Pages

Thursday, March 31, 2011

Macam ni lah kalau duduk sorang-sorang kat rumah

Macam ni lah kalau duduk sorang-sorang kat rumah. Rumah kecik pon jadi besar sebab sudahlah tak cukup berat, tak cukup tinggi pulak tuh. saya ni boleh dianggap makhluk kecik-kecik cili api kalau ayah buat sambal belacan guna cili api yang kecik 11 bijik confirm tak tahan. Tengok? macam ni la kalau duduk sorang-sorang kat rumah. Macam ni lah. Bercakap kepada diri sendiri sahaja.

Dari tadi saya asyik pandang laptop, online, facebook, blog, twitter, pastu pandang je file report internship yang saya harus update saban hari. Lepas tu laptop, facebook, blog, twitter pandang saya semacam je. Dalam hati saya kata, korang ni apsal? tak puas hati dengan aku ke? Yelah, yelah..jap agi aku sambung buat report. Y____Y

Walaubagaimanapun, Nasib adalah baik kerana saya telah mendisiplinkan diri untuk update log book setiap hari selepas jam bekerja. So, after 5pm tu, memang kerja saya update log book. Kalau ada kerja lain seperti tolong kakak-kakak di office, balik awal dan update blog. Log book kena hold dulu. Esok baru sambung, kadang-kadang minggu depan baru sambung.

Macam seperti tak ada apa nak buat di rumah kalau sorang-sorang, pergerakan juga terbatas. Nak melakukan aktiviti memasak juga bosan, tidak berteman. Makanan nanti habis dibuang. Membazir je. Tahap kebosanan saya ni dah sampai tahap gaban. tv bosan. jangan suggest saya tengok tv. Sebab, saya tak nak terserempak dengan iklan cerita hantu, mistik dan sewaktu dengannya. Dah la duduk sorang-sorang kat rumah. Gila nak tengok cerita hantu. Hantu Kak Limah pon saya tak nak tengok walaupun kelakar. Tak nak, tak nak... Hish. Nak buat apa ya?


***********intermission***************

Eh, kenapa ada intermission pulak nih? Aku tengoh baca skrip cerita hidustan kah? 

Akhirnya, saya main solitaire sehingga saya tertidur malam tadi. update blog pon tak samapai ke penghujungnya. sekarang ni saya kat office~ Cepat nya tidur. Encik boyfriend sms pun saya tak sedar. Haish.

Sekarang boleh nampak tak macam ni la bila sorang-sorang kat rumah?

Sekian terima kasih. Saya nak publish entri ni sekarang. 

2 comments:

Ezzah Memo said...

kmk gk terkial-kial molah repot dalam BI. heheh. log book in BM. hehehe. update selalu. jerak update aher2. lupak apa yg dah dpolah. :)

Eynee said...

aok. mena ya. mun lamabat update lupak apa dah dipolah...mun kitak malas. catat isi penting. lak baruk isik log book.:)