Pages

Saturday, December 28, 2013

Impian perkahwinan?

Assalamualaikum. 

Mari aktifkan diri berblogging. It can lessen your frowns and worries. Boleh la, daripada xbuat apa pastu risau tak tentu pasal, mohon clash. 

wakakaka. 

Ye, saya tahun depan 26 tahun, single but not available. Kahwin jangan tanya dulu. Kami tengah kumpul duit banyak-banyak nak nikah grand. Ye la, kalau tak grand tak tau lagi nak buat cemana dah lama sangat tunggu haih. ;p

sekali lagi. wakakakaka. 

Malam tadi jadi insomnia kejap, pukul 3 pagi mata masih bukak lagi. mengenangkan hari ini nak ke office kejap. Tapi, hampa menimpa diri, bila teammate kita tak turun office bhai. Ini yang buat aku kadang-kadang jadi lone ranger and jadi pusher. Sebab we have deadlines. Blehhh...

Tak nak ah wakakaka. tak gembira pun.

Jadi, apa yang berlaku malam tadi aku jalan-jalan pusing-pusing app store dah jumpa pelbagai apps free yang menarik perhatian aku. Sebenarnya memang nak install app qr barcode reader, tapi terjumpa wedding planner apps. Kah kah kah. Best giler. Tapi yang tu memang apps untuk kegunaan wedding omputeh je. Takde yang untuk Melayu nye wedding. Checklist nya ada wine la, live band la...takde bunga telor, pelamin bagai. ;p Tapi best jugak la boleh usha dress, tapi wedding gowns and dresses tu memang tak menepati syarak sebab ye la minah salleh nak kahwin. Pasti la terdedah sana sini. Tapi boleh dapat inspiration kannnnn. So, I've decided, baru nak terfikir kalau kahwin nak pakai baju apa. Aku nak pakai gown. Aaaaaa. Princess sangat-sangat. Tapi itulah, tunang dan aku tak pernah berbicara soal ini. Sebab tak pernah terfikir pun. In fact, kami tak pernah imagine pun how we want the majlis will look like. Tak pernah imagine. Cuma yang aku pasti, dia nak something yang errr, white. Itu la yg aku boleh agak dari cara dia cakap dan cara dia puji pelamin-pelamin org. Mungkin kami akan guna all white. Mungkin aku cakap mungkin.

Tapi cerita ni panjang lagi. ;p Bukan masa yang terdekat mahupun tahun depan belum lagi, belum lagi. harap bersabar ye. :)

Duit tak sampai 50k lagi. 

Wakaka. wakaka. wakaka.

Sunday, November 17, 2013

Finally update

Wah lama gila tak update blog. terasa loser. 

since may kan aku tak update. yeah, definitely banyak benda jadi. lepas dapat lesen, lahirnya kereta daku. tak mampu nak beli yg mahal-mahal, tak mampu nak beli inspira, preve, alza, exora apatah lagi vios, city, prius. kah kah kah. beli viva je. hehe. ye la, belanja ikut kemampuan kan? kang tak pasal-pasal org wonder celah mana dapat duit banyak tu kan? ke kikis duit org lagi? kalau dapat anak datuk tan sri logik la nak kikis. hahahaha.... yes, aku beli viva. cukup bayar bulan, cukup minyak 4 minggu ulang alik kerja, syukurlah. Ada org pernah berkata, buat apa nak kerja sebab kerja nak kena guna modal - duit minyak ulang alik dapat gaji guna duit tu guna balik untuk isi minyak. aku seriously tak faham point yg tu. yang mahal kat situ, experience. mohon terbuka minda. sebab tu, aku tak pernah halang kalau adik-adik kat campus kalau nak kerja (dalam konteks student kerja part time). tak rugi. dapat experience apa. then, tahu macam mana nak survive bila dah keluar. exposure. tahu? sekali lagi, tak salah nak kerja pun. tapi kena pandai balance, study jangan abaikan. ingat matlamat utama datang campus.

Okey enough with that.

Apa lagi, apa lagi? Ha. Then kita puasa kan? puasa takde benda yang nak highlight. Tapi, macam biasalah, tak dapat nak puasa penuh. Tak puasa seminggu. Normal, saya sihat, Alhamdulillah~

Lepas tu raya. Oh ya masa raya tu, org datang hantar cincin tanda. Big day for me. Syukur. Tawa dalam tangis, tangis dalam tawa. 

Then. syukur, buah hati pengarang jantung saya dapat kerja. Alhamdulillah. syukur3. Tangis dalam tawa tadi buat saya fikir lebih maju kedepan. Allah tolong orang yang nak buat benda baik. Allah bersama kita. :)

Then today. Semoga segala perancangan berjalan lancar. Kita rancang, Allah tentukan. Yang penting kita doa benda baik2, bukan hanya untuk diri kita. Untuk keluarga dan semua yang menyanyangi kita. InsyaAllah.




Thursday, May 23, 2013

Another milestone

Alhamdulillah... Lulus penuh, dapat markah penuh untuk JPJ test hari ni. Well, it's a milestone in my life. Dah lama intention nak amik lesen. Tapi, kena tunggu ada duit sendiri dulu. Syukur test tadi berjalan lancar. Cuak jugak bila Abg JPJ tu arahkan untuk ikut jalan yg berlainan. Anyways... Good night people.;)