat lagi, tak nak masuk hospital
2 comments:
sayang...i know what happening 2ya....awak krg eating nasik....n protien...
yalah, mala mkn yg sehat jak...huhu =(
Post a Comment