Pages

Thursday, March 31, 2011

Macam ni lah kalau duduk sorang-sorang kat rumah

Macam ni lah kalau duduk sorang-sorang kat rumah. Rumah kecik pon jadi besar sebab sudahlah tak cukup berat, tak cukup tinggi pulak tuh. saya ni boleh dianggap makhluk kecik-kecik cili api kalau ayah buat sambal belacan guna cili api yang kecik 11 bijik confirm tak tahan. Tengok? macam ni la kalau duduk sorang-sorang kat rumah. Macam ni lah. Bercakap kepada diri sendiri sahaja.

Dari tadi saya asyik pandang laptop, online, facebook, blog, twitter, pastu pandang je file report internship yang saya harus update saban hari. Lepas tu laptop, facebook, blog, twitter pandang saya semacam je. Dalam hati saya kata, korang ni apsal? tak puas hati dengan aku ke? Yelah, yelah..jap agi aku sambung buat report. Y____Y

Walaubagaimanapun, Nasib adalah baik kerana saya telah mendisiplinkan diri untuk update log book setiap hari selepas jam bekerja. So, after 5pm tu, memang kerja saya update log book. Kalau ada kerja lain seperti tolong kakak-kakak di office, balik awal dan update blog. Log book kena hold dulu. Esok baru sambung, kadang-kadang minggu depan baru sambung.

Macam seperti tak ada apa nak buat di rumah kalau sorang-sorang, pergerakan juga terbatas. Nak melakukan aktiviti memasak juga bosan, tidak berteman. Makanan nanti habis dibuang. Membazir je. Tahap kebosanan saya ni dah sampai tahap gaban. tv bosan. jangan suggest saya tengok tv. Sebab, saya tak nak terserempak dengan iklan cerita hantu, mistik dan sewaktu dengannya. Dah la duduk sorang-sorang kat rumah. Gila nak tengok cerita hantu. Hantu Kak Limah pon saya tak nak tengok walaupun kelakar. Tak nak, tak nak... Hish. Nak buat apa ya?


***********intermission***************

Eh, kenapa ada intermission pulak nih? Aku tengoh baca skrip cerita hidustan kah? 

Akhirnya, saya main solitaire sehingga saya tertidur malam tadi. update blog pon tak samapai ke penghujungnya. sekarang ni saya kat office~ Cepat nya tidur. Encik boyfriend sms pun saya tak sedar. Haish.

Sekarang boleh nampak tak macam ni la bila sorang-sorang kat rumah?

Sekian terima kasih. Saya nak publish entri ni sekarang. 

Tuesday, March 29, 2011

Things that we might see but we could not see

We might see that people are rich,
We could not see that we are richer than them, in some ways.

We might see that people live the easy life,
We could not see that we live a life that somehow better than these people.

We might see people are proud to be what they are,
We could not see that how we are better than that.

There is part of you that thou cannot see, yet another people gabbing all the way about the things they see on you. Try to imagine something that are fortuitous enough to be on you; that are always by your side and you could never be as good as you see others. Life is half full of  infelicity yet it is half empty of gratuity. Fulfill this emptiness inside that can turn on your life and throw it all out of wicked. Bring it up on your own. Imagination, merely a dream but things are there with reasons. One last word THINK THAT YOU CAN and you are already ahead to achieve it.

Meet my niece!

Jom saya kenalkan anda dengan buah hati pengarang jantung keluarga kami, Intan Nur Farhana, anak kakak saya, baby pertama dalam keluarga kami. Dan saya lepas ni saya akan selalu bercerita tentang budak yang aku rasa macam nak geget ni kat blog. Dia watak baru dalam hidup saya. :)

 ni gambar masa dalam pantang, comel bukan?


  tidur pon comel kan? saya tak tahu bila dia tak comel. muka comot comel, tidur comel. Semua comel. :)


aaaaa~ engkau comel la budak. gemok...nak ciom nak ciommmm.


 
buat muka senyum macam ni pulak kan?  lagi buat orang geram. Eh, tapi kenapa muka macam lelaki sayang? tapaham. tapaham. ini mesti sebab mummy buat rambut macam tu~


TAPI TETAP COMEL!

RASA MACAM NAK GEGET JE BUDAK NEH....RINDUNYA, RINDUNYA!

Y_______________Y

 Saya dah kata, my niece sangat comel. Korang pon geram tengok kan? :D

Monday, March 28, 2011

Baca entri ni then suggest bubuh tajuk apa, OK?

Hello semua! 

Hari ni di office saya buat kerja yang tak kurang sepatutnya. Sekarang ni saya sedang berusaha untuk buat blog ni ikut sesuka hati saya. Hehe. Jangan marah.

Tapi kalau tak sedap mata membaca tinggal pesan tau. Saya sendiri pon pening dengan benda semua nih. Sebenarnya, saya nak tambah kartun sikit-sikit kat blog supaya takda la kosong sangat.  Tunggu ada free time buat, baru boleh buat. Sebab saya busy. Update blog pon nak kena selang-seli kan dengan kerja-kerja internship. Eh, bukan kau tengah update blog ke sekarang padahal report belum sampai separuh jalan? Lagi pun saya dah pilih warna putih, instead of merah (my favorite color) untuk dijadikan warna tema untuk blog ni. Nice tak warna putih. Macam bersih je kan? :)

Nak guna warna putih ni banyak cabarannya, kena tahu macam mana nak play with colors. Takut nanti jadi full sangat, takde negative space jadinya nanti. ;p

Saya ni noob sikit bab-bab macam ni dah berusaha tak nak jadi noob lagi dah sebab saya suka blogging. Saya tak nak jadi buta komputer, buta  IT. Nanti kalau dah jadi mak orang takde lah malu sangat kalau anak tanya soalan macam ni, "Mama...HTML tu apa ma?" Haahhh~ saya tak nak jawab macam ni, "Mama tak tahu lah sayang...p tanya abah",  -..- '  Ini soalan basic tau kawan-kawan. Malu kalau anak tanya tak tahu nak jawab.Cesss. Apa kau ingat kaum adam saja yang tau benda-benda macam ni. Tidak, tidak sama sekali! Kaum hawa, fight!!!

Eh, apa ni? apa ni? Apa kau merepek ni mak cik?

Dah, tak baik panggil aku mak cik~

Okey, berbalik kepada asalnya. Korang rasa ok kan kalau warna putih? Ok kan. ok kan? Cakap ok sekarang, kalau nak rasa lempang cakap tak. HAHA. Tak baik paksa orang. 

Ok kan warna putih? Ok kan. 

Apa tanya banyak kali ni Eynee. Annoying doee! 

Ok, Babai  :B

Saturday, March 26, 2011

Bila ada rasa nak makan Mee Kolok.

Kenak palak mek rasa penin berpusin tok o? Rasa nak makan mee kolok lepas dengar lagu mee kolok  sigek by Zee Avi di youtube tek. Eh kenak kamek kaka Sarawak tok... Haaa. Keluar dah slang nya tek. Haha. Mun kitak orang nangga status kamek di facebook and my tweet, nang ndak alah-alah nyebut mee kolok. Actually nak, bukan mee kolok nok di tekak tok. Tapi, specifically kamek mok madah, KAMEK NAK MAKAN MI SAPI HAJI SALLEH. Nok rah Satok ya eh. Sebelah Maybank. Di apit kedey carpet and Maybank. Oh sedapnya~ Nang dari kecik bapak mek nang selalu ngembak pergi sia. KFC nang jarang sebab bapak mek sik suka. Kamek tok bait bah, ngekot preference bapak. Haha.

Bagi blogger nok belum tauk nak, kamek originally orang Sarawak. Nang pande kaka Sarawak and tengah nak improve dirik mek kaka Sarawak (bahasa orang tua). Kedak word lamak menseya  marek eh, jamek, and sebagainya. Haha. Minak tek belajar di semenanjung, yalah alu tauk juak gne nak kelaka slang sinun. :)

kamek bangga eh kamek orang Sarawak....apa nak dimalu~ (kamek madah camtok sebab ada orang malu dirik nya tek orang Sarawak)

Best eh. Tok lah kamek bila rasa nak makan mee kolok. alu terkolok-kolok kaka mother tongue. Hehe~ Siyes eh... Mee Kolok + Teh C special. Aaaaahhh, mala jak bercerita nak makanan...lol.

Lain kali cerita gne perihal Laksa Sarawak gik. OK? 

(^_^)v

p/s: google gambar mi sapi tek xda. dalam hard disk pun xda. Adehh. Baruk nak ngeso.
p/s: Sesiapa yang tak faham dialect di atas, korang boleh tanye, boleh tuition online dengan saya. :D

Wednesday, March 23, 2011

fikir pasal kau sorang sudehhh, janji ko bahagia.

fikir lagi fikir lagi fikir lagi.

kenapa nak fikir hal orang?

kalau orang fikir pasal kita tak apa juga.

sekarang, kau harus betul-betul jadi selfish eynee. harus.

fikirkan pasal diri sendiri dulu.

sudah-sudahlah fikir pasal orang lain. padahal orang itu pun bukan fikir pasal kau sangat...

dia nak kehidupan sendiri juga.

jadi kenapa kau nak korbankan diri engkau demi dia?

kenapa?

kau fikirkanlah.

Tuesday, March 22, 2011

Twitter Saya

Hai kawan-kawan blogger!

Selamat Berhari Selasa. Anda semua apa khabar? Saya baik-baik saja hari ni sebab saya semangat nak habiskan internship. Ada lagi 13 belas hari weekdays. HAHA ;p

Bulan depan saya nak terbang ke Kuala Lumpur then naik kenderaan darat menuju ke Shah Alam untuk hantar dan bentang laporan latihan industri. Saya rindu Shah Alam. Saya rindu UiTM. Saya rindu McD Section 3, dan yang paling penting, saya rindu buah hati. Oh, nak jumpa abang, nak jumpa abang.... :)

Eh, hari ini saya nak bagitau korang semua bahawasanya, saya ada twitter. Ok? Cepat bagi sokongan. Maksudnya cepat follow. huahuahua! so far so good. Twitter best. I loike. Peminat facebook jangan kecil hati. Facebook pun best jugak. Saya ada facebook sejak dari tahun 2008. Jangan risau. Facebook best sampai saya sanggup delete account friendster. lul.

Kepada sesiapa yang dah lama main twitter, sila jangan kutuk saya jakun. Ok? Saya tak ada blackberry pon Y____Y. Apa kaitan twitter dan blackberry? Cepat fikir!

Sebenarnya, saya dah join twitter setahun yang lepas. Entah kenapa jarang log in lepas tu selalu sangat lupa password  and tukar password. Sekarang selalu log in, dah ingat selalu. 

Ok kawan2. Saya nak explore twitter. Dah ada 6 orang follower and memfollow 9orang termasuk Zee Avi. Sebab jatuh cinta dengan lagu beliau Just You And Me. that song sound so us (maksudnya Encik Zai dan Cik Eynee) :)

Saya nak upgrade lagi blog dan twitter. Babai! Jumpa lagi. 

Layan je gambar Zee Avi and gambar twitter kat bawah ni walau tade kaitan dengan anda. Tapi ada kaitan dengan saya. Sebab..it's my territory. Ceh.




gambar google

MODE:  NAK CARI JALAN SUPAYA BOLEH TAMBAH FOLLOWER  AND NAK FOLLOW RAMAI ORANG KAT TWITTER. TOLONG SAYA, BOLEH? :P 

Friday, March 18, 2011

Jadi lebih baik dengan blogging

Sudah banyak kali saya buat blog lepas tu delete, buat lepas tu delete, delete lepas buat. Uhh~ apakah saya buat blog hanyalah untuk di delete? Kenapa saya ada blog? Sebab saya nak delete? HAHA. 

Sekarang, saya lebih serius berblogging sebab pada pendapat saya, dengan berblogging kita jadi lebih penyayang, berfikiran terbuka dan banyak mendorong ke arah kebaikan. Walaubagaimanapun, kena jaga-jaga jugak ayat dan perkataan yang nak di-gu-na-pa-kai. :)

Untuk orang yang tak ada pet macam saya ni, blogging boleh memupuk perasaan kasih sayang dan tanggungjawab. Saya ingat lagi, abang saya kata, kalau orang yang bela haiwan ni lebih bersikap prihatin, penyayang dan bertanggungjawab sebab mereka faham perasaan pet mereka. Kalau lapar, diberi makanan, kalau sejuk, bagi selimut dan macam-macam lagi benda yang saya tahu saya tak boleh nak buat. Saya tak ada pet dan saya tak nak ada pet sebab bagi saya pet ni susah sikit nak jaga. Saya malas dan tak bela haiwan. Lagi-lagi haiwan berbulu macam hamster, kucing dan sewaktu dengannya. Bukan saya benci. Saya tak suka. HAHA.

Oleh yang demikian, saya berkeputusan nak menjadikan blog saya macam pet... HAHA. Nampak tak persamaannya? Nampak tak? 
  1. Blogging ajar saya untuk jadi lebih bertanggungjawab, prihatin dan penyayang. Saya sayang blog lalu, meng-update blog secara kerap. Saya sayang blog lalu menukar layout dan mencantikkan secara ikut suka hati saya asalkan nampak cantik, kemas, senang baca dan mudah.
  2. Blogging ajar saya erti minat akan sesuatu lalu berusaha keras dapatkan apa yang diminati.
  3. Blogging paksa saya jadi banyak membaca sebab saya nak update blog saya dengan output yang menarik, beneficial dan juga bukan cakap kosong.
  4. Blog menjadikan saya lebih tabah dan yakin. Bila saya tengok ada orang baca blog saya, saya suka dan saya jadi yakin diri. :)
  5. Blog disiplinkan saya untuk bayar bil internet.
  6. Blog tempat saya bila saya sunyi. Saya ada buat something.
  7. Blog buat saya banyak baca dan jadikan saya stalker yang hebat. HAHA.
  8. Blogging keeps me updated dengan cerita -cerita disekeliling, saya jadi faham situasi orang lain. Not only by facebooking. ;p
  9. Blog keeps me away from loneliness. Saya ada ramai kawan-kawan blogging yang baik hati sebab sudi baca entri saya seperti anda!
  10. Erk, saya tak larat nak list out banyak-banyak sebab korang boleh fikirkan juga benefit blog kan?
Itu lah kelebihan blog pada saya. Namun, kita kena fikirkan juga keburukannya... Sebab tu la kalau nak buat apa-apa pun kena berpada-pada selalu. 

I love this quote yang saya baru baca tadi, it sounds like this:

     ''WHATEVER YOU CARE ABOUT, IS YOUR RESPONSIBILITY''
Betul lah kan?       
p/s:  Dari tadi saya asyik nyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain. Best pulak lagu tu. Saya baru realise lepas tengok movie Hikaya Merong Mahawangsa minggu lepas. Superb Malaysian Epic Film. Puji KRU! Sapa tak tengok lagi, cepat pergi tengok. Tak rugi. :D

Tuesday, March 15, 2011

Saya nak jadi bintang hati awak...boleh?

Berat sungguh rasa hati.

Saya tau awak tak baca blog saya.
Saya tau.. dan kalau saya minta awak baca pon susah awak nak baca blog saya.
Oh, baik tak payah minta apa-apa lagi dengan awak.
Saya minta pon awak buat tak kisah je dengan saya.
Hampir setiap sepuluh minit saya tengok phone saya, kot kot awak ada msj or call.
Tapi takda, jarang ada. 
Kalau ada saya akan selalu senyum2 macam bintang senyum. 
Pernah tengok bintang senyum? Tak? 
Senyuman bintang macam senyuman saya bila hati saya senang.
Bintang bercahaya, begitulah saya.
Saya mahu jadi bintang hati awak, tapi macam taik bintang je. Urghhh 
T____T
Buat penat je nangis kerana awak.
Kalau awak kisah, tak apa lah.
Awak baik, awak bertanggungjawab tapi kenapa awak malas nak fikir apa yang saya fikir?
Awak kata saya cakap yang bukan-bukan, remeh-temeh pulak tuh..
Awak tau tak benda remeh tu, kalau kita biarkan nati melarat jadi serius.
Masa tu baru awak nak fikir menyesal? Baik tak payah.
Saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi untuk buat awak peduli.
Awak peduli pada saya tapi nampak macam tak sebab awak malas nak peduli.
Peduli lah, cakap banyak pon tak guna. 
Awak tak baca pon blog saya, kalau awak baca pon sebab saya minta awak baca...
Kalau awak baca pon sebab masa tu awak tengah bosan dah tak tau nak buat apa dah.
Saya lah yang terakhir awak cari...
Ikut suka awaklah, saya cuma nak cakap hargai perasaan orang yang betul-betul sayangkan awak sebelum awak hargai dia masa dia dah takda...

Awak tau, saya sangat sayangkan awak walaupon banyak kali awak buat macam awak tak kisah kat saya... 
Awak, hiduplah kat dunia luar sana, banyak sakit yang awak jumpa nanti, tapi tak apa awak kalau awak nak rasa sakit tu. kalau awak sakit... awak datang kat saya meh... saya ada penawarnya. saya sanggup jaga awak, saya sanggup ubati luka awak, sebab saya sayangkan awak sangat-sangat. sebab saya nak jadi bintang hati awak. 

Saya nak jadi bintang hati awak...boleh?

Sunday, March 13, 2011

Family Day Part 1

Hari ni sangat penat. Pagi-pagi dah bangun sebab nak kena siap-siap nak pergi Family Day company (walau hari-hari pon kena bangun awal untuk siap-siap ke office). Dan sebagai committee, saya kena datang ke tempat kejadian 2 jam lebih awal lebih-lebih lagi saya kena handle maja pendaftaran staff.  Mungkin sebab, saya kenal kenal ramai staff. Kamu tahu? Saya rasa chaos sikit walaupun saya dah biasa buat pendaftaran, menjaga hadiah, susun atur pentas dan senang cakap pasal buat event lah! InsyaAllah, kalau bagi something dekat saya, menjadi lah kot. HAHA. 

Saya rasa chaos dan clumsy bila melibatkan nama company besar dan ternama ni, terutama sekali our gigantic oil & gas company. Kamu tahu, everything kau buat pon sebenarnya melibatkan image company dan juga performance company. Jadi, saya menggelabah tak tentu pasal. Padahal, saya tahu, tidak boleh gelabah, seharusnya menekan butang tenang dan menjadi relevan. Geram, tak tunjuk kredibiliti sebagai seorang bakal graduan masscomm yang hebat pon. T_____T

Saya benar-benar kesal dengan diri sendiri. Cis.

Okay, kali ni saya sungguh bertuah sebab dapat ikut family day company. Family day tahun ni dekat Sinar Serapi Eco Theme Park, Matang, Kuching. 12km from bandar Kuching la... :) Nice place, i guess... Boleh kayaking, boleh makan, minum..errrr.. entah. tu je kot. Tapi, best lah. Biasalah, aku ni bila tak pernah enjoy kalau pergi tempat baru? Hahaha. Walaupon adalah tak berapa nak best, aku anggap best juga, and then jadilah best. HAHA.

Highlight untuk nighttime session for this famiy day is of course la dia punya lucky draw kan? Mak aiii.... memang sumpah dalam hidup aku ini lah pertama kali aku tengok hadiah lucky draw yang lumayan. Paling cikai pon dalam RM200-RM300. Paling mahal, thousands la kott. Oh, my. I wish dapat ipad ke, netbook ke, handphone ke...tapi saya tak dapat apa-apa pon. Memang tak berapa nak lucky bab2 cenggini. HAHA. Tapi, tak apa, saya fikir positif je. Memang ada hikmah saya tak dapat apa-apa. Sebab, kalau dapat, nanti kang jadi issue pulak kenapa bukan staff eligible untuk dapat lucky draw??? Oh, better tak payah. Syukur, Alhamdulillah. Bilhikmah :)

Ada satu lagi, Saya bawa balik door gift yang best. Bag pack. Saya perlukan bag pack, jadi tak payah nak beli baru, pakai je even ada nama company. Urghhh, memilihkah aku? HAHA. 

Ok peeps, dah nak tidur. Penat sangat. 

Good night! :)

Tuesday, March 8, 2011

Makan tengahari

Okey, here it is.

My lunch for today.

Rasa boleh tahan.
Price dia sangat affordable dan tiada cukai kerajaan. :)
Percayalah, termasuk my soft drink, I only pay RM 8.80 for these dishes.


Salad

Rice, Fried Chicken

For your information, saya sedang dalam usaha menambah berat badan. Saya perlu tambah another 10kg lagi untuk mencapai tahap berat badan idaman.

Okeylah kawan-kawan, sekian sahaja update saya untuk kali ni.
Hmm, kesian blog saya ni, dah tak terurus. Rasa macam sangat tak bertanggungjawab pula.

Bye!

Saturday, March 5, 2011

All the best, Aisyah!

Hello peeps!

Its been a long time that i didn't post anything on my blog. Now, its time. I'm gonna initiate with a KISS entry.

This Keep-It-Short-Sweet entry goes to one of my cute best-friend, NOURAISYAH. Actually, the previous post that talking about Kebaikan Surah Al-Ikhlas wasn't my entry. Its hers and its for her assignment btw. HAHA.

Well, I was thinking about why she refused to create her own blog so that she can do anything about her blog and write whatever she thinks she have the right to write. I was wondering. :)

But, then again, I'm feeling so much appreciated by her when she told that she actually wanted to borrow my blog for her assignments. Then, I came across with my own statement regarding my friendship relations and that is....

THAT IS WHAT FRIENDS FOR!

And here, I would like to congratulate you for getting 32 feedbacks fo the entry. Good job darling!!!

And, Aisyah... I hope after reading this, you're gonna love me more!! HAHA

All the best, I miss you!

(^____^)