Pages

Thursday, February 25, 2010

NOT HERE FOR 3 DAYS

gambar ni dipetik dari blog rasmi MASSA


Hari ni hari Khamis - maknanya, esok dah nak g Port Dickson untuk teambuilding IPRMSA semester ni...nampaknya dah 2sem aku tak follow aktiviti2 IPRMSA...teruknya aku!

malam ni nak kena packing untuk gi selama 3 hari 2 malam kat sana...

tengok tentatif program memang best, buat aktiviti2 lasak...abseiling, kayak, jungle tracking dan obstacle race! huhu..nampaknya aku kena bawa tracksuit banyak kan...

perasaan aku sekarang 50:50... antara teruja dan tidak...

nak tau kenapa?

sebab, kalau aku pergi:

1) boleh lepak ngan member2...dapat kenalan baru disamping pengalaman baru...
2) boleh buat aktiviti2 lasak tu! ekspressi diri, meningkatkan keyakinan diri...
3) boleh g jalan2...x la aku kat kawasan ni je...
4) lari seketika daripada suasana kampus yang sangat stress!

sebab, kalau aku tak pergi aku:

1) jauh dari boyfriend ku~ haishh
2) x dapat nak online, nak dota...
3) x dapat nak buat assignment banyak nak di settle kan
4) malas giler nak packing!!!

kalau anda semua menjadi aku, korang pilih nak pergi atau x pergi?

haha~ sukati korang la nak pergi ke x kan...
tapi aku memutuskan untuk pergi teambuilding semester ni...
aku bayangkan yang seronok je~

aku korbankan benda yang aku nak buat weekend ni, untuk sesuatu benda yang baru bagi ku...

jadi, memandangkan aku amik keputusan untuk pergi...aku dah buat checklist barang yang nak kena bawa...
panjang nya 2 page! banyak la barang yang aku nak kena bawa~
so, aku cut apa2 barang yang aku rasa kurang perlu, rasa2nya 1 bagasi, 1 beg belakang/handbang dah mencukupi...tapi wajib ada beg nak letak kasut lah...

huhu~dah terasa bahang nak g PD ni saat aku sedang nak buat entri ni!

so, esok pagi jam 7am dah berkumpul kat tempat letak kereta fakulti, jam 8am dah gerak gi PD...



(^,^) seronotttt!!

friends, doakan keselamatan aku di sana nanti ya! =)



I cant wait to have the fun there!







Monday, February 22, 2010

APA SAJA

Apa saja untukmu
Tak ku hiraukan waktu
Katakan saja kan ku laksana
Permaisuri kau bertakhta di jiwa

Apa saja untukmu
Ke dasar lautan biru
Bertaruh nyawa andai kau kau damba
Mutiara... di hari lahirmu

Kita menuju gemilang asmara
Tiada cinta setanding kita
Ku rela sehingga ke akhirnya
Tunai segala mimpimu

Uhh... ratuku

Untukmu kasih
Ku... cuba meraih
Bintang di angkasa
Walau tak terdaya kan ku ikhtiar
Untukmu kasih

Gembira bersedih
Selagi ku bernyawa
Untukmu kasih, ku korban apa saja


Apa saja untukmu
Kan ku ubah caraku
Jikalah itu yang kau mahu
Apa saja demi kebahgiaanmu

Bukan ku pinta yang luar biasa
Cuma secebis janji setia
Inilah... Lagu cinta kita
Hanya terbaik untukmu
Selama-lamanya

thanks Kak Yan sebab uploadkan lagu ni kat facebook~


Menangis aku dengar lagu ni...
Sejujurnya memang aku tengah bengang arr sekarang...macam mana x bengang?
Kalau call berjuta kali tak jawab? Sedangkan, hatiku sangat perlukan mu wahai kekasihku...

Tiba - tiba aku rasa bersalah la pulak lepas dengar lagu ni,
Aku tanya diri aku sendiri...kenapa nak marah?
Sedangkan, banyak benda dah dia buat untuk aku
APA SAJA untuk aku...
terasa suara2 tiga adik beradik tu macam suara dia pulak~
huishh~ sungguh...
jadi girlfriend orang nih, memang banyak benda yang mencabar aku dari segi emosi, mental & juga fizikal...
apatah lagi tunang orang...apatah lagi jadi isteri nanti...
aku tabahkan hati...


Friday, February 19, 2010

you're still the one

happy anniversary dear,



and after all this time, you're still the one i love


I'll be forever with you
I'll be waiting for the moment to come...


lots of love,
aini afini mohamad



Thursday, February 18, 2010

24 Hours HEVOC!!!


my previous post yang bertajuk 'Dah Mula Cuti' ada menyatakan yang cuti aku dimulakan dengan menghabiskan masa bersama teman-teman sekolah~

Ya ALLAH, 24 jam bersama mereka memang sangat hevoc + gempaq!

sangat bergembira dan enjoy...

hehe...

sebelum cerita 24hours hevoc ni mula, meh aku perkenalkan setiap org yang menjadi pengHEVOC hari tu...

lalala~ inilah wajah2 yang bakal menghiasi post aku kali ni....disebabkan terlalu banyak gambar yang aku nak tunjuk kat journal kali ni, post kali ni akan jadi banyak-sangat-gambar! =)



dah nak mula, ENJOY!!

lynn, dilla~ sorry bas shah alam ke KL lambat sangat...

perjumpaan pertama tahun 2010...sempat lagi nak amik gambar padahal tren dah nak sampai~ lihatlah wajah2 mereka, sungguh ceria dan bersedia nak buat sesi fotografi sepanjang hari!

destinasi pertama kami ialah Pustaka Mukmin which is located kat area Masjid Jamek, temankan Farhana beli buku dan kompas kiblat. penat juga lah nak mencari kompas tu, pusing2 akhirnya berjumpa juga dengan kompas yang kami cari, harga sebuah kompas tu RM9.90, hehe~ btw, kompas tu buat kawan2 Farhana yang still kat korea dan tak balik malaysia, they all sangat perlu benda tu, supaya mudah nak kerjakan ibadah,yg aku ni...begitu mudah nak carik kiblat, xpayah guna kompas still juga berat punggung nak jalankan tanggungjawab~ huhu...MODE: insaf sekejap,checklist..dah solat isya ke belum? dah2..hehe...

nak mencari kedai buku tu pon kitaorg boleh sesat, nasib baik kompas hari tu ada gadis GPS... <-- credit: miss adila! dah penat tawaf dalam kedai buku tu, perut kami minta di isi pula, memang la...LUNCH HOUR seharusnya ditepati...kaki kami melangkah ke SEMUA HOUSE ..untuk makan2 tengahari, geng, kalau korang perasan..makanan kita hampir sama sebenarnya~ dan aku paling xfaham kenapa makanan Farhana sangat murah... ?&*##?!!

tak nak upload gambar makanan yang paling berbaloi, ni makanan lynn yang paling mahal



gadis-gadis pelahap...ops! gila kasar bahasa~ ;p



makan, makan, makan


GAMBAR TERBAEK! nganga apa tu sayang? ni mesti tengah dengar dongengan Adila


comel x botol air upin&ipin, ama bawa bekal, jimat kos air kan? credit: Miss Ama sebab ada botol comel!


gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati.


oleh kerana hati kami terlalu senang, kami bergerak menuju ke shopping complex yang peling dekat ngn kawasan tu, korg semua mesti boleh teka kan? haha, jawapan mudah SOGO...buat apa kat SOGO beb?? tinkkk!! itu yang dalam kepala aku, dah sampai situ, secara jujurnya kitorg memang xtau nak buat apa, berdiri depan tangga bergerak dan bincang2 ke mana arah tuju kat dalam ni, xkan la nak usha2 baju..lui tarak beb! xbest ar usha je x beli! haha~ aku setuju...

perbincangan end up with suara Aisyah,

''weyh aku nak tukar temporary card sogo ni jadi permanent card...how?''

"xtau..." kata yang lain

"yuppy aisyah, aku pon nak tukar kad mak ngah aku..." kataku.

Aisyah pandang aku, aku balas pandangan dia seraya berkata..

"la, jom2 kite tanye akak tu," sambil point finger kat akak pekerja sogo...


malas nak letak perbualan tu kat sini, aku terasa bengong bila tanya akak tu, aku tanya lain, lain pulak di jawabnya...xpelah, yang penting aku faham dia cakap, kalau nak tukar kad temporary jadi permanent g tingkat 7, customer service...hoho~ faham2x...


kami gagah mencari CUSTOMER SERVICE SOGO


dah habis cerita kat SOGO...sangatlah bosan dan tak tau mana arah tuju, kami decide nak g KLCC, kat taman tu, amik2 gambar dan menghabis kan masa bersama2...

otw nak gi KLCC, kami jumpa...INI!!!!

gambar ini di ambil menggunakan camera aku sendiri, aku tak download dari internet! nice kan? waktu ni siapa yang pegang camera aku? wahh~ kawan2 cepat mengaku!! aku nak bagi credit nih!!!


fafau and the gang...antara artis yang kami jumpa Black, FBI dan..itu jer yang aku kenal! hehe~
seronok, dapat jumpa senior..banyak la ko eynee!!~
haha...

yang penting, kami dapat goodies seperti paper bag fafau, VIP pass bday dia ari tu, calendar~
haha..seronok tengok diorg nyanyi...


dah2, jom g KLCC!


dah sampai KLCC...gambar ni aku sengaja uploadkan sebab ada cerita tiket terbang, time ni aku xfaham apa dah jadi ngan Ama, boleh pulak tiket dia terbang~

haha...

next, gambar ni kitaorg tiru gaya model...syue memang x menjadi sangat2!!

Gong Xi Fa Cai, rakyat Malaysia - 1 Malaysia

Aku suka gambar ni sebab nak intership kat sini boleh x? Layak ke aku? wah~ aku bercita-cita tinggi rupanya!
note: belakang tu exxonmobil ok!


sweet kan gambar ni...friendship last forever =)


pose kawan2 ku...


best friend ever, saranghaeyo unnie~ haha <-- unnie ka? its okay2...still love you dalam apa keadaan sekalipun comel la gambar ni, sangat kelakar - perasan tak gambar ni macam seseorang yang sedang berlri-lari kejar artis kesayangan... credit: miss syue for making me look like your fav artist! ;p


gambar ni pon aku suka...credit lagi for miss syuhadah for being such a great paparazzi!



dah abis sesi fotografi, kami terasa lapar dan makan...

haha, kali ni nak bagi credit banyak2 kat Miss Farhana sebab belanja kitorg KFC, idaman syue selalu, hehe2..bukan2 idaman ku selalu..oh! tidak...idaman kami selalu...great time together~


credit: Miss Aisyah, sebab your camera boleh tukar kaler merah jadi oren...mesti lynn suka!


best kan moment ni, sangat melahap! hahahaha...

sangat happy hari tu..dah settle KFC kat KLCC, kitaorg gerak ke Masjid Jamek hantar Farhana,peluk2,cium2...our bestfriend...dia dah nak fly balik ke Korea...we all gonna miss you bebeh!

sorry tak upload gambar tu, sebab sangat x cantik...gempa bumi kot time tu...

nak dipanjangkan cerita, sepatutnya kitorg boleh je gerak dari KLCC terus ke Central Market or, KL Sentral...tapi dah alang2 kat Masjid Jamek, turun je la kat situ dan jalan kaki terus ke Central Market..nak amik bas kat situ nak g balik Shah Alam...untung lah, kitaorg ramai..kalau tinggal aku, syue dan ama..macam mane?

Credit: Miss Dilla, Miss Lynn dan Aisyah sebab tido kat Shah Alam! =)

kalau nak cerita time kitorg lalu jalan tu punye la~ Allah sahaja yang tahu hati ku!!

apa2 pun, kami selamat sampai di Shah Alam dengan meredah hujan lebat malam tu, chinese new year eve & valentine eve~

dah sampai bilik, mandi, makan, solat....pastu sambung lagi lepak, tengok gambar sampai 3 pagi dan gelak2!

SUPER DUPER HEVOC LA KAWAN2KU!


-tamat-

Thursday, February 11, 2010

Dah Mula Cuti

- mode sedang bercuti -

yuhuuuuu cuti!!!
13 Februari - 21 Februari 2010



mid sem break dah mula sabtu lepas, tapi aku dah mula cuti jumaat
(xdtg kelas prof..sorry prof...sangat sorry...)



cuti aku di mulakan dengan keluar dengan member yang sangat aku cinta - sangat hevoc 24 jam bersama mereka - sangat tak rasa bersedih pun~ sayang korang!



hari ni ulangtahun ke 3 aku dan zai dalam kalendar cina...LOL~ sangat gembira...




hari ni aku sarapan pagi bersama Nouraisyah, Nur dan Nurul Amalina, Nor Adila, Syuhadah, Khairunnisa kat Kolej Anggerik <-- roti, tuna, soya, pepsi, mirinda oren, Nescafe...


hari ni amik gambar kat sekitar UiTM dengan kawan2 dari UM walaupun kami dari asal yang sama, TUNAZ.



hari ni kawan tersayang kena rush hour balik ke UM sebab ada hal penting, kesian dia...



hari ni lunch dengan Nor Adila, Syuhadah, Nur Amalina, Nouraisyah kat Plaza Alam Sentral <-- Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Blackpepper Ayam, Sirap Bandung, Milo Ais dan...tak ingat lagi satu air apa... <-- sharing is caring, dah lama xrasa makan kongsi2 dengan diorang...



hari ni jalan2 kat SACC dan g MPH, aku baca lagi buku My Favorite Wife by Tony Parsons...suka...nak beli tapi financial ku tak mengizinkan...lepas tu, aku belek2 lagi rak2 kat situ, jumpa lagi buku2 yang menarik dan teringin lagi nak beli, huh- kali ni nak baca buku2 Tony Parsons... <-- tak mampu beli pun xpe, baca sampai abis mcm ko buat kat new moon...hihi =)) tapi still nak beli jugak!



hari ni, aku selamatkan kekasihku dari stress pasal parking kat shah alam, tauk la kitak xkalak nak make moto...<-- weewitttt....aku ke penyelamat??



hari ni aku cakap kat mak ayat keramat ni "Mak, nak kahwin" <-- wah, beraninya aku...



hari ni mak aku cakap "Kahwinlah, mak ayah setuju dengan pilihan awak,tapi..."<-- tiba2
terasa berdebar dan terharu dengan ucapan2 mak...terima kasih mak...



hari ni makan donut & minum Ice Coffee kat Dunkin' Donuts, sementara menunggu Saudara Nasruddin dan Saudari Nadiah untuk dinner bersama2... <-- banyak sangat la caffien hari ni...



hari ni bajet DINNER kami di selamatkan oleh Saudara Nasruddin dan Saudari Nadiah, beruntung aku tunggu lama2 =) <-- Nasi Goreng Student, Air Laici...



hari ni, kekasihku hantar aku kat Kolej...jalan sunyi dan sepi...



hari ni, aku ditemani Didiey yang senasib ngan aku, sorang2 kat kolej...hehe <--tabah ye diey!!



hari ni, aku sangat update blog aku lagi

hari ni, aku bahagia lagi

hari ni, aku masih bernafas lagi

hari ni, aku masih lagi di sayangi...





Hari ini Aku Sayang Semua!!



___ (^,^) ___

Friday, February 5, 2010

Semoga Berbahagia!



Jam sekarang da pukul 12.21 am...

baru start nak tulis entri ni...

harap2 hari ni bakal hari yang bahagia buat keluarga, teman-teman dan juga saya... =))

kenapa ya?

hehe...

sebab 5 Februari setiap tahun merupakan hari lahir orang yang saya amat sayang di dunia ni...

kasih nya tak berbelah bagi, kasih kami tak mungkin terlerai dan saya percaya akan kasih sayang beliau terhadap saya sedari kami kecil lagi...

orang nya ialah...




dia yang selalu buat saya menangis masa kecil sampai sekarang


dia yang selalu lumba basikal dgn saya masa nak pergi mengaji sewaktu saya darjah tiga dan saya accident

dia yang masa kecik x suka gosok gigi

dia yang masa kecik tolong sikatkan rambut saya sampai saya nampak tak comel


dia yang masa kecik2 tidur dengan saya


dia yang selalu buli saya - bagi saya bawa hadiah nya yang banyak di hari anugerah cemerlang pelajar setiap tahun - sangat banyak! dia sapu semua!


dia yang pernah tulis surat pada saya sambil nangis2 masa dia form 1..hahaha


dia kawan kenakalan saya bila sampai part buli adik


dia tempat saya mintak duit


dia yang beza umurnya 2 tahun dari saya


dia yang genius bagi saya


dia yang selalu pujuk saya kalau saya mcm nak nangis


dia yang pandai main alat muzik


dia yang selalu menjaga saya walau di mana saya berada...


dia yang.....



dia yang....hmmm....banyak lagi la~ xmampu nak tulis kat sini, malam ni pun x habis kalau nak ceritakan kebaikan dan kejahatan yang dia pernah buat ke atas saya...



hihi :DD



Ainin Naeem Bin Mohamad,,,

abang, entri ini khas untuk mu!



selamat hari lahir dari kejauhan adinda ucapkan. semoga hidup abg semakin bahagia di samping keluarga dan juga kekasih hati~ semoga murah rezeki, cepat kahwin :D
semoga tercapai segala apa yang abg impikan selama ini...
apa2pun yang terjadi sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi...
bersabarlah...

doakan kejayaan adinda di sini

kirimkan salam pada ayah bonda...

all the best!



I LOVE YOU

sorry, copy dari facebook...haha, my laptop kat iman, all of your photos are there!


kami di McD airport Kuching, thanks iman sebab jadi jurukamera...time ni sedang menggelapkan duit mak sebanyak RM 50... ;p


lalala~ aksi makan kentang goreng~

*finish*


Wednesday, February 3, 2010

DiGi - always the smarter choice

Post kali ni nak komen pasal DiGi dan perkhidmatannya


I've been using DiGi Telecommunication services since the past 8 years

setakat ni, sangatlah berpuas hati dengan perkhidmatan DiGi...walaupun kadang-kadang ada la kekurangannya =))


mula2, ingin aku nyatakan sejarah antara aku dengan DiGi..first time aku beli number DiGi masa aku form 2 dengan harga RM 68 satu sim pack...ala~form 2 jer...masa tu kongsi lagi handphone dgn mak aku~ hahaha...mana boleh guna selalu, tapi aku biasanya akan berjaya menggunakan handphone dan line DiGi tersebut untuk calling2 dgn my friends, boyfriends and segala friends yang aku ada. Masa tu kan kalau nak top up minimun pun RM5o, percayalah bapak aku top up seminggu dalam RM100...hanya untuk topup kan handphone aku dan mak...ampun wahai bapak! sekarang ni, aku ada buat kerja sambilan - sambil2 aku study , selalu topup kan untuk ibubapa <-- rasa bersalah dulu selalu pau mereka.. ;pp lepas tu, masa aku form 5, mak aku hadiahkan aku number DiGi yang berharga RM9.90. Sim pack ni kira sim pack yang pertama kali di jual dengan harga semurah tu di pasaran at that time, yang aku tau, kat kedai tu, aku adalah antara pembeli yang terawal untuk simpack yang harga tu...harga simpack semurah itu pun belum ramai yang tahu, beberapa hari lepas tu barulah aku nampak iklan2 terpapar di sekitar kawasan kediaman dan juga iklan2 di media massa...sebenarnya, number tu aku pakai sampai sekarang ni sebab banyak value tau...antaranya:
  • mak aku yang hadiahkan..bukan sebab birthday,sebab maybe dia dah tak tahan nak share handphone ngan aku kot..kah2..haha~ mak aku cakap, dia janji nak belikan aku number birthday aku, since aku dah tak sabar, mak aku belikan jugak number tu, sebab itu yang paling dekat dengan 2105...haha~ mak pernah pesan,jangan buang number tu, mak bagi...aku rasa macam pernah nak buang je number ni sebab aku nak guna number yang sama macam kawan aku (aku kena ada satu number je buat masa ni)...tapi bila tengok situasi dan keadaan, tak rela aku mengorbankan pemberian daripada ibunda terchenta hanya untuk seorang kawan...CINTA MAK!
  • number ni sama lebih kurang dengan number my dearest bakal suami, masa kami mula2 kenal dulu, walaupun dia guna Celcom...hihi~ tapi aku takkan lupa kejadian dia bagi number kat aku, bukan nak mintak number aku..padahal dia yang sedang mengorat ye..!! haha~ terkejut i tengok number hampir serupa - ada jodohhh!!!
  • ramai yang tahu aku guna number ni..wink2

itulah serba sedikit sejarahnya...

problem aku dgn digi ialah, masa mula2 guna plan DiGi Campus...banyaklah masalah diorang, habis kredit aku..walaupun x caj after RM1 total of daily usage...tapi kena deduct jugak kredit aku...aku ni jenis yang cepat naik angin kalau pasal $$$ aku kena potong! almost everyday aku call customer service dan menyatakan rasa tak puas hati dengan khidmat diorg...tapi nak puji satu benda lah..so far, tak pernah ada masalah dengan cutomer service diorg...they are all nice! aku dapat balik kredit aku RM puluh2 jugaklah selepas problem selesai...thanks DiGi!!

sekarang ni, dengan bangganya, aku adalah pelanggan DiGi Internet - Broadband, berkuatkuasa 19 Januari 2010!

komen tentang digi broadband:
  • Puas Hati beb!! HSDPA data service up to 3.6Mbps...yang aku selalu dapat...paling x best pun guna EDGE la data service up to 236.8kbps... nice =))
  • Murah, lagi2 untuk student macam aku ni,monthly RM58...untuk permulaan, bayar RM100 untuk dapatkan internet access + modem...xpayah bayar untuk bulan pertama sebab dah bayar RM100 tu, daripada jumlah yang dibayar untuk permulaan tadi akan di tolak RM58 jadi baki ada lagi RM42 untuk bulan kedua, since ada lagi RM16 tak cukup nak bayar untuk bulan kedua, bayar RM16 jer la..bulan ketiga baru start bayar RM58...kalau nak bayar lebih pun tak apa sebab baki tu, akan di simpan untuk bulan yang seterusnya..mudah kan...
  • yang paling best dan tengah hot di hatiku ialah~~ saat aku melayari website DiGi dan menjumpai ini....



DiGi Internet is coming soon to Ipoh and Kuching...highlight Kuching because its my hometown bebeh!! yeahhhh!!

Nanti kalau dah stabil ekonomi aku, nak guna DiGi postpaid sebab my classmate yang guna service tu cakap tak pernah ada masalah dengan DiGi~ nanti kita try ye sayang~ tapi sekarang ni tengah tunggu habis study sebab after May 2011 aku dah tak guna plan DiGi campus sebab, insyaAllah kalau tak ada aral melintang masa tu dah grad.. :) ada plan lain untuk bekas pengguna DiGi campus plan...tak tau lah apa..kita tunggu dan lihat je sebab, aku adalah dalam kalangan pelajar yang terawal menggunakan plan DiGi campus, dah register awal2 masa plan ni baru di perkenalkan... :)

Harap2 suatu hari nanti boleh dapat anugerah pengguna setia sebagai penghargaan dari DiGi Telecommunication.. :DD



*DiGi always a smarter choice*

Tuesday, February 2, 2010

Kasih Teragung

Dedicated to: Pn Hasiah Bt Ahmad & Pn Dyg Zaidah Bt Abg Narawi


She used to be my only enemy and never let me be free
Catching me in places that I knew I shouldn't be
Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama I love you...Mama I care
Mama I love you... Mama my friend...You're my friend
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now
Every little thing you said and did was right for me
I had a lot of to think about,about the way I used to be
Never had a sense of my responsibility
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes, all that you did was love
Mama, I love you... Mama, I care
Mama, I love you... Mama ,my friend. You're my friend...
But now I'm sure I know why,
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All I can give you is love is love
Mama I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama, my friend,You're my friend
Mama, I love you, Mama ,I care
Mama, I love you, Mama, my friend, You're my friend

- Mama, Spice Girls -



KISAH 1


Tak tertahan airmata saat mendengar lagu ini - betul-betul menghayati lirik...
Bila di imbas balik, aku anak yang sangat nakal... gaduh dengan mak rutin harian aku sepanjang aku berumur 13 tahun sampai lah, aku kat sini - rasa sangat susah, rasa sangat perlukan mak, sampai termimpi - mimpi wajah mak...

Dulu..

aku sangat melawan cakap mak, tak suka tengok muka mak pun...
setiap patah perkataan nya aku tak pernah iya kan..
kalau tak melawan dengan perkataan, masam muka la jawabnya..
aku bukan baik sangat pun...
sampai satu hari aku lari dari rumah...
dan apabila aku pulang ke rumah, aku cari mak..tengok dia menangis,mengalirkan airmata...
saat tu aku tahu aku sangat berdosa, aku minta ampun dan mak kata aku tak pernah berdosa padanya...
mulianya hatimu...
lepas hari tu, aku macam biasa sahaja - buat lagi kerja jahat...
tak layan mak...aku pentingkan kawan, sehinggakan...
aku tinggikan suara dengan mak atas alasan, mak selalu kongkong hidup aku...bodohnya aku...


dan sekarang...

perasaanku,


YA ALLAH, bahagiakan dia yang berkorban kehidupan untuk kami berlima...
YA ALLAH, selamatkanlah kami dari segala malapetaka dan akibat dari dosa-dosa kami agar senang hatinya...
YA ALLAH, permudahkanlah hidup kami kerana kami tahu, itulah doa ibu ku di setiap degupan jantungnya, setiap aliran darah nya...
YA ALLAH, ampunkan kami...

mak, ampuni aku!

kini, mak jadi sahabat baik aku, bukan sekadar seorang mak...
mak restu hubungan cinta aku, walau pada mulanya mak sangat tak suka iman...
mak kata kata jangan main-main dengan cinta, bahaya...
tapi aku degil, kali ni degil yang berhemah sebab aku benar-benar mencari bahagia...
hati tak tertahan nak bercinta...
aku gagahkan diri dan kata kat mak "i really love him,please..." dengan tak malu nya (",) hihi~
akhirnya...mak akur juga permintaan aku, benarkan aku bercinta...
tapi kalau sakit, mak ada di sini untuk ubatkan sakitnya...
terima kasih mak...
mak sungguh baik hati...



KISAH 2


aku tak panggil mak aku mama, but my boyfriend does...

tak tau la mula macam mana...
hurm...

aku tau iman sayang mama, siapa tak sayang mama?
serba sedikit, aku tahu hati iman walau tak sehebat mama...

dulu, mula-mula kami kenal...
dia tak banyak bercerita tentang family dia...
tiba-tiba pada suatu hari...
bercerita tentang mama dia...
aku masih ingat lagi...dialog kami...


iman: syg, you tau, i sangat sayang mama i

aku : semua org sayang mak...so?

iman: i nak you sayang mak i, macam you sayang mak you...

aku: hmm...

iman: kalau you tak sayang mak i, i takkan anggap i kenal u...



lebih kurang macam tu la bunyinya...wow! sungguh~ masa tu, aku sangat terkejut...sebelum tu, memang tak pernah sentuh tentang family...aku pun macam budak kurang ajar jugak la~ tak pernah tanya pun pasal family dia...huhu



itu dulu,
sekarang...


aku sayang mama macam iman sayang mama...macam his sisters sayang mama...

i wish i can call you mama~
i wish i can sit next to you and laugh with you~
i wish i can wipe your tears~
i wish i can look into your eyes and tell you that i really love you~
i wish i can really kiss you like i kiss my mak~
i wish i can cry on your shoulder and
say this to you this: mama, what should i do?
i wish i can share your happiness and sadness...
finally thanked you for the best gift in the world 'ZAIFADZIMAN ZAKRIN'...the person that i truly love.


aku tahu sekarang mama sedang bersedih, atas apa yang berlaku...
tapi, percayalah...semua nya bakal berakhir tak lama lagi...
kami sedang menjalani hidup ini, terima kasih atas kepercayaan yang mama berikan...
ampuni kami mama, segala dosa kami~
kami melukai mama...
kami tahu...
kami sedar...
maafkan kami...

Mak & Mama: Kami masih muda, masih banya perlu di cari, banayak perlu dipelajari, bimbing kami~
Harap - harap mak & mama baca entri ni, agar mak dan mama tahu hati ini...



















reconstructing everything


~muka mcm org mabuk~


wah~ aku dah ada blog baru...
taniah untuk aku


best kan, kalau hidup ni kita boleh buat macam ni...
nak mulakan hidup baru tak semudah membuat blog baru...
hidup ini...sangat susah untuk di renew, bukan tak boleh...tapi ia bukannya satu perkara yang mudah...

kita ada sejarah - sejarah hidup masing-masing yang tak mungkin terpadam, hidup tak seperti komputer, boleh di format kalau dah ada virus...dan sebaliknya, hidup tak boleh nak format balik, sebab hanya kita saja yang tahu sebenarnya, jauh di pedalaman hati sana memang tak boleh nak lupa pun, kalau click balik kat link tu, confirm ingat balik, orang hilang ingatan pun boleh sembuh, orang nyanyuk kadang-kadang boleh tersedar, apatah lagi manusia yang normal seperti kita...

saya nak mulakan episod baru dalam hidup saya...
dasarnya, nak menjadi yang lebih baik dan matang, a preparation for a better life actually...
sungguh, saya manusia biasa yang mudah lupa (byk mkn semut kew?~ ;p)
saya berusaha untuk menjadi penulis yang berwibawa pada masa hadapan kerana saya sedar saya merupakan generasi yang penting dalam negara Malaysia tercinta ni...lalala~

saya tak nak sia-siakan masa muda saya...saya harus bersyukur kerana saya sedar saya sedang melalui masa muda, ada orang tak sedar bila dia muda...sebab, usia tak menentukan kehidupannya dan usaha untuk hidup mengaburi fikiran, sampai tak sedar bila masa muda...


*cintakan agama,cintakan keluarga, bangsa, cintakan negara, cintakan budaya*


-baru kau tahu, sebenarnya kau tahu menghargai diri-