Pages

Wednesday, July 28, 2010

Kalau Kahwin Muda...Okey Tak?

Ini Pengakuan Jujur dan Ikhlas daripada aku.

"AKU NAK KAHWIN MUDA"

Untuk pengetahuan semua, itu bukanlah kenyataan panas pertama kali keluar dari hati aku. Dah banyak kali dah termasuk kenyataan begini "Hey, mampos la kau. aku tak suka" atau "Cilaka punya orang kedai. Penipu. Aku doa jap lagi ko punya kedai terbakar pastu ko rugi." Ha, begitulah antara bunyi kenyataan panas yang aku pernah nyatakan. Apa jadi kalau kedai tu betul-betul hangus dijilat api yang bukan asmara. Tak ke aku yang dipersalahkan nanti? So, itu bahaya ye wahai kawan-kawan. Kalau nak marah, caci maki hamun sesiapun...baiklah jangan buat kerja tu semua. Kalau tak tahan juga, kena tahan dalam hati walau hati korang bakal sakit.

Ini dah keluar tajuk. Kemerepekan yang tiada batasan sungguh. Haish.

Okey, berbalik kepada isi sebenar.

"AKU NAK KAHWIN MUDA" (ini copy + paste ayat di atas)

Disebabkan statement ini, aku dah banyak kali berfikir yang tak bukan-bukan a.k.a fikir apa yang patut. Aku fikir masak-masak pasal hal ini, bukan masak-memasak tau. Ini fikir masak-masak, ranum dan garam secukup rasa. Hoh, apakah?? Apabila dah betul betul fikir, ada la pros and cons kans? Macam-macam aku fikir. Lepas tu, aku jalan-jalan dari satu blog ke satu blog yang ada cerita bertemakan KAHWIN MUDA ini. Antaranya, orang kahwin muda sewaktu di universiti, ada yang kahwin muda dengan orang yang lebih berusia, kahwin selepas tamat sekolah menengah dan ada juga yang kahwin muda sebab kehendak keluarga macam Adamaya and sinetron Kahwin Muda lakonan Agnes Monica. Tengok tak cerita tu? Kelakar...Percayalah... Aku tak ingat bila aku tengok, tapi kat TV1, malam and aku selalu tengok ngan bapak aku... kelakarr...Hep! Jangan lari tajuk!

Okey, tak lari jauh.

Sekarang pula, makin ramai kawan-kawan aku yang sebaya aku dah kahwin, ada yang dapat orang anak, dua orang, tiga orang dan tujuh orang. Eh, acah je. Mana mungkin baru kahwin empat tahun dah dapat tujuh anak. Eh, mungkin juga. Dapat kembar. Lepas tu, aku tengok...mereka pula bahagia. Dalam facebook siap upload lagi gambar baby yang comel, gambar bawa anak pergi jalan-jalan dan sambil peluk suami. Haish. Sumpah, aku jeles. Bukan jeles sebab dia dapat peluk suami dia, tapi jeles sebab aku nak peluk sapa? Mana suami ku?

Ini di antara sebab kenapa aku terasa macam nak kahwin muda.
  1. macam best
  2. kahwin itu bes
  3. kahwin itu syok
Ini pula ini pendapat orang yang tulis tentang best nya kahwin sampai aku pun terasa kahwin itu sungguh best.

  1. hubungan sah disisi agama, buat apa saja tak rasa berdosa, Allah redha.
  2. kongsi hidup dengan yang tersayang
  3. kalau kahwin time study, nanti ada orang boleh tolong ingatkan buat assignment, study dan sebagainya..so sweet :)
  4. nanti kalau ada anak, beza umur tak lah jauh sangat
jadinya, aku pun rasa kahwin tu best. Yang paling penting ada orang care pasal kita. Bagi aku, aku nak kahwin muda sebab aku nak kongsi hidup aku bersama suami tercinta dengan restu ibubapa dimana, restu orang tua adalah juga restu Allah. Selain itu, apabila berkahwin, aku punya matlamat dalam hidup. Aku mahu punya keluarga sendiri, aku mahu ada kemampuan sendiri dalam segala hal. Dan aku mahu segala manfaat buatku dalam perkahwinan. Sound selfish tak? Hehe, taklah sebab tema pon, AKU yang nak kahwin muda! HAHA.

Tetapi, banyak halangan daripada galakan yang aku dapat. Sebagai contoh, parents tak bagi. Aku pon tak tahu kenapa. Mak aku selalu cakap macam ni, "Mak tak kisah, mak okey je. Cakap kat boyfriend kau cepat mauk meminang"... Sedih~ sebab mak aku tahu, mak boyfriend pasti belum boleh melepaskan anak tunggal bujang beliau berkahwin seawal ini. Hebat gila mak aku. Ha, satu lagi...apa strategi yang mereka guna sehinggakan mak ayah bersetuju meng-kah-win-kan mereka di usia muda. Hmm....

Antara lain halangan. Financial sudah semestinya. Belum stabil kot. Tapi, aku wonder macam mana couple yang kahwin masa study. Mak Ayah dorang support ke? Sungguh, aku tak mengerti. Senang la kalau orang tua support. Tapi, ada jugak ka yang tanggung diri sendiri.... Haish.... tak paham. Macam mana boleh lepas financial problem....

Lain lagi, darah muda darah pemarah. :(

HO! TUNJUK AJAR KU SIFUU!!

Hah, begini lah aku. Selalu fikir nak kahwin muda, selalu pasang niat nak kahwin muda, selalu juga berdoa agar aku dan boyfriend cepat-cepat di satukan dengan ikatan yang lebih serius, ada masa depan dan ikatan murni.

Akhir kata, bagi yang dah kahwin dan lebih best lagi kalau yang dah kahwin muda, tolonglah bagi tips kat aku ini agar aku dapat kahwin jugak macam korang.

" I CAN SEE MY FUTURE IN MY MARRIAGE "

dari hati eynee

(^___^)

6 comments:

Anonymous said...

ok..like this..kita kawen b4 u go 4 ur master..ok x?

Eynee said...

mun kamek sekarang pon okey. tapi awak kan lelaki, banyak benda nak setel la sayang~ kmk x plan nak sambung master right after this. nak kerja. got good job. then sambung study gik. insyaAllah... :)

Anonymous said...

tapi..mek mk kwen as soon as possible..sng gk idup cmya...

Eynee said...

kamek pun maok lah mun camya. tapi, its not that easy. banya benda mok di fikir. kita perlu sedia, parents pun perlu sedia. tapi, mak bapak kmk okey jak..

MASZ said...

cik eynee..sbnrnya,i pun nak kahwin muda juga..hehe..p takut parent nganok..tp,mun d pk2 daripada ta polah dosa.bgs nikah jak ho..
(kenjet mode).hahahaha

Eynee said...

haha. menan ta kitak ya, kenjet mode!

yalah. ada bagusnya mun kahwin muda....tapi parents kelak pk pelik mun kita nak mintakkahwin muda...masalah utama ialah kebenaran parents..tol x? hehe