Terasa macam menyesal sebab dulu tak mingle with others. Seriously. Dulu, jadi sangat reserve just untuk jaga hati orang. Bercinta memang buat kita jadi buta. Terasa sangat penyesalan sebab dulu tak kawan sangat dengan classmate, jadi tak ada la rasa zaman stydu group dengan classmate. Lepas tu, I didn't go out with them. Aku buat diri sendiri nampak macam sombong. Kalau dulu kawan dengan diorang I would definitely dah rasa hang out dengan kawan-kawan and my life must have been fun. I lost my teenage life just like that. I was an idiot. Maaflah, saya bukan saya yang dulu lagi. Saya nak kembali jadi diri saya sendiri. I just love attention and mingle with others. Saya nak sambung study and join program Graduate Training Program tu. I need to make more friends and find new faces. Beware, I'm back!
p/s: banyak benda nak update tapi sikit masa juga nak update. dalam beberapa hari kebelakangan ni, banyak benda dah mengubah aku.
Life is unpredictable, yet we still live it and that's make life is the greatest story ever. we can't predict the whole story, but we can certainly plan our life. And mine are wonderful one and I am sure that I'm thankful for living my life.
Thursday, April 28, 2011
Thursday, April 21, 2011
Gembira dengan kehidupan sendiri adalah polisi yang seronok
Minggu depan dah nak kena present. So I decide nak jumpa lecturer on Monday untuk buat report, check balik so that I can do some correction If I need to. Kadang-kadang tu terasa juga kesengalan bila presentation ni ditangguhkan. Iyalah, masa praktikal dulu aku dah start buat report. Ingatkan semangat masa praktikal tu aku bawa ke sesi pembentangan tu tapi sekarang semangat telah berterbangan seperti masa. Adoyai. Takpelah. Sila happy juga.
Sekarang ni, aku jadi manusia yang semakin produktif. Kamu tahu kenapa? Walaupun aku tidak bekerja sambilan, tiada final exams yang mendesak aku untuk mentelaah nota dan buku, malah melihat report juga sudah tak lalu. Haish. Maka aku sangat produktif dalam bidang berfoya-foya. HAHA. Sekarang aku adalah:
- Facebooker tegar. Sehinggakan kalau ditinggalkan 2 jam facebook, sudah ada berpuluh-puluh notfications. Oleh yang demikian~ sangat tegar. Ada sahaja yang aku nak comment, menyibuk.
- Berusaha untuk menjadi orang yang main DotA. Makanya, apabila orang-orang pro sudah labelkan aku sebagai OK LA SAMBIL SENYUM-SENYUM tu aku memang dah terasa appreciated. Rasa macam mahu main lagi, rasa mahu pergi tournament sekarang juga. Hyperbola.
- Girlfriend sepenuh masa. Apa korang ingat ada surirumah sepenuh masa sahaja? Tidak. Girlfriend sepenuh masa adalah kerjaya aku masa ini. So, boyfriend akan merasa gelombang turun naik secara mendadak sebab, girlfriend ada banyak masa untuk fikirkan boyfriend. PMS atau tidak, it's unpredictable. Beware! Dulu, ada alasan. '' Sorry, tak boleh nak jawab call saya kat office''. Sekarang ni sentiasa ada masa nak jawab call. Ceh.
- Menjadi pembonceng setia Jackie. Saya sayang Jackie sepenuh hati. Tapi, Jackie ada jerawat dah sekarang. :'(
- Sawan bila diajak main DotA. Malam tadi aku try pakai Axe. Aku tahu aku noob. Tapi aku nak cuba guna hero strength. Setakat ini, menggunakan ES adalah sangat memberansangkan jiwa.Mari menjadi ganas! Saya ada cita-cita mahu pwn boyfriend saya 50 kali.
- Menjadi sekakan-akan sawan bila bercerita tentang kisah lalu zaman 14tahun yang baru nak manis dengan kakak roommate. :))
- Since aku kan Astro, ada siaran ulangan, maka aku tengok balik How I Met Your Mother from season first sampai sixth. Makanya, aku ulang ayat diorang dan gelak-gelak sakan pun berulang-ulang kali. HAHA. Teringat dekat abang sulung aku yang menjebakkan aku ke dalam kancah menonton cerita begini.
- Jadi perindu yang tabah. Mana tak tabahnya, Saban hari melihat wajah-wajah keluarga dan anak buah yang comel terasa mahu saja mengalirkan air mata mengalir membasahi pipi Namun aku tidak menangis. Mahu jadi mak orang kena tabah. Bukankah begitu? Sebab tu lah, aku main DotA secara habis-habisan untuk menjadi tabah. Nampak tak?
Ok, di Shah Alam. Cuaca panas terik sehinggakan menghasilkan keringat seperti orang yang membajak di sawah padi. Mandi berkali-kali adalah amat digalakkan. Minum plain water banyak-banyak adalah wajib. Sekarang ni nak prevent bibir merekah. Saya nak sejukkan badan. Babai peeps :)
Tuesday, April 19, 2011
Rindu
Tiba-tiba terasa nak update blog. Saya happy sebab log in blog dan seterusnya update blog. Saya ni bukan lah blogger tegar. Tak ada banyak masa untuk blogging walaupun sebenarnya saya memang suka blogging. :)
Well guys, saya sekarang sedang berada di Shah Alam, bandaraya tempat saya menuntut ilmu, memperjuang azam dan semangat saya tiga tahun lepas. Tekad nak datang sini memang menakjubkan. Bila saya imbas balik semuanya, barulah saya sedar saya datang sini bukan senang. Dulu, saya tak fikir susah. Saya fikir senang je. Saya fikir yang baik-baik saja. Tanpa saya sedari, rupa-rupanya saya hidup susah. Alhamdulillah, saya bersyukur.
Masa mula-mula dulu, saya datang dengan duit yang tak berapa nak cukup untuk datang. Datang seorang diri tanpa ahli keluarga disisi. Register masuk universiti semua sendiri. Sudahlah tidak pernah jejak kaki ke Shah Alam, memang bila ingat balik masa tu, memang penat, memang sedih. Tapi, saya tak pernah nangis sebab semua benda ni. Saya tahu, ini yang saya nak...jadi kena bersabar. Ini pilihan saya, maknanya saya sanggup lakukan apa sahaja. Saya nak saya maju, saya nak saya jadi orang yang intelek. Sebab tu la semuanya saya kena explore sendiri. Kehidupan memang totally different. Iyalah, slang nak cakap pun berbeza. Saya kena sesuaikan diri. Saya kena pandai cari kawan, cakap dengan orang. Saya kena buat sendiri, berdikari.
Saya bersyukur saya tak dapat scholarship. Saya rasa hidup susah. Saya pernah rasa makan nasi putih, telur mata satu dengan sup kosong je untuk makan. Itu pun share dengan roommate. Kos makan RM1.50 je sehari punyalah nak jimat masa tu. Makan tu untuk satu hari. Makan time petang lah. Kalau tengahari malam karang lapar pulak. Itu kenangan pahit yang sebenarnya manis bagi saya. Teringat kata kakak kat office masa praktikal, Nanti kau akan wonder macam mana boleh hidup dengan duit yang banyak tu je. Hehe~ That's true. :)
Saya tak dapat scholarship sebab saya tak dapat result yang gempak masa kat sekolah. Saya sedih bila fikir macam tu, kalau dulu study tahap dewa memang boleh dapat scholarship macam orang pandai-pandai yang lain. Tapi bila fikir balik tak ada maknanya nak bersedih dan yang paling best saya tak pernah salahkan diri saya...HAHA. Sebabnya, everything happen for a reason. Saya ni kuat semangat orangnya. Saya tabahkan diri, ingatkan diri tujuan datang sini. Alhamdulillah, sikap degil dan pemaksa saya ni saya gunakan sehabis baik untuk assert myself.. Kalau saya nak benda tu, memang saya akan strive untuk dapatkan. Saya lawan apa saja masalah yang mendatang.
Shah Alam memang manis bagi saya. Kadang-kadang saya lebih selesa berada disini walaupun Kuching memang sentiasa dihati.Saya boleh jamin, saya jarang homesick. Jarang sangat. Sebab bagi saya rindu itu indah...Sekarang ni tengah rindu Kuching, rindu ibubapa, rindu adik beradik, rindu pada kekasih hati, rindu kawan-kawan, rindu semuanya. Saya rindu masa praktikal. Pendek kata, rindulah. Memang rindu sangat-sangat.
Ya Allah~
aku rindu pada semua.
Aku bersyukur dengan apa yang telah engkau berikan.
Kau jadikan aku sempurna fizikal, tiada cacat celanya
Kau ciptakan aku sebagai wanita
Kau berikan aku segala yang seorang manusia perlukan
Kau berikan aku kasih dan sayangMu padaku
Kau berikan aku orang disekelilingku untuk aku kena erti cinta,
Ya Allah~
Kau berkatilah hidup kami
Alhamdulillah.
Tuesday, April 12, 2011
Mi Sapi Haji Salleh
Seminggu sebelum terbang ke Kuala Lumpur, abang kandung aku telah menunaikan hasrat dalam my WISHES. Kami makan mi sapi haji salleh kat satok. Fuhh~ sedappp. memang tiada tandingan. Itu namanya favorite. Ayahanda memang suka makan kat sini. So, saya telah pun di latih untuk makan mi sapi kat satok ni sedari kecil lagi. :)
Dalam entri ku yang lepas yang bertajuk Bila ada rasa nak makan mee kolok, aku telah menceritakan tentang keinginan untuk makan mee kolok. Hari tu nak bubuh gambar, tapi macam takde gambar yang memuaskan hati kat google, semuanya macam aku tak nak...
Ini gambar mi sapi yang telah habis ku makan, lalu buat hati ku senang. tapi cili tu memang pedas. Aku amik sikit je sebab, tak lengkap tak makan dengan cili tu. :D
Ini set lengkap mi sapi, nak makan ni kena ada semua ni. I tell you, mi sapi ni sangat amazing. Sebab, walaupun aku tak suka makan makanan yang pedas-pedas, tapi ada pengecualian untuk mi sapi. Biar pun tak tahan pedas, berpeluh, bibir dah rasa tebal...nak jugak proceed makan. Kalau boleh, dua mangkuk aku bedal. Kesedapannya memang tak terkata. tak boleh nak describe lagi macam mana. Korang kena datang sini makan kat sini juga.
Mi sapi ni aku tak faham. Persoalan yang dari dulu lagi aku tak pernah dapat jawapan~ Apa beza Mi sapi dengan Mi kolok? Ada sesiapa yang boleh tolong explainkan untuk aku? Aku tak faham. Dari dulu sampai sekarang... So, rakan-rakan orang semenanjung malaysia, jangan tanya aku. aku tak tau... ( ^_^)''
Yang aku tau, aku boleh sebut satu-satu ingredient yang tersurat dalam mangkuk mi ni.
- Mi macam mi kolok yang aku tak tau mana nak beli
- Hirisan daging yang telah di sup
- Tauge
- Camcai (sejenis makanan yang masin rasanya)
- Cili padi yang sedap walaupun pedas ku tahan jua
- Sup yang sedap lama direneh
Cara-cara memasak tu, sumpah memang tak reti masak benda ni. Tak pernah buat, tak pernah tengok orang buat pun. Macam mana nak pandai?
Gambar ini bukan gambar hiasan, tapi memang sengaja nak upload. sangat excited bila dapat makan mi Sapi kat sini. Lain kali, kalau datang Sarawak singgah sini ye kawan-kawan... Kalau korang tanya pun akan ku rekomen dekat sini. Best sangat, walaupun mahal sikit tapi worth memakannya. Korang akan merasa happy. satu lagi, aku nak belajar masak benda ni one day. Dengar-dengar payah sikit...tapi tak apa. Aku cuba, :)
Labels:
activities,
fun,
lovely siblings,
makanan,
my trusted brand,
sarawak
Wednesday, April 6, 2011
Jangan dulu
Kenapa mahu fikirkan soal pernikahan sekarang? Padahal kalau kamu berfikir hanya buat kepala kamu sakit. Jadi jangan fikirkan soal nikah kalau belum benar-benar mahu bernikah. Rasa macam mahu saja aku pecahkan kepala kerana asyik berfikir soal hendak nikah sahaja. Padahal kamu tahu nikah itu masih jauh lagi mahu menghampiri kamu. Lebih baik jangan fikir. Sekarang masa untuk fikir kerjaya. Biar kau punya wang. Biar kau punya segala yang kau mahu. Bergembira bersama teman-teman. Itulah baru dinamakan hidup semahunya. Allah disisimu. Jangan fikir dulu soal nikah. Jangan dulu. Kamu harus halang diri kamu. Kalau kamu selalu berfikir, dan kenyataannya kau seorang sahaja yang berfikir. orang lain tak ambil peduli..lebih baik jangan. Hanya akan membinasakan diri. Menyakitkan hati. Memusnahkan jiwa. Lebih baik fikir bagaimana sekarang berbanding berfikir masa hadapan. Maaflah, aku sudah kecewa. Malas nak ucapkan kata-kata cinta.
Saturday, April 2, 2011
Akademi Fantasia 9
Wow, Malaysian popular reality TV show is back! Here's few things that I would like to share about AF9.
That's all for now. Enjoy peeps. ^^
p/s: what the heck is everything is 1. ? whatever lah.
- AFUNDI is back, Malaysian!!!
- Aznil Hj Nawawi, Malaysian top host is coming back on stage. That's good story and oh please...can we have another AF10 with Aznil? :D
- The speculation of who's going to be the AF9 principal is over. AF9 have made the right decision when the students will have the legendary Amy Search this season, not Ahmad Dhani, but if its Ahmad Dhani that great too. Things happen for pros and cons behind :)
- Why on earth that AF9 starts in April?? T__T
- This would be the final season of AF
- Sarawakian is there. Please makes Sarawakian proud Amir! :)
- Nera & Afif is cute. lol
- Miza looks interesting!
- I like Sabahan girl, Lena. Haha. She look g-e-d-i-k, like Marsha but i like it. :)
- I write this post during the Tirai AF live on Astro Ria, channel 104.
That's all for now. Enjoy peeps. ^^
p/s: what the heck is everything is 1. ? whatever lah.
Friday, April 1, 2011
Messiness
Saya tengah berusaha membuat report untuk internship sehabis baik sekarang.Kerja-kerja di office pon sudah semakin berkurangan. Maka, saya membusy kan diri dengan persiapan untuk submit report dan presentation nanti.
Penat juga lah rasa nak buat report sehinggakan saya tak tahu buat penulisan akademik atau buat laporan latihan industri lagi penat. Sama la tu kot. Tapi, bezanya sekarang, saya buat lebih awal tanpa bantuan sesiapapun. Saya happy tau buat macam ni. Tak susahkan sesiapapun. Biarlah saya berdiri sendiri. Hanya Allah SWT saja yang tahu hati saya, saya bersandar sepenuh hati saya kepada-Nya. Well peeps, saya tak sangka pengajian untuk dapatkan degree ni dah sampai ke penghujungnya. Minggu depan saya tamat internship. :)
Sepanjang persiapan nak siapkan report, saya punya meja...sangat disorganize. They are all messy! HAHA. saya memang macam ni. Nampak messy sebab saya rasa messy tu gempak. HAHA. Messy tu memang menggambarkan saya sebenarnya, Kalau saya tengah buat kerja memang tempat saya messy dengan kertas disana sini. saya pon tak paham. Jelouslah pulak dengan gadis-gadis kemas yang lain Y____Y. You all, saya tak pengemas tapi saya comel, kerana diriku berharga. But, I will certainly clean everything up after this. Saya jenis yang kalau nak tinggalkan sesuatu, saya akan make sure kemas dulu. Itu perangai emak saya. Maybe dah terbiasa kot. Tapi kadang-kadang tu ada jugalah tak diikut ajaran emak.
Tengoklah, dengan files, papers, lotion, tissue and my spectacles nampak sedang beramah mesra. Btw, lotion saya dah nak habis. Yang botol besar dekat rumah pon dah habis. Bila nak g shopping ni eh?Well, I love my spectacle. Tapi sayangnya, dah nampak tanda-tanda saya harus mentukarnya. Sudah senget. Sudah tak mampu menampung power mata yang semakin menaik seolah-olah menambah serbuk penaik kat mata ni. Stok tissue pon dah kehabisan. Toner, pencuci muka, ubat gigi...eh, sudahlah tu. Ini bukan entri nak beli shopping barang apa hujung minggu ni.
Ok, seperti yang anda boleh lihat di atas adalah MY STICKY NOTE. Ianya sangat banyak. Seperti kerja juga nampak banyak. Kan? Semua pun nak kena remind. Padahal kerja tak seperti diremind pun. Anda boleh panggil saya gadis nota berpelekat sekarang.Y___Y
Ini botol air. it keeps me hydrated. Hari ini dah dua kali refill botol air walaupun sepatutnya tiga kali. Itu pun dikira kejayaan juga kan? Kena minum banyak plain water kalau duduk dalam aircond ni. aircond ni pula bukan calang-calang aircond. Rasanya maybe dalam -2 darjah selsius agaknya. Sejuk, memang tak boleh lawan. Kalau on dua hari tak tutup maunya turun salji. Sebab sejuknya melampau macam ayat aku.
Ini pula, contact address Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Saya letak kat workstation sebab cadang nak call diorang nak tanya pasal Program MyMaster. Konon-konon nak further Master lah kan sebab melepaasi semua syarat. HAHA. InsyaAllah, tapi bila fikir dua,tiga, empat, enam,sembilan kali macam tak apa lah, kerja dulu, baru sambung Master. Nantilah, kalau ada rezeki, adalah. Betul tak? :)
Ini lappy, lappy darling Zakrin punya sebab, lappy saya dekat beliau sedang sakit tenat nampaknya. He is my computer genius. I miss you, eh, tiba-tiba. ;p
This is my Mini Dictionary. Senang nak bawa kemana-mana pon. Walaupun sekarang ni dah ada kamus elektronik, saya prefer guna kamus ni sebab lebih senang, mudah, best. Sudahlah best, murah pula tu, kalau kehilangan boleh beri yang baru dengan senang hati. Jimat kos. Ilmu pun lebih banyak dapat. Saya jenis orang yang bawa buku kemana saya pergi. Tak kiralah novel, magazine atau kamus ini. Yang pentingnya, bahan bacaan. I wish and I'm gonna build my own personal library in my house nanti. Saya nak latih anak-anak saya membaca, just like what my father has trained me since I was young. Saya dah boleh baca before saya 5years old kot. Tak sure, would ask my parents later. ;p
Messy, bukankah? |
This is the larger view of my workstation. HAHA. Tapi, tak apalah pun, asalkan bukan benda-benda basah yang bersepah. Kalau makanan, kulit pisang tu takkan lah kita nak sepahkan dia jadi serupa ini kan. Itu pengotor namanya. Saya pun tak nak maafkan diri saya sendiri. HAHA. :)
By the way, saya sudah membaharukan blog saya. Tapi saya tak nak remove blog is under construction tu sebab ada orang cakap gambar tu nampak ikhlas. HAHA. Apakah anda juga melihat nya sebegitu rupa?
Jujur
Sejujurnya lah kan~ saya memang tak suka rupa bentuk blog nih. Nak kena buat balik segala benda.
Daaaa~ :)
Daaaa~ :)
Something Useful in life!
HOW TO IMPROVE YOUR WRITING SKILLS!
Read and it doesn't cost you a cent.
Step 1 : Read
Step 2 : Know the Rules
Run-on sentences
- Run-on sentences occur when two independent clauses either have no punctuation between them, or are connected by a comma (the latter is also called a "comma splice").
- Example: Eric got tired of his striped shirt he sold it on eBay.
- One way to correct this sentence is to use a period to separate the clauses: Eric got tired of his striped shirt. He sold it on eBay.
Who vs. Whom
Step 3 : Prepare
Eliminate distractions
Know your audience
Determine the thesis
Make an outline
Step 4 : Keep It Simple
Clear Language
Shorter is Better
Avoid wordiness
- Writers who are uncertain of their subject often overcompensate by writing too much.
- If you are not confident about your subject, perhaps you need to do more research before sitting down to write.
Step 5 : Use Active Voice
- Writing in active voice, rather than passive voice adds force and clarity to your work. Active voice means that the subject of the sentence performs the action specified by the verb, rather than the subject being acted upon.
Step 6 : Use Strong Verbs
Step 7 : Avoid Redundancy and Repetition
Step 8 : Make Your Writing Flow
Use transitions
Vary sentence structure
Step 9 : Write Vividly
Step 10 : Avoid Cliché
- Using clichés, overused metaphors and familiar phrases reveals a lack of creativity. Try to think of something more inspired to put in their place.
- Beware of these:
- Actions speak louder than words.
- That's water under the bridge.
- Stop and smell the roses.
- The lion's share.
- Thinking outside of the box.
- You're walking on thin ice.
- It's raining cats and dogs.
Step 11 : Review and Revise
Come back to it later
Be hard on yourself
Read it out loud
Have someone else read it
Proofread your work
Step 12 : Write Whenever You Can.
Subscribe to:
Posts (Atom)