Pages

Saturday, October 23, 2010

Jiwa runsing

Macam tak kena je dengan tajuk entri. :p

Huhu. Sedapnya dalam bilik berhawa dingin ni. :)

Alhamdulillah. Nikmatnya, terasa bahagia sangat. Setelah penat seharian kat kat luar dengan traffic jam, memang nikmat betul bila dah kat bilik, on laptop and update blog. Rasanya semua baik-baik sahaja. Misi menjemput ibu saudara di LCCT dah berjaya, misi melepasi jalan sesak di Kuala Lumpur ni juga dah berjaya.

Semalam, hati saya ni sangat sakit sebab satu tragedi. Malam tadi juga, mata anugerah Allah ni bengkak sebab menangis. Kejadian tu memang saya tak boleh nak lupa. Tapi, aku tetap redha sebab itu pilihan aku.

Antara sahabat dan cinta, mana kamu pilih? Its sound so damn typical la kan...tapi that's what happened to me. Saya memang dah lama dah mengalami dilema ni. Sejak saya mula bercinta dengan boyfriend saya pon. Hubungan kami dah hampir 4 tahun. Sepanjang tu la saya dilema. Memanglah saya tahu, kawan-kawan saya memang tak suka boyfriend saya sebab apa saya pon tak tahu.

Tapi, lama kelamaan, kawan kawan yang lain tu pon dapat terima. Tinggal yang sorang ni, yang paling rapat dengan saya dia tak dapat terima kehadiran boyfriend saya dalam hidup saya. Kalau boleh biarlah saya ni couple dengan lelaki lain. Saya tanya kenapa, dia tak nak jawab. Saya bersabar. Beberapa ketika kemudian, hubungan saya dan boyfriend saya jadi makin serius, dia masih lagi cakap benda yang sama. Bila saya tanya kenapa, dia kata biarlah nanti kalau saya ni tak jadi kahwin dengan boyfriend saya, nanti dia bagitahu. Masa tu, sumpah, saya geram sangat. Nampak sangat dia tak suka saya dengan boyfriend saya.

Tapi hubungan saya dengan kawan saya ni ok je, saya buat bodoh dan buat-buat tak faham je. Kalau difikirkan boleh jadi gila agaknya. Ye la, apa yang dia tahu pasal boyfriend saya? Saya pon nak tahu. Apa salahnya kalau saya nak tahu. Kalau dia tahu boyfriend saya ni jahat, bagitahulah. Saya boleh je putuskan hubungan saya. Peduli apa kan? Dah lelaki jahat, takkan nak stay lagi. Tapi, sepanjang perhubungan saya dan boyfriend, Alhamdulillah, baik. Emak ayah saya pon berkenan.

Malam tadi, berlaku lah satu perkara yang tak tertahan sangat dah perasaan ni. Cara dia memang mencurigakan. Dia tu, suka boyfriend saya ke? Walaupun sebenarnya, saya rasa sangat bersalah dengan dia, tapi dah jadi macam ni, memang hati ni sakit sangat. Boyfriend saya pon dah tak tertahan lagi sehinggakan dia sendiri yang masuk campur hal ni. Ok, that's the climax tau. Bila boyfriend saya call kawan saya tu, dan cakap apa yang dia nak cakap selama ni.

Sekarang, kawan tu, hantar message kat inbox saya kat facebook. She said, dah lah. Tak nak dah kawan dengan saya lagi sebab hal ni. Perkara ni dah kerap berlaku. Saya pon macam malas dah nak fikir.

Sekarang, saya ikut sahaja nasihat emak.

Emak kata, dah la. Jangan kawan lagi dengan budak tu. Mak pon tak suka dia. Biarlah. Kawan boleh cari ramai lagi kat luar. Sahabat tu, susah nak cari. Sekarang, kalau nak cari sahabat, bersahabatlah dengan emak ni. Oh~ terima kasih emak.

Pasal boyfriend saya pula, mak saya kata, bersahabatlah dengan dia juga. Jaga hati dia, jaga diri kamu berdua. Nanti, bila dah kahwin dia juga yang jadi sahabat engkau, emak katalah... Dunia akhirat, dia lah syurga engkau.

Wahai emak, kata-katamu memang menenangkan, membahagiakan.

Emak kata lagi, insyaAllah, kalau dah jodoh tak ke mana, emak restu hubungan kau dengan dia selagi kau pandai jaga diri.

Sekarang, keputudan dah ada. Aku dengar nasihat emak.

Geram

Rasanya geram ni dah sampai tahap maksimum. Tapi just tak nak bagitahu sesiapa pon.

Huh.

Geramnya.

Tuesday, October 19, 2010

Wajah baru

Sekarang merasa bangga sekali apabila header blog sudah siap. Hampir setengah hari nak buat. Kepada sesiapa yang sudah arif dalam bidang photoshop ni, kau orang akan kata:

"HAHA. Gila senang.Budak Eynee ni memang NOOB ambil masa sampai setengah hari"

mungkin juga

"Eh, aku tahu ni mesti pakwe dia yang buat, bila pulak dia pandai photoshop nih"

atau barangkali

"Wahh, hebatnya! Cantik, cantik! Kagumnya, sungguh kagum. Hidup Eynee"

HAHA. Yang last sekali tu aku terima. Yang dua kat atas tu, suka hati aku lah pon. Nama tajuk blog pon dah tukar jadi Wilayah Eynee. Aku ada wilayah sendiri, kau ada? Sekali lagi, kau ada??

Eh, betul ni. Aku gembira sebab header ni dah siap. Penat lah pulak tengok blog tidak ada header. Terasa macam... kepala tanpa tudung waktu jalan-jalan kat shopping mall. Kalau aku lah, kalau yang free hair, mungkin perasaan tu macam jalan-jalan kat shopping mall dengan rambut serabai. Ha, macam tu lah agaknya.

Sudah jauh akak ni merepek. (dalam hati korang kan? tak baik cakap aku akak. ceh.)

Adakah anda gembira melihat hasil header blog yang sudah bertukar? Sangat refreshing. HAHA. Eh, adakah kau sedang puji barangan sendiri? itukan angkat bakul namanya?
Ho, tak kisahlah. Itu yakin diri namanya. HAHAHAHA~

header blog zaman dulu kala

header blog zaman kini kala
Tema kali ini adalah bahasa jiwa bangsa. Tema wajib aku adalah warna pelangi. Buih-buihan pula digunakan untuk bahan hiasan. Kalau header yang lepas adalah rama-rama, kali ni tak nak guna rama-rama dah. Kali ni guna buih pulak. Ngee~

Header lepas ada tulis 'JANGAN TIRU BLOG AKU'. Kini tak bermakna kau orang boleh menciplak dengan hati senang hati bak kata pepatah kenyang perut senang hati. Nanti perut kembung sampai pecah baru padan muka. Muahahaha!

Ha, satu lagi! Aku dah buat logo untuk blog sendiri. Ceh, dulu kan aku merana sebab nak letak copyright gambar-gambar sendiri kena letak dalam paint. Sadis jugaklah, walaupun pada masa itu sebenarnya hati aku ni meronta tapi buat-buat comel. Tengok kat sebelah kiri header baru ada letak logo ni. Cantik kan? hahahakusuka. Next time, nak buat tema cendawan hijau. Jangan ambik idea ni!

logo aku tu


Hati sangat senang. Sekarang ada semangat nak aktif blogging. Rasa ceria tengok blog sendiri ...T_T apakah?

Niat di hati nak buat blog comel. Nanti lah cuba. Nak letak gambar sana sini kat blog ni. siti situ sana sini pon boleh. Oh, yeay! Sukanya! Hebatnya <--- tetiba puji diri hebat. Pelik-pelik pulak cara aku menulis. Teruja sangat lah katakan. Haha, kalau kau orang tak puas hati, boleh tukar tajuk entri jadi entri angkat bakul laundry mak aku. heh. Merepek. Dah, dah.

Entri tamat. Bimbang nanti kemerepekan berlanjutan.
Sekian, terima kasih.

p/s: aku ada header baru, kau ada? hahaha

Friday, October 15, 2010

Hari Yang Cerah

Hari ni, bermula dengan mendung lepas tu cerah, lepas cerah mendung nak ribut, kemudian cerah lagi lepas tu malam.

mula-mula mendung lepas tu cerah:

Pagi ni, bangun lambat sebab tidur lambat. malam tadi ribut taufan, lepas tu tidur tak sedar apa jadi dah.. Bangun pagi 8:30am. Pagi tadi ada kelas Special Topics in Public Relations and aku ada presentation T_T. Mak aii~ takot wei... Aku sampai kelas 9:20am... Almost sejam aku lambat. Sedih gila. Time macam ni tak boleh nak cepat. Fasalnya, aku mandi secara tak normal, kena cuci luka secara mandiri dan balut dengan kemas. Yang paling sadis, aku kena panjat tangga biru, tangga kejayaan itu dan berjalan secara lambat. Usually aku boleh sampai fakulti dalam 6-8minit sahaja dengan speed yang habis meter laa... tapi ini meter 40km/j memang haru...

ini tangga biru tangga kejayaan bukan usaha tangga kejayaan

Dah sampai kelas dah, tiba-tiba terkejut tengok groupmate tengah present secara solo. Oh, mana perginya yang lain? Sunggu menggeramkan. Tak apa, aku terus join groupmate aku present di depan. Setelah present, diberi briefing untuk final exam unuk paper ni 25th October ni. Our first and second last paper untuk semester ini. Rasa gembira. Nampak tak, hari makin cerah?

Cerah-cerah tadi tambah lagi cerah bila my classmate kata kami dapat balik duit untuk event lepas (Pulau Perhentian). Duit tu tak termasuk duit event bulan puasa yang lepas. Maknanya, jumlahnya semakin banyak! Oh yeay! Kami bayar RM 100 lalu mendapat keuntungan RM 23. Untung bukan? Yeay! Dapat duit~ lalala...Hari Isnin nanti aku claim kat treasurer comel kami. Harap-harap duit event bulan puasa boleh dapat juga Isnin nanti :')

Oh cerahnya langit!

Terus telefon kakak, bagitahu kakak aku tak dapat duit tu hari ni. Aku cakap kat kakak bahawasanya hari ini tak ada duit. Kena tunggu Isnin depan. Tapi kakak kata beliau dah bank in RM 10 dalam akaun. Aku pon berterima kasih. Beliau kata lagi duit tu ganda 10x...Oh yeay! dapat duit lagi.

Lalu telefon boyfriend ajak beliau makan, aku belanja. Beliau datang makan sebelum ke masjid dan tolong betulkan laptop aku yang tiba-tiba tak boleh on. Dengan sentuhan beliau, laptop boleh on balik. Oh my oh my, he's my computer genius. Terharu dengan kebolehan beliau. Apabila laptop ku rosak, beliau bagi sentuhan, bila spec aku terkopek...beliau betulkan balik. Oh saya sayang awak.

tolong jangan cakap aku couple dengan Cina.
Nama beliau Zai bukan Nicholas. Sekian.

lepas cerah mendung nak ribut:

Boyfriend datang balik lepas solat Jumaat. Cerah la time kami makan tengahari. Makanan murah hari ni sehinggakan bukan aku yang belanja macam yang aku niatkan. Boyfriend belanja.

Menu:

Nasi putih banyak - RM1 x 1 = RM1
Tempe - RM 1 x 1 = RM 1
Sayur - RM 0.50 x 1 = RM 0.50
Air Mineral - RM 1 x 2 = RM 2

Jumlah adalah = RM 4.50

Heh, murah. Makanan murah boleh dapat kalau hari-hari menu begini. Selepas makan, oleh kerana cuaca terlampau cerah a.k.a bahang, boyfriend pon mengajak aku makan ABC. Tapi tak jadi. Itu sebab jadi mendung lalu hampir ribut. Tak jumpa kedai best.

Kemudian terus ke Maybank Shah Alam untuk menjadi pelabur. Labur duit di ASB. Kemudian pergi membayar bil Internet kat DiGi SACC. lalu terpikat untuk membeli iPhone 4. Nak menangis aku tahu. Teruja nak beli iPhone 4 yang hebat pada masa ini. T_T

Tapi, apabila dicongak dibahagi, boleh memiliki Blackberry sahaja. Itu pon Bleckberry Curve. Namun, kalau nak beli Blackberry tu, rasa macam tak berbaloi sangat. Handphone aku lebih kurang canggih berbanding Blackberry Curve tu. Malah aku rasa handphone Sony Ericsson Hazel ni lagi best. Jadi, tak jadi nak buat pengiraan seterusnya untuk memiliki Blackberry Curve. Aku tetap tunggu masa beli iPhone 4. Tapi DiGi Smart Plan memang best. Aku nak sign up nanti walau bukan dengan iPhone 4. :')

Lalu, kami ke McD untuk buat kerja. Cerah sampai sekarang walau langit dah gelap. Harap-harap esok cerah lagi.

Ok, dah nak balik UiTM dan makan malam.

*tak sabar nak tahu kat mana aku internship Disember nanti*

bilik itu untuk privacy

Aku rasa macam my feeling sangat tak best sekarang neh.

Sangat tak best.

Aku tak selesa di dalam bilik sendiri. Sungguh tak best. Rasa macam, apa kau buat semua macam tak best. Rasa sengal. I think aku patut duduk single room.

Sorang - sorang - sorang -sorang.

Kalau kolej ni ada bilik untuk sorang-sorang, dah lama aku sewa kat situ. Aku sungguh tak setuju dengan sistem sekarang. Tak boleh nak pilih roomate. Pastu your roomate is your classmate/course mate. Its like, damn hell. Boleh tak aku nak membuat variasi pada pandangan aku. Manusia tak sama jenis. Ada yang study macam nak mampus, ada yang study macam nak mampus ke kau tak study esok nak exam? Aku adalah manusia jenis,study macam nak mampus ke kau tak study esok nak exam? [eynee,2010]. Bukanlah tak study, cuma aku tak suka study orang nampak aku T_T

Macam dah jauh je melangkah. Ok, balik kepada asal.

Ye lah. Ok kalau tak sorang tapi dengan orang yang kepala dia sebati dengan aku.

Contoh satu kepala dengan aku ialah:

*polisi apabila berada di dalam bilik adalah untuk berehat dan PRIVACY*. Clearer view, bilik adalah tempat peribadi dan sangat private bagi aku.

Sudah lama simpan perasaan ini.

Sekarang aku rasa bilik aku sekarang tak ada privacy.

Aku ni adalah jenis:

  • bilik aku adalah privacy
  • study sorang atau berdua lebih elok daripada study 7-8 orang
  • kalau buat assignment, aku prefer tak ada orang nampak
  • kalau dalam bilik, aku nak privacy where kalau aku nak tukar baju, seluar sangat selesa. Tak nak ada orang lain kat bilik. Kalau roomate aku tak kisah. Aku tak selesa nak gerak ke sana ke sini walau saiz bilik ni tidaklah besar mana
  • aku nak wat keje aku wei T_T
  • aku kalau nak tido aku nak relax la maksudnya tapi dalam keadaan macam ni walau jam dah pukul 2.40pagi, macam mana aku nak tido? tolong bagitahu.
  • esok ada kelas pukul 8.30 pagi. ada presentation pulak. aku tak reti nak cakap macam mana dah.
I hate this feeling. Rasa sakit hati.

&*%!"£$%^&*

Friday, October 8, 2010

Ini Pasti Sebab Stress

OK. Hari ni mood blogging datang balik. Sebab tu update. Jangan kutuk sebab, ye lah nak update blog pon kena ada mood. Kalau tak ada mood kang tak pasal-pasal saya merepek je disini. Eh, bukan aku itu memang saya? Merepek sahaja. Hari ini, saya datang dengan tidak merepek. Hari ni saya update blog dengan isi-isi penting.

Nak tahu apakah isi-isi penting yang saya maksudkan? Sila se-ke-rol lagi kebawah.

Isnin, Oktober 11

8.30 am - assignment CSR kena submit
- presentation pasal crisis Toyota

2.00 pm -FINAL TEST EDITORIAL PAGE
-submit article Freedom of Expression & compliment untuk UiTM

7.00pm -presentation DiGi subjek Financial PR
- submit assignment Dutch Lady Milk Industries

*HARI INI HARUS CARI MASA UNTUK JUMPA PUAN ADVISOR*
*HARI INI JUGA HARUS CARI MASA UNTUK HANTAR SURAT PRAKTIKAL*


Selasa, Oktober 12

8.30am -Presentation DiGi untuk subjek Communication Planning


Rabu, Oktober 13

2.00 pm - Reading test French

6.00 pm - Presentation Website (oh no!)


Khamis, October 14

2.00pm - tak ada apa. HAHA. Khamis kan tak ada kelas :D



Jumaat, Oktober 15


8.30 am - Gerak gempur Special Topics in Public Relations
- Presentation Samsung


Dah nampak isi-isi penting yang saya dah tunjuk kat situ? Penting ke? Ya, memang penting, kalau tak lepas ni macam mana nak grad? Saya rasa penat dan letih namun harus menceriakan diri sendiri. Oh, banyaknya assignment.

Dalam keadaan yang kurang sihat sebegini memang banyak dugaan dan cabarannya. Antaranya, sakit gastrik saya ni menjadi-jadi. Punca utamanya, stress dan juga tak jaga waktu makan. Kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak. Penat sampai tak larat nak makan. Akhirnya, perutku ini terasa macam digigit-gigit lalu terasa sakit. Penyakit memang datang memanjang. Saya rasa saya tahu kenapa. Saya tahu. Ini pasti sebab stress. INI PASTI SEBAB STRESS.

Saya dah tak nak stress. Nak cari masa untuk relax. Tenangkan hati dan fikiran. Saya tahu saya perlu pergi bercuti, bersantai dan memanjakan diri. Tapi, bila dicongak segala benda, keadaan kewangan pula tak mengizinkan. See?? stress lagi pasal kewangan. Ya Allah, bantu aku.

Ok, cari cara lain berhibur dengan rakan-rakan pula. Saya terjah semua kawan, mereka pon sama lah seperti saya, semuanya pon busy~ Ok, aku faham.

Lastly, kembali kepada boyfriend dan bertanya pada beliau mahukah beliau keluar berjalan-jalan serta bersiaa-siar dengaku. Beliau cuma kata, kan abang tengah final, abang nak study, awak pon buatlah kerja.Kerja awak banyak. Abang tahu. Oh,ok. Dengan wajah yang heartless gila, aku pon sambung segala kerja yang harus dilakukan. Sambung punya sambung aku makin stress sebab perasaan sedang tak redha untuk membuat assignment. Lalu, dengan rela hati, aku menghibur diri dengan mengupdate blog dan mencurah segala rasa isi hati ini.

OK lah, dah puas. Lega sikit. Boleh sambung kerja.

(^_____________^)