Pages

Wednesday, February 23, 2011

:: KELEBIHAN₂ SURAH AL-IKHLAS ::

* Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga Al Quran!”

* Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

* Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

* Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).

* Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."


p/s: renung₂ kan & selamat beramal.. sebarang pendapat, info tambahan @ komen amat dialu-alukan...

31 comments:

Eynee said...

thankkaseh sudi mmbaca.. smoga kita sama2 mendapat manfaat darinya...

Zulfadhli Al Fahmi said...

Terima kasih atas perkongsian, surah ini adalah salah satu Surah Tauhid dan harus diamalkan.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); ”(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”..

Penghayatan terhadap mentauhidkan Allah ialah dengan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu apapun.

Kita berdoa kepada Allah semoga kita selamat dari perkara2 yang boleh mendatangkan syirik kepada Allah.

Maha suci Allah dari sebarang sesuatu yg menyerupai makhluk. Dia tidak diperanakkan. KepadaNyalah kita memohon hajat dan pertolongan.

gEn Y said...

info yang sangat bagus...
baca al ikhlas tiap2 hari,dan beramal dgnnya....:)

رابعة العدوية said...

Alhamdulillah, bagus sekali infonya, semoga lps nih trus la poskan sesuatu yg brmnfaat mcm ni..walaupun kerap mmbca surah ni tapi kurang pngtahuan pasal ni..syukran..

fairuz adnan said...

entri yg bagus. namun lebih baik letak gambar illustrasi untuk kesan yang lebih mantap.

kaum muda yakuza said...

info yg amat berguna...hrap kita dpt beramal dengan mngetahui mknanya dan kelebuhannya skali..insyaallah

mie_chan said...

bagus2..mmg info yg bguna..thx for sharing..smoga kita dpt mengamalkan nya salu..

**makcik aku penah cakap,baca lar surah2 3-Qul lepas solat,t'utama skali surah al-ikhlas,insyaAllah leh jd pendinding dr tkena ilmu itam..tu pon mlalui pengalaman die..wallahualam..

nak copy bleh?hehehe...:D

sampaikan ilmu itu walaupon 1 ayat~

Syaqina said...

wpun surahnya pendek,tapi tersirat plbagai kelebihan,,MasyaALLAH..

nourfadyl said...

Jadikan sebagai wasilah kita terus mengabdikan diri kepadaNya.. Kalimah Tauhid..Ahad2.. Yg terus meneguhkan hati Bilal bin Rabbah kepada al-Kholiq kita..Allahhuakbar

Unknown said...

thanks 4 for the info dear..

berQ said...

syukur Alhamdulillah...smkin hari smkin bnyk blog2 yg mnampilkan mesej2 dakwah sbgai tampalan pada blog masing2...thanks 4 de info...

Anonymous said...

masha Allah..info yg sgt bguna dan sgt mudah utk d amalkan...truskan bkongsi ilmu bermanfaat bgni..;)

mr. N said...

info yg amat berguna.. thanks a lot.. ^_^

Unknown said...

thanx for sharing the info...info yg sgt berguna...smoga kita sntiasa m'baca n mghayati apa yg termaktub dlm Al-Quran...tuk renungan bersama...
slamat beramal...;)

padiel said...

sungguh tidak disangka begitu sekali kelebihan surah al ikhlas... jika sebelum ini saya membaca dengan sekali imbas sahaja, sekarang saya sudah mengetahui kelebihan surah ini dengan adanya info ini... semoga blog ini sentiasa up to date...

ale3p said...

satu surah yang bilamana kita bacakan dapat meningkatkan keyakinan, serta keimanan kita, good info should be shared with everyone, including muslim and non muslims, because the surah shows that there is only one and only God that is Allah, from Allah we come and To Allah we will return, May Allah blessed our life, Amin....

abQari said...

“Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga Al Quran!”

suka ayat ini...tp salu guna dlm solat pun jadi isu jugk..so?
hehehe...
jz tmbulkn psoalan...sama2 pk ye..
gud artikel...jzkk~

Mohd Amiruddin said...

Satu perkongsian menarik.. lagi baik kita bukan sekadar amalkan surah ini sahaja, tpi amalkan apa yg dibawa dlm seluruh AL-Quran.. kerana turunnya satu huruf dlm setiap ayat al-Quran ada makna tersirat dan tersuratnya.. ade mukjizatnya..

Lagi baik rujuk tafsir tntg surah al--Ikhlas ni..

http://www.scribd.com/doc/22359877/Surah-Al-Ikhlas-Tafsir-Al-Azhar

Wallahua'lam.. selamat beramal..

bashier said...

menarik

Unknown said...

subhanAllah..ayat yg ringkas tp trlalu bnyak mnfaat..

Rasullullah pernah berkata ” demi allah yang jiwaku di tangannya, sesungguhnya Qul Huallahu Ahad tertulis di sayap malaikat Jibril, Allahush Shamad tertulis di sayap malaikat Mikail, Lam Yalid Walam Yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail, Walam Yakullahu Kufuan Ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil. oleh karena itu barang siapa di antara umat ku yang membaca surat Al-Ikhlas maka ia akan di beri pahala seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran yang agung.”(riwayat IBNU ABBAS)

Unknown said...

Nice entry.Hopefully people will start to realize that every single things will be rewarded regardless of good or bad. Start reading Quran and inshaAllah we will be blessed in this life and the after-life which where we are belong to.

lala said...

Agree with Zaky Mubarak.try reading Al-Quran translated and commented by Yusuf Ali.

Your Al-Quran reading will never be the same like before

Unknown said...

NICCEEEE!!!!!!!
thanx 4 the info....
harap dapat dimanfaatkan sebaiknya...

ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tak berbuah.....amal tanpa ilmu itu gila....hehehe~ ^^

fatoom89 said...

subhanallah...moga kita diberi kekuatan utk terus belajar dan mengamalkan al-Quran

farhan said...

saya baru tahu kelebihan surah ini..teruskan posting info2 yg berguna dan menarik

ateerah abdul razak said...

semoga dapat diamalkan bersama

hehehe said...

betapa indah dan besarnya ganjaran yang telah Allah berikan kepada hambanya..Allah maha pemurah lagi maha penyayang.. segala puji baginya tuhan sekalian makhluk..semoga kita senantiasa membaca surah2 dalam al-quran kerana d dalamnya tersingkap jutaan makna yang tersirat..

m@nj@Yue said...

MasyaAllah..
“Betapa nikmatnya membaca al-Qur’an sekiranya kita memahami dan mengamalkannya kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab …"

zeed said...

- عن ‏ ‏أنس ‏ ‏أن رجلا قال : يا رسول الله إني أحب هذه السورة (‏ ‏قل هو الله أحد ) ‏ ‏فقال : ( إن حبك إياها يدخلك الجنة ‏ ) [ رواه الترمذي وصححه الألباني / 2323 ]

جزاكم الله خير
وجعلها في موازيين حسناتكم

Hajia Unik said...

Rasulullah menganjurkan kita sebagai umatnya agar membaca dan memahami al-Quran. Sabda Nabi:
1. "Sebaik-baik manusia ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya"
2. "Ibadah umatku yang paling utama ialah membaca al-Quran"
3. "Terangilah rumahmu dengan solat dan membaca al-Quran"

Oleh itu, marilah kita membaca, memahami dan mengamalkan isi al-Quran yakni Kalamullah s.w.t...wallahu 'alam..

Anonymous said...

salam.
thnx 4 d info.
walaupun surah al-Ikhlas pendek, namun byk manfaat. x rugi kalau kita mengamalkannya. :)