Pages

Friday, April 30, 2010

entry ini dibuat tanpa mood

perhatian!
entry ini dibuat tanpa mood blogging walau sedikit pon.

nak tulis entry baru. tapi takda mood. tapi kena buat juga sebab dah lama tak meng-update blog ini. sebab sudah lama tidak mengupdate kerana mungkin terlalu sibuk di musim peperiksaan ini. hayy, macam la kau betul-betul setadi 24jam. HAHA. ini sudah melampau, mana mungkin aku setadi 24jam. mungkin 4 jam aku setadi, 6 jam makan dan berjimba bersama bofren, 3 jam depan laptop melayan dota yang asyik mintak dilayan. 3 jam untuk aktivi-aktiviti lain seperti menonton koleksi-koleksi movie roomate aku. (HAHA. malam tadi aku dan roomate menghabiskan 3 jam untuk scary movie 1 & 2...sampai 2 pagi...) jam yang selebihnya aku habiskan untuk tidur...8 jam tidur? sungguh berkualiti. yang lebih berkualitinya apabila aku mendrag masa setadi itu untuk tidur atau mengonline atau juga mendota. haish..adakah itu gaya setudent yang sibuk di musim peperiksaan? HAHA. tepuk dada tanya lah selera kau mahu makan tidak? aku tak mahu makan sebab aku selalu kurang selara makan dan kemudia dapat anemia. HAHA. apakah?

kenapa kau? dah kurang waras pemikiran?

apa-apa pon aku senang hati sebab sudah kompem aku balik cuti 2 bulan ini!

HAH! AMBEK KAU!

2 BULAN

tiket penerbangan sudah pon di sediakan oleh penaja utama yayasan leeya cemerlang. sungguh baik hati yayasan ni. tak pernah aku dapat biasiswa sebaik hati ini. duit yuran? dia tanggung. duit sara diri? tiap-tiap kali telefon ada saja duit sara diri masuk. tak pernah ditetapkan sebulan berapa. bagitahu sahaja. kompem ada. sampaikan bulan april setelah aku kira tambah tolak darab bahagi dan segala pecahan perbelanjaan sara diri aku mencecah RM700!!! wow....bulan mei ini dengan tiket penerbangan dan tambang perjalanan ke lapangan terbang juga banyak. huu~ tak nak menyusahkan yayasan dengan secara melampau. hee :D

tunggu, ada masa akan terbodek juga yayasan itu...

aku sediakan maklumat penerbangan AirAsia, tapi dapat flight MH... kenapa flight ke Kuching seharusnya menggunakan MAS, kalau ke Kuala Lumpur jadi AirAsia. GAGA, bukan lady gaga, tapi gagaggagaga. Kali ini naik flight bersendirian lagi...

apakah maksud entry ini?
hadoyy...


(^_^')v



No comments: