Pages

Friday, July 9, 2010

Awak ni siapa?


Awak ni siapa?

erk...ada orang tanya kau macam tu ke eynee?
huhu~ takda lah. saja tanya diri sendiri...

iya lah...
kebelakangan ni aku macam tak kenal aku sendiri...aku rasa aku dah berubah. aku rasa aku dah berubah. aku rasa aku dah berubah. tiga kali penegesan kat situ ya!

sungguh, aku rasa aku dah lain. bukan aku seorang yang rasa macam tu, orang yang paling dekat dengan aku pon cakap macam tu... adakah aku benar-benar berubah? Macam tak pon ada juga. tetiba terasa confuse teramat padahal tak perlu pon. HAHA.

tahu tak macam mana kita nak mengenalpasti sikap orang tu dah berubah? kalau kita nak menilai diri sendiri memang lah payah kecuali kita berubah memang kehendak kita sendiri. Kalau memang niat nak berubah, bergerak ke arah yang nak kita ubah atau dengan kata lain berubah dalam keadaan sedar itu tak dikira tau! Dalam kes aku ni, orang kata aku dah berubah. Padahal aku rasa tak pon~ tapi bila dikenang balik perkara lampau, tingkah aku yang lalu, aku tak macam aku sekarang. so, maksudnya? aku berubah lah kan?

aah~ berubah la tu...

okeylah...kita terus kepada permasalahannya. kita senaraikan supaya lebih senang nak elaborate.

orang kata, aku dah tak macam dulu...
  1. dulu aku sangat memahami, sekarang dah pentingkan diri
  2. dulu aku banyak cakap, sekarang aku banyak diam
  3. dulu aku suka jalan-jalan ngan member, sekarang prefer melepak aja kat rumah.
  4. dulu aku selalu tidur awal, sekarang kalau belum 3am...belum mengantuk.
  5. dulu aku banyak bebel, sekarang makin banyak membebel
  6. dulu aku ada hobi, sekarang dah macam tak ada hobi
  7. dulu aku Aini Afini...sekarang bukan lagi...
permasalahan yang ke-7 itu yang paling menakutkan...kan? Hish, takkan lah~ aku masih lagi Aini Afini..

yang ni pula, aku rasa...
  1. dulu aku selalu lepak ngan kawan, sekarang dah tak
  2. dulu aku bagi dia kebebasan, sekarang macam mengongkong pula
  3. dulu aku suka baca buku, sekarang aku campak entah mana buku2 aku
  4. dulu aku tak reti melawan cakap, sekarang..hayy bukan main lagi aku...
  5. dulu aku berani pertahankan diri, sekarang orang nampak aku macam bodoh
  6. dulu aku berani, sekarang aku takut - aku menjadi penakut
  7. dulu aku tabah, sekarang aku rapuh...
entahlah, crisis dalaman jiwa la aku ni~ ada masalah jiwa ni...hayy...aku pon tak tahu kenapa boleh jadi mcam ni.

Rasanya, kat sini, orang tak kenal aku. Aku ada split personality tau! aku ada dua karakter. Ada masa nya, kau akan tengok aku ni beautiful, lovely, adorable angel~ i can be very nice. super duper... tapi kalau dah aku terbalikkan. Aku boleh jadi evil sampai korang tak sangka itu aku. Thats Me. Aku ni truly inspired by my surrounding. The people, situation dan sebagainya. Bagi aku, itu bagus. Sebab, aku sayang orang yang aku sayang dan aku tak sayang orang yang aku tak sayang. My stand sangat simple dan amat mudah untuk di fahami.

Dekat kampus, aku ni tak lah se'pasif' yang aku rasakan. Cuma aku pasif apabila di dalam kelas. Aku pon tak faham kenapa boleh jadi macam tu. Aku tahu itu salah aku. I am too afraid of what others would say/think about me. I always wanna be good. Tapi, aku tak boleh buat macam tu. Tidak sama sekali. We can't be good all the time...bad thing bakal mewujudkan keseimbangan di dalam diri...HAHA. fuck off with my words.

Apa yang tak bagusnya, disebabkan aku ni terlalu la inspired by keadaan persekitaran, aku sendiri tak boleh nak jangka what's next... Semua benda harus tunggu orang lain.

Aku sekarang dah tak perform dalam study dah~ semuanya macam hampeh. Kalau takda final exam aku tak tahu la macam mana result aku. Aku bergantung harap pada final exam...

Dalam percintaan pula? aku rasa aku jadi mekin pelik... aku dah makin pentinkan diri...hmm...mungkin sebab bila aku bosan,cik abang selalu jadi mangsa...oleh sebab itu, aku terfikir nak aktif balik dalam segala hal. Aku nak penuhkan aktiviti aku dengan hobi-hobi ku. Jadi aku tak lah bosan sangat sehinggakan sikap pentingkan diri aku tu di highlight sangat. :)

Ha! Jom kita ber-REVOLUSI! Ini pon demi kebaikan semua orang....

Selamat Berevolusi Eynee! :)




2 comments:

Anonymous said...

sesuatu yang pelik..i think i know who's words is this......

Eynee said...

ha? apa yang pelik? hihi..