Pages

Wednesday, July 28, 2010

Kalau Kahwin Muda...Okey Tak?

Ini Pengakuan Jujur dan Ikhlas daripada aku.

"AKU NAK KAHWIN MUDA"

Untuk pengetahuan semua, itu bukanlah kenyataan panas pertama kali keluar dari hati aku. Dah banyak kali dah termasuk kenyataan begini "Hey, mampos la kau. aku tak suka" atau "Cilaka punya orang kedai. Penipu. Aku doa jap lagi ko punya kedai terbakar pastu ko rugi." Ha, begitulah antara bunyi kenyataan panas yang aku pernah nyatakan. Apa jadi kalau kedai tu betul-betul hangus dijilat api yang bukan asmara. Tak ke aku yang dipersalahkan nanti? So, itu bahaya ye wahai kawan-kawan. Kalau nak marah, caci maki hamun sesiapun...baiklah jangan buat kerja tu semua. Kalau tak tahan juga, kena tahan dalam hati walau hati korang bakal sakit.

Ini dah keluar tajuk. Kemerepekan yang tiada batasan sungguh. Haish.

Okey, berbalik kepada isi sebenar.

"AKU NAK KAHWIN MUDA" (ini copy + paste ayat di atas)

Disebabkan statement ini, aku dah banyak kali berfikir yang tak bukan-bukan a.k.a fikir apa yang patut. Aku fikir masak-masak pasal hal ini, bukan masak-memasak tau. Ini fikir masak-masak, ranum dan garam secukup rasa. Hoh, apakah?? Apabila dah betul betul fikir, ada la pros and cons kans? Macam-macam aku fikir. Lepas tu, aku jalan-jalan dari satu blog ke satu blog yang ada cerita bertemakan KAHWIN MUDA ini. Antaranya, orang kahwin muda sewaktu di universiti, ada yang kahwin muda dengan orang yang lebih berusia, kahwin selepas tamat sekolah menengah dan ada juga yang kahwin muda sebab kehendak keluarga macam Adamaya and sinetron Kahwin Muda lakonan Agnes Monica. Tengok tak cerita tu? Kelakar...Percayalah... Aku tak ingat bila aku tengok, tapi kat TV1, malam and aku selalu tengok ngan bapak aku... kelakarr...Hep! Jangan lari tajuk!

Okey, tak lari jauh.

Sekarang pula, makin ramai kawan-kawan aku yang sebaya aku dah kahwin, ada yang dapat orang anak, dua orang, tiga orang dan tujuh orang. Eh, acah je. Mana mungkin baru kahwin empat tahun dah dapat tujuh anak. Eh, mungkin juga. Dapat kembar. Lepas tu, aku tengok...mereka pula bahagia. Dalam facebook siap upload lagi gambar baby yang comel, gambar bawa anak pergi jalan-jalan dan sambil peluk suami. Haish. Sumpah, aku jeles. Bukan jeles sebab dia dapat peluk suami dia, tapi jeles sebab aku nak peluk sapa? Mana suami ku?

Ini di antara sebab kenapa aku terasa macam nak kahwin muda.
  1. macam best
  2. kahwin itu bes
  3. kahwin itu syok
Ini pula ini pendapat orang yang tulis tentang best nya kahwin sampai aku pun terasa kahwin itu sungguh best.

  1. hubungan sah disisi agama, buat apa saja tak rasa berdosa, Allah redha.
  2. kongsi hidup dengan yang tersayang
  3. kalau kahwin time study, nanti ada orang boleh tolong ingatkan buat assignment, study dan sebagainya..so sweet :)
  4. nanti kalau ada anak, beza umur tak lah jauh sangat
jadinya, aku pun rasa kahwin tu best. Yang paling penting ada orang care pasal kita. Bagi aku, aku nak kahwin muda sebab aku nak kongsi hidup aku bersama suami tercinta dengan restu ibubapa dimana, restu orang tua adalah juga restu Allah. Selain itu, apabila berkahwin, aku punya matlamat dalam hidup. Aku mahu punya keluarga sendiri, aku mahu ada kemampuan sendiri dalam segala hal. Dan aku mahu segala manfaat buatku dalam perkahwinan. Sound selfish tak? Hehe, taklah sebab tema pon, AKU yang nak kahwin muda! HAHA.

Tetapi, banyak halangan daripada galakan yang aku dapat. Sebagai contoh, parents tak bagi. Aku pon tak tahu kenapa. Mak aku selalu cakap macam ni, "Mak tak kisah, mak okey je. Cakap kat boyfriend kau cepat mauk meminang"... Sedih~ sebab mak aku tahu, mak boyfriend pasti belum boleh melepaskan anak tunggal bujang beliau berkahwin seawal ini. Hebat gila mak aku. Ha, satu lagi...apa strategi yang mereka guna sehinggakan mak ayah bersetuju meng-kah-win-kan mereka di usia muda. Hmm....

Antara lain halangan. Financial sudah semestinya. Belum stabil kot. Tapi, aku wonder macam mana couple yang kahwin masa study. Mak Ayah dorang support ke? Sungguh, aku tak mengerti. Senang la kalau orang tua support. Tapi, ada jugak ka yang tanggung diri sendiri.... Haish.... tak paham. Macam mana boleh lepas financial problem....

Lain lagi, darah muda darah pemarah. :(

HO! TUNJUK AJAR KU SIFUU!!

Hah, begini lah aku. Selalu fikir nak kahwin muda, selalu pasang niat nak kahwin muda, selalu juga berdoa agar aku dan boyfriend cepat-cepat di satukan dengan ikatan yang lebih serius, ada masa depan dan ikatan murni.

Akhir kata, bagi yang dah kahwin dan lebih best lagi kalau yang dah kahwin muda, tolonglah bagi tips kat aku ini agar aku dapat kahwin jugak macam korang.

" I CAN SEE MY FUTURE IN MY MARRIAGE "

dari hati eynee

(^___^)

Monday, July 26, 2010

Jangan tanya aku ke mana

Jiiwa kacau. Apakah ertinya begini?

Kalau kau bukan diri kau lagi.

Kalau hari ini di marah bertubi-tubi.

Aku jadi semakin tak faham erti hidup.

Kepala dah berserabut.

Air mata dah tak jemu keluar.

Bila engkau yang aku sayang sudah tidak punya pandangan seperti dahulu, seperti selalu.

Kau kata bukan kau tak kenal aku tapi aku tak kenal aku.

Aku menangis lagi.

Kau sudah tak pandang wajah aku lagi.

Sukar sungguh nak lafaz kata pemisah.

Hati juga berat nak terima.

Aku mahu, buang saja jauh-jauh kata itu.

Dengan telinga aku mampu dengar gelak tawamu disana.

Tapi aku yakin satu perkara.

Kau tak mungkin mampu jadi aku, kau tak mampu dengar hilai sayu tangisan aku.

Sebab, kau tak mengerti aku.

Kau tak lagi mengerti aku.

Kau tak mengerti aku lagi.

Kini,

Fikiran aku dah entah kemana.

Kaki melangkah juga kurang jelas arah tuju.

Yang pasti jangan tanya aku kemana.

Biar saja hati aku tentukannya.

Sunday, July 25, 2010

YOU

YOU ARE STUPID
YOU ARE AN IDIOT
YOU ARE VERY SELFISH PERSON
YOU ARE SNOBBISH TOO

YOU DON'T EVEN KNOW HOW TO APPRECIATE OTHERS

YOU DON'T UNDERSTAND ME

YOU REALLY A TOTAL IDIOT WHEN YOU DON'T KNOW THAT I REALLY LOVE YOU AND I HATE IT WHEN YOU SAY THAT YOU ANNOYED ME WHEN I'M THE ONE WHO CALL YOU.

STUPID.

Friday, July 23, 2010

Bersalah?


Ala~ comel kan kucing tu, siap sumpah tak amik ikan. Hehe. Hah, sudah hari ini aku bukan nak cerita pasal kucing ye :D

Sekarang, sebetulnya betul-betul rasa bersalah sebab sedang buat entri baru. Padahal, dari hari ke hari memang nak update, tapi pasal rasa bersalah punya pasal selalu je tutup page create new post ni. Alahai~ baiknya aku rasa bersalah. HAHA. Walaupun sebenarnya ada benda tak baik yang aku dah buat. Contohnya? Sebagai contoh...eh, ini bukan contoh. Ini memang betul-betul kejadian. Sebenarnya, aku tak siap lagi academic writing punya proposal...aku memang tak baik. :(

Sebetulnya lagi, memang nak siapkan dan jumpa Pn Advisor hari ini atau semalam. Yang sedihnya, aku dahla tak siap lagi proposal. Dan~ DEMAM. Sedih atau tidak? Apa nak buat, dah badan ni panas.

Wahai Puan Advisor, maafkan saya :'(

Sempena meminta maaf dengan Puan Advisor, aku teringat dengan kata-kata seorang lecturer aku. Beliau merupakan salah seorang daripada lecturer kegemaran. Wahh~ adakah sebab beliau menghantar aku kolej Isnin lepas? Hish, tak juga lah. Sebab beliau memang best pun. Beliau pernah berkata kepada salah 24 orang daripada classmate aku macam ni, "Hm, tak perlu lah awak nak minta maaf dengan saya sebab awak lambat masuk kelas, sebab bukan saya yang rugi. Yang rugi tu awak". Adoyai~ memang berkesan lah ayat-ayat beliau. Mengalahkan keberkesanan Breeze Color yang boleh menanggalkan kesan degil pada baju saya. I like Breeze. Wangi~ Heh, tetiba pulak.

So, kesimpulannya disini, memang sangat rugi apabila tak siap assignment tapi mampu update blog. Hm..hoy~betul kah??

YA. MEMANG BETUL.

Jadi, sekarang hati pun dah puas sebab dah update blog kan? :)) Aku perlu menyiapkan bahagian paling susah, Literature Review untuk lepas dari segalanya. Kalau dah siap bahagian ni, semua bakal jadi okey & senang.

Dah~ Jumpa Lagi

Best of luck EYNEE :D


image kucing from google

Thursday, July 15, 2010

Bila Hari Khamis Menjelma...

Yeay, hari ni tak ada kelas. Sungguh rileks badan. Tapayah nak jalan kaki, panjat tangga biru. Rileks bukan? Semester ni aku sangat bersetuju dengan jadual kelas. Tahniah la Miss lecturer buat jadual macam ini. Awesome. Mula-mula tu sakit hati juga sebab ada dua hari kelas malam. Tapi, bila fikir-fikir balik, since semester ni dah last kat kampus, tak apa lah. Nak juga hirup udara segar di fakulti malam-malam. Elok juga sebab, sama macam budak-budak masters! whoa~ berangan la tu. Ho, tak apa. nanti ada rezeki nak juga sambung masters. ;p

Perenggan baru ni masih lagi cerita pasal jadual kelas. Sangat rileks badan setiap khamis. Sebab tak ada kelas.Tapi, tak ada kelas tak bermakna aku boleh rileks memanjang dalam bilik, habis baca semua novel atau boleh marathon tidur 24 jam! Tidak. Macam biasa, assignment dan projek sentiasa menanti. Ini sangat menakutkan. Aku kena siapkan semua. Maksudnya hari khamis pun akan busy sebernarnya. Tiada masa nak berfoya-foya. T_____T

Hoh. Itu tak apa lagi. Assignment dan projek serta proposal itu okay lagi. Belum masuk bab pengurusan diri, hati dan perasaan, kewangan dan sebagainya. Itu semua memerlukan kekuatan yang ampuh dan masa extra. Hari ini hari khamis. Seharusnya tidak pergi kelas. Namun kerja masih banyak.

Hari ini aku harus:

  • pergi buat dry cleaning. OK. Maaf~ masa aku bukan untuk basuh-basuh baju. Bukan tak sudi nak basuh baju guna tangan. bukan juga takut tangan kasar. Cuma, masa ni tak ada. Kalau ada masa nak basuh pun, bila nak sidai? ada tempat ke nak sidai ?So, dry cleaning would be the perfect choice.
  • pergi ke bank islam. Nak membantu encik boyfriend dalam masalah yang beliau hadapi. Jadi sebagai Personal Assistant yang berkaliber, haruslah juga menolong beliau. Sebab, beliau sangat sibuk. Sehinggakan beliau boleh lupa mengenai makan tengahari/malam. Kalau tak ada saudari PA ni rasanya beliau tak makan/makan roti je.
  • menyapu bilik. Since my roomate is no longer cik Nadiah, dan roomate saya itu juga classmate saya, makanya, haruslah kedua-dua pon sama busy. Jadi, hari ini dia tak ada dalam bilik, jadi saya nak menyapu bilik. Habuk buat sama bersin. Sumpah, tak suka!
  • update blog. Haha, ini tak perlu cakap lah. Ini yang sedang saya buat. Update blog waktu yang busy pon boleh sebab mata ni memang ditakdirkan untuk menatap laptop selalu kan? Tambah lagi semester ni ada pulak subjek New Media Technology in PR. Hmm..sound cool kan? Memang. Nanti, jap lagi wujudlah blog kelas aku.Huhu, lecturer pon cool juga.
  • Mencari journal untuk Academic Writing. Puan Advisor dah suggest cari kat website UiTM, library portal. Ok, let check it out! malam nanti la yek? heee :D
  • Mencari public listed company untuk individual assignment subjek Financial in PR. Cool~ Again, sama macam corporate PR last sem kan? Hope so...
  • Tanam Tauge!! HAHA. Lecturer suruh bawa tauge kelas minggu depan. Apa jadah menatang tu? Aku tunggu arahan ketua, Mek Suzi!
  • Membuat perkara yang patut untuk projek bulan puasa ni. Tunggu tau! Kelas 5A punya projek. Ini kelas budak hot. ;p
Huu~ banyak nye kerja nak buat hari Khamis. Nasib baik tak jadi pergi News Strait Times hari ni. Kalau tak, tangguh lagi semua kerja kat atas! BAHAYA.

Busy kan aku? Busy kan? Disebabkan aku busy, aku stop sampai sini je. Nanti update lagi. Sila la nikmati lagu Zee Avi kat blog aku. Best kan? Baik cakap best, sebab betullah best kan. Sebelum blah, aku nak puji sikit internet UiTM. Bagus, tak buat hal! :)

Hari ni juga sungguh bahagia sebab dapat lunch dengan encik boyfriend, Biasanya tengahari kami sama-sama busy dengan kelas masing-masing! :)

tok nama nya ngegeh nang x pande abis! miss you all babe!


MAAF GAMBAR DI ATAS TAK ADA KAITAN DENGAN ENTRI.
CAPTIONS ARE IN SARAWAK LANGUAGE

(^___^'')

Wednesday, July 14, 2010

Not Happy

Aku dah fikir beberapa tajuk untuk post kali ni.. :)
On the way balik bilik, dah terfikir nak update blog. tapi tak tahu lagi nak cakap pasal apa...

Aku cakap macam happy kan? HAHA.Happy je la, walau tak happy pun. Mungkin, hari ni hari yang luar biasa buat orang lain, tapi bukan aku. Hari ni biasa je - biasa sangat. Disebabkan biasa tu la, aku jadi alah bisa tegal biasa. Biasa la kan, aku ni memang biasa. HAHA. Ini merepek sungguh!

Ok, jom. First of all, I know that I've got no reader for my blog. Thats fine. Bukan sebab apa. My friends are not into blogging yet. Ada la sorang dua, but most of them tak ada blog. Tu tak kisah sangatlah. Bukan tak ada kawan pun. Mereka lebih berminat dengan Facebook. Not blogging. :)

Second thing is, loneliness boleh membunuh ok~ Aku rasa macam dah mati. Mati Hati. Mati Akal. Mati Jiwa. Mati Perasaan. Tapi, jasad aku hidup. Tapi, jantung aku belum berhenti, nafas aku tak putus lagi. Tuhan belum panggil lagi.

Seriously, I'm lonely. Rasa nya mesti sapa-sapa yang baca ni mesti tertanya-tanya kenapa aku rasa macam ni kan? Ok, without any delay aku akan bagi jawapannya.

Bacalah surat ni, ada orang bagi aku..


Dear You,


Apa dah jadi dengan kau? Dah 2 tahun dah kau macam ni. Aku seolah-olah tak kenal kau. Kenapa kau sanggup buat hidup kau macam ni? Macam mana kau boleh jadi bisu dalam kelas? KENAPA KAU LAMBAT DALAM SEGALA HAL?? Ini dah semester terakhir kau kat sini, jangan nak buat hal. Ke depan lah. Majulah, walau setapak.

I know that you're a clever girl. Sejak kecil lagi you are a smart girl. Kau lahir cukup sempurna. Kau besar dengan great perfect family. Kenapa jadi macam ni yang? I really love you. Jangan buat macam ni, kalau kau sakit hati dengan siapa pun kat dalam kelas, jangan musnahkan diri macam ni. Orang tu tak suka engkau, ramai lagi kat luar yang suka tau. Allah Maha Adil. Dia tak bagi kau ni, bersebab, ada hikmah. Memang tuhan dah tentukan segala, tapi kau kena usaha juga untuk dapat yang terbaik untuk diri sendiri. Okay? aku kat sini sentiasa dengan kau. Tapi, kalau kau salah, aku tegur sebab aku tak nak musnahkan kau. Aku sayang kau. Aku sangat sangat kau. Tak ada dah orang lain yang sayang kau macam aku ni.

Cuba kau fikir balik, kenapa orang buat kau macam ni? Mesti sebab salah kau juga kan? Tak semua salah mereka.. Walau kadang-kadang sikap pandang rendah mereka tu buat aku rasa menyampah. Tapi, kenapa diam sangat? Kau boleh buat, cakaplah kat mereka. Kan hari tu, lecturer kau dah cakap, this is not the time to prove the others wrong, this is the time to prove yourself right. Kan? So, do it!

Sampai sini je surat aku. Lain kali aku tulis lagi. Kalau ada masalah cakap je ngan aku. Aku dengar. Aku sentiasa disisi kau. Okay sayang? Jaga Diri.

From,

Sincere Heart.


So, how? dah dapat gambaran perasaan aku sekarang? Dia sangat faham seluruh hati dan perasaan aku. Ini je la tempat mengadu. Bagi aku, susah nak mengadu kat orang lain. Kalau mengadu banyak sangat nanti jadi mengadu-domba dan fitnah. Aku nak elakkan benda-benda mcam tu. Nak mengadu ngan family? They wouldn't understand. Banyak lagi kerja yang mereka nak buat. Kalau nak mengadu dengan boyfriend, dia faham, tapi tak nak lah bebankan dia.. Sungguh, kawan-kawan? Mestilah mereka ada hal sendiri. Tak boleh nak catch ngan mereka selalu. Ada masa free, ada lah. Dahla tu, semua pun jauh... I miss them a lot. I only got school friends, kawan universiti ada la sorang dua...but not that much. But, I do appreciate semua kawan-kawan aku. Terima Kasih semua.

Hm, biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Aku tahu aku tak credible enough untuk berkawan dengan mereka. I'm a nobody. Aku tak berharta. Aku bodoh. Aku tak cantik. Aku ni orang kampung, aku bawa malang je...Tapi, aku nak semua tahu, aku ni punya hati dan perasaan. Bila aku bercakap, aku nak di dengar. Bila aku bercerita, aku nak orang respon. Bila aku senyum, aku nak orang senyum balik. Bila aku bertanya, aku nak orang jawab. Bila aku berubah penampilan, aku nak orang tegur. Bila aku pakai baju baru, aku nak orang perasan. Bila aku makan, ada orang teman. Tahu tak, bila kau makan sorang kau akan rasa gila, bodoh. Nasi dah rasa macam kaca. Luka dah tekak aku. Dah berdarah dah. Sakit, tahu! Bila aku ke kelas, aku nak gelak tawa sepanjang jalan. Tak ada lah susah sangat naik tangga biru tu. Ini tak. Pilu sepanjang jalan. Sayu setiap langkah! HA, sekarang berapa juta langkah sayu dah aku buat? Bila aku nak buat assignment, biarlah semangat sikit. Ini memang aku lemah. Bila aku nak tengok bola, ada teman. Bila Spain menang, Aku happy dengan kawan-kawan. Ini tak. Aku menyusahkan boyfriend aja. Sampaikan dia tak terlayan kawan-kawan dia. Maaf, kawan-kawan boyfriend. Ini salah aku. Dia tak salah. Maaf juga keluarga boyfriend. Boyfriend dah jarang luang masa untuk kamu semua. Maafkan aku.

Ya Allah.
Sungguh, aku dah tak tahan pendam semua ini. Letih, penat.
Aku hamba lemah.
Berilah aku petunjuk..

Walau apa pun, aku tetap bersyukur. Aku anggap ini dugaan dan cabaran Allah tahu, aku mampu tanggung semua ini. Kalau tak, aku tak dapat terima ujian ini...

Teruskanlah - Agnes Monica

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu

Teruskan lah… teruskan lah..

Saturday, July 10, 2010

Gotta Find a Hobby

OK! Now, lets get straight. I got it...since naturally, I'm totally not a loser and I always never wanna be a loser~ for this time, I'll find hobbies too.

I can't stand seeing my brother Naeem is having fun with his new hobby. know that I can have a hobby too. well, you know... his fishing moment, his fishing time and what so ever~

KINDA BORING WHEN HE DOESN'T SPEND MUCH TIME WITH ME AFTER HE FOUND HIS NEW HOBBY

ok. i'll be fine with that.

THINGS ARE GETTING WORSE WHEN...


my boyfriend also does the same thing to me when he turn on his laptop and do some pictures editing or whatever with is photoshop work...

and, now..its my turn to have my own hobby...
I used to make reading as my hobby. but then, I don't even know why I didn't read as much as before...


well. Now, it seems that I gotta fill up my rack back with books, novel, magazines. Not only with newspapers. :)

that's it!

So, I start back my reading habit with THIS!



I'm collecting Sophie Kinsella's... I'm happy with her writing though. HAHA.

I've planned everything nicely, and hope it will be going smoothly.

  • collecting Sophie Kinsella's novels (shopaholic series will be my fav)
  • buy Cecelia Ahern's.
  • Malay Novels - Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi~ Find these book back! I miss 'em hell much...
we'll find some other novels ok!

p/s: syipak, do i have to join you vampire world?








Friday, July 9, 2010

Awak ni siapa?


Awak ni siapa?

erk...ada orang tanya kau macam tu ke eynee?
huhu~ takda lah. saja tanya diri sendiri...

iya lah...
kebelakangan ni aku macam tak kenal aku sendiri...aku rasa aku dah berubah. aku rasa aku dah berubah. aku rasa aku dah berubah. tiga kali penegesan kat situ ya!

sungguh, aku rasa aku dah lain. bukan aku seorang yang rasa macam tu, orang yang paling dekat dengan aku pon cakap macam tu... adakah aku benar-benar berubah? Macam tak pon ada juga. tetiba terasa confuse teramat padahal tak perlu pon. HAHA.

tahu tak macam mana kita nak mengenalpasti sikap orang tu dah berubah? kalau kita nak menilai diri sendiri memang lah payah kecuali kita berubah memang kehendak kita sendiri. Kalau memang niat nak berubah, bergerak ke arah yang nak kita ubah atau dengan kata lain berubah dalam keadaan sedar itu tak dikira tau! Dalam kes aku ni, orang kata aku dah berubah. Padahal aku rasa tak pon~ tapi bila dikenang balik perkara lampau, tingkah aku yang lalu, aku tak macam aku sekarang. so, maksudnya? aku berubah lah kan?

aah~ berubah la tu...

okeylah...kita terus kepada permasalahannya. kita senaraikan supaya lebih senang nak elaborate.

orang kata, aku dah tak macam dulu...
  1. dulu aku sangat memahami, sekarang dah pentingkan diri
  2. dulu aku banyak cakap, sekarang aku banyak diam
  3. dulu aku suka jalan-jalan ngan member, sekarang prefer melepak aja kat rumah.
  4. dulu aku selalu tidur awal, sekarang kalau belum 3am...belum mengantuk.
  5. dulu aku banyak bebel, sekarang makin banyak membebel
  6. dulu aku ada hobi, sekarang dah macam tak ada hobi
  7. dulu aku Aini Afini...sekarang bukan lagi...
permasalahan yang ke-7 itu yang paling menakutkan...kan? Hish, takkan lah~ aku masih lagi Aini Afini..

yang ni pula, aku rasa...
  1. dulu aku selalu lepak ngan kawan, sekarang dah tak
  2. dulu aku bagi dia kebebasan, sekarang macam mengongkong pula
  3. dulu aku suka baca buku, sekarang aku campak entah mana buku2 aku
  4. dulu aku tak reti melawan cakap, sekarang..hayy bukan main lagi aku...
  5. dulu aku berani pertahankan diri, sekarang orang nampak aku macam bodoh
  6. dulu aku berani, sekarang aku takut - aku menjadi penakut
  7. dulu aku tabah, sekarang aku rapuh...
entahlah, crisis dalaman jiwa la aku ni~ ada masalah jiwa ni...hayy...aku pon tak tahu kenapa boleh jadi mcam ni.

Rasanya, kat sini, orang tak kenal aku. Aku ada split personality tau! aku ada dua karakter. Ada masa nya, kau akan tengok aku ni beautiful, lovely, adorable angel~ i can be very nice. super duper... tapi kalau dah aku terbalikkan. Aku boleh jadi evil sampai korang tak sangka itu aku. Thats Me. Aku ni truly inspired by my surrounding. The people, situation dan sebagainya. Bagi aku, itu bagus. Sebab, aku sayang orang yang aku sayang dan aku tak sayang orang yang aku tak sayang. My stand sangat simple dan amat mudah untuk di fahami.

Dekat kampus, aku ni tak lah se'pasif' yang aku rasakan. Cuma aku pasif apabila di dalam kelas. Aku pon tak faham kenapa boleh jadi macam tu. Aku tahu itu salah aku. I am too afraid of what others would say/think about me. I always wanna be good. Tapi, aku tak boleh buat macam tu. Tidak sama sekali. We can't be good all the time...bad thing bakal mewujudkan keseimbangan di dalam diri...HAHA. fuck off with my words.

Apa yang tak bagusnya, disebabkan aku ni terlalu la inspired by keadaan persekitaran, aku sendiri tak boleh nak jangka what's next... Semua benda harus tunggu orang lain.

Aku sekarang dah tak perform dalam study dah~ semuanya macam hampeh. Kalau takda final exam aku tak tahu la macam mana result aku. Aku bergantung harap pada final exam...

Dalam percintaan pula? aku rasa aku jadi mekin pelik... aku dah makin pentinkan diri...hmm...mungkin sebab bila aku bosan,cik abang selalu jadi mangsa...oleh sebab itu, aku terfikir nak aktif balik dalam segala hal. Aku nak penuhkan aktiviti aku dengan hobi-hobi ku. Jadi aku tak lah bosan sangat sehinggakan sikap pentingkan diri aku tu di highlight sangat. :)

Ha! Jom kita ber-REVOLUSI! Ini pon demi kebaikan semua orang....

Selamat Berevolusi Eynee! :)




Wednesday, July 7, 2010

My Girl Birthday!

Pernah tak korang tengok orang buat sambutan Hari Jadi selama 2hari 1malam?
Kalau pernah,baguslah... Kalau tak pernah ni aku nak tunjukkan...
Bertuahlah sangatkan orang ni, aku datang dengan niat nak sambut hari jadi beliau...
Tapi, unplanned la sangat benda ni boleh jadi sampai 2hari 1malam, dan yang paling tersengal antara yang tesengal adalah...semua plan yang aku plan, satu apa pun tak menjadi, tapi objektif utama aku tercapai~ oh! bagaimana tu?

HAHA. Walau bagaimanapun persoalannya, yang penting kita harus terus tersenyum girang gembira sebab objektif utama tu kan dah tercapai!
(^,^)


Sebelum memulakan alkisah, meh sini aku nak kenalkan kat anda semua siapa punya harijadi laaa istimewa sangat sampaikan aku plan sambutan harijadi untuk beliau~

here she is!

Cik Nadiah a.ka my EX-roomate a.ka. my girl kat UiTM ni

yang sebelah tu, si penting~ si sponsor! :D
jangan abaikan dia!

Alkisah~ setibanya aku di tanah semenanjung ini, di sambut ceria oleh Sang Kekasih Hati...maka, bermalam lah kami di airport sebab flight aku tengah malam! Lepas tu, pagi2 buta kita dah gerak gi Shah Alam...dan datang pula berjumpa dengan Cik Nadiah & Cik Abang dia...jadi kitaorg pun lunch sama-sama kat barra, seksyen 7...

MENU? ada spesel sikit~ Nasi + umai yg aku bawa dari rumah!

Akibat dah kekenyangan...kitaorg pun senang hati, makanya mengambil keputusan untuk bernyanyi-nyanyi!!

Sebelum tu, Dino sempat lagi bagi surprise kat Nadiah~
NAdiah dapat hadiah! best giler..
yang paling best...hadiah tu pilihan jejaki...
tak sangka pulak Dino tau macam mana nak pilih hadiah kan?
HAHA. aku jarang tengok lelaki yang tau bagi surprise~

Gembira bukan?

HAHA. Gambar kat bawah ni lagi gembira!
tengok lah cik bang yang pakai baju merah~

Seperti mana yang teah aku bagutau awal, sambutan ni tak berakhir disini..
Malam tu, kitaorg lepak uptown sampai pagi...sambil temankan Dino kerja~ Pengalaman yang menyeronokkan... :D

Pusing-pusing uptown tak sampai pun 2 jam~ dah pengsan..
aku tertidur dalam kereta...
Nadiah pun sama, Iman pun..

Tapi! Di sebabkan kepenatan sampai pagi, lunch time kami di sajikan dengan makanan yang harus dimakan dan dinikmati sepenuhnya!

Ha! Look at this, my fav mushroom soup~
kat mana2 pun, aku akan order ini!
Ini Begedil dan akan menjadikan aku bedegil selalu~


Sajian Utama! Ayam Panggang!!



Sekitar Sebelum Mula Makan! :)
Ini jer gambar-gambar yang aku ada! Memang tak cukup~ Memang tak complete~

Tapi apa yang cukup, apa yang complete

Kasih Sayang sesama kawan2!

Last But Not Least,

To my dearest girl.... Siti Nadiah Binti Junaidi...
Thanks for being such a good friend to me~
Thanks for your kindness and understanding...
Thanks for be there whenever I need a friend.
Being your roommate for these 2 years is a very precious time...

Now I know,
Allah loves me when He sent you to me~
and now, this is the time that I have to be strong...
Standing upright for myself...

No more crying at the middle of the night~
I won't be afraid anymore...

Sorry for everything~
I love you dear!

(~_~)

(T_T)

HAPPY BIRTHDAY