Pages

Wednesday, March 31, 2010

so-so-so-rry


dah 2 hari aku tak attend class...

maaf Puan Hayati
maaf Miss Melina
maaf Dr. Ngu
maaf En. Abuzar
maaf Miss Zaridah
maaf Miss Anusha
maaf Dr Alex

I cant make it for these two days
I'm not feeling well
When the sickness strike me
I just can't do anything

all i need is to have enough rest and sorry for taking your lecture hour to have my rest

lecturers,

don't ever think that I'm giving up
don't ever think that I'm not committed to my study


i love my life and future
I'LL BE JUST FINE




Tuesday, March 30, 2010

1 APRIL 2010

semalam, selepas menyiapkan tugasan di dalam kelas, pergilah aku ke admin office masscom dengan niat suci di hati nak isi borang tugasan luar kampus.

nak dijadikan rezeki, kakak tu bagi aku setengah dozen conditioner sunsilk color pink. tiba2 datang seorang kawan aku nak hantar tugasan beliau. nak di jadikan rezeki kami, dapat lagi setengah dozen...lalala~ seriously, benda ni macam takda motif je. aku bukan pengguna sunsilk pun... apa yang aku happy sangat pun aku tak tahu. sebab dapat barang free kott...haha...itu memang dah 'semulajadi norma' aku....

selesai mengisi borang tugasan luar kampus, aku pun meneruskan pengajian di UiTM ini di Bilik Kuliah 9.

oh, aku lupa! macam biasa aku akan ambil satu benda free ni setiap hari...kalau dah pergi office tu, sah2 la aku dapat. jarang sekali aku lupa untuk ambil the sun.

so, dalam kelas tu, aku belek2 la the sun, muka surat kedua tu dah buat aku rasa WOWW!

aku nampak iklan ini


SONY EXHIBITION 2010
MID VALLEY EXHIBITION CENTRE
1-4 APRIL 2010
FREE ADMISSION


banyak aktiviti yang menarik tau...banyak sangat sehingga boleh menarik kati ku untuk join the crowd kat sana nanti...dan yang paling membuatkan aku rasa teruja nak pergi disebabkan oleh benda ni:

Sony Cash Vouchers* up to RM 1,000 to be given away to first 300 visitors!

huhu..best2 :)

kalau macam ni 1 April tu, aku dah kat MidValley la nampaknya...hahaha...

ni kalau Miss Mel baca ni tentu beliau...hehe...
dah ada plan awal2 nak buat apa sebab kelas Miss cancel Khamis ni...
gaga~ Miss pergi Jakarta ~ gaga...nak itott...

seriously, 1 April 2010 aku bakal penat giler2!



1 April - submit CIMB Bank news monitoring and the analysis. (CIMB boleh ambil aku kerja x?)
1 April - going to the Embassy of Japan (Interview PR practitioner kat sana) :)
1 April - having fun at the Sony Expo 2010 (berharap dapat jadi first 300 visitors...)
1 April - attending my fav lecture, Special Topis in Journalism : CRIME
1 April - preparation for the next day, government public relations presentation
1 April - preparation for media law test 2 on 2nd April...3pm

1 April - Clash of the Titan movie~


lalala~busy kan, all together, there are 7 main tasks that i have to do on this becoming 1st April. haha. padahal 2 tu entertainment semata-mata. fikir positif je, mesti dapat ilmu dan pengalaman baru. haha... itu macam prinsip aku je. buat je la apa-apa pun, mesti dapat ilmu dan pengalaman baru!

__ (^,^)V__

Friday, March 26, 2010

mana perginya roomate aku?

ini roomate aku, dalam kelas muzik




ANNE: mana roomate aku?

NIEY: roomate ko pergi Port Dickson, ada event broadcasting!

ANNE: huhu...sunyi nye beliau takde...

NIEY: haha, tau pon...itu lah kau...dah xde baru nak cari...

ANNE: bila dia balik ni?

NIEY: hari ni, petang kott...

ANNE: huhu...ok...thanks for the information... =p



haishh, bosan melanda jiwa waktu macam ni
dahla sorang-sorang dalam bilik
malam plak...aiyoo
dah la tak ngantuk...
ya tuhan ini lah dugaan
camne nak g toilet kalau terasa nak ke toilet tengah malam?
mudah-mudahan rasa time dekat nak subuh nanti...



sabar la eynee...

roomate, cepatlaa balik



Thursday, March 18, 2010

From The Greatest Daughter of Yours


hari ni aku happy sangat...walaupun hari ini juga aku dah banyak keluarkan airmata...saja nak menghiburkan hati sebab hari ni kan ulangtahun ayahanda yang ke 52...jom imbas balik apa yang aku dah buat di hari ulangtahun ayahanda yang tercinta ni... =)

happy sangat sebab aku jadi orang pertama wish happy birthday (^,^)v

kanda call, remind aku hari ini birthday ayahanda dan genap usia hubungan kami 3thn 1 bulan...

bergembira sebab kanda dapat gaji pertama beliau tym kerja kat revive isotonik hari tu sebanyak RM 80! nice, ni nak buat aku berjimba ni~~

newspaper cutting dah settle, ready nak collect dah....
dah baca topic Investor Relations sebelum ke kelas.....
dah baca topic 5, 6, 7 & 8 untuk quiz journalism.....

SLEEP EARLY =)


WAKU UP LATE =(

bangun lambat....so, tiba di kelas Miss Mel pun lambat la... sorry miss (+_+')

dah abis kelas Miss Mel dalam kul 10am, seronok boleh collect news!!

dimarahi sebab miss communication between my groupmate. padahal aku dah pesan semua dan nak settle semua hari ini....tapi mood dah melayang jauh...
aiyoo, sungguh bersedih hati...takpe la mungkin sudah takdir hari ini....for my groupmate, still boleh buat project ni. TOGETHER, please don't be selfish.

my lunch di beli oleh my dearest roomate, we eat together...sharing the botol kicap <---penting!


otw nak g kelas, singgah di koperasi nak beli air...nak nyatakan air apa nanti kanda marah...;p

datang lambat untuk quiz....lalala~ ho, masih nak lalala ke??? senget arr....


seat for the quiz less than 6 minutes, meaning dlm 5minutes la kott...aku yang paling lambat sampai, aku paling awal keluar...tak selesa ke bilik kuliah tu???!! hihi...taklah, facilities di UiTM semua OK!


concentrate on the class, basically, its about children and violence, fuhh! one thing that is very interesting about this topic is: UK & Netherland, they have TV news for children between 8 - 12 years old, whereby i think it should be implemented in Malaysia. <--see you in Xomba!


=DD

dapat balik assignment pertama....bahagianya dapat markah macam ni....bersyukur sangat2. Prof siap puji kelas kami! by the way, special thanks to Hafiz.


jumpa kanda, kanda datang dengan senyuman....

aku pun senyum balik la...
kanda comel hari ni dengan baju jingga beliau...
kanda comel dengan selipar buruk beliau (cian, nanti kita beli baru ye)
kanda comel walau tak M*N*I
hihi, kanda sentiasa comel~

haha~ makan bersama kanda, memang pesta makan, tiba2 makan malam sahaja boleh mencecah RM 11, tak pernah kami buat, average dalam RM5 for 2 person (itu pun kalau makan kat UiTM, kalau kat luar???)... sebab makan macam ni? kami menyenangkan hati kami yang sedang susah ini...haisshh


apa lagi eh?


haha..dah sampai sini je, pastu aku balik terus ke bilik...

kemas2 apa yang patut dan terus blogging walau aku tahu banyak kerja yang menanti. aku harus memblog sebab nak buat entri khas untuk ayahanda...


mesti korang tertanya-tanya kan apa kaitan semua ni untuk ayahanda...tadi aku call ayahanda, tell him that i can't afford anything for him...tapi he replied,

"no worry daughter...i love you so much, thanks for your wish. your happiness is the best gift for me today"...

hurm, saja nak uploadkan kisah2 hidup hari ni sebab my happiness for ayahanda defenitely can kiss away my tears today....i love you so much ayahanda...so much...there's no other love can beat your love to me...thanks for the patience, kindness, love and many more. You give me life... Again, sorry I can't afford to repay you every single thing you've done for me, for our family... I'll never let you down... I'll be a grown up ayahanda, dont worry... I love you... Muah2! I'm so happy today... =)


with love,

AINI AFINI BINTI MOHAMAD

Tuesday, March 16, 2010

Nak Join

Gila!

Minggu ni sangat lah busy...

adoyai~

di akhir semester ni banyak group project nak di submit...

di akhir semester ini juga banyak program menarik bakal dilangsungkan...

fuhh~

dengan berbekalkan ilmu yang diberikan dalam subjek publicity, advertising dan sebagainya, pelajar-pelajar masscom yang menganjurkan program ini berjaya menarik perhatian aku untuk hadir dan turut serta dalam program mereka...

dan program yang paling menarik perhatian aku adalah...sebuah program yang dianjurkan oleh advertising student~ huhu... nak pergi sangat2... tapi masa macam tak mengizinkan je...

nak join....



Thursday, March 11, 2010

I kurang sihat laa...

kenapa pagi ku hari ini rasa macam tak sedap badan?

dengan semangat dan azam yang kuat nak attend kelas Miss Baby, aku gagahkan diri ke kamar mandi. Malangnya, lepas mandi aku terasa sangat performance yang tak seberapa ni...mungkin sebab ketumbit kat mata kott..ahh, takde maknanya nak ponteng kelas kan?

siap-siap dah nak gi kelas..yea2!!

appearance? OK, gaya student nak g kelas
pencil case? yaa, ada2..pink color gitu...
files International PR? ye, ada...
buku french? dah, semua ada!
purse? done.
compact powder? ada.
lipbalm nivea? ada.
dettol hand sanitizer? dah masuk dlm beg.
lotion? malas nak bawa.
air mineral? dah ready.

dah, gerak sekarang...

tapi, sebenarnya aku tak gi kelas pun...kaki ku terus melangkah ke bus stop sebab destinasiku bukanlah kelas, tapi Pusat Kesihatan.

KENAPA YA EYNEE?

sebab kepala ku pening semacam, badan rasa letih je walaupun selepas bangun dari tidur 7 jam,sejak minggu lepas dah pitam-pitam, nampak sangat kulit ku putih yang pucat, jantungku berdenyut dengan kadar yang sangat cepat dan yang paling utama...ketumbit di mata yang sungguh annoying ini.

setibanya aku di Pusat Kesihatan, aku di sambut mesra oleh kakak-kakak jururawat yang peramah dan murah senyuman...aku di beri nombor giliran 3007...maksudnya, bilik nombor 3, pesakit nombor 7...tak leh blah ye perkataan pesakit di situ ye..haha..

dah tiba nombor 3007, aku masuk ke bilik rawatan untuk berjumpa dengan kakak pegawai pengamal perubatan di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam ataupun lebih popular dengan gelaran doktor. aku cakap la kat doktor tu masalah-masalah yang aku alami tadi, dia pun cek tekanan darah, 114...which means ok lah, tak la macam bulan lepas, 95!! lepas tu, aku diarahkan terus ke makmal untuk ambik darah...lepas tu, aku disuruh tunggu depan bilik doktor tadi lepas darah aku di ambil sebanyak satu tube... >tube ke?<

dan, doktor tu suruh aku masuk balik ke bilik dia, belum sempat aku duduk atas kerusi...dia dah cakap macam ni...


"adik, adik anemic la...haemoglobin adik rendah sangat ni..."


huhu, dalam hati aku,OKEY, dah agak daaaaa...dan skarang dah sah...!!!

nak tau apa itu anemic? itu la anemia...

bawah ni aku nak bagi seikit informasi tentang anemia. untuk keterangan lanjut klik disini

Apakah anemia?

Ia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil haemoglobin. Anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Penyebab anemia...

  1. Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
    • Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
    • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.

  2. Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum.

    Ini mungkin disebabkan oleh :

    • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
      • Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
      • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
    • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan.
    • Kekurangan hormone : Paras hormon tiroid rendah.
    • Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum.
    • Ganguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.

  3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.

    Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.

    Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :

    • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
    • Talasemia.

Simptom dan gejala

Ramai dewasa menghidapi anemia tanpa disedari.

Simptom termasuk :

  • Keletihan setiap masa.
  • Pening.
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
  • Kulit pucat.
  • Kadar denyutan jantung yang cepat.
  • Kurang daya ingatan.
  • Kehilangan berat badan.


(sumber informasi: Portal MyHEALTH www.myhealth.gov.my)

image from google


Kesimpulannya, jagalah gaya pemakanan anda, jangan makan nasi putih dan telur sahaja setiap hari, pelbagaikan makanan anda...makan makanan yang berkhasiat <--- apa yang aku peroleh ini adalah kesan daripada gaya penjimatan yang tak berhemah...

(+_+')
adui, kena makan ubat-ubat lagi, tak nak masuk hospital










Wednesday, March 10, 2010

Marahkan Sahabat

aku marahkan sahabat aku? aduyaiii....tak lah, ceritanya macam ni...

semalam aku marah, marah yang sangat-sangat marah. Kenapa? Aku pun kurang pasti. Yang pastinya, orang paling teruk kena, boyfriend aku. Sungguh aku tak sangka aku jadi macam tu. Kesian dia, tengah lepak-lepak ngan kawan pun kena dengar aku bebel. Huh, tak tahu nak cakap apa... nak minta maaf? Its hard for me to say I'm sorry sebenarnya. aiyooo...


however, marah aku berterusan sampai la habis kelas Miss Baby malam tu. aku terus balik ke bilik. malas nak fikir apa-apa lagi dah. apa nak jadi, jadilah. malas nak ambil tahu. lantaklah!

sungguh bersikap kurang ajar dan kasar aku masa tu...

tak fikir pun hati boyfriend yang dah susah payah belikan aku potato wedges KFC dan hantar sampai depan kolej, offer pulak hantar aku kat fakulti...tapi, aku jual mahal la sikit sebab wedges aku ambil, dia offer nak hantar tak nak layan. tapi lepas tu, menyesal juga sebab penat woooo kaki panjat tangga biru tu! dah la malam...bahaya...tapi kerana ego, aku persetankan tawaran penghantaran percuma tu -bunyi mcm mcd develivery je..haha-

cerita aku ni nampak macam pertengkaran biasa sepasang kekasih yang dalam masa tak sampai lima jam akan pulih kembali kan??

tapi sebenarnya dan pada hakikatnya TIDAK SAMA SEKALI. ini bukan sahaja melibatkan hubungan cinta ku semata-mata...tapi sebuah persahabatan...

huhu Nadiah, terimalah permohonan maaf ku di alam maya ini...tak sangka dia terlibat sama...

Ini kisahnya, masa aku tengah bebel-bebel tu, aku bebel hal KAWAN... punyalah panjang bebelan aku sampai tak sedar telinga dah panas sebab cakap dalam telefon... rupa-rupanya keseluruhan mesej hal KAWAN yang aku bebel kat boyfriend aku telah didengari KAWAN aku a.k.a. roomate ku yang tersayang... YA ALLAH! apa dah jadi ni? menyesal setinggi gunung sebab cakap tak fikir dulu, ikut hati dan perasaan sangat, macam tu la jadi nya...

dan yang paling mengaharukan...mereka yang tak bersalah menghadiahi aku ini:

buy me this if i get angry....hehe

surprise dari Nadiah: cupcake,choki2,sekeping nota yang cukup bermakna

sungguh tak ku sangka, balik je bilik jumpa benda ni atas meja...padahal mereka tak salah...kenapa mesti lepaskan kemarahan kat mereka...both of you dah banyak berkorban untuk aku...thanks...and last but not least...

PLEASE ACCEPT MY APOLOGY!

(T_T)




p/s: i know that i'm not alone... you'll be there for me...



Friday, March 5, 2010

cinta lima

dalam kedinginan di wad hospital, mataku tak mampu terlelap. walau seluruh tubuhku rasa mahu merasa nyaman dan nikmat berehat...aku tahu, ini sebuah pengorbanan - untuk saudara. maaf, aku tak mampu membantu dari segi kewangan, hanya tulang ini yang mampu ku berikan. terimalah seadanya, untuk itu, aku ucapkan terima kasih...

dalam kedinginan ini juga, tangan dan otak ku saling berkerjasama untuk menghasilkan entri ini...banyak perkara yang ingin aku nyatakan dan aku juga tahu, aku bukan sekadar menyatakan malah berkongsi bersama sebuah pengalaman, cerita dan harapan...semoga kita selalu bersama walau apapun terjadi...

kisah ini tentang cinta dan kasih sayang yang tak mungkin pudar. walau ku akui, dugaan datang silih berganti...dunia bagai cemburu kisah keakraban kita.

sayang-sayang ku sekalian,

kita paksikan cinta pada mereka berdua yang begitu mencintai kita. ingatlah, mereka sungguh mencintai kita... mereka lakukan apa sahaja demi kita. kini kita makin dewasa. menunggu kedewasaan kita sama juga seperti menunggu keputusan peperiksaan. bezanya, ini tempoh yang lebih panjang, malah lebih menduga. tiada pembetulan yang boleh dibuat, tiada markah kasihan daripada pensyarah, tiada tugasan atau pembentangan yang boleh di redo. apa yang dah dilakukan, itulah...

cinta mereka sebegitu murni apabila kita benar rasakan dan benar mencari...

aku sudah lalui itu. ku ragu cinta keduanya, ku paling hidupku dari mereka, dan aku adalah berdosa. namun aku kembali dan tak mahu berpaling lagi...

sayang-sayang ku sekalian,

ku tahu kita manusia bertuah, di uji sebegini...ku juga tahu kita adalah lima bersaudara yang terhebat di bumi, tidak ada saudara lain seperti kita, di uji sebegini...2 dekad bersama kalian,mana mungkin aku lupa...kalian saudara terhebat. menemani aku di kala susah... juga disisi ketika aku senang... kalian memang tak pernah hilang dari hidupku...

sayang-sayang ku sekalian,

kita golongan bijaksana, semua tahu berfikir waras... kita sungguh rasional walau ada ketika kita tersasar sedikit emosional... sudah lah menafikannya, mari kita maafkan diri kita, kita tak salah... cuma sedikit silap! mari kita satukan paksi cinta kita, agar kita lebih bersatu, lebih kukuh! buktikan pada mata-hati dengki melihat kita satu,biarlah mereka semakin merasa dengki! ayuh, mari buktikan pada dunia mereka berdua itu bukan pasangan yang gagal tapi pasangan yang cemerlang! ayuh, kita itu adalah keputusan...

-redhanya mereka, redhanya sang pemilik alam-