Salam ketenangan buat semua,
Pertama-tama ingin saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia Nya, semester ini saya sihat-sihat sahaja sepanjang menjawab peperiksaan akhir untuk semester ke 4 dalam misi kembara untuk segulung ijazah sarjana muda ini. Dengan bangga nya saya ingin membuat entri khas dan eksklusif di eyneesjournal.blogspot.com bersempena dengan tamat nya kembara untuk semester ke 4 ini.
Kembara untuk segulung ijazah ini merupakan salah satu misi utama dalam kehidupan di dunia fana ini dan hal ini bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Hakikat menjadi seorang pelajar, memang tidak boleh dinafikan lagi kepayahan dan penat lelahnya. Tugasan, peperiksaan, kerja kumpulan memang kadangkala amat menjengkelkan. Tetapi, itulah dia jalan yang saya pilih. Saya pasti anda juga sama. Tujuan kita mengembara dan merantau, terpaksa meninggalkan keluarga tercinta adalah untuk melaksanakan cita-cita.. Tanggungjawab itu perlu dilaksanakan dahulu.
Dalam kehidupan sebagai pelajar dan juga remaja yang sedang mahu melangkah ke alam dewasa, banyak sungguh dugaan nya. Biasanya banyak bermain dengan perasaan. Biasalah. Lumrahnya memang begitu, lazimnya juga memang begitu. Perasaan bercampur baur, kerana tiada pengalaman dalam menghadapi situasi yang baru kita jumpa. Kadang kita bertemu lagi dengan situasi itu, kita silap lagi kita sedih, kadang kita betul kita gembira. Namun, sebagai manusia biasa kita selalu alpa. Selalu sahaja buat silap lantas kecewa sendiri.
Lantas, berhati-hatilah di dalam segala apa yang kita lakukan, walau payah, usahakanlah juga~
lots of love,
eynee.

1 comment:
what happen to your blog?
later ill make the header for u or u just like it to be there?
Post a Comment