Pages

Monday, July 25, 2011

JB Part 1

Sekarang ni dekat JB. JB memang best, seronok. Tapi macam rugi juga sebab tak dapat join others yang dekat Kluang. Aku rasa diorang lagi gempak kot. Ceh. Aku nak buat kerja bukan jalan-jalan. Tak best ah macam ni.

Tapi takpe lah. Bukan rezeki. Aku nak buat betul-betul benda ni. Walaupun aku terasa benda yang fishy sikit... Tapi takpelah. Abaikan. Positifkan je lah diri ini. Ya Allah, hanya Kau yang tahu apa yang aku rasa. KAdang-kadang tak terhan juga dengan segala cabaran kiri kanan depan belakang. Sedih. Tapi nak buat macam mana. Nak diluah mati mak, telan mati bapak. Serba salah. :'(

Aku anggap ni semua dugaan semata-mata... Yelah, nama pon nak berjaya kan? Sudah-sudahlah merasa sesak ni.

Orait! Nanti story pasal JB lagi.

Bye! :)

Sunday, July 17, 2011

None

Penat. Bersabarlah...

Monday, July 11, 2011

Rezeki

Alhamdulillah, minggu ni macam banyak rezeki je. I'm happy. 

Jumaat lepas, Smart Events call...tapi tak jawab pulak. Tapi takpe, sekurang-kurangnya, resume aku telah selamat sampai! Last friday jugak, Fammy dan aku pergi interview untuk buat part time dekat kedai comel Anakku kat SACC mall. Alhamdulillah... Minggu depan start training. Minggu ni pulak, boss Daus bagi job. Aminn~ Boss, aku doakan kau dapat job tu. Alhamdulillah, murah rezeki kebelakangan ni. Happy sangat. Boleh lah buat makan berdua dengan kekasih hati. Kalau boleh, sudah-sudahlah kakak bagi duit. Tapi, itulah...dapat kakak yang baik hati sangat, selalu bagi. Tak mintak pon dia bagi. Oh, kakak...murah rezeki engkau! :)

Itulah, bersihkanlah  hati dari perasaan buruk sangka dan benci. kalau kita banyak berusaha, berdoa dan bersabar...banyak rezeki kita. Kadang kita dibawah dan kadang kita diatas. Ini kata-kata favourite Mak.

Monday, July 4, 2011

Susah senang hidup buat saya appreciate orang disekeliling. Alhamdulillah, Allah Maha Adil. Mari maju selangkah.

Mak,
restu mak dah buat saya jadi yakin dan tahu mana arah tuju hidup,
restu mak buat saya jadi lebih kuat dalam menghadapi liku hidup,
restu mak juga buat saya bersyukur saya punyai emak yang sangat memahami,
sekarang doa mak selalu ingatkan saya supaya jadi lebih tabah dan rajin,
saya percaya juga doa mak juga buat rezeki saya melimpah ruah, 
rezeki tu tak pernah putus kan mak? InsyaAllah, rezeki ada dimana-mana kata mak.

Aku disini bukan untuk sesiapa, bukan juga untuk kepentingan diri. 
Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua. 
Yang penting, redha Allah apabila redha ibubapa ada bersama...

Ya Allah,
hindarilah aku dari bersikap derhaka pada ibubapa ku. 
peliharalah kami bersaudara dari derhaka pada keduanya.
lindungilah mereka dari segala marabahaya. 
ya Allah, jika masa diantara kami telah tiba untu berjumpa denganMu, 
aku minta supaya kami dimatikan dengan iman didada.
ya Allah, aku minta kebahagiaan dunia dan akhirat buat keluargaku.
ya Allah, satukanlah kami dalam setiap hembusan nafas kami. 

Ya Rabbi,
semoga perjalananku kali ini membuka jalan buat kami sekeluarga. 

Amin~

*credit untuk blogger http://yannyannyann.blogspot.com. thanks for the photo. Gambar latest kami sekeluarga, June 2011.