Pages

Friday, October 15, 2010

Hari Yang Cerah

Hari ni, bermula dengan mendung lepas tu cerah, lepas cerah mendung nak ribut, kemudian cerah lagi lepas tu malam.

mula-mula mendung lepas tu cerah:

Pagi ni, bangun lambat sebab tidur lambat. malam tadi ribut taufan, lepas tu tidur tak sedar apa jadi dah.. Bangun pagi 8:30am. Pagi tadi ada kelas Special Topics in Public Relations and aku ada presentation T_T. Mak aii~ takot wei... Aku sampai kelas 9:20am... Almost sejam aku lambat. Sedih gila. Time macam ni tak boleh nak cepat. Fasalnya, aku mandi secara tak normal, kena cuci luka secara mandiri dan balut dengan kemas. Yang paling sadis, aku kena panjat tangga biru, tangga kejayaan itu dan berjalan secara lambat. Usually aku boleh sampai fakulti dalam 6-8minit sahaja dengan speed yang habis meter laa... tapi ini meter 40km/j memang haru...

ini tangga biru tangga kejayaan bukan usaha tangga kejayaan

Dah sampai kelas dah, tiba-tiba terkejut tengok groupmate tengah present secara solo. Oh, mana perginya yang lain? Sunggu menggeramkan. Tak apa, aku terus join groupmate aku present di depan. Setelah present, diberi briefing untuk final exam unuk paper ni 25th October ni. Our first and second last paper untuk semester ini. Rasa gembira. Nampak tak, hari makin cerah?

Cerah-cerah tadi tambah lagi cerah bila my classmate kata kami dapat balik duit untuk event lepas (Pulau Perhentian). Duit tu tak termasuk duit event bulan puasa yang lepas. Maknanya, jumlahnya semakin banyak! Oh yeay! Kami bayar RM 100 lalu mendapat keuntungan RM 23. Untung bukan? Yeay! Dapat duit~ lalala...Hari Isnin nanti aku claim kat treasurer comel kami. Harap-harap duit event bulan puasa boleh dapat juga Isnin nanti :')

Oh cerahnya langit!

Terus telefon kakak, bagitahu kakak aku tak dapat duit tu hari ni. Aku cakap kat kakak bahawasanya hari ini tak ada duit. Kena tunggu Isnin depan. Tapi kakak kata beliau dah bank in RM 10 dalam akaun. Aku pon berterima kasih. Beliau kata lagi duit tu ganda 10x...Oh yeay! dapat duit lagi.

Lalu telefon boyfriend ajak beliau makan, aku belanja. Beliau datang makan sebelum ke masjid dan tolong betulkan laptop aku yang tiba-tiba tak boleh on. Dengan sentuhan beliau, laptop boleh on balik. Oh my oh my, he's my computer genius. Terharu dengan kebolehan beliau. Apabila laptop ku rosak, beliau bagi sentuhan, bila spec aku terkopek...beliau betulkan balik. Oh saya sayang awak.

tolong jangan cakap aku couple dengan Cina.
Nama beliau Zai bukan Nicholas. Sekian.

lepas cerah mendung nak ribut:

Boyfriend datang balik lepas solat Jumaat. Cerah la time kami makan tengahari. Makanan murah hari ni sehinggakan bukan aku yang belanja macam yang aku niatkan. Boyfriend belanja.

Menu:

Nasi putih banyak - RM1 x 1 = RM1
Tempe - RM 1 x 1 = RM 1
Sayur - RM 0.50 x 1 = RM 0.50
Air Mineral - RM 1 x 2 = RM 2

Jumlah adalah = RM 4.50

Heh, murah. Makanan murah boleh dapat kalau hari-hari menu begini. Selepas makan, oleh kerana cuaca terlampau cerah a.k.a bahang, boyfriend pon mengajak aku makan ABC. Tapi tak jadi. Itu sebab jadi mendung lalu hampir ribut. Tak jumpa kedai best.

Kemudian terus ke Maybank Shah Alam untuk menjadi pelabur. Labur duit di ASB. Kemudian pergi membayar bil Internet kat DiGi SACC. lalu terpikat untuk membeli iPhone 4. Nak menangis aku tahu. Teruja nak beli iPhone 4 yang hebat pada masa ini. T_T

Tapi, apabila dicongak dibahagi, boleh memiliki Blackberry sahaja. Itu pon Bleckberry Curve. Namun, kalau nak beli Blackberry tu, rasa macam tak berbaloi sangat. Handphone aku lebih kurang canggih berbanding Blackberry Curve tu. Malah aku rasa handphone Sony Ericsson Hazel ni lagi best. Jadi, tak jadi nak buat pengiraan seterusnya untuk memiliki Blackberry Curve. Aku tetap tunggu masa beli iPhone 4. Tapi DiGi Smart Plan memang best. Aku nak sign up nanti walau bukan dengan iPhone 4. :')

Lalu, kami ke McD untuk buat kerja. Cerah sampai sekarang walau langit dah gelap. Harap-harap esok cerah lagi.

Ok, dah nak balik UiTM dan makan malam.

*tak sabar nak tahu kat mana aku internship Disember nanti*

2 comments:

syahira ariff said...

alaa
jelesnya!
kat mesir mana ada digi
plan tu mmg jimat
=]

IMY eyneee!

Eynee said...

tayah jeles dear~ haha
anda disana lebih best...
boleh cari bakal suami pak arab...
hahahahaha

MYT syahiraaaaa!