Pages

Saturday, May 22, 2010

lama sudah...

Lama sudah tidak memblog~ ya, sudah lama...hari ini teringin pula nak menconteng kat blog ini. Bukan apa tidak memblog, aku dah penat dengan kelajuan internet di rumah ni~ nak upload apa-apa pun kena tunggu lama, so I'm getting fed up! cheh~ sungguh cheh~

Kat rumah pulak, aku bukan dapat buat apa2 pon...so kebosanan itu melampau yer..harap maklum. kemahiran naratif juga berkurang sebab dah kurang membaca, otak ni asyik bekerja keras menambah skill main dota. apa tujuan aku pun tak tahu ATAU main plants vs zombie yang dah berulang kali main adventure ATAU juga game Need For Speed (itu pon Most Wanted) yang sudah sedia maklum aku dah menang banyak kali. Damn! I need a new game. kan?

Facebook? hari2 menghadap facebook pon bakal jadi bosan. yeah~ bosan ~ so sekarang main twitter pulak~ kehidupan sosial alam maya ni semakin membuatkan mata ku rabun atau sakit~ wahhhh....sakitnya mata! semua pon bersifat negatif. apa nak jadi?

nothing much to say la kan?

btw, thanks for frenz yang wish birthday aku semalam~


(^_^)






Saturday, May 8, 2010

Nota Pendek

Salam ketenangan buat semua,

Pertama-tama ingin saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia Nya, semester ini saya sihat-sihat sahaja sepanjang menjawab peperiksaan akhir untuk semester ke 4 dalam misi kembara untuk segulung ijazah sarjana muda ini. Dengan bangga nya saya ingin membuat entri khas dan eksklusif di eyneesjournal.blogspot.com bersempena dengan tamat nya kembara untuk semester ke 4 ini.

Kembara untuk segulung ijazah ini merupakan salah satu misi utama dalam kehidupan di dunia fana ini dan hal ini bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Hakikat menjadi seorang pelajar, memang tidak boleh dinafikan lagi kepayahan dan penat lelahnya. Tugasan, peperiksaan, kerja kumpulan memang kadangkala amat menjengkelkan. Tetapi, itulah dia jalan yang saya pilih. Saya pasti anda juga sama. Tujuan kita mengembara dan merantau, terpaksa meninggalkan keluarga tercinta adalah untuk melaksanakan cita-cita.. Tanggungjawab itu perlu dilaksanakan dahulu.

Dalam kehidupan sebagai pelajar dan juga remaja yang sedang mahu melangkah ke alam dewasa, banyak sungguh dugaan nya. Biasanya banyak bermain dengan perasaan. Biasalah. Lumrahnya memang begitu, lazimnya juga memang begitu. Perasaan bercampur baur, kerana tiada pengalaman dalam menghadapi situasi yang baru kita jumpa. Kadang kita bertemu lagi dengan situasi itu, kita silap lagi kita sedih, kadang kita betul kita gembira. Namun, sebagai manusia biasa kita selalu alpa. Selalu sahaja buat silap lantas kecewa sendiri.


Lantas, berhati-hatilah di dalam segala apa yang kita lakukan, walau payah, usahakanlah juga~

lots of love,

eynee.




Saturday, May 1, 2010

Bulan Mei


hari ini sudah masuk bulan Mei. untuk pengetahuan semua, bulan Mei adalah bulan kegemaran aku. banyak kelebihan bulan Mei bagi aku. ini bukan bermaksud aku tak suka bulan-bulan yang lain...bulan November juga kegemaran aku, Februari pon dan Mac dan Julai...macam nak tulis semua je...HAHA. tapayah. semua orang pon tahu. disebabkan aku suka keseluruh 12 bulan setahun, aku ambik bulan Mei sebagai kegemaranku. Antara sebabnya, jujur... bulan Mei adalah bulan kelahiran aku, selain itu...my birthday bulan Mei, mak aku bersalin bulan Mei masa nak lahirkan aku dan...aku punya birthday jatuh pada bulan Mei...HeHe...sebenarnya bunyi macam tak ada sebab lain aku suka bulan Mei...begitulah pada kesetiap tahun yang aku lalui...

tapi, kelebihan Mei untuk tahun ini dan juga mungkin tahun yang sudah-sudah adalah seperti berikut:

  • 1 Mei - Hari pekerja (dah rasa cuti ini sewaktu bekerja sebagai guru sandaran sewaktu cuti STPM 08)
  • 4 Mei - Hari ini perlu ke DSB (bukan dan sebagainya) tapi Dewan Seri Budiman untuk paper Media Law
  • 5 Mei - Berperang lagi di Menara SAAS paper International Public Relations
  • 6 Mei -Penghabisan untuk Book Review aku
  • 8 Mei - Peperangan terakhir paper GPR adakah hari ini juga Hari Mummy?
  • 9 Mei - Harus ke Pusat Kesihatan sebelum terbang ke Pulau Borneo
  • 10 Mei - Harus juga mengosongkan bilik di kolej
  • 11 Mei - Meninggalkan tanah melayu selama 2 bulan untuk berada di tanah air, kepulauan borneo
  • 12 Mei - Berada di rumah~ GODLIKE..haha
  • 18 Mei - Hubungan cinta ku genap 3 tahun 3 bulan :)
  • 21Mei - Hari Ulangtahun kelahiran the author of the eynee's journal yang ke 22... :D
  • 31 Mei - Finish bulan Mei...

kan? banyak event pentingkan bulan Mei? HAHA..padahal personally untuk aku jer~ yang penting aku nak emphasis on 21 MEI~

ahh..itu kan tak apa...mahu kutuk? tak boleh sebab sekarang kamu sedang berasa di dalam kerajaan diktator eynee...HOHOHO...

HAHA...to my LOVELY / HOT/ MACHO / ALIM / CUTE / ALWAYS RIGHT / HANDSOME readers,


" SELAMAT BERBULAN MEI! "

semoga tuhan merahmati kehidupan kita~

sayang kamoo~