Pages

Tuesday, November 22, 2011

Tembam

Sudah hampir 5 tahun saya tak ada gambar pipi setembam ini.



Faktor wajah tembam dalam foto ini. 
  • Muka pagi
  • Lepas breakfast
  • Hati girang
 (^_^)

Monday, November 21, 2011

Homesick

Saya homesick.

Erk. Kawan-kawan saya mesti pelik sebab Aini Afini Mohamad homesick. urghhhh. T___T

Saya ada 5 reasons kenapa saya nak balik.
  1. Nak jenguk mak. Sejak mak disah kan kanser, saya belum jenguk mak lagi. 
  2. Ayat-ayat mak yang sangat persuasive tu dapat influence saya untuk menjadi homesick. Jangan kata saya anak derhaka kepada orang tua sebab jarang homesick. Saya cuma kental. (Ceh, bajet hebat)
  3. Kakak and Intan bercuti di tanah air, so...semangat mahu pulang juga membara.
  4. Rindu bapak, nak pau bapak sebijik jer blackberry. (doakan saya ada kekuatan meminta sebab selalunya tak sampai hati mintak kat orang tua)
  5. Saya nak lempang adik saya.
Buat masani itu je reason saya nak balik. Sekian. 

Saturday, November 12, 2011

Ukur baju di badan sendiri. Boleh?

Dalam berbelanja memang banyak cabaran terutamanya bab mengawal diri sendiri daripada membeli benda-benda yang tak patut. Kalau kita banyak duit tak apa la kalau nak melaram macam mana pon. Tak kisah. Itu duit kamu. Saya tahu. Tapi kalau sudah melibatkan orang dalam banyak hal, memang saya nak cakap, berbelanjalah ikut kemampuan kamu. 

Bekerja dalam bidang jualan ni memang mencabar, tambahan pula memang banyak perkara baru yang menjadikan saya lebih tahu dan lebih pandai dalam membuat keputusan dalam perbelanjaan saya. Lagi satu, sudah mula menyimpan untuk beli barang-barang idaman saya. Oh ya, untuk lebih jelas saya bekerja sebagai Sales Assistant / Promoter / Sales Girl atau apa sahaja yang anda mahu label yang penting saya bukan seorang executive atau orang yang bekerja layak dengan kelulusan yang ada. Sejujurnya, mula-mula saya benci pekerjaan ini. Gaji memang sedikit sahaja. Kalau nak diturutkan, memang tak cukup untuk duduk di bandaraya macam Shah Alam ni. Tapi kenalah pandai-pandai menyimpan. Orang sekeliling pula sudah banyak yang buat bunyi yang kurang sedap di dengar. Katanya, saya sudah ada Ijazah, tapi kerja jadi promoter je. Saya memang terkilan, tapi nak buat macam mana,belum ada rezeki. Bukan nya saya tak ada berusaha cari kerja yang boleh dapat gaji lebih dari RM3k sebulan. Lagi pon, saya seronok buat kerja sales ni. Mencabar, menguji kesabaran, saya tahu macam mana nak berniaga, buat kawan, buat bisnes, tambah pengalaman dan banyak lagi. Ragam orang pun dah macam-macam saya jumpa.

Pagi tadi saya geram tengok seorang customer ni. Dia ni seorang Mak Cik la, saya rasa umur dia dalam 50-an, cara dia berpakaian pon tak nampak macam orang kaya. Saya geram bukan sebab tak hormat pada orang tua. Mak saya selalu pesan, hormat dengan orang tua. Tapi Mak Cik ni sangat la melampau. Dia ambil je tudung-tudung cantik yang dia berkenan lepas tu dia suruh saya letak swarovski pada tudung-tudung yang dia berkenan tu. Faham-faham je la, kristal-kristal tu bukannya murah. Saya dah ingatkan dia pasal harga-harga tudung, takut kalau nanti dia tak mampu nak beli. Kebimbangan saya dia tak mampu nak bayar tu memang betul sebab masa nak bayar tu (setelah 1 jam setengah saya serve dia) dia buat muka tak mampu nak bayar and terkejut dengan jumlah yang dia beli RM200. Dia nak minta saya kurang kan lagi sampai RM150. Gila ke apa? RM 50 maksudnya sehelai tudung yang dia ambil tu dia dapat free. Eeee... sakitnya hati saya. Padahal saya dari bagi kurang sampai RM190. Itu tak apa lagi, tapi sampai dia cakap 'Dik, makcik dah tak ada duit makan lagi dah'. Dia cakap macam tu saya sangat geram. Masa dia ambil tudung tu, dia main ambil je, yang berkenan semua dia nak. Lepas tu bayar macam tak nak. Orang jenis apa pon saya tak paham. Kalau dah tahu tak mampu tak payah beli. Kita tak paksa pon dia nak beli tudung-tudung tu. Sedih tengok orang yang dah banyak makan garam macam tu. Betul lah apa yang Zai cakap, tua umur tak semestinya bijak urus duit.

Haish, apa lah nak jadi. Semoga makcik tu berubah suatu hari nanti, dan semoga kita semua mengamalkan sikap berpada-pada berbelanja. Peristiwa tu memang saya tak boleh lupa. Sampai saya buat entri lagi.

Kakak saya selalu ingatkan, berbelanja tu ikut kemampuan sendiri. Kakak selalu pesan juga, bersabar, nanti apa yang kita nak kita dapat juga. Lebih nikmat kalau dapat dengan usaha kita sendiri. Contohnya, kakak dah beli kereta idaman dia sejak study lagi after beberapa TAHUN dia bekerja dengan duit sendiri. Tak payah mintak sponsor sesiapa pon, tak payah godek-godek duit savings orang lain. Huhu, best nya... Nak jugak. HAHA. Well, Alhamdulillah, kakak saya sekarang jadi tempat reference saya untuk berbelanja. Walaupun dia tak setuju saya beli blackberry. Ceh. Penat-penat kumpul duit. Saya tak peduli saya nak beli juga. HAHAHAHAHA. Hmmmm,bercakap pasal blackberry...saya dah survey banyak tempat dengan banyak orang. Saya tak nak beli Bold sebab tak best. Tak minat. Kih kih kih. Nanti sampailah Mr and Mrs Curve kami. Muah muah muah....

p/s: Bapak tanya, nak bapak belikan awak blackberry ke? Saya kata, boleh juga. Tapi lepas tu dia tanya lagi. Kenapa tak nak iphone?  !@#%&^&*( 

Saya nak jawab tak minat iPhone. Saya nak beli iPad. Boleh?

Thursday, November 10, 2011

Makcik bebel

penat nye. rasa macam nak bukak bisnes sendiri. boleh? darah muda ni memang tak penyabar. hmmm. nak buat macam mana, memang dah tak boleh. saya nak buat side income. sekarang dah ada cert kalo boleh memang nak sangat buat something yang worth my cert and earn yang sangat berbaloi. rasa macam nak balik je sebab living cost disini sangat tinggi. ok, makan of course la makan kat luar and that one cost me a lot. bukan nak berkira sangat pasal makan. but if i have enough TIME and ENERGY untuk masak sendiri makanan setiap hari at least once a day, either dinner/lunch..i would probably dah boleh buat saving sikit. Ini tak, sudah lah masa tak ada, income pun cukup-cukup makan. Kita kerja nak menyimpan juga kan? Saya rasa saya ni bekerja hanya cukup untuk makan sehari. Nak makan macam zaman belajar memang dah tak boleh sebab masa belajar tak packed sangat macam ni and I need more energy to work. Tak boleh gedik manja macam dulu. Masa study kalau sakit sebab tak makan boleh ambil ubat kat klinik for free. Sekarang kalau sakit? Sudahla tak dapat gaji sebab MC, kena bayar pulak kalau ke klinik. Hmm, I need to force myself, physically and mentally untuk kerja for 13 hours per day without cuti walaupun sehari. Sebab kalau cuti. I wont have anything to earn. Oh god. What is this?  Kalau anda semua tahu saya ni macam mana. I'm too kind to think about my job every ticks of the day. Sebelum tidur pun fikir pasal kerja. saya memang ada ciri-ciri business woman yang berjaya. itu saya tahu.

semoga segala penat lelah ini punya hikmah yang berharga.

Monday, November 7, 2011

Reading And Me

well maybe i didn't read a lot lately.i think I'm stuck in my own world. what a shame. i always being scolded for my ignorance to the world news, current issues - since I was a girl. It's not that I don't like reading but  I just don't like newspapers, surfing the online news. I love reading novels, short stories, gossips and those stuffs. Heeeee. Lame me, sorry. But yeah, my brain need a lots of training before I go to the industry of my dream. I need to read a lot, widen my knowledge, enhance my communication skills. I think I'm loosing it now. I always dream about working in that corporate gigantic company. Representing them in my own ways, building up their image and reputation and and doing all the knowledge that I've gained in class. I'm just ready but maybe this is only a dream that won't come true. I'm disappointed. I thought that was my golden opportunity to start my career. But, Allah SWT knows better. He gave me up on that job for giving me another opportunity that was meant to be the best for me. I mean who knows right? Allah knows His creature and what's best for them. I accept the reality and now I'm done frustrating on that matter.

Read honey read. In the Holy Quran, Al-Alaq, the first verse from Allah to Muhammad His messenger said READ. That's how you gain knowledge, enhance So, I need to read. I mean, NEWSPAPERS not novels and unneeded stuff. T____T

How I wish I'm not working in front of MPH Bookstore. 

But, I wonder how I managed to read about politics, religious, historical writings and some other heavy reading during my studies. (+_+)'