Pages

Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Rezeki

Alhamdulillah, minggu ni macam banyak rezeki je. I'm happy. 

Jumaat lepas, Smart Events call...tapi tak jawab pulak. Tapi takpe, sekurang-kurangnya, resume aku telah selamat sampai! Last friday jugak, Fammy dan aku pergi interview untuk buat part time dekat kedai comel Anakku kat SACC mall. Alhamdulillah... Minggu depan start training. Minggu ni pulak, boss Daus bagi job. Aminn~ Boss, aku doakan kau dapat job tu. Alhamdulillah, murah rezeki kebelakangan ni. Happy sangat. Boleh lah buat makan berdua dengan kekasih hati. Kalau boleh, sudah-sudahlah kakak bagi duit. Tapi, itulah...dapat kakak yang baik hati sangat, selalu bagi. Tak mintak pon dia bagi. Oh, kakak...murah rezeki engkau! :)

Itulah, bersihkanlah  hati dari perasaan buruk sangka dan benci. kalau kita banyak berusaha, berdoa dan bersabar...banyak rezeki kita. Kadang kita dibawah dan kadang kita diatas. Ini kata-kata favourite Mak.

Saturday, May 14, 2011

Slurpee Hunting

Petang tadi cari slurpee sampai 5 buah 7-Eleven, pusing-pusing Shah Alam. Terima kasih sayang sebab Slurpee tu. Tapi, yang paling saya terharu sangat, effort dia nak granted my wish tu yang sangat mengharukan. Aaaaa~ sayang awak.

Mula-mula kat 7-Eleven seksyen 7, mesin rosak. Lepas tu, pecut ke 7-Eleven kat seksyen 3, rosak juga. Saya dah give up dan rasa macam tak apa, it's OK. Tak sangka pula dia pusing balik pergi 7-Eleven kat seksyen 2 pulak...and rosak juga. 7-Eleven ni kan...grrr. Ok, saya tak sangka lagi boyfriend terus pergi seksyen 13, masih mencari. Mesin slurpee kat 7-Eleven kat situ pon rosak juga. Masa tu, saya memang betul-betul tak kisah dah slurpee tu. Sebab penat dan fed-up. Boyfriend pula teruskan perjalanan ke suatu tempat yang saya tak berapa nak familiar. HEHE. Ingatkan dia nak bawa pergi McD kat Batu Tiga yang dia cerita hari tu. Agak excited juga lah perasaan bila memikirkan McD. Tapi tak logik juga kalau nak pergi McD. Heh, apakah? Itu OK lagi, saya dah tak ingat dah pasal slurpee sebab saya asyik fikir kemanakah encik abang saya ni nak bawa saya. Korang semua nak tahu kat mana? OK, dia bawa saya pergi ke 7-Eleven  kat U2. Erk, jauh gila. Semata-mata nak cari slurpee. Akhirnya, saya dapat juga slurpee. Tersenyum lebar sampai telinga. Terima kasih sayang. :) 

SLURPEE BERTUAH~


 Maaflah sebab cerita tak tersusun. Hehe~

note: Congrats sayang result cantik. :)

Sunday, May 8, 2011

Panas

Hari ini, cuaca sangat panas di Shah Alam. Angin malam tak sedingin macam selalu, apatah lagi siang. Bahangnya Ya Allah~ susah nak cakap. Tidur pun berpeluh-peluh. Tadi saya basuh baju dalam pukul 5.30petang. Sekarang dah kering. Panas kan?

Esok nak pergi pasar karat lagi. Adik mintak tolong saya belikan barang. Seronoknya beli barang. :)

ini entranc, MBSA ada buat mobil sikap (kalau tak silap) untuk tangkap orang yang tak ada kesedaran sivik. :)

Bahagian Baju


Bahagian Baju II.



HAHA ada tiga je gambar. Sebenarnya, tak banyak ambil gambar pun sebab excited tengok barang. Best, murah dan pasar ni besar dan dekat dengan tempat tinggal. Warga Shah Alam mesti dah biasa dan tak jakun macam saya kan?  Walaupun panas, ramai yang datang mostly sebab mestilah nak beli barang kan? First time pergi pasar karat ni minggu lepas. Dah lama nak pergi tapi banyak kali tak kesampaian. Memang rezeki nak pergi minggu lepas la tu :)

Minggu ni nak pergi lagi, kali ni lebih banyak barang nak beli.

p/s: Isi entri tak selaras dengan tajuk, apa daaaa....

Thursday, April 21, 2011

Gembira dengan kehidupan sendiri adalah polisi yang seronok

Minggu depan dah nak kena present. So I decide nak jumpa lecturer on Monday untuk buat report, check balik so that I can do some correction If I need to. Kadang-kadang tu terasa juga kesengalan bila presentation ni ditangguhkan. Iyalah, masa praktikal dulu aku dah start buat report. Ingatkan semangat masa praktikal tu aku bawa ke sesi pembentangan tu tapi sekarang semangat telah berterbangan seperti masa. Adoyai. Takpelah. Sila happy juga.

Sekarang ni, aku jadi manusia yang semakin produktif. Kamu tahu kenapa? Walaupun aku tidak bekerja sambilan, tiada final exams yang mendesak aku untuk mentelaah nota dan buku, malah melihat report juga sudah tak lalu. Haish. Maka aku sangat produktif dalam bidang berfoya-foya. HAHA. Sekarang aku adalah:

  1. Facebooker tegar. Sehinggakan kalau ditinggalkan 2 jam facebook, sudah ada berpuluh-puluh notfications. Oleh yang demikian~ sangat tegar. Ada sahaja yang aku nak comment, menyibuk. 
  1. Berusaha untuk menjadi orang yang main DotA. Makanya, apabila orang-orang pro sudah labelkan aku sebagai OK LA SAMBIL SENYUM-SENYUM tu aku memang dah terasa appreciated. Rasa macam mahu main lagi, rasa mahu pergi tournament sekarang juga. Hyperbola.
  1. Girlfriend sepenuh masa. Apa korang ingat ada surirumah sepenuh masa sahaja? Tidak. Girlfriend sepenuh masa adalah kerjaya aku masa ini. So, boyfriend akan merasa gelombang turun naik secara mendadak sebab, girlfriend ada banyak masa untuk fikirkan boyfriend. PMS atau tidak, it's unpredictable. Beware!  Dulu, ada alasan. '' Sorry, tak boleh nak jawab call saya kat office''. Sekarang ni sentiasa ada masa nak jawab call. Ceh.
  1. Menjadi pembonceng setia Jackie. Saya sayang Jackie sepenuh hati. Tapi, Jackie ada jerawat dah sekarang. :'(
  1. Sawan bila diajak main DotA. Malam tadi aku try pakai Axe. Aku tahu aku noob. Tapi aku nak cuba guna hero strength. Setakat ini, menggunakan ES adalah sangat memberansangkan jiwa.Mari menjadi ganas! Saya ada cita-cita mahu pwn boyfriend saya 50 kali. 
  1. Menjadi sekakan-akan sawan bila bercerita tentang kisah lalu zaman 14tahun yang baru nak manis dengan kakak roommate. :))
  1. Since aku kan Astro, ada siaran ulangan, maka aku tengok balik How I Met Your Mother from season first sampai sixth. Makanya, aku ulang ayat diorang dan gelak-gelak sakan pun berulang-ulang kali. HAHA. Teringat dekat abang sulung aku yang menjebakkan aku ke dalam kancah menonton cerita begini. 
  1. Jadi perindu yang tabah. Mana tak tabahnya, Saban hari melihat wajah-wajah keluarga dan anak buah yang comel terasa mahu saja mengalirkan air mata mengalir membasahi pipi Namun aku tidak menangis. Mahu jadi mak orang kena tabah. Bukankah begitu? Sebab tu lah, aku main DotA secara habis-habisan untuk menjadi tabah. Nampak tak? 
Ok, di Shah Alam. Cuaca panas terik sehinggakan menghasilkan keringat seperti orang yang membajak di sawah padi. Mandi berkali-kali adalah amat digalakkan. Minum plain water banyak-banyak adalah wajib. Sekarang ni nak prevent bibir merekah. Saya nak sejukkan badan. Babai peeps :)

Tuesday, April 12, 2011

Mi Sapi Haji Salleh

Seminggu sebelum terbang ke Kuala Lumpur, abang kandung aku telah menunaikan hasrat dalam my WISHES. Kami makan mi sapi haji salleh kat satok. Fuhh~ sedappp. memang tiada tandingan. Itu namanya favorite. Ayahanda memang suka makan kat sini. So, saya telah pun di latih untuk makan mi sapi kat satok ni sedari kecil lagi. :) 
  
Dalam entri ku yang lepas yang bertajuk Bila ada rasa nak makan mee kolok, aku telah menceritakan tentang keinginan untuk makan mee kolok. Hari tu nak bubuh gambar, tapi macam takde gambar yang memuaskan hati kat google, semuanya macam aku tak nak...

Ini gambar mi sapi yang telah habis ku makan, lalu buat hati ku senang. tapi cili tu memang pedas. Aku amik sikit je sebab, tak lengkap tak makan dengan cili tu. :D


Ini set lengkap mi sapi, nak makan ni kena ada semua ni. I tell you, mi sapi ni sangat amazing. Sebab, walaupun aku tak suka makan makanan yang pedas-pedas, tapi ada pengecualian untuk mi sapi. Biar pun tak tahan pedas, berpeluh, bibir dah rasa tebal...nak jugak proceed makan. Kalau boleh, dua mangkuk aku bedal. Kesedapannya memang tak terkata. tak boleh nak describe lagi macam mana. Korang kena datang sini makan kat sini juga.
Mi sapi ni aku tak faham. Persoalan yang dari dulu lagi aku tak pernah dapat jawapan~ Apa beza Mi sapi dengan Mi kolok? Ada sesiapa yang boleh tolong explainkan untuk aku? Aku tak faham. Dari dulu sampai sekarang... So, rakan-rakan orang semenanjung malaysia, jangan tanya aku. aku tak tau... ( ^_^)''

Yang aku tau, aku boleh sebut satu-satu ingredient yang tersurat dalam mangkuk mi ni.

  1. Mi macam mi kolok yang aku tak tau mana nak beli
  2. Hirisan daging yang telah di sup
  3. Tauge
  4. Camcai (sejenis makanan yang masin rasanya)
  5. Cili padi yang sedap walaupun pedas ku tahan jua
  6. Sup yang sedap lama direneh
Cara-cara memasak tu, sumpah memang tak reti masak benda ni. Tak pernah buat, tak pernah tengok orang buat pun. Macam mana nak pandai? 

Gambar ini bukan gambar hiasan, tapi memang sengaja nak upload. sangat excited bila dapat makan mi Sapi kat sini. Lain kali, kalau datang Sarawak singgah sini ye kawan-kawan... Kalau korang tanya pun akan ku rekomen dekat sini. Best sangat, walaupun mahal sikit tapi worth memakannya. Korang akan merasa happy. satu lagi, aku nak belajar masak benda ni one day. Dengar-dengar payah sikit...tapi tak apa. Aku cuba, :)

Saturday, March 26, 2011

Bila ada rasa nak makan Mee Kolok.

Kenak palak mek rasa penin berpusin tok o? Rasa nak makan mee kolok lepas dengar lagu mee kolok  sigek by Zee Avi di youtube tek. Eh kenak kamek kaka Sarawak tok... Haaa. Keluar dah slang nya tek. Haha. Mun kitak orang nangga status kamek di facebook and my tweet, nang ndak alah-alah nyebut mee kolok. Actually nak, bukan mee kolok nok di tekak tok. Tapi, specifically kamek mok madah, KAMEK NAK MAKAN MI SAPI HAJI SALLEH. Nok rah Satok ya eh. Sebelah Maybank. Di apit kedey carpet and Maybank. Oh sedapnya~ Nang dari kecik bapak mek nang selalu ngembak pergi sia. KFC nang jarang sebab bapak mek sik suka. Kamek tok bait bah, ngekot preference bapak. Haha.

Bagi blogger nok belum tauk nak, kamek originally orang Sarawak. Nang pande kaka Sarawak and tengah nak improve dirik mek kaka Sarawak (bahasa orang tua). Kedak word lamak menseya  marek eh, jamek, and sebagainya. Haha. Minak tek belajar di semenanjung, yalah alu tauk juak gne nak kelaka slang sinun. :)

kamek bangga eh kamek orang Sarawak....apa nak dimalu~ (kamek madah camtok sebab ada orang malu dirik nya tek orang Sarawak)

Best eh. Tok lah kamek bila rasa nak makan mee kolok. alu terkolok-kolok kaka mother tongue. Hehe~ Siyes eh... Mee Kolok + Teh C special. Aaaaahhh, mala jak bercerita nak makanan...lol.

Lain kali cerita gne perihal Laksa Sarawak gik. OK? 

(^_^)v

p/s: google gambar mi sapi tek xda. dalam hard disk pun xda. Adehh. Baruk nak ngeso.
p/s: Sesiapa yang tak faham dialect di atas, korang boleh tanye, boleh tuition online dengan saya. :D

Tuesday, March 22, 2011

Twitter Saya

Hai kawan-kawan blogger!

Selamat Berhari Selasa. Anda semua apa khabar? Saya baik-baik saja hari ni sebab saya semangat nak habiskan internship. Ada lagi 13 belas hari weekdays. HAHA ;p

Bulan depan saya nak terbang ke Kuala Lumpur then naik kenderaan darat menuju ke Shah Alam untuk hantar dan bentang laporan latihan industri. Saya rindu Shah Alam. Saya rindu UiTM. Saya rindu McD Section 3, dan yang paling penting, saya rindu buah hati. Oh, nak jumpa abang, nak jumpa abang.... :)

Eh, hari ini saya nak bagitau korang semua bahawasanya, saya ada twitter. Ok? Cepat bagi sokongan. Maksudnya cepat follow. huahuahua! so far so good. Twitter best. I loike. Peminat facebook jangan kecil hati. Facebook pun best jugak. Saya ada facebook sejak dari tahun 2008. Jangan risau. Facebook best sampai saya sanggup delete account friendster. lul.

Kepada sesiapa yang dah lama main twitter, sila jangan kutuk saya jakun. Ok? Saya tak ada blackberry pon Y____Y. Apa kaitan twitter dan blackberry? Cepat fikir!

Sebenarnya, saya dah join twitter setahun yang lepas. Entah kenapa jarang log in lepas tu selalu sangat lupa password  and tukar password. Sekarang selalu log in, dah ingat selalu. 

Ok kawan2. Saya nak explore twitter. Dah ada 6 orang follower and memfollow 9orang termasuk Zee Avi. Sebab jatuh cinta dengan lagu beliau Just You And Me. that song sound so us (maksudnya Encik Zai dan Cik Eynee) :)

Saya nak upgrade lagi blog dan twitter. Babai! Jumpa lagi. 

Layan je gambar Zee Avi and gambar twitter kat bawah ni walau tade kaitan dengan anda. Tapi ada kaitan dengan saya. Sebab..it's my territory. Ceh.




gambar google

MODE:  NAK CARI JALAN SUPAYA BOLEH TAMBAH FOLLOWER  AND NAK FOLLOW RAMAI ORANG KAT TWITTER. TOLONG SAYA, BOLEH? :P 

Saturday, March 5, 2011

All the best, Aisyah!

Hello peeps!

Its been a long time that i didn't post anything on my blog. Now, its time. I'm gonna initiate with a KISS entry.

This Keep-It-Short-Sweet entry goes to one of my cute best-friend, NOURAISYAH. Actually, the previous post that talking about Kebaikan Surah Al-Ikhlas wasn't my entry. Its hers and its for her assignment btw. HAHA.

Well, I was thinking about why she refused to create her own blog so that she can do anything about her blog and write whatever she thinks she have the right to write. I was wondering. :)

But, then again, I'm feeling so much appreciated by her when she told that she actually wanted to borrow my blog for her assignments. Then, I came across with my own statement regarding my friendship relations and that is....

THAT IS WHAT FRIENDS FOR!

And here, I would like to congratulate you for getting 32 feedbacks fo the entry. Good job darling!!!

And, Aisyah... I hope after reading this, you're gonna love me more!! HAHA

All the best, I miss you!

(^____^)


Tuesday, October 19, 2010

Wajah baru

Sekarang merasa bangga sekali apabila header blog sudah siap. Hampir setengah hari nak buat. Kepada sesiapa yang sudah arif dalam bidang photoshop ni, kau orang akan kata:

"HAHA. Gila senang.Budak Eynee ni memang NOOB ambil masa sampai setengah hari"

mungkin juga

"Eh, aku tahu ni mesti pakwe dia yang buat, bila pulak dia pandai photoshop nih"

atau barangkali

"Wahh, hebatnya! Cantik, cantik! Kagumnya, sungguh kagum. Hidup Eynee"

HAHA. Yang last sekali tu aku terima. Yang dua kat atas tu, suka hati aku lah pon. Nama tajuk blog pon dah tukar jadi Wilayah Eynee. Aku ada wilayah sendiri, kau ada? Sekali lagi, kau ada??

Eh, betul ni. Aku gembira sebab header ni dah siap. Penat lah pulak tengok blog tidak ada header. Terasa macam... kepala tanpa tudung waktu jalan-jalan kat shopping mall. Kalau aku lah, kalau yang free hair, mungkin perasaan tu macam jalan-jalan kat shopping mall dengan rambut serabai. Ha, macam tu lah agaknya.

Sudah jauh akak ni merepek. (dalam hati korang kan? tak baik cakap aku akak. ceh.)

Adakah anda gembira melihat hasil header blog yang sudah bertukar? Sangat refreshing. HAHA. Eh, adakah kau sedang puji barangan sendiri? itukan angkat bakul namanya?
Ho, tak kisahlah. Itu yakin diri namanya. HAHAHAHA~

header blog zaman dulu kala

header blog zaman kini kala
Tema kali ini adalah bahasa jiwa bangsa. Tema wajib aku adalah warna pelangi. Buih-buihan pula digunakan untuk bahan hiasan. Kalau header yang lepas adalah rama-rama, kali ni tak nak guna rama-rama dah. Kali ni guna buih pulak. Ngee~

Header lepas ada tulis 'JANGAN TIRU BLOG AKU'. Kini tak bermakna kau orang boleh menciplak dengan hati senang hati bak kata pepatah kenyang perut senang hati. Nanti perut kembung sampai pecah baru padan muka. Muahahaha!

Ha, satu lagi! Aku dah buat logo untuk blog sendiri. Ceh, dulu kan aku merana sebab nak letak copyright gambar-gambar sendiri kena letak dalam paint. Sadis jugaklah, walaupun pada masa itu sebenarnya hati aku ni meronta tapi buat-buat comel. Tengok kat sebelah kiri header baru ada letak logo ni. Cantik kan? hahahakusuka. Next time, nak buat tema cendawan hijau. Jangan ambik idea ni!

logo aku tu


Hati sangat senang. Sekarang ada semangat nak aktif blogging. Rasa ceria tengok blog sendiri ...T_T apakah?

Niat di hati nak buat blog comel. Nanti lah cuba. Nak letak gambar sana sini kat blog ni. siti situ sana sini pon boleh. Oh, yeay! Sukanya! Hebatnya <--- tetiba puji diri hebat. Pelik-pelik pulak cara aku menulis. Teruja sangat lah katakan. Haha, kalau kau orang tak puas hati, boleh tukar tajuk entri jadi entri angkat bakul laundry mak aku. heh. Merepek. Dah, dah.

Entri tamat. Bimbang nanti kemerepekan berlanjutan.
Sekian, terima kasih.

p/s: aku ada header baru, kau ada? hahaha

Friday, September 3, 2010

Kami Ngegeh

Mari Melihat Gambar :D

my girl is on the right!

the girls~ the cousin is on the left :)

Off to Taman Sahabat

She needs make up before the photo shoot session...lol

me too~ meh main make up. bukan selalu pon. hik hik... gedik.
Laksamana Cheng Ho dan Syue...

bergambar di hadapan base tugu tersebut

Pemandangan Cantik di Taman Sahabat, Kuching.

Anak Dara Cantik jalan-jalan kat Taman Sahabat, Kuching. Akibat terlalu cantik, ada sekumpulan budak sekolah rendah mengorat mereka.KAH KAH KAH~

Ini Syifa Zafirah *beliau cousin saya merangkap girlfriend saya juga*


Ini Saya~ Pose tak menjadi. Saya memang tak reti nak bergambar. Tolong ajar...T_T



Kami Memang Ngegeh



Adila, Syuhadah, Eynee

Kami dah nak balik...




Nanti Kami datang lagi OK....:D

Wednesday, September 1, 2010

blogwalking award

Mendapat Award Blogwalking pula kali ni daripada Cik Arianna. :D

Terima Kasih diucapkan kepada beliau.




Prosedur biasa, apabila sudah di anugerahkan dengan award, haruslah saya ini membuat satu entri khas untuk mengumumkan saya dapat award dan memberi award ini kepada orang lain pula. Suka tau blogging, boleh dapat award macam-macam. HEHE.

Kali ini, tak macam award yang dua sebelum ni, yang ni kena jawab soalan pula.Makanya, dengan ikhlas saya menjawab soalan yang telah diberikan.Award ini mengharuskan saya menjawab tujuh soalan.OK, saya akan jawab seikhlas dan setulusnya. Sila baca betul-betul. BACA TAU!

soalan SATU:

APA PERKARA YANG BERMAIN DI FIKIRAN SEKARANG NI?

hari ni bakal sibuk lagi. huh.



soalan DUA:

APAKAN NAMA SAMARAN KAMU?

eynee



soalan TIGA:

3 ORANG YANG ANDA SAYANG

ibubapa

adikberadik

temanlelaki

(kira betul-betul,sebenarnya lebih dari 3 orang....kah kah kah)



soalan EMPAT:

PANGGILAN UNTUK SI DIA

Si Kontot? Hehehehehe............

Sorry sayang.

(jawapan highlighted OK :D )



soalan LIMA:

HADIAH YANG YOU ALL IMPIKAN DARIPADA SESEORANG YANG ISTIMEWA

tak nak ar senaraikan, nanti beliau tahu...tak best la~

(senaraikan bukan nyatakan. keh keh~)



soalan ENAM:

BLOG YANG ANDA SUKA VISIT

blog best, kelakar




soalan TUJUH:

TAG 15 BLOGGER

syahira
yann
masz
monalea
wan hazel
eem
asy
miss nury
baby khue
nyna
ayub
fiefiey
nurul
paradokshati
Da Lovac

OK, done. kepada mereka yang telah di tag. Tahniah saya ucapkan.

[Chow]

(^,^)

Monday, August 23, 2010

Dapat Award & Tag Orang Lain

setelah tak update blog beberapa hari lamanya...saya nak update blog sekarang dalam condition saya yang kenyang lepas makan bubur lambuk free dari kolej, minum horlick panas, jus oren fruit tree yang segar, air mineral dan paling penting buah kurma yang wajib ada. Kurma itu favorite. Kalau tak ada selera nak sahur atau tak ada makanan sangat nak bersahur, kurma pon dah cukup sedap dan cukup membekalkan tenaga sepanjang hari.

minggu lepas saya dapat award. memang membanggakan. saya telah di tag oleh seorang blogger cun yang bernama YANN. she is so pretty dan sudah bertunang. hehe. :)

terima kasih cik yann sebab mengetag saya. yang best nya, padahal aku sorang yang rasa benda ni best, sebab cik yann telah mengetag saya sebagai nama pertama dalam list beliau. Hoh, tetiba mendapat award sebegini. Hehe, maaf...teruja sebab ini award kedua yang saya dapat.

Nak tengok award tu? Ni ha, kat bawah.... :D


Oleh kerana sudah di tag, saya pula harus mengetag another 10 bloggers. So, nak tahu saya dah tag 10 orang blogger kat bawah ni. :D

OK. dah selesai tag orang. Kepada orang yang di tag, sila tag 10 orang lain lagi OK? Anyway, rasa appreciated bila dapat award blogger cun...hehe...tidak cun pada hakikatnya. (^_^)'

tapi bak kata pepatah, tuah ayam nampak di taji kan? itu tuah ayam. macam mana pula nak nampak tuah manusia? sila cari, ini extra work untuk anda.

OK lah,lain masa nak update lagi blog. Draft banyak, nak habiskan dan publish tu yang payah nya. Masa selalu tak ada nak buat semua benda nih...

selamat berpuasa semua! :D

Wednesday, August 18, 2010

6 alasan kenapa Perempuan suka shopping

Hai semua.

Sejujurnya, saya tak dapat tidur. Esok ada 2 kuiz...bukan Pop Kuiz. Kalau Pop Kuiz, saya tak perlu study sebab kalau pasal info lagu, artis, movie dan gossip rasanya dah cukup untuk jadi pemenang Pop Kuiz. HAHA tak lawak pon.

Oh ya, bercakap pasal movie (padahal tak cakap pon sebut je), saya baru sahaja habis menonton movie tempatan. LOS dan FAUN. Boleh tahan best juga lah. Tidak mengecewakan sebab saya tak expect apa-apa pon movie tu. Just nak tengok. Nak hilangkan sakit hati dan sedih sebab camera rosak. T_T Cukup.

Ini bukan nak buat movie review tau. Saya tak cerita banyak pasal movie tu. Buat entri yang lain. Jangan risau. Kali ni, nak cerita dan luahkan sedikit apa yang bermain dalam fikiran saya ni sebelum, semasa dan selepas baca entri seorang rakan blogger yang bertajuk Kenapa lelaki tidak gemar mengikut perempuan kuar shopping.

Haiyya. Sedang bersiar-siar dalam google reader, saya terus baca entri ni. Tajuk nya sangat menyengat hati. Sesungguhnya. Memang saya selalu bengang kenapa lelaki tak suka ikut saya, mak saya, kakak saya kuar shopping. tettt! Padahal, kita memang sungguh-sungguh ajak shopping. Walaupun sebenarnya saya tahu lelaki memang tak suka ikut shopping, kadang-kadang saya still rasa alasan mereka belum cukup kukuh. Sesungguhnya la kan. HAHA.

Oh, saya tak mahu jadi sexist di sini. Sebab, lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Kalau tak, Allah tak jadikan Hawa untuk Adam. Lelaki dan perempuan punya kelebihan dan kelemahan masing-masing. Biasanya, lelaki lebih memikirkan soal-soal yang besar, dan perempuan pula akan fikirkan soal-soal kecil nya. Hoho, perempuan tetap comel. Sebagai contoh, Si Suami fikir nak beli rumah. Si Isteri pula fikir apa nak isi dalam rumah. Paham tak? OK, contoh lagi. Bapak fikir macam mana nak cari duit nak bagi anak-anak makan. Emak pula fikir, anak-anak aku nak makan apa hari ni. So, dengan contoh yang lebih jelas disini, kita boleh paham perempuan akan buat lebih detail lagi. Paham? OK. Bijakkk.

Dalam hidup saya, saya biasa tengok lelaki. So, kalau tengok lelaki, saya tak akan tak biasa sebab saya ada dua orang abang, seorang adik dan seorang bapak, seorang emak dan seorang sahaja kakak dan tiada adik perempuan. Sejak menjadi semakin besar dan dah jadi anak dara, gatal pula nak ada boyfriend, so ada seorang lelaki tambahan dalam hidup, iaitu encik boyfriend. Eh, lupa sorang...abang ipar saya.Oh, my cousins pon ramai yang lelaki. Justeru, saya dah masak dengan perangai mereka sebab selalu di reject jika saya ajak mereka shopping.

Still, saya tak paham kenapa lelaki tak nak suka ikut perempuan keluar shopping as if shopping itu susah. Sangat tak paham. Kadang-kadang, kita pon nak beli barang untuk mereka. Kalau ajak mereka memang buat sakit hati. Tapi, selalu juga minta temankan sebab tak best kalau shopping tak berteman. Tapi lagi, lelaki selalu kalah dalam pujuk rayu perempuan, apatah lagi perempuan yang tersayang. Perempuan pula sangat tahu bila nak guna senjata masing-masing. Ini pengalaman tau. Bagi saya lelaki yang mudah kalah dengan saya adalah Bapak dan Boyfriend.HAHA HAHA. Saya tak nak kongsi kat sini senjata apakah yang perempuan guna untuk membuat lelaki terperangkap dalam ajakan pergi shopping. Ladies, keep it on the low OK! :)

Tapi, nak kongsi sikit kenapa perempuan suka shopping :D


6 alasan kenapa Perempuan suka shopping

pertama. Sebab best.

kedua. Shopping itu perlu untuk menambahkan koleksi. Penting, koleksi pakaian. Kalau mak saya, dia suka kumpul pinggan mangkuk. Kejap lagi nak suggest kat bapak. Kita buat setor simpan pinggan mangkuk, gelas dan sewaktu dengannya. Kakak saya pula, koleksi kasut dan handbag. Kalau saya pula, saya tak suka apa-apa pon. Ini tipu. Hehehe...

ketiga. Shopping itu nafsu yang perlu dipenuhi. Perempuan ada 9 nafsu. Mind that. Shopping salah satu. ada lagi 8 yang perlu di ambil kira. HAHA. Ada berani? Kalau tak berani jangan kawan ngan perempuan dah ala-ala perempuan juga.

keempat. Shopping adalah terapi untuk menghilangkan stress. Itu pon, kalau shopping secara bijak. Contohnya mak saya. Banyak benda yang dia stress about. Balik rumah dia marah-marah, bebel-bebel. Tapi, ajak shopping automatic hilang. Tips buat pasangan lelaki kalau pasangan anda marah atau banyak bebel. Sila bawa pasangan anda shopping sebab sure lepas tu OK. Teknik diversion which is anda divert attention pasangan anda ke suatu perkara yang lain. Cubalah, boyfriend saya selalu guna ni. Lepas tu saya kenakan dia balik dengan cara yang sama. HAHA. :)

kelima. Shopping itu penting, lelaki malas nak fikir. Kalau saya, saya mesti ingat lelaki-lelaki kesayangan juga kalau sedang bershopping. Misalnya, saya keluar sebab nak beli kasut. Sedang saya scan kasut, saya terjumpa socks yang smart untuk abang saya. Oh, nampak macam smart untuk dia ke office. Saya pula teringat, bahawa saya selalu jadi tukang basuh socks busuk beliau. Jadi, saya beli, bagi kat dia dan bila dia suka, kita claim lah!! :) ...OK satu lagi. Kalau pasal buat persiapan raya, siapa yang lebih aktif? Emak atau bapak? Semestinya emak la kannn. Harus.. Kuih raya, langsir, baju, accessories... semua nya perempuan fikir...yang lelaki tahu, jemput kawan datang duduk borak-borak. Makan minum? Haku juga yang hidang T__T

keenam. shopping penting untuk otak. Ini saya suka. Shopping penting untuk melatih otak kita berfikir. Shopping sebenarnya memerlukan daya pemikiran yang sangat tinggi dari segi bijak berbelanja, pemilihan barang yang berkualiti dan shopping secara bijak. Sebab u shopping kena lama. Nanti tak menyesal. Perempuan yang suka shopping adalah perempuan bijak. :) Kenapa saya berkata begitu? Sebab, sewaktu shopping kita perlu fikir 5W1H juga. What to buy? Why should I buy this stuff? Where is the best store that provide me the best price? Who made this? When to use it? dan...soalan ini banyak kali kantoi. How am I going to tell him that, I need money to buy this? HAHA. Sesungguhnya~ LOL. Jadi, nampak tak perempuan sebenarnya detail secara bijak. Kalau anda tidak nampak mungkin anda nampak perempuan bijak mengikis duit lelaki. Ha! Itu pon bijak juga namanya. *wink wink*


HAHA. Satu lagi. kalau dah tak ada sape nak temankan saya shopping lebih-lebih lagi sekarang kakak ku dah bersuami dan kawan-kawan pula not available,...para lelaki disekeliling saya selalu lari sewaktu saya nak bershopping. Kena la temankan saya bershopping...takkan nak naik bas kot...mesti tak sampai hati tengok aku naik bas sorang-sorang. Kah Kah Kah Kah. Kesimpulannya, lelaki senang je nak umpan. Buat muka nak menangis sikit atau cakap ''OK, saya off handphone'' dan blah pon dah takut. Mesti kejar punya... Hehehe...

Untuk lelaki-lelaki, banyakkan bersabar...tambah baik sabar di bulan Ramadhan ni. Berlipat ganda pahala... :)

Setakat ni, itu sahaja yang saya dapat fikirkan. Itu pon dah cukup puas hati. Kalau ada apa-apa nak share, share je lah. Jangan malu-malu.




kami suka shopping! :)

Tak semua kot lelaki yang tak tahan shopping. Ada juga yang kaki shopping. Tapi payah ar nak cari... :)

Wednesday, August 11, 2010

Photoshop tak ada, Paint ada lah.

Hari tu, laptop secara tiba-tiba membuat hal. Hal yang bukan kecil tau. Hal dia, tak boleh on. Saya pula, kali ini tidak terus panik, malah buat keputusan yang sangat bijak dengan mendapatkan bantuan encik boyfriend. Setelah bercerita tentang masalah laptop dan mengambil langkah-langkah yang beliau sarankan tanpa ragu-ragu, Alhamdulillah, laptop pon jadi boleh on. ohoh, sukanya nya bila ada boyfriend yang genius dalam bidang komputer. Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah menghantar laptop ke mana-mana kedai. Sangat happy, save budget. Beliau boleh buat punya. Tapi kena bagi insentif juga. Kalau saya tak apa, cukup sekadar tersenyum girang buat beliau merasa bahagia. Kemahiran beliau yang ini telah meningkatkan lagi kredibiliti beliau depan mata bapak saya.SUNGGUH SUKA! :B

hoh, maaf, introduction macam lari dari tajuk. Ok tak apa, kita bukan buat press release pon kan? tak perlu 5W1H pada awal penulisan kali ini. Hoohoohoo~ :D

Ok, kembali kepada introduction. HAHA. belum habis.

"....grrr....Gila annoying budak ni....!!"

OK OK. Nak cerita hal photoshop and paint lah ni. Macam ni, disebabkan laptop membuat beberapa hal, tanpa saya minta,boyfriend nak saya tukar laptop dengan laptop beliau sementara dia sedang nak find out, what's the problem dengan laptop ni. Makanya, duduklah laptop ini 2 hari kat boyfriend. Saya pula suka sebab suka guna laptop boyfriend. Tapi tak best juga sebab lagu-lagu beliau tak best. Pada masa yang sama, saya risau sangat, takut beliau nak format sebab, assignments semua dalam ni. Saya tak ada pendrive mahupon external hard disk untuk simpan segala benda tu. :'( OK, that's fine... Nanti kalau cek nuffang dah sampai boleh lah beli :')

oh, nasib baik boyfriend tak buat apa-apa yang drastik. Beliau hanya buat perkara basic sahaja, contohnya defragmentation, scan virus dan susun balik semua benda kat desktop. HAHA. Padahal, aku sendiri boleh buat semua benda tu. Tapi, tak apa, rezeki dapat boyfriend yang baik hati. Dan satu lagi, kalau setiap kali laptop kat saya, mesti laptop tu jadi *****. Lepas tu, mesti beliau istighfar panjang. tengok laptop saya (^__^'). sorry, sorry...

Lepas tu, bila dapat balik laptop ini dalam keadaan yang agak elok, saya nak edit gambar untuk entri baru. Tiba-tiba dan rupa-rupanya, beliau sudah uninstall kan Adobe Photoshop saya. Beliau kata nak install CS5 supaya boleh buat benda-benda yang lebih hebat. Jadi, sementara tu, saya edit gambar guna Paint. HAHA. Best jugaklah. Saya suka sebab nampak pelik, tapi suka. haha. suka suka suka. peliknya, tapi suka. Over excited. Dulu, masa masih kecil, saya kagum tengok Paint. Masa tu, tengok komputer pon dah kagum. HAHA. Balik rumah cepat-cepat lepas sekolah, tak pergi mana-mana sebab nak main komputer. SUKA...:)

Game kegemaran bapak saya masa saya darjah 2 kot, game pipe. Teringin nak main tu. Sebab dulu darjah dua, kecil lagi, mana boleh pegang komputer - kata kakak saya lah. Tapi, kena tipu rupanyaaaa...... sebab lagi, dia kata, kalau nak main komputer kena masuk sekolah menegah dulu, dapat straight A dalam UPSR.... Penat je study, sebanarnya kakak aku tipu. Oh, sedih.......... T____T

OK, kat bawah ni gambar-gambar yang saya tulis copyright gambar guna paint. guna brush tak guna text. Pelik rupanya hodoh pula. Tapi saya tetap suka tau! :DD

gambar gaya 1
lepas kelas, pergi ikut budak-budak ni shooting. cam betul-betul. mereka ni la yang bakal menggegarkan industri penyiaran negara! :)



gambar gaya 2
Dari kiri: Nadiah, Fammy, Hafiz, Brian. Sapa Brian? Misteri Nusantara.....



".....suasana petang UiTM Shah Alam
lokasi: depan fakulti civil engineering, bus stop mawar, UiTM Student Mall, Dataran Cendekia....."

ini bas rapid. selalu penuh. sesak waktu macam ni. so, elakkan naik bas time macam ni.


bagunan tinggi yang belakang tu Kolej Melati :)



gambar ni tak ada motif eh. HAHAHA.



watak utama penggambaran

Cik Nadiah sebagai budak yang buat assignment

Encik Hafiz sebagai budak yang buat assignment juga

Cik Famieza Thaw yang juga sebagai budak yang buat assignment

Ini pula Encik Brian yang memegang watak utama. Tanpa Brian, kerja tak jadi...

Ini ada gambar saya. Suka.


Entri ni simple. Saya Suka.
Anda Suka?


Friday, August 6, 2010

Ucapan Penghargaan: Dapat Award Pertama

First thing first!

(^___________^)

Terima Kasih Cik Syaza atas pemberian award pertama untuk saya.

Terima Kasih banyak-banyak buat beliau.


Ini anugerah pertama yang saya dapat sejak menceburkan diri dalam arena blogging.

Kejap lagi saya nak letak kat sidebar blog saya award ni!

Tiba-tiba bertuah dapat jadi follower yang ke 133. Bertuah tau nombor tu. HAHA.

Excited giler :D

Maaf tau Cik Syaza sebab saya lambat respon. Busy, tak sempat kot nak online, assignment memang tak boleh nak cakap apa lagi. Banyak. Facebook pon dah terabai. Notifications memang penat nak tengok dah.

Kawan-kawan bloggers yang lain, maaf tau.

Apa-apa pon, sangat happy dapat award ni. Lain kali, murah hati lagi bagi award lagi!

HOHOHO~

anyways! thanks sweetie!



p/s:

title takbleyblah, Ucapan Penghargaan. Tak apa, bukan bebel panjang pon kan? :DD