Pages

Thursday, June 14, 2012

Random :D

Lamanya tunggu placement. Baru tadi dapat berita seorang lagi member dapat placement kat Shah Alam. Saya ni mana lah diorang nak campak. Campak lah memane, saya OK jer. Tapi, kalau dapat kat hometown. Lagi bagus. Sangat-sangat-sangat-teramatlah bagus. HAHA. Saya dah lama duduk di perantauan. Sejak mula-mula further degree dulu 2008 sehinggalah pertengahan tahun 2012. Ce kira. More than 3 years jugak la. Penat duduk jejauh. Takda motivasi pon kat sana. Tapi kalau dah rezeki kat sana, saya willing to untuk travel lagi. Apa2pon, rezeki kita memang Allah dah sediakan. InsyaAllah. :')

Bercakap pasal placement ni,saya rasa bersyukur jugak sebab tak dapat lagi. Bapak saya selalu cakap, this is blessing in disguise. Iya lah, saya boleh jaga family saya setelah lama saya di perantauan. Hari tu masa internship untuk degree, walaupun saya balik hometown untuk intern tak ada peluang untuk duduk ngan parents sebab parents pulak yang merantau, so masa tu saya kembali ke Kuala Lumpur untuk kerja sebab memang tak ada point nak stay kat Kuching pon... HAHA. Sekarang ni...inilah masanya. :D

Job description saya selama sebulan ni adalah biasalah, penganggur tegar. Berlegar-legar laman sosial di alam maya itu tanggungjawab utama saya. HAHA. Menjadi cleaner, tukang masak tugas2 khas saya. HAHA. Tak percaya saya boleh masak? Jom try. Kat rumah ni hari-hari kena masak walaupun kadang-kadang rasa terpaksa. Sebab kesian tengok mak, baru lepas operate, walaupun malas memang tak boleh nak lepas tangan. Walaupun daku acapkali berat tulang, namun aku gagahkan jua diri ini. T_T 


Kesimpulannya, pelbagai resipi yang saya dah cuba buat dalam masa sebulan ni. Kebanyakan resipi saya gugel, tak pon saya tengok 5 rencah 5 rasa kat TV3 every monda tu. HAHA. Resipi dia mudah. So, simple juga nak ikut. Hari tu saya buat 'Apple in Syrup' walaupun tak sehebat that guy tu buat, rasa macam entahlah. ^_^

APPLE IN SYRUP

Ok tak? hihi.. :D
Whatever it is saya happy buat masa sekarang dengan kehidupan saya sekarang. Terima kasih Pencipta. Alhamdulillah :D

No comments: