Pages

Thursday, July 15, 2010

Bila Hari Khamis Menjelma...

Yeay, hari ni tak ada kelas. Sungguh rileks badan. Tapayah nak jalan kaki, panjat tangga biru. Rileks bukan? Semester ni aku sangat bersetuju dengan jadual kelas. Tahniah la Miss lecturer buat jadual macam ini. Awesome. Mula-mula tu sakit hati juga sebab ada dua hari kelas malam. Tapi, bila fikir-fikir balik, since semester ni dah last kat kampus, tak apa lah. Nak juga hirup udara segar di fakulti malam-malam. Elok juga sebab, sama macam budak-budak masters! whoa~ berangan la tu. Ho, tak apa. nanti ada rezeki nak juga sambung masters. ;p

Perenggan baru ni masih lagi cerita pasal jadual kelas. Sangat rileks badan setiap khamis. Sebab tak ada kelas.Tapi, tak ada kelas tak bermakna aku boleh rileks memanjang dalam bilik, habis baca semua novel atau boleh marathon tidur 24 jam! Tidak. Macam biasa, assignment dan projek sentiasa menanti. Ini sangat menakutkan. Aku kena siapkan semua. Maksudnya hari khamis pun akan busy sebernarnya. Tiada masa nak berfoya-foya. T_____T

Hoh. Itu tak apa lagi. Assignment dan projek serta proposal itu okay lagi. Belum masuk bab pengurusan diri, hati dan perasaan, kewangan dan sebagainya. Itu semua memerlukan kekuatan yang ampuh dan masa extra. Hari ini hari khamis. Seharusnya tidak pergi kelas. Namun kerja masih banyak.

Hari ini aku harus:

  • pergi buat dry cleaning. OK. Maaf~ masa aku bukan untuk basuh-basuh baju. Bukan tak sudi nak basuh baju guna tangan. bukan juga takut tangan kasar. Cuma, masa ni tak ada. Kalau ada masa nak basuh pun, bila nak sidai? ada tempat ke nak sidai ?So, dry cleaning would be the perfect choice.
  • pergi ke bank islam. Nak membantu encik boyfriend dalam masalah yang beliau hadapi. Jadi sebagai Personal Assistant yang berkaliber, haruslah juga menolong beliau. Sebab, beliau sangat sibuk. Sehinggakan beliau boleh lupa mengenai makan tengahari/malam. Kalau tak ada saudari PA ni rasanya beliau tak makan/makan roti je.
  • menyapu bilik. Since my roomate is no longer cik Nadiah, dan roomate saya itu juga classmate saya, makanya, haruslah kedua-dua pon sama busy. Jadi, hari ini dia tak ada dalam bilik, jadi saya nak menyapu bilik. Habuk buat sama bersin. Sumpah, tak suka!
  • update blog. Haha, ini tak perlu cakap lah. Ini yang sedang saya buat. Update blog waktu yang busy pon boleh sebab mata ni memang ditakdirkan untuk menatap laptop selalu kan? Tambah lagi semester ni ada pulak subjek New Media Technology in PR. Hmm..sound cool kan? Memang. Nanti, jap lagi wujudlah blog kelas aku.Huhu, lecturer pon cool juga.
  • Mencari journal untuk Academic Writing. Puan Advisor dah suggest cari kat website UiTM, library portal. Ok, let check it out! malam nanti la yek? heee :D
  • Mencari public listed company untuk individual assignment subjek Financial in PR. Cool~ Again, sama macam corporate PR last sem kan? Hope so...
  • Tanam Tauge!! HAHA. Lecturer suruh bawa tauge kelas minggu depan. Apa jadah menatang tu? Aku tunggu arahan ketua, Mek Suzi!
  • Membuat perkara yang patut untuk projek bulan puasa ni. Tunggu tau! Kelas 5A punya projek. Ini kelas budak hot. ;p
Huu~ banyak nye kerja nak buat hari Khamis. Nasib baik tak jadi pergi News Strait Times hari ni. Kalau tak, tangguh lagi semua kerja kat atas! BAHAYA.

Busy kan aku? Busy kan? Disebabkan aku busy, aku stop sampai sini je. Nanti update lagi. Sila la nikmati lagu Zee Avi kat blog aku. Best kan? Baik cakap best, sebab betullah best kan. Sebelum blah, aku nak puji sikit internet UiTM. Bagus, tak buat hal! :)

Hari ni juga sungguh bahagia sebab dapat lunch dengan encik boyfriend, Biasanya tengahari kami sama-sama busy dengan kelas masing-masing! :)

tok nama nya ngegeh nang x pande abis! miss you all babe!


MAAF GAMBAR DI ATAS TAK ADA KAITAN DENGAN ENTRI.
CAPTIONS ARE IN SARAWAK LANGUAGE

(^___^'')

4 comments:

Purple Kurumi said...

hahaha...rajin sapu bilit!
good 4 u~ ♥ ♥ ♥

p/s: dah stat tanam taugeh?
Bgus!!!

Eynee said...

yeeeha~ dah sapu bilit, dah basuh baju. everything dah...tinggal nak tanam tauge jak gik belum. HAHA~

Anonymous said...

hoho..bila kah ada election milih PA ya...hmmm..xda duit mk byar gaji tk...ne gik mk nyimpan duit k nikah kita..heheheheh..

Eynee said...

oklah. ada election pulak dah~ okey fine. kmk nak resign. carik PA lain...

maka kamek PA free of charge... ne ada bergaji. berik senyuman kitak, boh marah2, boh kaka nyerin ngan kmk would be perfect salary. ok?

sayang awak..selalu and selalu..

muah10 honey :D