Pages

Wednesday, March 12, 2014

MH370...Bismillahirahmanirrahim...

Macam-macam spekulasi kita dengar pasal MH370 yang hilang 8 Mac lepas...Bagi saya, pandangan-pandangan yang dibuat tak ada salahnya, cuma kita kena lebih berhati-hati kalau nak upload kat internet. Menteri mintak kita jangan buat spekulasi sebab akan ganggu proses pencarian. Tapi itulah, people memang akan sentiasa speculate. :'(

Dalam banyak-banyak pendapat, saya tertarik dan terus terfikir tentang pendapat hamba Allah tetang perancangan bukan saudara seagama kita. Kuasa besar dunia yang dah banyak timbulkan huru-hara di muka bumi ni. Mereka memang terkenal dengan kepandaian dalam memanipulasi maklumat, mencipta situasi dan sebagainya. Sangat sedih kalau nak fikir pasal tu. Lagi sayu sebab ramai Muslims especially di Malaysia ni buat solat hajat, ramai-ramai minta kat Allah untuk bagi petunjuk dalam kes ni. 

Semoga semua akan dapat jawapan secepatnya. Jangan risau saudara seagamaku, Allah Maha Besar, insiden ni tak akan terjadi tanpa izinNya. Sesungguhnya kejadian ni semua dengan izin Allah. Ini tanda Allah suruh kita berfikir dan minta bantuan daripada Nya. Yakinlah Allah bersama kita wahai saudara Muslim ku, mohon perlindungan daripadaNya sekiranya ini muslihat musuh Islam, mohon perlindungan dari Allah dari segala fitnah dajjal. Allahuakbar!

Amin, amin Ya Rabbal Alamin....

No comments: